Jun 25, 2014

Rahsia Perkahwinan

Assalamualaikum

Eh, tetiba aku terpanggil nak share tip s bahagia nih. Aku terbaca dalam facebook, dari Fadzilah Kamsah. Simple je beb! Tu yang aku suka, tak meleret. Sebab aku kalau yang meleret tu, dah mengarut dah bagi aku, sapa yang nk apply dalam realiti? Kan?

Sekarang terlalu rmai pasangan kurang sihat dalam relation. Ada cerai berai kan? So aku harap kita boleh ingat simple tips yang aku nak share nih..Mari baca, jangan nak malas sangat!!

Petua untuk tambat hati pasangan:

✔ Sentiasa patuhi perintah ALLAH
✔ Cuci hati dan syukur ada pasangan
✔ Cinta berteraskan iman.
✔ Sayangi seadanya
✔ Jadikan dia kawan paling akrab.
✔ Puji & hargainya
✔ Rawat hati dengan kemaafan
✔ Jadikan kenangan manis sebagai ubat.
✔ Sentiasa sangka baik.
✔ Pandai berbual & mendengar.
✔ Berterusan baiki diri.
✔ Jadikan konflik untuk berubah lebih positif.
✔ Hormati pandangannya walau kita tak setuju (selagi tak ingkari ALLAH ).
✔ Sebut sayang sekerap mungkin.
✔ Elak lakukan kebenciannya.
✔ Bentuk sifat yang boleh dibanggakan.
✔ Sentiasa didik dan mendidik.
✔ Berlapang dada bila di tegur.
✔ Hapuskan EGO.
✔ Bertolak ansur.
✔ Selalu tanya diri: apa lagi yg boleh aku beri kpd pasangan ku ini? 


- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Jun 24, 2014

Sabtuday

Assalamualaikum..

Sabtu lepas sepupu aku dari kelantan singgah jap ondaway balik JB. Diorang emergency balik kelantan sebab Mok (mak kepada ayah diaorang) meninggal dunia sebab sakit tua. So aku pon memasak! hehe..Tapi lauk simple je, sesuai dengan usia mereka yang masih muda itu..Wakakaka, padahal semua yang aku buat tu lauk sepanjang masa, tak kira usia, memang keluarga kami suka!

Tadaaa!

Sian diorang takde lauk special, tapi apakan daya skill masak aku belum tajam lagi. Ini kira paling tajam la masak lauk nih, telur gode, ikan goreng, sambal sardin, bendi goreng dan opkos sambal gesek untuk aku yang mungkin kena buasir kalau tak berenti tabiat makan pedas nih!!

Yang datang tu semua remaja lagi, so no complained, just eat and have fun! Berani diorang cakap tak best? Sentap hati kandak!! Hahaha

Lepas tu dapat called dari cu, tok datang dengan baby zara, pakngah and pakngah..Lepas makan, gerak umah cu lak buat BBQ..

I love my family =)

Maaf la, mood nak menulis sangat takde, sebab memang kalau blogger gitu kot? Ntah.


Jun 20, 2014

Juadah berbuka puasa ganti

Assalamualaikum..

Selamat puasa aku semalam.

Dan ninnnnnn diaaaaaaaaa menu aku masak semalam.

Blog aku memang semua masakan simple2! Tapi bagi aku dah terbaik gila nak mati dah. Kalau korang rasa apela budak jojet nih itu pon nak kesah, yessss opkos mak kesah, sebab mak memang tak pandai masak, sian laki mak. So hadap je la eh kengkonon aku nak share resepi ke, aku nak cakap makanan aku taraf 5 bintang ke, dah memang pon? Wakakakakaka..

Ini aku masak start pukul 6.30 petang. Semalam aku balik lambat. Pegi pulak beli asam keping dulu, berenti tu yang buat lagi lama sebab orang macam aku nih, walau pon niat asal hanya nak membeli asam keping, bila dah sampai kedai, niat asal tu dah gone by the air..Melilau cari apa nak beli, pelik?Tu la aku. Ismet selalu marah. Kengkadang aku beli ikan pon lambat, Ismet dalam keta muka nak ketat? Eh, nak ketat ko turun beli sendiri tak nak pulak kan??

Cecepat aku masak nasi. Pehtu siang ikan, garam kan, pehtu siang ayam, garamkan sikit, 3 ketul buat gulai lemak cili padi. Actually buat gulai tu sebab nak kuah je, kalau tak xde bekuah, sian lak Ismet. Kupas la apa yang patut, Jap kasi resepi yang bapak simple kat dunia nih.

Ayam untuk 1-2 orang makan
Santan KARA tu aku guna tak abis pon sekotak kecik
Serai kurus kering aku guna 2 batang titik guna lesung batu
Tumbuk lada kecik dengan kunyit hidup
Garam secukup rasa.
Asam keping sekeping
Kentang 2 biji sebab itu je sayur? sayur? Hehe..

Cara:

Masuk semua sekali sekali gus.
Kacau, tambah air.
Kasi sesedap rasa.
Siap!!

Sesambil tu, goreng ikan, ayam, buat cicah kicap.
Selamatttt!! Pukul 7.15 siap terhidang. Aku tak sempat mandi. terus je tunggu azan. Buat air teh o panas, perghhhhh. Memang lazat tak terhingga berbuka lauk peberet!!

Selamat mencuba!

hihihi

Jun 19, 2014

Menu berbuka

Assalamualaikum..

Harinih aku puasa ganti last day. Hoyeayy hoyeaayyy! Hehehe, tapi padahal beratus hari lagi kot kena ganti dari zaman start period darjah 6 dulu, ohmaigaaaadddd!! Takpe, slow2..Allah Maha Mengetahui in sha Allah =)

Haritukan aku puasa gak, hari isnin tu, so sure la aku memasak untuk berbuka. Aku pening memikir nak masak benda kat opis. Skill masak aku terhad, wakakakakaka. Tu yang pening tu, setakat goreng2 aku pandai la. Ismet lak memang nak ada ikannnn je. Dia tak berapa suka ayam. Hadoi la.

Dari opis lagi aku ingat nak buat ikan asam pedas cara mak dia masak dan untuk aku seperti biasa ayam goreng makan ngan sambal gesek jadi dohhhh! Makan betambah dohhh! Hahahaha..

Balik keja cepat haritu, sebab nak elak jammed. Tapi hampa sampai je pasar basah kat area rumah aku tu, sekor ikan kecik pon takde, semua mak tok nenek ikan yang aku tak pandai masak!! Kembong ke, pelaling ke, selar ke, kerisi ke, tenggiri ke, takde! What? How aku nak masak ikan untuk suami? Arghhhhhh..Takpe, beli ayam dulu separuh, dan aku melilau tengok udang ke, sotong ke kannn..

At last aku ternampak dalam peti ais kat kedai tu ada daging beku! Yeayyy, dapat idea. Kita masak kari daging saja walau aku tak berapa nak pandai!Haha..Try and error je uolls.

Tadaaa, ini la lauk aku berbuka hari isnin hari tu, hehehe..Walau dah basi cerita nih, takpe, aku mesti la nak update dalam blog! Kari daging tersedap gitu nama dia.

Resepi mesti nak tulis, sebab setiap yang aku masak mesti resepi bertukar, wakakaka..Main hentam je labu, asal nampak sedap.

Daging - untuk 2-3 orang makan
Rempah kari daging adabi sepeket (aku guna separuh je)
4 sekawan rempah ratus tu, semua aku guna satu.
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 3 biji
Halia - seinci
Cili boh - sesudu besar
Santan 3/4 kotak kecik tu
Kentang
Bendi

Memula aku tumis bebawang dengan halia yang dihiris tu. Campak pulak rempah sekawan tu. Lepas tu masuk kan cili boh. Lepas tu masuk pulak rempah kari (pes kari, gaul ngan air sket) Ok aku start tumis semua sekali sampai ala2 nak masak, aku campak daging. Daging kan berair, gaul je la, tambah air. Ya Allah, mana aku ingat je la eh. Pastu masuk kentang. Pastu masuk santan. Bila dan meggelegak, aku  masuk garam dan pak aji. Pastu kasi Ismet rasa, dia cakap tambah santan sikit lagi, tu je. Ok aku tambah dalam 2 sudu besar lagi santan, kacau2 maka siap!!! Eh lupa, masukkan bendi tu dulu.

Pastu sesambil tu, aku goreng ayam. Aku buat sambal gesek. Tetiba dalam IG ada orang tanya resepi sambal gesek. What?? Hahaha..Lada kecik tu tumbuk dengan garam je aku buat. Kalau rajin, tumbuk sekali ngan ikan bilis, perah limau kasturi. 

Ismet teman aku berbuka walau dia tak puasa sebab dia kan suka kari, mesti tak tertahan. Dia cakap sedap. Yeayyy, suka bila suami puji dan makan dengan banyak!! Korang tak kan paham perasaan orang yang tak pandai masak tapi kena puji macam aku. Hahahahaktuiii!

Ok, jap lagi aku buat entry untuk menu kelmarin lak. Semalam aku tak masak. Aku malas!

Jun 16, 2014

Ganti Puasa

Assalamualaikum..

Aku memang liat ganti puasa. 

Aku bukan orangnya.

Iya, aku jahil. Memang tak dinafikan, hadoiiiii..Yang lepas tak boleh diundur, tapi kita boleh buat yang terbaik untuk sekarang dan akan datang, ye dok? 

Harinih, aku puasa uolls, tinggal 2 hari lagi. Gila perlukan kekuatan mental untuk aku pujuk diri, bahawasanya ganti puasa itu wajib! Tak ganti dosa, apakah nak masuk syurga tapi malas ganti puasa? T_T kena motivate diri sendiri, gitu la gaya, macam budak kecik kan? Tapi memang aku akui, aku jahil. 

Lepas zohor aku dah start cari resepi, hehehe..Apa aku nak masak? Pening. Padahal lama lagi berbuka. Fedulik.

Dulu masa bujang2 ingat lagi. buat murtabak megi, perghhhh sedapp! Tapi aku boleh je buat untuk diri sendiri, nanti suami aku si Ismet nak makan gapo?Aishhh..Kena gak masak menu lain.

Marilah google dan reka cipta resepi terhebat!

Kikikiki..

Jun 13, 2014

Perasaan

Disebalik senyum dan gelak itu
Kau sembunyi luka dalam
Tiada yang tahu sampai bila ia harus berkelambu
Sebab tiada siapa tahu wujudnya cerita dalam cerita
Mungkin dah ditakdir
Rahsia itu aku je yang kunyah
Sebab itu yang dijanji sebelum tercampak ke bumi
Tapi sampai bila?
Ia, jawapan pon haram nak ada.

Jun 12, 2014

Main masak2 hari ahad lepas.

Assalamualaikum..

Ahad lepas aku terima ramai gak tetamu, hihi, iolls masak. Bagus tak? hehe..Memula abang sulong aku datang, singgah lunch. Dia dari Kemaman rumah mak mertua dia, so singgah rumah aku before balik Semenyeh. 

Dia dah cakap awal2 hari jumaat lagi yang dia nak lunch, hehe..So dia nak aku masak, what? Percaya kat aku masak? Wakakakakakaka..Baik, try me!

Pepagi lagi takde la pagi sangat dalam pukul 10am tu aku start motor suami aku *kereta masa nih rosak, so suami izinkan naik motor dia* Tak pernahnya dia kasi aku naik motor sebab kereta rosak merasa la aku naik motor, merempit! Cari barang2 nak masak, dan bedezup aku balik..

Menu dlm otak senang je, simple. Aku nak masak ayam pedas, ikan goreng, ulam2, thats all bebeh! Kikiki, family aku senang, tak yah lauk kebabom, asal masak dengan kasih sayang dah ok. So aku tambah la ramuan dia, kasih sayang terlebih rasa. Gituuuuu.

Resepi ayam pedas nih, mak mertua yang ajar, sebab sedap sangat dia masak. Rasa dia lebih kurang macam masak ayam terung asam family kami, tapi yang aku masak nih, takde terung asam, aku gantikan asam keping.

Resepi ayam pedas:

Ayam seekor
Bawang merah, halia, kunyit hidup, lada kecik, serai, - ditumbuk (aku blend pakai blender sudahh, cepat) mak mertua aku tumbuk beb!!
Asam keping
Garam dan pak aji.

Cara:

Tumis kesemua bahan yang dah blended tadi tu sampai wangi, dah naik minyak eh? pecah minyak? Pastu masukkan ayam, kalau macam kering masukkn air sikit, pandai2 la adjust ikut citarasa. Pastu masuk asam keping dan rasakan dengan garam..Last masuk pak aji. yeayyy siap!! Pedas sikit lagi mengaummmm sedap kot? Wakakakaka..Siapa lagi nak puji!

Pastu aku goreng ikan, ulam2 siapkan, buat sambal belacan. Itu sahajo! Mandi2, tetiba diorg dah nak sampai, suami aku pegi turut naik motor sebab abang aku dah terlajak. memandai2 lagi, suruh tunggu kat traffic light, nak jugak cari rumah aku sendiri, dah terlajak!

Ini la hasilnya, kalau family aku masak, kami isi terung asam, lagi best! Aku buat tak pedas mana pon, sebab budak kecik nak makan, ok la kan? Wakakakaka..

Ini si Ariq, anak bongsu abang aku. Sombong bebenor dengan aku. Bukan nak ngan aku, asek nak main dengan Ismet je, apa2 hal pandak. Aishhh, dia memang jenis tak bekawan, lasak2 sorang. Budak nih, baru bangun tido, tu yang muka gitu.

 
Ini la lauk untuk hari Ahad lepas. Kampung style. Tak sedap ke sedap ke, diaorang kena makan, takde lauk lain dah. Zalim tak? Wakakakaka..

Bila abang aku dah balik, aku mengemas jap, Fila and anak2 pulak datang dengan cerita hantu. Hahahaha..Tanya dia dak makan lom? Belum, tengah lapar, ok aku hidangkan lauk yang sama sebab aku masak sekor kan ayam, so ada lagi. Fila nih sama je macam Noh laki dia, tak kuat pedas, nama je si Noh tu orang nogori, tapi hampeh. 
Ni anak Fila yang sulung, si Zara. Pemalu orangnya, nakal pon ye jugak, tapi omey2 sangat!! Ada ke budak kecik tak comel? Kan? Hehehe..

Pas sesi soal jawab, gosip2, goreng keropok bagai semua, Fila pon balik, dah maghrib pon. Malam tu, dalam kol 8 tengah siap2 nak pegi kedai, si Sapik kawan kami pulak datang. Memang Ahad tu rumah sentiasa ada orang. Alhamdulillah, orang cakap tetamu datang bawak rezeki kan?Amin..

Dia lapar, tapi tak sempat makan, sebab kami dah nak ke kedai, jamah je lauk. Pastu dia pegi ikut suami aku ke kedai, naik keta dia, aku ketinggalan, naik motor. Sampai hati korang, sepatutnya korang yang kena naik motor, ni tebalik. Hetchuuuuuu!

Sapik tido umah kami as usual. Dah di request nak nasik goreng pagi esok. What??? Iolls keja wey. But kol 5.45am tu aku bangun gak la bangun buat nasi goreng si Sapik, sebab ada nasi lebih, ada ikan goreng lagi, siap!!! Aku pegi keja ngan suami naik keta si Sapik, keta still rosak, semalam takde bengkel, semua tutup. Aku amik half day, Ismet amik aku lunch hour, pehtu bawak keta kami ke bengkel dekat umah tu. Alhamdulillah siap malam tu. Dapat la aku pegi keja..

Itu je la penat dah tulis.
Nanti aku sambung.

Jun 10, 2014

Dah selamat..

Assalamualikum.

Aku dah balik dari umrah, alhamdulillah..Tapi aku membusy sket, memacam aku kena buat, termasuk sifat malas nak update yang ketara lagi.

Aku sihat, dan kat sana pon lancar, alhamdulillah *takut tak nampak kaabah, nasib boleh pegang lagi* cuak gilaa! hahaha

Bila dah selesa sikit, aku update eh, aku tengah catch up kerja yang pending, badan yang malas, dan pelbagai alasan manusia lagi, aku kan manusia, so normal ada banyak alasan.

Ok, selamat menguap jet, dan untuk korang sila rajin dan doakan aku rajin gak..Eh please pray for me, untuk istiqomah..

Adiyos.