Jul 24, 2014

Kemalasan beraja.

Assalamualaikum..

Ya Allah, apa nak jadi la ngan aku sekarang. Tido hanya sejam dua je sehari, pulak tu asek bangun pehtu tido kejap, mimpi bebukan dan penatttt gila otak hakak.

Ni sampai2 opis awal kan dalam kol 7.15 - 7.30 pagi aku dah sampai, kekadang aku masuk surau terus nak layan tido dalam setengah jam kan, mata ngantuk tapi otak ligat bekerja, ko dah kenapa kan? Mata lelap, otak memikir dari satu ke satu cerita, ntah apa cerita pon kadang aku pikir siap otak aku reka cerita baru lagi. Damn!

Memang dah takde mood sangat la kan nak buat keja, hehe. Jenis radio kat belakang aku memdendangkan lagu hari raya je semua, dj dok sembang kuih muih juadah raya, jadah apa aku nak bekerja dengan aman pulak?

Baju raya tak beli lagi, selamber je kan? Duit raya plak dah abis tp dapat la seratus untuk RM1 seratus lagi untuk RM5, yang singgit tu memang tak cukup la tu. Aku order ngan kawan duit lama je, asal ada duit singgit, nasib la bebudak dapat duit lama, apa tak lakunya, lakuuuuuuuuuu. Cuma takde la bau bank, takde la luka kena bucu duit, korang akan dapat la duit betulis madah cinta la, nombor ekor la, hahahaha..Nasib la nak.

Cuak gak nih, baju tak beli lagi, kasut memang tak nampak apa lagi, cuma baju sedondon pagi raya dah beli, nasib baju pagi raya dah ada. Kalau tak sedihhh hakak! Suami cakap takpe kita shopping last minute takpe takpe. Baiklah, aku memang percaya ayat2 motivasi ismet, aku tabah sangat nih.

Ok la geng, malas nak update dah otak jammed sebab tak cukup tido, tepon lak tinggal umah member..adoi


Jul 22, 2014

Ni la segelintir melayu kalau berniaga buat kurus je puasa!

Assalamualaikum..

Tension aku wey, bila suami aku balik buat muka masam je semalam, letih sangat gayanya. Suruh beli air bastu pon dok nok doh! *gitu bila nak cakap ganu* cacat sikit, tapi kitorang memang sukaaa cakap macam tu sama2, aku ngan dia je la, cakap ngan orang lain mau kena ketuk kepala sebab cacat sangat tak pandai buat2 pandai.

Aku malas nak tanya lebih, aku amik kuih muih dia bawak balik, sekotak milo besar tu aku letak dalam freezer terus. Continue masak. Menu semalam for berbuka, ikan masak pedas ala thai (konon ala thai sebab racik serai pehtu carik2 daun limau purut) pastu ikan goreng dan sayur sawi goreng. Aku malas nak tanya lagi, biar aku siap masak dulu deh!

Siap2, aku pon ke depan. Kenen2 sikit la, bantai dia rimas pulak! Aku penat masak baik aku ke dalam bilik siap2 nak mandi dulu bau dapur dah badan. Tapi masa aku dalam bilik, dia kat sofa sempat lagi gaduh dalam facebook and whatsapp! Hahaha, takde la gaduh tapi anja2 je komen kat status dia. Baru la aku tau dia lepas marah kat aku sebabnya keta tak siap lagi, dah tu macam buat ngan kaki je, dia bengang! Sian suami, dah la dia keluarkan duit, tak dapek la nak tolong sangat bab2 emosi nih. Adik mandi dulu.

Aku menghidang untuk berbuka tu, dia pon potpetpotpet la, cerita pasal bengkel melayu tu. Nak tolong orang melayu, tapi melayu sendiri buat melayu gini, ini dah kali ke dua kot kami kena ngan bengkel melayu. Memang la tak banyak duit bagi korang, tapi bagi kami duit tu susah nak cari, dah la nak raya rela potong budget raya sebab nak betulkan kereta tapi at last result ko bagi macam taik, mana nak support bengkel melayu gini? Kan dah membebel. Aku kesian betul tengok muka dia semalam, muka penat and frust.

Dah la janji ahad siap, sampai hari nih selasa masih tak siap2 lagi, janji melayu lagi kan? Sebab gini la malas nak kasi duit kat bisnes melayu. Aku bukan nak cakap semua perniaga melayu gitu, suami aku pon memalam jadi barber, dia kalau pegang gunting memang dedicated sangat. Ngan aku sekali dia jeling kalau aku buat perangai kat kedai, kan?? Hadoi laaa..Kenapa buat kami gini? Dah la nak raya, dah la teringin tengok kemek2 tu semua elok balik, cat leklok. Dasarrrrr sangat la nih. Memang mintak sangat la nih.

Nasib baik kereta pinjam ada lagi, tuan keta cakap boleh pinjam sampai kereta elok, barula pulang. Kalau tak? Satu hal lagi aku pening camne nak pegi keja. Melayu selalu rosakkan nama melayu lain. Suami aku pening nak bayar penuh ke nak bayar sesuka hati. Dia cakap cat bertapok gila. Aku pulak nak nangis. Ermmmmm..

Bersabarlah ismet, ada la hikmahnya tu. Selagi jet ada. Gitu.

Jul 21, 2014

Kawan susah senang

Assalamualaikum

Syukur sangat aku ngan ismet punya kawan yang sorang nih. Dia kawan aku, dia jugak kawan ismet. Takde kawan makan kawan. Dia kawan masa senang dia kawan masa susah. Boleh masuk apa tajuk. Kepala ngam, tak sempurna tapi cukup untuk diberi darjat kawan dunia akhirat. 

Penolong masa kami susah. Tak minta dibalas. Syukur sangat Allah hadiahkan dia sebagai kawan. Moga bejiran di syurga, in sha Allah.

Hari sabtu, kami berbuka sama. Dia ngan wife dia, anak2 dia yang comel 2 orang, anak dara kecik molek. Hehe..Pegi teluk chempedak ingat nak makan kat nasi kukus mama, ya Allah full gila. Hampa sangat. Nak keluar dari tc dah lewat, jalan nauzubillah jammed, so we decided berbuka kat tree under je. Orait lets jom!

Sebelum tu, jumaat dah hantar keta kat bengkel, betulkan yang kemek2 kesan kena langgar ngan tayar lori. Kami naik keta diaorang je la kan. Seronok sebab dapat main ngan Phea ngan Zara! Memang pujaan sangat anak2 dara diorang nih.

Pas berbuka, pegi cowboy dia nak beli barang rumah, aku cakap la kat ismet beli acid sebab 80 tahun dah sinki dapur ngan lubang air depan tersumbat (80 tahun tu korang kena percaya sebab lama pepaleh nak harap ismet betulkan!). Eh, dia cakap acid dok molek pulok, abih guane? Ok nasib berkawan ngan dia *thanks to Allah* dia buat nanti. 

Pas siap beli2 barang, pegi benteng jap, terus gerak pegi umah aku. Decided, sahur kat umah kami je. Aku tak kesah, sebab diaorang makan je apa aku masak. Keluarkan daging and ikan kejung dalam peti ais dulu. Wife dia jaga anak2 dara kecik kat depan, aku bersiap2 nak masak. Golongan suami2 lak sebuk menghembus rokok kat depan. Bila laaaa nak start buat keja kan! 

Aku dok siap2 potong daging keras, kelentung kelentang kat dapur, diaorang sebuk buka tangki kat belakang *sump pit eh?* ntah apa nama, aku tak belajar, wakakakaka..Setiap orang ada tugas, anak dara 2 beradik kedepan kebelakang, ya Allah rasa nak gigit je, comel sangat weyyy! 

Aku siap masak, baru la aku isyak (jangan tiru perangai lewatkan sembahyang ini) pastu diorang surrender, dah korek2 masih tersumbat, esok dia datang bawak bendalah jolok2 tu nak jolok lak. Baik. Mari kita sahur, dah pukul 4am tak tido2 lagi, masalahnya budak kecik tu pon sama naik, tak tido tapi buas macam anak kucing! 

Aku masak daging kicap, ikan bilis goreng ngan telur dadar je, sebab tu cepat.

Semalam, diorang nak berbuka kat umah, request nasi ayam. Baik, aku buat nasi ayam pulak ahad tu. Tengah2 aku masak, dia datang kat belakang, takde salam takde apa, terpacul je. Panjat gegurl!

Ok, diorang bekerja lagi, jolok pulak lubang2 kecik tu. Yang bilik air keluar rambut besar penumbuk ko! Hahahaha, Rambut aku la tu, rambut sapa lagi. Ismet salahkan aku pulak kan. Eleh! Sambil aku masak diorang keluar masuk, terhegeh2 kat sinki jolok2 tapi still tak elok2, tersumbat! Rupanya, dah sejam jolok2, baru perasan tejolok lubang lain, lubang yang tesumbat kat lain. Hahahaha, padahal air meleleh2 la keluar kat tepi tu..Tak perasan, sebuk jolok lubang kat sump pit tu je. Sekali jolok je, hambikkkkkkk, bau pekong! Terus air busuk keluar ikut sum pit tu. Lelemak color kuning2 nak muntah aku ingat! Gila laaaaaaaaaaaaaaaa..Alhamdulillah, boleh mandi dengan aman, air tak tersumbat lagi, sinki tu memang aku jarang guna sebab air kecik sangat!

Berbuka la kita makan nasi ayam, aku buat bandung soda sekali. Makan dengan aman bersama budak kecik yang rasa nak pijak je! Hahahahaha..Lepas berbuka, maghrib..Ismet terus pegi kedai. Lagi satu Allah hadiahkan diorang kat kami, keta kami tak siap lagi *mekanik janji melayu, kata ahad siap tapi harapan musnah, lebur* diaorang pinjamkan keta kat kami, apa lagi kita nak? Hati siapa yang masih busuk kalau ada kawan gini? Aku besyukur. Pegi keja naik keta dia la tadi. 

Kami tak baik, tapi kami berusaha nak baik. Sikit2. Kami bukan dari golongan yang memang nampak orang terus cakap baik, kitorang bila orang nampak memang terkenal dengan bengong sedikit pandir. Hahahaha..

Banyak lagi pertolongan diorang nih. Moga Allah jadikan diorang baik dan semakin baik dan murahkan rezeki melimpah2..Jagakan tali persahabatan kami, eratkanlah hingga syurga. Thanks friends..

Jul 18, 2014

Kesedihan #MH17

Semoga kuat.
Kalau tak kuat, korang kena kuat.
Semoga segalanya dipermudahkan Allah.
Apa yang mampu hanya berserah.

Bukan family kita
Kita tak rasa.
Luluh jiwa
Kuatlah nyawa

Aku terkesan
Bila semudah itu kehilangan
Kalau aku  hadap?
Tertiarap.

Maafkan aku kira diri berdosa
Nyawa bukan hak kita
Bila2 masa
Ditarik yang Esa

#MH17 moga Allah tempatkan disebaik2 tempat
Berehatlah menunggu akhirat
Allah Maha Mengetahui
Segala dilangit dan dibumi

Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar

Al-fatihah, ya Allah tempatkan saudaraku disalah sebuah taman syurga..



Jul 16, 2014

Hati

Tersiat dan mungkin akan lebih besar jajahannya
Berapa kali lagi perlu dikentalkan hati ini?
Batin aku dah penuh luka
Tak perlu untuk kau kasihi
Sebab aku, iya aku..Perlu pergi dan tak akan kembali
Kenapa perlu? Sebab dah tak mampu derita.
Aku pergi.
Jangan diusik lagi hati ini.

Jul 11, 2014

Suami sapo la nih!

Assalamualaikum..

Kadang aku rasa jadi bini nih kena tough mental and fizikal. Kalau kita lembik lama dah rumahtangga tunggang langgang!! Ye dok? 

Aku rasa aku kuat gila sekarang weyy!

Kalau aku tak kuat abis la rumah tu aku terbalikkan!

Sesi lepaskan perasaan ni ok.

Aku la buat segalanya.

Memang semua gitu kan?

Sapa suruh kawen kan?

Dapat suami yang memang anja2 sangat, semua kitaaaaa yang buat..auuwwww anja sangat ke malas sangat ismet sayannnggg??

Takpe iz, selagi tulang 4 kerat gua boleh gerak, gua akan manja kan lu iz *tangan kat bahu, mata juling terus*

Jonteh sangat suami aku tu!


Jul 9, 2014

Nak jugak ayam berlada!

Assalamualaikum..

Semalam teringin sangat nak makan ayam berlada, teringat2 mak buat! Tapi memikir jugak sebab si ismet tak suka lauk ayam, dia prefer ikan or daging lagi..Hadoi la, aku dari minggu lepas kot berangan nak masak ayam berlada masin2 sikit, hihik..sedap kot!

Jadinya, semalam dua menu aku masak. Untuk ismet kembong asam pedas, untuk aku semestinya ayam berlada masin2 sikit! Wallahhh. Balik kerja terus beli ayam ngan daun2 untuk asam pedas. Aku kalau balik kerja tension pulak kalau kereta yang terhegeh2 pelan macam beribu keta kat depan, padahal? Sebijik keta non hadoooo! Aku jenis lelaju petang2 kejar nak masak, nak cepat balik, kadang2 ada yang nak perking, 500meter dah pelan bawak keta, hadoiiii aku diam je, aku tengok je, aku redha je..Bising kat sini je laa sebab aku perlu practice bersabar lebihhhhh gitu.

Kat umah after asar, lepak jap hirup udara kat sofa, pehtu start dah mengemas dulu. Nak masak pon nak ngemas kan? Memang, sebab aku tak basuh pinggan sahur pagi, kena la ngemas dapur baru la tak serabut nak masak. Tengok dalam rice cooker masih ada lagi nasi, so korek2 kasi letak tepi, rendam rice cooker jap.  

Gitu la everyday bulan ramadhan, jarang makan luar. Beli kuih 2 jenis, sure habis. Kuih peberet kami berdua ialah termosa dengan kuih bom (aku baru tau nama dia bom, yang bulat2 dalam ada isi ikan) Jap lagi aku google rupa kuih berkenaan, maklumlah aku dah tak sempat nak amik gambar masakan aku lagi buat waktu ini. Busy sangat tukang masak gayanya..Hehe

Ini hasil google. Kuih temosa. Yang aku beli besar kot. Seringgit 3 biji wey akak tu jual. Tak mahal dan inti dia banyak. Terima kasih kakak sebab ikhlas jual. Suka kuih akak.

Yang ini peberet aku sekali sekarang. Hasil google gak gambar nih. Tapi memang gini la rupanya. Bapakla sedap oi. Aku rasa kalau makan panas2 lagi walaweyyyy!

Suami aku semalam tak sihat, dia tak pegi keja pon rupanya. Berbuka aku sorang je yang makan. Dia just minum air ngan temosa sebijik. Tapi lepas isyak tu dia mintak nasi, lapar bebenar la kot. Tekak dia darah2, badan panas2 sikit. Anja2 la dia semalam kan, tapi bini dia garang, takde la nak anja2 mana pon, mau kena jeling. Macam biasa, dia kalau jumpa ikan, dia marah. Habis ikan tu dia kerjakan. Lauk peberet dia asam pedas. Alhamdulillah.

Sahur tadi dia terus panggil2 aku bila nak start masak. Masa tu Brazil kena 5-0..Gila kentang! Brazil hanyutttttt. Aku masak nasi goreng daging lagi. Pehtu nak tido jap dah 7-1.Tahniah la German. Apekah kemaluan ini Brazil? Hahaha..

Jul 8, 2014

Aku cedera!!

Assalamualaikum..

Semalam mood swing. Takde pasal pon. Dari opis rasa tak sedap je , nak marah je. Bengis je aku. Balik macam biasa la awal sebab masuk opis awal, lantak aku la kan, korang datang lambat balik la lambat! 

Berenti la kat kedai biasa. Nampak ada ikan kembong, agak fresh sikit. Sekarang susah gila nak dapat ikan, minggu lepas aku beli ikan tenggiri je, tak merasa beli ikan2 kecik. Rindu nak makan ikan selar kuning goreng garing2. Amik la 6 ekor, boleh 2 -3 kali makan. 

Beli la bahan untuk buat paprik konon ideanya. Aku still moody. Muncung je, biasa tersenyum riang walau dengan orang tak kenal. Tapi semalam, aku jelingkan aje, kan sangat tak beri kemanusiaan. Jenis emosi tak stabil, pandang orang cara hina, budget orang ngerti ko tengah moody? Hoiii, maafkan aku sesiapa yang try nak senyum tapi aku tak pandang semalam. Sampai rumah, ismet dah ada. Dengan ismet2 aku jeling, dia bolayan je. Hahaha..

Aku letak barang, amik air sembahyang, aku asar dulu. Dah kenapa aku nih, aku tengok dapur ada gelas, pinggan sahur tak berbasuh pagi tadi, terus emosi makin tak stabil. Dah kenapa ko ni jetttt???Takde sebab pon, ko nak gelabah bodoh dah kenapa! Aku pon pelik. Dan at last, tengah membasuh gelas coca-cola gelas tu telucut, dan aku nk grab semula tak kasi jatuh kan, terus pecah, dan memercik la darah hakak T_T

Hakak tak panic. Terus cucur air dan tekap. Darah banyak keluar, tekap pon darah keluar, eh kat ibu jari pon luka, ok 2 tempat kena tekap. Aku dah sedih2. Inikah nasib orang yang sombong sepanjang hari? Buat lagi perangai, kan mendapat!

Darah tak berenti, sebab luka tu kat tapak tangan, dekat dengan celah jari telunjuk dan hantu. Rumah pulak kehabisan handyplus. Aku dah nak buat apa? Tak boleh siang ikan, luka akan merekah balik dah kuar darah. Perhhh, mengeluh..

Ismet cakap nak pegi klinik tak? Nganjing hebat *tepuk tangan laju2*

Dia cakap takyah masak, sila bersiap dan makan kat luar. Baiklah, isteri yang garang telah bertukar menjadi jelly kelapa. Menurut perintah dan mood terus menjadi baik sesuci lebaran. Lepas berbuka, ke farmasi beli handyplus, balik terus maghrib, tunggu isyak dan aku tidur. Apekah?? Ismet buka kedai la, dia balik lewat smalam, pegi bandar ngan kawan2. Baiklah. Bangun masa Ismet balik terus masak nasi, siang ikan dan prepare bahan. Tido semula. Bangun 4.30 masak pulak. Dan sebagai isteri yang sesuci lebaran harus melayan suami makan dan tunggu walaupon tangan dah kering. Ismet kalau jumpa ikan memang marah! Macam kucing. Sekian laporan.




Jul 7, 2014

Cerita pemalas, baca menyesal - jangan menyesal!!

Assalamualaikum..

Pose ke idok? Haha..Perghhh ngantok benor biji mata arinih. Semalam, try tido awal bapakla susah sebab 2 hari tido lepas subuh..Tapi boleh la, dari tak tido langsung. Pas sahur pon dah tak sempat tido, mata cerah je, terus subuh, siap2 pegi keroje.

Sabtu & ahad aku tak masak untuk berbuka, on leave for cooking temanya, hahaha. Sabtu, berbuka rumah mertua dan semalam aku ngan ismet tapau je dari pasar ramadan. Memang selalu kalau cuti aku jarang masak, aku cuti, dapur tak berasap! Tapi for sahur still, hakak masak noks! Suami hakak sahur macam berbuka, tak pernah dia tak selera, abis je sepinggan nasi penuh even complaint nasi banyak, hikhukhikhuk!

Baru aku perasan aku tak upload gambar makanan untuk puasa tahun nih. Aku malas. Aku becakap je la, without gambar, nanti mood nak snap picture tu datang, meroyan korang tengok masakan aku yang sodap menjilat tu.

Macam biasa, kalau sahur memang aku selalu masak benda yang simple. Kadang2 sardin, ayam kunyit, daging masak merah untuk kelmarin dan paling selalu selalu selalu ialah telur dadar dan ikan bilis goreng, hahaha, ikan bilis tu memang win! Korang terai tengok, walau pon senang nak mampos tapi kalau kena ngan nasi putih panas, kicap sikit, memang tak berenti suap nasi wey! Terus terang biji mata.

Owh suami aku ada amik gambar aku sekeping masa teman dia futsal malam minggu lepas.

Ok, ini gambar latest aku. Moga terubat rindu. Hak hak hak tuii. Ada yang cakap macam penjaga tiket. Aku tengok macam memintak mintak duit orang, hahahaha.

Ok, apa nak cook cook today for berbuka puasa? Still dont know. Jap2 lagi kita google. Suka ko google2 kan, padahal masak tak sodappp pon!

Jul 3, 2014

www.facebook.com/magicofjetsalon - jemput like and shopping kat sini =)

Assalamualaikum..

Aku ada page jual2.

Aku jual products kecantikan dan kesihatan.

Meh la ushar, kasi business aku running dengan jayanya!! hehe

Paksa dan rela.

Jemput like and selamat bershopping!

Magic of Jet Salon














Jul 2, 2014

Bila dah jadi bini

Assalamualaikum..

Cmne puasa korang? Aku ok je, dah jadi bini orang kena la bangun sahur awal untuk masak, kalau dulu kat umah mak, mak kejut untuk makan, nasi dah ada dalam pinggan, tunggu suap je! Kalau kat umah bujang dulu plak, memang haram nak bangun sahur! Bila dah jadi bini ismet nih, aku bangun masa dia masih tidur, aku mengemas masa dia isap rokok, wahhhh, memang 360 pergolakan hidup aku! Hahaha..Lain kot? Memang la lain ayat opismate aku si lelaki nih, sapa suruh kawin, memang kena terlebih rajin la layan suami..Ok, fahammmmmmm

Dulu masa bujang, kalau tak berbuka umah sedara mara, biasa aku pegi umah cu aku la kan, aku berbuka sorang memang membeli je la sebungkus nasi. Tak pernah berasap pon dapur. Pastu makan sikit je dah kenyang, tak selera takde kawan untuk makan. Tapi dulu aku tak penat, tak perlu masak, takyah mikir nak masak apa, takyah ikut selera orang untuk masak, itu kelebihan dulu la, hehe but sekarang aku happy je memasak untuk orang, duduk kat opis lagi aku dah memikir nak masak apa =) aku kan beriya-riya?? wakakakaka..

Bila kita sayang, kita akan buat yang terbaik. Sampai rumah cabut tudung, tak sempat pon jeling sofa or tv, just rushing ke dapur untuk masak. Besar keajaiban perkahwinan nih, ye dok? Dari seorang yang memang tak pandai masak, sekarang keja aku cari resepi je untuk masak, dari tak suka kari, hadap la buat kari untuk tekak ismet, wakakaka..Memula buat kari aku ingat lagi dah jadi rupa rendang ayam!! Pekat, likat, ntah banyak mana santan ngan rempah! Siap rempah ratus tu aku letak macam nak buat kari 10 orang makan!! Suami aku redha, dia kasi tips *ismet pandai masak, mencik* so try and error walaupon..Hadoi betapa hazab kawen ngan aku, maafkan daku ismet, kikiki

Sekarang musim ramadhan, lagi best belajar masak, lagi aku teruja. Ntah, dah minat kot? Mee goreng, nasi ayam, lauk pauk simple, yang penting ismet makan, aku dah kembang2 buntut! Hahaha. Kalau dah sayang gitu laa..Kalau dah tak sayang lain pulak, ye dok? Nasib dapat suami yang simple je tekak, tak yah nak masak kurma pejadah, masak goreng2 pon dia dah gembira. Tapi aku nak gak tambah skill. Nak jadi chef umah aku sendiri one fine day!

Yang penting sayangkan suami, mari lah belajar memasak.

Jangan jadi macam aku, baru nak belajar, terhegeh2..Apa pon tak boleh!!

Aku sengaja merepek, aku malas nak becerita lagi. Aku punya kemalasan tahap tak boleh blahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Maafkan aku kalau korang rasa menyesal membaca. Sesungguhnya aku pon fed up!! Adoiii