Sep 29, 2014

Bila rasa mau bicara

Tak terluah dalam kata
Roh aku sedang berdarah.....parah
Entah sampai bila
Aku hilang punca, aku hilang arah!

Takde siapa untuk berdoa payah hidupnya
Gila ke aku untuk tempah seksa dunia?
Apa yang aku tengah hadap mungkin sebab dosa
Dosa pekat hitam yang tercalit dibadan....cela!

Bukan aku mintak untuk jadi macam ni
Takde niat untuk lukakan jiwa2 yang aku sanggup bergadai
Sekarang aku dah tak tahu macam mana nak berdiri
Roh aku tengah lemas cuba menggapai........

Allah,
Setiapnya pasti hikmah Kau terpaling besar
Berilah tenang kepada jiwa yang risau akan aku dan untuk roh yang masih cuba bangkit melawan seksanya dunia..
Juga berilah jalan yang lurus untuk roh ini..

Gemuk!!!

Assalamualaikum..

Tak abis lagi kisah gemuk.

Aah berat badan aku makin naik.

Malas dah nak timbang. Weekend haritu, masak nasi, aku je mengabiskan. Suami sepinggan, aku siap menambah. Goreng cekodok untuk suami, balance cekodok tu sayang, aku makan walau kenyang. Eh macam alasan mak2 dah. Kalau gemuk, sebab makan makanan yang left over. Aishhh memang betul pon. Pekerjaan aku sekarang, asyik simpati je dekat makanan tak abis. Kenyang pon aku try sumbat. Mana tak gemuk??

Tadi pagi masih bual topik dah gemuk. Owh diorang tak nampak sangat aku gemuk if aku tak pakai jeans, today aku pakai slack. Tapi diorang cakap double chin aku memang tak leh sorok! Sentap hati mak! Tak nak makan dah!! Bahaha *Baru lepas makan nasi kerabu dan sandwich telur!*

Aku punya selera dan kemahuan memang memberontak ya amat sekarang. Kenyang pon still nak sumbat. Paham tak? Kira kalau stress "eh lapar la" kalau duduk2 saja pon "eh lapar la" Paham tak? Gila kan? Macam perut stokin dah, main sumbat tapi nak kurus, tapi nak body model!!

Kat peha dah ada macam kulit limau. Buruk gak la. Memang buruk, boleh bayangkan? Yang ketul2 kecik tak senonoh sana sini area lemak tu? Puaka sangat bila tengok dalam cermin, rasa macam nak potong buang bungkus dalam plastik lontar jauh2!!

Dah la, nak diet. Malam kang masak tetap masak, tapi nak makan sikit je. Mohon segala pihak kasi kerjasama. Perut, otak, badan, selera dan tangan sila beri sokongan moral, tuan ko dah terlajak gemuk nih, comel sangat nampak gayanya!!




Ini gambar terbaru, puas aku buat muka cantik, kurus. Tutup dagu bagai. Jerawat tu memang takleh nak cover.
Aku cuba cover peha, macam berjaya je kan, tak nampak peha besar, tapi lupa tuck in perut pulak!! Masa nih aku join aerobic kat opis last week. So begegar segala lemak sebab berat sangat rasa badan. I dont like wey gitu. Paham tak rasa lemak gegar bila kita lompat? Macam kat buntut, kat pinggul kat peha..Rasa tau!!
Try to do duck face untuk kasi dagu tu runcing. Aku nak kurus macam dulu semulaaaaaa!! Why? Kenapa susah sangat nih nak hilang berat?? 

Dah tak nak kawan!

Sep 18, 2014

Harap

Aku mengharap pada yang bukan dalam kuasa aku.
Tipu kalau ia bukan yang aku impikan.
Dan memang itu la harapan yang kadang2 hadir bila sunyi sendiri.
Tapi seperti yang aku tulis mula2 tadi, sakit bila mengharap pada yang bukan dalam kuasa kita.
Hanya Dia tau apa yang aku pinta, dan hanya Dia tau yang akan aku dapat.
Sebab Dia yang punya aku.
Allah, berilah yang terbaik dan tenangkan hati kecil ini.

Sep 17, 2014

Hambar

Assalamualaikum..

Ermmm..Ermmmm

Hehe, memula rajin update, pastu dah malas. Itu lah perangai dari dulu sampai sekarang. 

Korang tau tak, weekend lepas memacam jadi dalam life aku. Memacam yang memacam gak rasa lah. So nak kasitau awal2, entry nih no picture rasanya sebab memang takde pon picture nak share. Tengoklah nanti aku cari kalau ada, aku lupa dah.

Kadang2 aku pelik macam mana rasa orang yang suka mengecewakan orang lain. Sebab aku bukan macam tu. Aku jenis yang kalau terpaksa kecewakan orang lain, aku akan moody dan rasa bersalah sangat sebab tak boleh gembirakan hati orang.

Tu yang aku pelik, bila wujud orang yang tak rasa bersalah untuk kecewakan orang lain. Dan hati aku rasa, kemungkinan yang logik mungkin dia tak sayang orang yang dikecewakan tu..Ye tak? Kalau dia sayang tak kan dia sanggup untuk kecewakan orang tu? Apa alasan dia? 

Aku punya weekend so-so je, sebab hati ada sakit, walau aku lari dari keadaan tu. Walau apa pon aku buat, aku tetap rasa "kenapa aku kena hidup like this?" Aku rasa macam aku dah nyampah sangat dah, dah rasa give up. 

Tapi masa aku lari dari keadaan tu, aku still berdoa, berdoa yang terbaik, mana boleh lupa doa kan, doa tu senjata aku selama nih..Senjata umat islam! Hanya doa dalam sujud untuk memulihkan hati aku, aah betul dalam banyak2 tempat hanya Allah yang terbaik untuk mengadu.

Nasib aku baik, dikurniakan kawan2 yang terima baik buruk, kurang lebih aku. Diorang ok je kalau aku takde masa dengan diorang *walau ada bunyi gak* tapi masa aku perlukan dioarang tak pernah lari. 

Itu je la kot. 

Nak kasitau weekend aku tak best sangat.

Hahaha.


Aku makan nasi lemak tadi. Ini dia. Ok la sebab sambal dia manis sikit, i dont like sambal manis.


Sep 9, 2014

Main masak masak

Assalamualaikum..

Hi korang, camne harinih?

Aku busy pulak arinih, update tapi tegendala. Tersekat2.

Eh nak update aku rajin masak sekarang, dah start masak memalam, lama rasanya aku tak masak.

Terus ke resepi je la eh. Sebab takut tak sempat nak publish jap lagi.

  
Ni aku masak 2 hari lepas. Ikan goreng pedas ala thai terbaik pedasss cirit katanya, hahahaha *takde la cirit, ikut la tahap kepedasan korang*. Senang sangat buatnya. Ikan tu goreng siap2 pehtu angkat. Lepas tu ko tumis la bawang merah, bawang putih, halia, serai, kalau ada lengkuas isi sikit, kalau ada daun limau purut pon isi siap2, garam and serbuk perasa. Korang rasa la, betulkan la rasa dia kan, pehtu curah je atas ikan! Wallahhhh!! Eh lupa, aku isi sos tiram, kicap sket. Nak kasi pekat aku isi tepung jagung..Itu sahaja..

Goreng sayur yang ada sup, boleh hirup2! Heaven, sebab suami isteri suka hirup..Hehehe

Ni makanan bila suami takde hari tu, makan sorang2 so simple is the best!! Ya Allah aku masak nasi sepot, memang aku abiskan sorang sekali hadap! Mana tak gemuk? Camne? Camne? Ayam goreng dengan nasi panas pastu aku buat sambal gesek. Perghhh perghhhh!! Terbaik dari ladang makan gini!

K la, itu je. Bye

Eh, tak bye lagi..Ini muka terbaru aku. Pakai 360 untuk kesan lawooooooooo!! Bahahahaha, k bye

Sep 8, 2014

Benda yang tak dirancang biasanya best!

Assalamualaikum..

Ahad iaitu semalam tengah tido tetiba ada orang called. Eh tak sempat nak angkat lak. Tengok2 pakngah kol, laa nape lak pepagi dia kol nih *pagi sangatttt kol 10am gitu* matilanak..Dia call semula serentak aku nak kol dia. 

Pakngah : Katne? Buat apa?
Aku : Kat umah la, tak buat apa2..Pakngah katne? Kat umah we eh?
Pakngah : Tak lah, ni dah ondaway pegi umah oni dah nih. tak nampak simpang..Simpang umah oni yang sebelum hospital pakcu tu kan?
Aku : Tak yah ngada sangat, dengar suara we kat belakang tu, kat umah we kan?
Pakngah : Hehehehe, nak pegi umah awak nih, boleh tak?
Aku : Datang la, pukul bape? nak makan tengahari ke?
Pakngah : Tak lah, nak bawak zara mandi pantai je..
Aku : *Mandi pantai hape dah tengahari gini* Takpe la pakngah datang je laaa..

Ok, aku dah pening sikit, eh nak picnic ke? Ke nak lunch? Hehehe..Mak pening noks! Mandi2 terus start keta beli lauk and mihun. Kita tengok la keadaan. Kalau lapar nanti dah ada lauk kan, kalau tak kita goreng mihun je. 

Dalam kol 11.30am Pakngah sampai. Aku tengah goreng mihun, tak sempat la nak masak nasi, mihun pon atas kuali lagi.

Borak la kejap, tetiba dapat idea nak makan mihun tepi pantai, lets jom!

Tetiba tetiba tetiba kami dah kat tepi pantai!! Hehehe

Zara si ratu. Geramnya la kat dak kecik nih, comel sangat! Nampak2 aku semalam tekinja2 dalam keta! Terus suruh dukung macam kenal sangat! Padahal raya aritu last jumpa. Macam tu la sepupu, walau jarang jumpa tetap berbau! hahaha..
 
Pakngah bawak kakak je, yang lagi 3 orang tak ikut, sebab tak muat keta! Hamboi naik jazz tak muat, alasan sangat! Hehehe..
Zara tak pandai cakap pon, semua nya dia tegur "hermmm hermmm" Berdehem je la, nak makan pon mintak hemmm, nak ikut abah pegi tepi pantai pon hemmm hemm, tengok kambing pon hemmmm orang lambat suap mihun pon hermmm hermmm sambil tangan kais2! hahaha, cute zara!!

Well, memang seronok walau pon tengahari buta mandi pantai, kakak makin gelap la kan! Hahaha..Lain kali kita plan elok2, boleh buat makanan yang proper sikit!! Nasi lemak ke, nasi berlauk ke kan..I will cook! Ecececehhhhhh #chefjojetsangattt

Sep 5, 2014

Jamuan dan gemuk takleh berpisah.

Assalamualaikum

Baru pas makan jamuan raya. Dah abis raya pon still ada jamuan raya kat opis. Kerlass sangat kan? Nak buat bulan lepas, dah ada tarikh, invitation pon dah received, tapi dek sebab hari bekabung jumaat tu, cancel semua sebab respect untuk mangsa #MH17 jadinya tunda punya tunda, harinih baru jadi. Gembira sebab boleh makan, bahahahaha.

Up status kat fb cakap aku gemuk, semua macam "ye laaaaaaaaaaa tu" eh tak pecaya lak aku dah gemuk! Aku pasti, akak aku mesti percaya, kalau dia tengah baca mesti dia cakap "ko memang gemuk" hahaha sebab perut aku dia dah tengok, lemak lapis2 size apartment punya lobby! 

Tadi pagi makan tak hingat sebab aku memang tak leh jumpa makanan yang banyak dan free. Aku akan makan macam perut aku boleh masuk keta size kancil. Tapi memang tak dapat makan banyak sebab masuk pizza sekeping aku dah whatsssss kenyang suda. Rugi! Tapi aku makan gak la sate, kuih muih, roti jala, karipap & teh panas sedap di dunia! Sikit je tu aku makan, kalau tak ko darab dua la menu tu!!

Ni gambar terbaru, hari nih punya, masih panas baru kuar oven! 360 sebab tu suci murni je muka, padahal, jerawat aku macam benih jagung baru idop, membiak dengan sihat!


Nih aku tapaukan untuk member sebelah aku, sebab dia kena jaga klinik, tak leh join jamuan, tapi aku yg makan lebih jap lagi, sebab dia macam tak makan sangat je. Aku jugak tukang perabih, mana tak gemuk?

Sep 4, 2014

Bila berat bertambah, kepenatan pon bertambah.

Assalamualaikum

Lately aku selalu buat keja je penat, buat keja sikit pon penat. Ini semua aku rasa sebab aku dah gemuk. Bejalan sikit pon aku dah lelah, masak lauk simple pon rasa denyut betis. Ngada sangat. Aku rasa badan aku bila dah gemuk nih jadi sendu, jadi cepat layu.

Macam semalam aku macam active buat keja sikit kat opis, aku turun naik tangga tu macam petik jari je la kan, aku kan fit sangat! Pastu after asar, tak lama tu aku balik. Dan tension bermula. Walau balik lambat semalam, still jem. Penat oii emosi, dah la lambat balik, umah aku jauh kan, pastu tambah jem pulak. Korang rasa tak? Sini bukan KL, sini kuantan je, jem2 nih memang diluar expectation dan sangat menyampah!!

Aku jadi penat, pastu singgah market beli sotong ngan sayur. Nak masak untuk keluarga, bahahaha padahal ada suami je "keluarga" tu. So jom pulang ke rumah ku syurgaku..

Sampai2 umah dah pukul 6.40 gitu tengok suami dah ada. Pastu makan butterscotch sekeping kongsi2 ngan dia. Romantik sangat. Ngada sangat. Aku cakap aku beli sotong, nak masak hape? Nak buat sambal ke? Tak nak, dia nak gorenhg kunyit je. Dan dia nak makan sebelum pegi kedai jap lagi. Tengok jam baru kol 6.45 gitu, ok baik sempat lagi nak masak.

Masak pulak kan, siang2 sotong kan kena berdiri? Semua lah pekerjaan kat dapur berdiri. Itu pon aku rasa penat. Rasa kaki nih tak mampu nak tampung berat. Gila. Kalau gemuk lagi guane gaya? Padahal tak sampai setengah jam pon masak. Cuma rushing la, sebab takut tak sempat ismet makan.

Lauk sotong kunyit ngan sup sayur je. Pastu buat air, azan maghrib semua dah siap, sempatlah ismet makan. Seronok je kami makan walau lauk gitu2 je. Macam bujangan sangat, hehehe..Ismet lebih suka aku masak dari beli kat luar sebab dah bosan beli kat luar tu, tak tau nak order hape. Masa puasa arituh 2 menu setiap hari aku masak, untuk berbuka ngan sahur, lauk berbeza, nak panas2..Nasib laki bini memang jenis makan simple2 je.

Dah lari tajuk. Aku nak cite yang aku cepat penat sekarang. Sebab semalam lepas Ismet pegi kedai, aku mandi2 maghrib, pastu main telepon, pastu isyak, pastu sadakallah terus..Bangun tak bangun bila aku dengar ismet balik around pukul 1.00am tu..

Dah la dia balik, dia goreng lak ayam goreng ayamas. Dah aku makan sekali. Dah gemuk bertambah! Benci iols dapat laki tak paham bini tengah diet (padahal dia tak ajak pon, aku yang bangun dan terus makan) Hahahaha..

Sep 3, 2014

Makan tetap makan walau gemuk

Assalamualaikum

Kat Kuantan dah start hujan2, renyai2 je dari pagi tadi masa aku ondaway pegi keja..Ermmm gitu la mood aku jugak. Ntah hape ntah, mood ikut cuaca, boleh? hahaha

Semalam aku masak untuk dinner. Actually dah tak boleh panggil dinner, boleh panggil supper je sebab kami makan pukul 1 pagi semalam. Hebat tak? Orang gemuk makan pukul 1 pagi? Gila tak hebat. Ismet tutup kedai lambat semalam, sempat aku tido dulu dalam sejam lebih dapat lelap. Pastu sedar2 dah 12.50 pagi, terus kol ismet nape tak balik lagi, dia cakap dah ondaway, ok baiklah.

Aku masak asam pedas ikan kerisi, ikan goreng dan sayur pak choy sos tiram. Dia balik je aku panaskan asam pedas, asam pedas makin kita panaskan makin sedap kaedahnya. Ismet kata masa dia gunting rambut orang semalam , teringat2 asam pedas aku masak, hahaha sebabnya semalam sebelum maghrib tu aku dah masak, dia nak makan terus, aku cakap tak sempat sebab nasik tak letak lagi, kecewa la siap masam2 muka. Maklum lah asam pedas aku berbau wangi semerbak sebuah rumah, itu belum rasa lagi, pepalihhhhh! Bahahahaha #cucukmatadengangarpu

Memang dia letak kuah asam pedas banjir, kebetulan sedap kot asam pedas aku semalam, buat dengan kasih sayang sangat, gitu la rasa dia penuh kasih sayang jugak! Muntah la korang, hehehehe..Aku memang tak makan ikan lembik2 sangat, aku prefer ikan keras2 thats why la aku goreng ikan cicah kicap seperti biasa. Tapi semalam aku malas, aku letak lada kecik ngan kicap je, takde limau, takde bawang tapi sedap je bagi aku. Simple but delicious!

Harinih, aku lemau, dengan cuaca nak tak nak panas, aku jadi malas satu badan *ciaca panas pon malas satu badan jugak* Lagi satu sebab aku dah gemuk, so memang jadi berat je peha nih nak diangkat, walau dah gemuk aku tetap breakfast nasik! Tak kira la nasik kerabu, dagang, lemak, minyak, ko sebut je nasik apa, semua aku balun pepagi macam aku kurus je. Malam makan lewat, still makan nasik banyak. Korang mesti takut kan kalau jadi aku?

Ismet my suami cuba jadi sado. Eh walau tak sado aku tetap jugak sayang, tak yah nak sado sangat pon takpe janji hati baik, perangai baik, kasi aku makan cukup2, hahahaha.
 
Aku rindu mekah. Rindu sangat. Aku nak duduk depan kaabah, nak jalan kaki pegi solat, nak pimpin tangan tok, nak pimpin tangan ati..Rindu nak saie, rindu rindu rindu rindu sangat..Banyak aku tak buat kat sana, banyak aku miss, moga aku diberi peluang kedua untuk ke sana, nak sangat masa muda, nak pegi sana masa badan tengah gagah lagi..Nak sangat mengadu dengan Allah kat sana..Rindu kaabah yang cantik tu..Hati sila kuat.

Sep 2, 2014

Bila berat naik dan masih tak sedar diri.

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah bulan sembilan of 2014 kan? Cepat nak mampos aku rasa. Aku rasa2 baru je kawen, tetiba dah nak masuk 2 tahun awal tahun depan. Perghhh perghhhh..

Macam2 jadi dalam hidup kan, tapi bila dah agak kertu nih aku takde la nak meroyan mana, just diam2 je, paling hebat lepaskan kat blog ni je la, takde nak bebising memana, nak mengadu ke hape. Tapi aku dari dulu pon susah nak mengadu kat orang kalau papehal jadi. Jenis memendam sorang2 sampai pitam.

Yang paling hebat lepas puasa aku terperanjat beruk bila penimbang tunjuk angka 57kg!! Gila tak? memang gila, naik 5kilo wey, bukan 2-3kilo, 5 kilo aku naik. #Matilanak aku tak pecaya tapi itu la realiti minggu lepas. Aku dah rasa penimbang rosak tapi aku pegi kat penimbang nombor dua pon still 57kg. Mampu naik 5kg dalam masa tak sampai sebulan? Ya Allah ampunkanlah dosa2 aku =(

Ini gambar terbaru aku, tengok la betapa tembam pipi tu? Dagu aku tak leh nak sorok, memang belebih, belapis. Pipi makin besar makin banyak jerawat. Pepalih jerawat aku sekarang, macam kena baja banyaknya. Belah kanan je pulak tu, belah kiri moleh bersih licin. Masalah jugak. Dah la gemuk, bejerawat pulak tu!

Sabtu lepas, aku ngan ismet pegi kenduri kawen opismate aku, si Suraya. Dia buat kat De Rhu Beach Resort. Macam biasa kami lambat. Dalam pukul 3.00pm kami baru sampai. Lawa sangat pengantin, macam pinang di belah dua. Sampai2 tengok pengantin jap terus amik makanan makan. Lapar pepalih kot, padahal selama nih boleh je makan lewat2, apahal la ngan aku nih? Dah tau gemuk tapi tak sedar diri lagi!! Aku rasa badan aku dah tak betul, dia ingat aku apa haa? nak makan bebanyak nih? Aku tak rela la gini!


Ni la pengantinnya. Lawa sangat, bak kata ismet macam Misha Omar gitu, hehe..Kami pengantin lama, dia pengantin baru, tapi apa ada hal, tak beza pon, kami pon cahantekk jugekk, ahahaha #silamuntah bila tengok diorang jadi raja sehari, teringat kami punya turn dulu, bulan 3 tahun lepas, perghhhh punya panas, meleleh dari kepala sampai tumit peluh! Tapi still kena senyum, kena manis2 kan muka, rasa krem rahang dek senyum je keja!

Kan aku dah cakap awal2, takde beza mana pengantin lama dengan pengantin baru, maintain je badan tu walaupon!! hahaha, hazab sangat pakai baju kurung tu, kain macam nak pecah kat peha ngan bontot. Nasib boleh cover ngan baju sebab baju jenis longgar. Cantik kan pengantin? Tahniah =)

Macam biasa, pengantin lama pon nak sebuk2 atas pelamin, hahaha. I luv u lah ismet. Walaupon menyakitkan hati, walaupon bising mulut tu, walaupon macam2 janji yang hampeh, walaupon..Wah banyak sangat kalau nak walaupon kat sini, sambung nanti la yer.

Macam mana nak kurus? Macam mana! Kalau dah hari2 telan nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi nasi nasi nasi yang lain lagi!! Ampunkan aku, apa aku nak buat kalau semua seluar takat peha je boleh masuk? Sabtu tu try seluar size 28, peha kemain dia nak merekah kat kesan jahit kat tepi sebab aku paksa masuk gak. Ya ampunnnnnnnn.

Jom diet wey, jom jom.