Aug 27, 2014

Pasrah itu redha? redha itu pasrah? whatevaaaaah!

Tajuk memang kelas.
Kena pada perasaan, saat dan ketika menulis.
Berat sangat kot isi kandaungan jap lagi aku nak tulis?
Hahaha, idok la berat, tapi biasa la, intro kena gempak supaya korang terpedaya.

Kenapa yer dalam hidup, kita selalu kena tipu or diperdaya dusta belaka? #muntah tapi memang hidup aku, gitu. Ada je kena kencing, ada je si pengencing!

Aku selalu kena tabur janji yang kadang beratus kali diberi dengan yakin, tapi perlaksanaannya? Selalu terasa hancing disitu, kena lagi. Tapi disetiap kali kena, aku masih mengharap kalinih aku tak dikencing, tapi disetiap kali itu aku tetap hancing.

Aku bukan jenis macam tu, aku jenis lain. Yang bukan selalu besepah kencing, itu aku tak paham kenapa ada yang pancut merata asal hajat tecapai? Kenapa tak rasa bersalah ke? Aku layan orang baik, dan aku harap orang rela layan aku baik, makin baik orang dan makin senang aku jadi baik, kenapa tak dapat lagi tu? Susah ke?

Aku tak punya ramai kawan, aku jenis pilih kawan, dan aku tak punya ramai dalam hati, aku memilih untuk simpan siapa perlu ada di hati, tapi still aku masih salah dan berulang salah. Memang dalam makna, kalau tak paham, sila la buat2 rasa nak click pangkah sebelah kanan ye.

Aku sedih kot, kalau terpaksa melukakan perasaan seseorang, paling rasa tak mampu bila terpaksa lukakan hati insan dalam hati aku, tapi why? tak ke korang rasa sama macam aku? why? dengan slumber hanjing, ko lukakan hati aku? Maknanya aku memang tak wujud ke dalam hati tu? Daging tu memang takde ruang untuk hamba Allah ini kah? Jawab la.

Setiap perbuatan perlu ada bayaran. Ko pilih kanan, please bayar, ko pilih lurus pon still kena bayar.

Aku pecaya, sikit punya hal, please la redha, yups pasrah sebab perbuatan aku, keputusan aku, apa yang aku decided dulu, now aku kena bayar, tapi perlu gak ko ingat setiap apa ko lakukan tak boleh lari dari membayar gak. Takleh lari wey. Tak leh lari untuk bayar, now or later..still.

Aku pasrah itu takdir terukir untuk aku, aku lari kemana pon, macam mana gaya pon, takdir bukan aku pegang.

Aku cuba adapt.

Aku blend.

Aku rasi.

Aku lak nak rasa lepas nih, menguasai dari dikuasai.

Moga.

Dan tak lupa, doa aku setiap kali ingat moga,

Ia moga, ko berubah jadi seperti aku bayangkan dalam imaginasi.

Aug 20, 2014

Cerita semalam.

Assalamualaikum..

Semalam, alhamdulillah aku berjaya masak nasi lemak untuk berbuka puasa. Aku masak nasi lemak tak letak daun pandan pon, pegi kedai takde daun pandan, letak santan ngan garam je sikit dalam nasi pastu baru start masak. Aku masak lemak sikit nasi tu semalam, best pulak!! Hehe..

Sebab kemalasan tunggang kejayaan, aku masak ayam masak merah, goreng telur, goreng kacang & ikan bilis je! Aku tengok satu blog nih, masak nasi lemak, terus teringin, tapi x cukup rajin sangat, hihihi..

Dan kemalasan lagi, aku tak amik pon gambar, jenis malas sampai sudah! Arinih tetiba rajin la update blog pepagi buta nih, aku pon pelik. Biasa jangan harap la kan, kena tunggu stress dulu macam semalam.

Harinih, pegi keja pon pakai t-shirt ismet je, pakai inner kat dalam, pakai jeans. Hahaha, bertudung dan takde pakai bedak ke make up ke, perghhhhh..Pemalas tahap biarla muka macam cina bukit pegi sekolah pepagi tu, korang pernah tengok? Bahahaha..Aku dulu sekolah kat mentakab kan, bandar cina, memang cina bukit bersepah, dan pepagi memacam muka pelik aku jumpa! Bau pelik lagi la ada. #hamis

Alhamdulillah, arinih last day aku puasa ganti. Genap 7 hari dah. Dalam sejarah hidup aku ganti puasa seawal ini, aku besyukur diberi kesedaran walau diusia dah masuk 3 series. Kalau tak dulu2, samada tak  berganti ke, tak cukup ganti ke, macam2 reason untuk diri aku supaya takyah puasa ganti. Lepas nih, aku still kena continue puasa ganti sebab terlalu banyak yang aku tinggalkan. 

Takpe, kita slow2 kayuh, nak jadi baik bukan dalam masa sehari nak buat semua benda. Allah tau =). Aku kena start dari tak start langsung. Kalau tak start jadi betambah ok, ntah sempat ke idak nyawa kita nih! Hadoiii, banyak dosa2 dulu..

Ok la, jap2 lagi aku update semula kalau rajin, aku puasa kan, so update pasal menu buka puasa la kan, hehehe..

Aug 19, 2014

Hadoi la perasaan, hadoi la hati!!

Assalamualaikum

Hari aku rasa semua tak kena, semua mengada, semua tak de yang betul!! Yess, harinih la harinya.

Dari aku malas nak update, terus rasa laju buka pc sebab nak update. Sebab? sebab tak puas hati. Memang hebat kuasa tak puas hati kan? 

So aku kena release stress nih dulu.

Tarik napas, hembus..

Tarik napas, hembus..

Tarik napas, hembus..

Ok. Sila bawak bersabar, ko tu nak datang bulan, memang mood macam puaka jatuh longkang!

Dan sila zikir bebanyak, puasa kan, kang tak pasal puasa beriya tapi tak dapat benda langsung!

Let go negative feeling.. 

Tapi bestnya bila nak marah2 nih, rajin plak aku menulis kat blog nih, sepanjang bulan lapan nih, satu entry je aku buat, bahahahaha..Dasar pemalas sangat. Padahal, waktu raya tu. Banyak open house, benda2 best jadi, jenis malas tak hingat! Kalau tak, bepuluh entry boleh up! #matilanak

Harinih, hari ke 6 aku puasa, aku puasa ganti, tinggal sehari je lagi (aku tinggal 7 hari) Lepas nih raya la aku. Ada orang suka buat puasa 6 dulu kan? Pastu baru ganti puasa tinggal, gitu? Aku plak, baik aku buat yg wajib dulu, sebab aku memang pemalas nak ganti puasa, aku memang liat, keluarga aku tau lah! 

Semalam aku berbuka kat umah Huda. Aku pegi ngan Nana. So kami berbuka 3 orang la, kalau termasuk bibik dia, jadi 4 orang. Huda masak mee soto sedap nak gila uolls! Pastu nasi impit cicah ngan rendang rusa. Perghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Aku makan nasi impit dengan rendang rusa dulu, memang berpuluh kot aku makan, sebab sedap sangat rendang huda buat.

Lepas makan, terbalik pusat! Huda siap tapaukan nasi impit ngan rendang! Ya Allah, murah rezeki ko huda =) Lepas maghrib, kitorang melepak kat umah dia lagi, sambil tengok tv. Makan kuih raya pulak, kuih yang sama ngan kat umah, sebab beli memasing ngan kawan2 yang sama! Hihihi..

Ingat nak swimming kat pool bawah umah huda, dok jadi sebab aku mengantuk gila babeng. Aku tak tido semalam, lepas kuar ngan nana semalam, aku tak leh tido, so arinih, cepat je aku ngantuk. Siap2 balik, hujan lebat lak, tehegeh la aku bawak keta, dah la silau.

Balik2, aku isyak terus dan zzzzzzzzzz..Baik sangatkan? Hehehe..

Harinih nak masak hape? Aku ingat nak masak ayam pedas je, yang mak mertua aku ajar. Aku suka. Pastu goreng ikan. Syabas! Baru pukul 10.30am aku dah rasa nak balik masak dan berbuka!

Sampai sini saja. 

Tunggu aku marah semula baru aku update next entry. #apapontakboleh




Aug 12, 2014

Kemalasan update blog

Assalamualaikum..

Hi uolls, aku baru arinih berasa nak update blog, kikiki..Dah raya ke ke berapa ntah, kemalasan aku memang tak terbendung lagi, mood tu kena gali lagi, kena gali lagi! Hahaha..

Hari ahad aritu aku pegi open house rumah member satu group whatsapp, rapat gak la sebab geng bahan sesama. Tapi dia ajak geng whatsapp lain gak datang, kira aku jumpa balik kengkawan yang bertahun2 tak jumpa! Bestnyaaa, dapat jumpa Ita & Huda, pastu baru 1st time dapat jumpa Nani. 

Sebelah aku tu namanya Ita, pastu nana, pastu bee..Yang nana ngan bee tu memang selalu jumpa, tapi ngan ita tu memang betahun tak jumpa! Mulut ita dah macam puake, memang kena carut je la, tapi ya Allah best sangst =)

Yang ijau muda tu kama, itu lagi biasa la jumpa. Ni geng yang moga berjiran kita dalam syurga..Kalau aku duduk syurga tingkat 3, harap korang pon sama tingkat dengan aku. Ya Allah sendu lak, rasa syahdu..Diorang nih otak merenfg tapi bab agama memasing tengah belaja2 dan belajar, tu yang aku pon terikut alhadulillah..


Nana, Kama, Aku, Huda, Ita & Bee..
Best gila beb jumpa korang. 23 haribulan nih umah ita pulak! Yeayyy!