Oct 13, 2014

Cerita aku

Dah pagi isnin minggu ke dua untuk bulan sepuluh pada tahun 2014..
Tapi takde istimewanya. Aku rasa biasa je, takde yang membezakan aku dan semalam.

Weekend aku macam biasa, aku menghidap pening. Perghhh berat kepala, tidur tak boleh, bila tengok tv rasa nak hempuk je ke lantai. Betapa cerita kat tv tu buat aku lebih pening. Dah dapat cerita best, tv2 "The Vow" baru setengah jam tengok, cuaca dah hujan lebat dan petir bedentum. Astro apa lagi, buat hal la! Aku baru nak layan cerita tu wey, best kot!!

Rindunya nak balik kampung. Rasa bertahun aku tak balik. Rasa boleh sesat agaknya kalau balik nanti. Betapa rasa lama. Betapa aku rasa, apa aku buat kat sini? Betapa takde faedah, tapi aku perlu untuk telan pahitnya merelakan jasad di sini.

Yupss, my life being so miserable. Yang atas di bawah, yang bawah ke atas. Aku rasa pening untuk berasa dalam jasad untuk melalui hidup yang ceramuk terperuk. Tapi apa daya? Aku hanya manusia yang tak lari dari kesilapan mahupon kehinaan. Hanya yang tahu akan tahu, dan yang menghina akan terus menghina.

Berat untuk diluah.

Sakit untuk dicerita.

Tapi itu lah peristiwa.


Oct 12, 2014

Ujian itu

Jerih untuk menghadap realiti
Perit untuk terseksa sendiri
Hati aku siapa yg peduli
Bila putaran hidup nak beganti..

Kenapa kau beri aku sehebat ini
Sedangkan aku minta dikasihi
Aku terlalu kerdil untuk ujian ini
Berilah aku kekuatan untuk menempuhi..

Sakit ya Allah..
Ujian ini besar..
Dan aku tak tahu kemana patut aku tuju..
Beri aku pinjam bahagiaMu..

Oct 7, 2014

Monolog

Bila kita dah tak mampu untuk memberi senyum, dan bila kita hanya miliki air mata..
Dan aku hamburkan segala milik aku untuk meminta sedikit tenang untuk jiwa..
Betul, disetiap pengakhiran itu bila kita tidak berdaya, tuhan pasti sudah menyediakan sebaik jalan..
Dia akan beri hikmah dan kadang kita tak terfikir diberi jawapan terpaling sebaik jawapan..


Oct 2, 2014

Terbanglah resah

Ermmm..

Tajuk memang macam cerita drama tv1..Hehe

Lately, aku memang tak berapa nak sihat *mood kurang* paksa2 diri nak happy, paksa2 nak gelak..Aishhh

Banyak masalah betul, satu ke satu aku hadap tapi still tak habis2, opkos la penat tapi nak wat camne selagi nyawa tu masih ada selagi tu still kena hadap segala onak duri dunia nih.

Aku rasa kadang2 tu, aku ni pelakon terhebat sangat. Depan orang aku pandai sangat buat aku happy, tapi belakang orang mula lah rasa sedih semacam..Perasaan tu memang wujud, walau kita tak melayan.

Nasib la kan, sekarang tak macam aku yang dulu, kalau aku yang dulu memang aku tak sekuat ini. Dulu aku teruk, masalah kecik aku rasa punya la besar, sekarang walau besar still aku rasa masih ada penolong, masih ada harapan, kena mintak, jangan putus..Yupsss sekarang lebih ingat tuhan. Tuhan tu wujud, hanya dia yang boleh tolong, mintak lah. 

Betul, kalau kita ada segala, tapi kalau tuhan tak kasi bahagia, tak best jugak hidup. Baru aku paham. Orang kaya2, masih jiwa diorang kacau, masih tak cukup, satu je sebab, dia tak bahagia..Mungkin tak bersyukur? Mungkin hanya kaya tapi takde pengisian? Tak sujud? Kita never know..

Aku tengah penat, tak tau sampai bila. Tapi syukur masih ada hidup yang better dari insan lain. Tengah2 down, kita kena tengok insan yang hidup lagi lara dari kita untuk kita dapat semangat semula. Its better nanti.

Doakan aku diberi jalan penyelesaian oleh tuhan.

Aku penat dah, aku takut dah.

Yang penting doa kan? Usaha selagi mampu untuk diberi bahagia.


Oct 1, 2014

Bulan harijadi..

Wow bulan harijadi datang lagi..
Bulan nih, aku will turn up 30 yrs old beb! Walau pon muka macam baru nak masuk 21! Bahahaha..

Wishes aku ialah : 

1) Nak jadi baik, untuk pencipta, family dan kawan2..Tak lupa juga untuk orang sekeliling, walau tak dikenali..In sha Allah!! Caiyook!!

2) Nak cipta kejayaan lain, yang tak pernah kecapi..Wahh, benda apa? Aku pon tak tau nak cipta hape lagi, aku rasa macam best jer cipta kejayaan kan? Mih mih mih..

3) Owh nak baby laa!! Seronok je semalam kawan aku yang dah 5 tahun kawen, UPT turn positive!! Aku penah buat entry untuk dia, yang dah 3 tahun kawen, lekat but gugur..So sekarang almost 5 yrs dia lekat lagi, moga kali nih, Allah lindungi dia dari segala kecelakaan..Aku pon nak baby sendiri!! Doakan eh? Moga2, untung2, dapat kembar kan? Hahaha..Semoga Allah percepatkan rezeki aku dapat zuriat sendiri..

4) Best kalau dapat kerja baru. Nak area town kat kuantan ni je. Wow bestnya kalau dapat kerja baru, company baru, environment baru..Ya Allah tambahkan rezeki aku dan nak kerja tempat baru yang lebih membahagiakan aku..

5) Memang hajat aku nak ada rumah sendiri. Iya, rumah yang selesa, sederhana, untuk syurga dunia aku..Bersama suami tersayang dan untuk bakal anak2, cucu2 if anak aku kawen nanti, bahahahaha..

6) Suami aku lebih memahami aku. Aku nak dia lebih paham, lebih penyayang, pandai tunjuk kat aku centa untuk ku..*muntah* Well, nak suami aku jadi yang terbaik dan sebaliknya uga aku will jadi terbaik untuk dia..Mudah mudahan..

7) Aku nak cantikkan kulit. Kulit satu body. Tengah usha injection, vitamin c ke, EGF ke..Tengok la nanti if ada rezeki kan..Nak kulit cantik, nak sangat!! 

8) Kereta dah ada, tapi nak dapatkan Honda FD idaman hati. Bukan yang baru tu, yang lama. hehe..Angan2

9) Tengah gemuk kan? So nak berat 51 semula dan badan fit. Kena la aku jadi rajin exercise. Ermmmm gitu la kalau dah gemuk.

10) Nak pandai belajar masak lauk, nasi, kek, biskut, dan lain2 lagi..perghhh!! Hahaha..

Banyak lagi la wishes aku. Ini yang teringat dan terpenting la. Doakan uols.