Dec 11, 2014

Kias

Eh, dah kenapa rasa sejuk hati bila subuh hari.
Alhamdulillah, masih diberi rasa lapang dada.
Dengar pulak lagu M.Nasir "Biarrrr, matanya merah menyala, biarr"
Ah takde kena mengena, tapi layan gila lagu nih =)

Jangan sesekali kau ceritakan pengalamanmu Yusof takut takut mengundang bencana..
Siapa tahu betapa berat cinta yang ditanggung sehingga dia sanggup lakukan..


Aummmmmmmmmmmmm
Aummmmmmmmmmmmm


Kias fangsuri mawar berduri

Kias fangsuri lembah yang sepi


Mampu ke pikul berat cinta kalau diberi nanti?
Perghhhh..Aku nak merasa, tapi aku takut terseksa.


Tapi Zulaika mampu.
Pijah mampu?

Hahaha..

XOXO



Dec 8, 2014

Pagi duniya

Diberi permulaan yang baik.
Ada kepanasan dalam kesejukan.
Walau tak diberi seperti ditadah, aku tetap rasa cukup.

Ini kegembiraan pagi tadi. Aku memang peminat kuah kacang. Tak kesah yang dimakan dengan sate atau nasi impit je. Aku siap sudu2 kan kuah tu, pastu silap ari bulan cirit la tak sampai 15 minit makan. Kita kan beli je, tak tau camne cara masak, rasa sedap hirup kuah. Kadang cili tak masak, kadang pedas meletop, tapi memang peberet! 

Nasi lemak pedas berantu. Satu lagi kegemaran sepanjang hidup. Nasi lemak makanan tak boleh tolak. Aku tengah diet sekarang. Nak turun lagi 4 kilo before 2015 katanya. So aku diet. Makan nasi sekali sehari, pagi tak amik makanan berat. Aku buat sandwich dari roti whole wheat. Tak kesah apa intinya, kadang tuna, kadang rajin goreng ayam, kadang cheese. So aku rindu amat kat makanan tersayang nih. Pagi jumaat lepas, aku beli, aku makan slow2 siap mintak nasi sikit sambal lebih. Perghhh memang mabeles!

Dinner simple last week. Masak lemak sayur kobis, ikan goreng, ikan masin, sambal gesek. Perghhhh, memang dugaan untuk aku. Aku kena makan nasi sikit, lauk banyak takpe. Tengok suami bertambah rasa nak je aku amik nasi lagi, tapi ku tahan untuk capai berat idaman! Suami aku memang tekak simple2 je. Dia tau aku tak pandai masak. Itu pon dia dah bersyukur aku rajin masak. Datang mood gantung kuali, pepaham je la.

Aku sekarang memang malas gila nak update blog. Bukan tak buka, aku buka je tapi aku baca blog orang, hati tak terniat pon nak update blog sendiri. Aishhhhh..Arinih mood rajin sebab rasa bertenaga sikit. Konon la kan, tenaga puiiiii.

Just pray for the miracle..Doa.

Moga Allah dengar.

Kita pernah jahat, kita nak jadi baik.

Kita jangan balas orang jahat ngan kita.

K?


Dec 3, 2014

Ribut di hati

Kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa aku dah hilang semua. Dah tiada perisa dalam hidup. Hanya perlu aku lalui selagi aku belum dimayatkan. Aku dah hilang semua jawapan yang perlu aku tahu, aku sendiri dah penat untuk mencari sebaris ayat dalam otak yang boleh dibuat tali untuk masih berdiri dan senyum. Aku kali nih betul2 tak tahu untuk definasikan cerita hidup sendiri. 

Aku dah tak tahu apa yang perlu dan apa yang kena buang. Kenapa aku tak boleh buat keputusan langsung, aku rasa betul2 terhempas dan tak tahu nak merangkak bangun semula atau nak terus baring.

Ya Allah, aku betul2 nak petunjuk. Betul2.

Kau hadiahkan gembira untuk aku ya Allah, keluarkan aku dalam ketidakadilan yang aku sendiri tak jumpa pangkalnya. Lemas.