Jan 20, 2015

Papejelaa..

As salam,

Pedih, sakit, tak selesa, darah, dan agak berbau!
Itu lah aku rasa sebab tergigit pipi, dari semalam pedih, tak selesa nak makan. Paling dasyat aku tegigit kat tempat yang sama!

Tengah rerajin buat keja, system down. Sakit hati lagi.
Perasaannak settle kan keja bapaklah menebal, tapi system tak leh masuk. orang bukan paham.

Pastu kengkawan perangai memasing, aishhh.
Ok, mood bendera merah dah semakin ketara.
Sila beware.
Lion is angry.

Jan 19, 2015

Berat menurun, hati ada bunga

As salam
Wow sampai opis terus timbang.
Sebabnya aku berasa makan banyak sangat.
Semalam sambil tengok AJL, suami beli memacam untuk dikunyah sambil tengok orang berentap.
Semua abis yer, kecuali keropok keras yang tak disentuh pon, suami je makan seb baik gigi tak cabut.

Ok topik asal.
Berat aku turun wey, panjat gegirl. Turun ke 53 padahal makan macam ayam dedak. 
Aku tak puas hati siap timbang kat 2 penimbang. Yer keputusan tetap sama.
Ok puas hati. 

Buat diet atkins, aku failed with colors. Muak, tak pandai masak lauk dia, asek2 telan telur. Pastu timbang berat aku tak turun pon walau dah buat 2 ke 3 hari aritu, so give up.

Aku ikut diet kurangkan kalori. Yeaayyy bejaya uols. Turun 1.5 kg. Aku exercise sket2 kat umah semalam. Buat squat je, tak sampai 20kali pon. Pastu aku jaga la sket2 makan. Makan banyak tapi makan selalu. Tak sekali hadap je. hehehe

Ok la kan.

Good news sangat!


Jan 15, 2015

Sabar dan senyum.

As salam
Harinih terang, panas, tapi kat dalam masih redup dengan hal semalam.
Aku rasa aku dah matang, sebab aku tak memberi feedback macam dulu2 dah. Aku lebih cool.
Takpe, aku amik air sembahyang, aku solat 2 rakaat, aku adukan segala terbuku. tak semua yang terkeluar sebab kebanyakannya esak tangis untuk sejukkan hati. Tapi aku pasti Dia tau apa tersurat.

Semalam aku masak, buat sambal belacan, asam pedas ikan ikan kerisi dan ayam goreng kunyit. Cuba untuk makan seminimum boleh, perut dah 2 tingkat condo mewah, lagi nak makan 2 pinggan!

Tapi suami aku macam biasa. Habiskan lauk, nasi, siap goreng telur 2 biji masa repeat makan. Takpe dia kurus, makan la sebaldi nasi pon, masih takde perut.

Harinih pakai tudung baru beli semalam, beli 2 helai tak sampai RM10. Murah gile. Aku tau.

Cantik je kot walau murah.

Nak makan kepci la. Ok lunch jom makan ayam.

Muka pagi tadi, sepet sangat. Tudung baru. Sekian.

 


Jan 14, 2015

Pagi semua..

As salam,
Pepagi datang keja dah tetiba kena masuk meeting yang aku tak involve langsung untuk buat MOM je. Hadoiii, aku malas sebenarnya nak masuk meeting tu, dah tak paham benda hape pon, tapi dah kuli kena la dengar cakap bos.

Mood pulak tak berapa baik takde sebab pepagi nih. Nak tak nak je aku menjawab orang menyapa ke, buat lawak ke, betanya ke, aku acuh tak acuh je. nasib la, dah mood ke laut takde la jet yang periang, tunggu jap2 lagi kot baru ok mood.

Nak masuk meeting dah nih, pukul 8.30 dengan ntah sape dan pasal ape pon aku tak tau.

Semoga aku sangat kuat lawan perangai buruk aku sendiri.

Bismillah.


Jan 13, 2015

Selamat untuk 2015 semua

As salam
Lama sangat tak update
Tengah mencari mood untuk catat sejarah
Paksa diri
Korang apa khabar?Owhh dah 2015 kan, harap tahun baru semua dapat bahagia yang dihajat.
Yups, selamat semua
tetiba no idea nak tulis dah.