May 21, 2014

Beberapa hari lagi..

Assalamualaikum..

Sabtu, 24.05.2014 in sha Allah takde aral aku akan menunaikan umrah bersama keluarga. Suami tak ikut. Aku ngan keluarga aku je seramai 7 orang. Wow, pejam celik pejam celik, tak lama lagi aku rasa goyang gak nih, rasa kecut2 jantung.

Aku tak prepare apa2 lagi. Harinih dah rabu kan? Hehe..Sabar je lah kan. Rasa nak tercirit pon ada nih. 

Semalam dah kelaur sorang2. Aku beli apa yang takde, stokin tangan, kaki, baju, yang takde dalam simpanan yang ada, aku pakai yang lama je. 

Doakan aku kengkawan. 

Maafkan salah silap aku.

Halalkan segala-gala.

Aku manusia biasa, memang ada silap.....banyak.

Nanti aku free2 before pegi aku update lagi.

Dah gembeng2 perasaan, suami kena tinggal kot. 

Hahaha.


May 15, 2014

Trauma

Assalamualaikum.

Aku sekarang trauma bawak keta. Well, jumaat lepas punya penangan la nih. Tayar meletop dan aku nih bernasib baik lagi tak mati, tak accident, tak memacam lagi. Hanya rosak je bahagian situ. Alhamduillah..Sebab kes tayar pecah nih ada yang sampai hilang nyawa, keta terbalik, accident bagai..Nauzubillah.

Yups, keta aku bulan nih memang mintak duit. Dan banyak budget yang lari, sebab kes ad-hoc banyak, tak tukar bahaya..Dengan battery keta, bold & nut, tayar 2 bijik, major service dan memacam lagi yang serentak tetiba tanpa plan. So pepaham la benda tak listed dalam plan nih, adalah benda yang tak masuk dalam budget. Tarik la budget lain, untuk cover. Gitu la..Syukur, aku selamat, ye dak? Habis gak 4 angka. 

Jap lagi aku nak gerak pegi KL, peneman ialah suami yang dah bersiap kat rumah, aku masuk keja jap ada barang2 nak kena bawak. Hari nih duduk kat Empire Hotel, kat Subang. Pehtu tak tau la bila balik lagi mungkin esok terus balik lepas abis keja or mungkin stay untuk bejimba. Ntah.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal trauma. Dah melalut pasal lain. A'ah aku trauma weyyy!! Selama aku bawak keta, bukan tak pernah tayar pancit, accident, memacam la kan. Pernah kena sandwich accident (aku dok tengah2, depan belakang kena hentam), pernah langgar budak UIA, pernah pancit berkali2, pernah keta berpusing sebab hujan, tapi kali nih lain pulak traumanya. Sebab tayar pecah. Arghhhhh.

Cuak. Setiap kalinya aku drive, aku rasa tayar aku nak pecah. Aku takut nak bawak laju. Padahal kalau tak aku la juara jalanan kalau nak pegi keja.

Eh, memang rasa pelik, kadang rasa takde kaki kejap, sikit2 aku benti tepi tengok tayar, ko dah kenapa? tetepi umah orang aku berenti sebab terasa2 benda yang jadi jumaat lepas. Bederau darah. Rasa jantung berenti kejap. Rasa nak pengsan tapi takde rescuer puloks.

Nasib ismet boleh teman aku harinih, kalau tak memang aku sampai KL lambat la, bawak sambil risau sambil berenti tengok tayar sambil nangis. Agaknya tengah malam baru sampai hotel. Hikmahnya aku dah tak bawak laju. Kan? Hahaha..

Mintak2 keta tu bertahan. Aku sayang dia, jangan nak merajuk2 nak sakit lagi. 

Selamatkan perjalanan kami Ya Allah.


May 14, 2014

Pelangi terbaik

Assalamualaikum..

Adat hidup adan kebahagiaan, ada dugaan..

Aku terima. Walau saat begerak begitu perlahan kala mendung menyinggah. Tapi alhamdulillah, hilang mendung, Allah kasi pelangi, pelangi ada 7 colors tu. Tipu kalau aku cakap pelangi tu tidak membahagiakan kalbu..Pelangi lepas hujan adalah yang terbaik yang terkagum yang terpersona..

Bila ujian menyapa, dan singgah kita akan berasa lelah, tapi end result dia bila Allah kurniakan bahagia, perghhhh jangan disangkal, nikmat mana mampu kau dustakan? Berbunga hati kalau boleh tulis kat dahi, tulis je kat dahi "Aku paling bahagia"

Notes to myself, kalau payah, berilah masa untuk disenangkan dan doa tu penting..Kita tak boleh senangkan, semua atas izin Allah..Kena mintak, jangan lupa doa kat Allah, lambat2 pon Allah tahu mana yang lebih baik untuk kita.

Esok aku out-station, gitu istilah. Sehari je kat Bukit Jelutong. Kena gerak esok, Jumaat kerja. Tak tau lah balik hari apa, tengok keadaan. Suami teman ialah heaven. Tak perlu duduk hotel sorang2. Ada driver. Hehe..

Ya Allah, aku berserah takdirku padaMu..Berilah yang terbaik..amin





May 12, 2014

Dugaan mematangkan..

Macam2 dugaan untuk aku akhir2 ini..
Sampai ke saat ini masih aku hadap kesulitan itu..
Nak cakap kuat, memang aku tipu. Sebab aku nih lembik, gembeng, kuat tension..
Tapi sejak dah masuk 3 series nih, aku sedikit tabah dan beri masa untuk setiap yang terjadi..
Walaupon kalau aku hadap bendalah nih 2-3 tahun lepas, memang aku lah orang paling susah dalam dunia, hehehe..Tapi sekarang alhamdulillah..

Berat tu still berat, selagi tak settle selagi tu macam ada batu kat dada, but macam mana kita control itu yang paling penting. Kalau dulu, aku jenis terikut2 emosi, cepat gelabah, kuat memberontak, orang yang rapat ngan aku tau lah..Tapi sekarang aku rasa dah kurang sikit kot? Tak banyak lah sikit laa..

Perghhh, banyak betul yang aku kena telan untuk hidup, mungkin dugaan untuk aku menjadi lebih baik? Agaknya la kot. Mungkin aku kuat, sebab tu dugaan dia pelik sikit, kena positive kan diri. Kalau tak, aku down. Gitu. Mungkin berat sangat dosa2 lampau aku, yupss aku bukan seorang yang baik di masa lampau, aku terlampau2 jahat kot..Memang jahat.

Ya Allah,  berilah aku kesenangan dalam kesusahan ini..Berilah aku hikmah..Berilah aku kesenangan dalam kesusahan ini ya Allah..Amin


May 9, 2014

lara

Adakah aku mengeruhkan lagi?atau aku dipihak yang perlu?..aku pon nampak permainan dan boleh aku bermain?

Manusia memang boleh berbuat silap tapi kalau begitu acap menyalah adakah kau tidak manusia?

Aku nak adun sebati dengan nyawa..

Aku nak beri walau apa takdirnya..

Aku jua diberi jiwa jangan kau terleka..

Aku bisa berbuat dosa dan aku jua bisa merasa seksa..

Pasrah dan berserah walau dilempar apa takdirnya..kerna aku jua telah penat..Iya aku penat.

May 8, 2014

Hari ini yang sendu

Kadang2 apa yang kita mahu tak semua Allah makbulkan.
Kekandang kita rasa hampa dengan realiti kehidupan.
Rasa muak. 
Tapi kita tetap hidup.
Memberi pahit untuk diri sendiri.
Dalam tak sedar kita didewasakan dengan pelbagai rencah terkadang terpahit, dan ada waktu manis dan bisa menguntum.

Harinih, dua perkara, bagai jatuh ditimpa tangga aku hadap untuk terus hidup. Mungkin bahagian aku begitu tertulis.
Sedih.
Rasa nak keluar dari dunia nih kejap, sedut udara luar graviti.
Mampu?
Tak.
Jawapannya tidak, sebab, sekarang yang menanggung itu aku dan aku tak mampu tiada miracle untuk aku keluar dari dunia waima sekejap.

Pasrah. 
Menyerah pada takdir Allah.
Walau kepahitan dah tak tertelan.

Masih mampukah aku lagi untuk menahan rasa.
Itu pon takdir yang menentu.

May 6, 2014

Weekend kami

Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku ngan suami pergi kenduri kat Ipoh.

Ok, peringatan : Macam budget formal selamanih panggil suami, macam aku sorang ada suamikan..So pasnih aku akan bahasakan suami aku ismet, yups salah satu nickname suami aku. Kawan2 aku yang panggil. Kami gelar dia ismet sebab teringat kat Ismet si ketam bola, hehehe..So after this, aku bahasakan dia ismet sajo!

Sebelum tu jumaat aku dah pegi service kereta tu dengan ismet, dah flush carbon bagai katanya, kereta lama so uzurla sikit. Sabtu, dah la bangun memasing lambat sebab tidur nak dekat subuh suami isteri sama je perangai burung hantu, gerak je dari umah, berbunyi kereta tu macam nak terburai semua skru! Perghhh seram kot, setiap kali kereta begerak *tayar berpusing* bendalah tu berbunyi, kuat gila kalau keta tu perlahan. Apakah?? Serabut dah aku!

Muka ismet dah ketat, aku betambah ketat bila tengok muka dia. Nasib ada bengkel buka kat kawasan kedai dia. Mekanik pon tak jumpa punca. Buka tayar, pasang balik, ketuk sana sini, lepas sorang2 test drive still tak jumpa punca. Hadoi la guana nih, dah nak petang, tapi kereta gitu gak lagi. 

Tapi berkat kesabaran jumpa gak la punca bendalah tu berbunyi bisiing, memang kat bahagian tayar, jumpa punca tu, sekali ngan masalah lain. Sub skru kot yang ada empat biji kat tayar tu rosak pulak satu. Hadoi la. Haritu, tukar brake pad, cina tu main masuk je skru tu walau pon bendalah tu senget, rosak la jadinya, dah tak boleh pasang sebiji, tinggal 3 biji je!

Sampai Ipoh pukul 11pm, macam bangang waze, reached destination kat tengah2 jalan kampung yang takde lampu, gelap gelita, apekah? Patah balik, rupanya dah lama terlepas simpang, dalam 10km kebelakang. Ini semua salah waze, kalau tak kami sampai awal lagi.

Sampai2 terus makan nasi. Semua dah sampai, kami last. Tapi lepak dalam sejam, ismet ajak keluar, dia nak minum. Keluar sekali lagi bawak anak sedara aku si ariq dengan akid. Memang tak sedap langsung restoran thai tu, megi goreng macam hampeh, telur bistik lagi la hampeh, semata isi sos tomato!

Ini mak aku, hari ahad tu la. sebelum kenduri start, actually kami datang sebab kenduri doa selamat kat rumah pakcik. Pakcik sediakan sebuah homestay. Boleh la, untuk kami anak beranak. Happy jer kalau bersatu ngan family =)

Ini mak kepada mak aku. Hihi, my tok. Tok pujaan hatiku. 

Itu jer kot. Lepas kenduri dalam pukul 3 lebih tu gerak pergi KL, rumah kakak aku kat jalan genting klang. Lepas dinner kami pon gerak. Mak satu kereta balik mengkarak, aku satu kereta balik kuantan.

Sampai dalam pukul 12.30am. Singgah pulak kat 7e, nak beli mushroom soup. Ismet lapar lagi. Perut bocor, sentiasa lapar. Tapi mushroom takde, beli la chicken soup 2, dengan megi cup. Balik tu, aku hidangkan. Dengan milo ais satu jag. Hambik.

Isnin, tuan tanah tak keja. Pegi tengok wayang dengan anak2 ikan..Hihi

Aku, ikiey, eddin & farah. Kami happy. Tengok cerita spiderman. Pastu layan spaghetti kat Pizza Hut. Lepas tu, baru lah pulang..Hadoi, penat. Balik buat milo ais dulu simpan dalam peti. Nanti ada orang balik nak minum. K bai.

May 2, 2014

Wow, bejaya buat nasi ayam kah?

Assalamualaikum..

Aku masak nasi ayam uolls. 

Pecayalah sebab memang dah terjadi last wednesday.

Kikikiki..

Aku dah boleh dipanggil chef tak? Gitu. Mengada sangat. Gila kalau buat nasi ayam for the second time dalam hidup boleh panggil chef. Hempok je kelapa aku ngan ibu lesung. Cettttt!

Aku macam biasa tak rancang pon nak masak hape untuk berbuka, kat opis la baru terhegeh2 dari pagi sampai opis, pepagi buta tu memikir nak makan hape, nak masak hape, sempat ke idak, gitu..Jenis memang tak prepare langsung! 

Tetiba terasa nak makan nasi ayam.

Google.

Tersinggah kat resepi nasi ayam Kak Pilla. Eh, mudah je Kak Pilla buat nih, dia tulis kat situ Resepi Nasi Ayam Sedap..Hahahaha, kena cuba la nih, Kak Pilla punya resepi memang simple, tapi sodap katanyaaa..Kita try.

But, nak tunggu ke petang nak balik tu, 80x menu berbuka aku betuka. Nak buat nasi ayam, nasi minyak, nasi goreng, memacam..Menguji ketahanan betul, macam bebudak kan? Aku memang failed bab2 ganti puasa, but aku belajar slow2.

Balik time! Alhamdulillah, kekal resepi nasi ayam sedap kak pilla.

Terpaksa singgah membeli belah dulu, sampai rumah pukul 6 uolls. hadoi, hati dah tak sedap, takut tak sempat makan berbuka, tapi teruskan je, kalau tak sempat, aku berbuka minum air je dulu. 

Memula rebus semua ayam, make sure bersihkan. Pastu pantas aku sedia bawang2, lada, blend apa yang patut, pastu ayam siap direbus, aku bahagi 2 untuk buat sup dan untuk masak bersama beras. Ayam tu gaul..Macam2 la, memang aku bersilat. Sebab memang takde yang tersedia, semua kena buat masa tu gak. 

Hasilnya..Jeng jeng jeng

Ini je aku mampu, resepi kuah kicap aku lupa plak. So kuah kicap next time baru buat. Nak resepi? Korang pegi singgah blog kak pilla, search je resepi nasi ayam. Sedap wey..sedap! Hehehe..TQ la kak pilla, sebab kasi details sangat untuk junior chef yang baru kenal dapur macam iolls. TQ TQ =) sayang kak pilla. ini link blog kak pilla

Suami suka, siap makan sama ngan aku masa berbuka setelah meratah ayam seketul dua. Cisss.