Apr 30, 2014

Ganti puasa katanya - day 2

Assalamualaikum..

Semalam, kononnya nak memasak untuk berbuka. Makcik cleaner kat opis ada kasi aku daun kari dengan petola dia tanam kat tepi rumah. So aku rancang nak la buat masak lemak petola degan ikan goreng kicap pastu telur dadar. Tapi semalam aku pegi keja ngan suami, tunggu dia jemput dah pukul 5.35pm, nak keluar dari gebeng sampai bandar sekian hal. Last2 cakap kat dia, kita tapau sate nak? Dia cakap ok je, aku cakap la macam tak sempat masak nih, nanti kita berenti kat restoran sebelah kedai dia tu tapau eh untuk aku berbuka. Dia cakap ok. Tapi tapi tapi, bila aku sendiri turun membeli sate, suami duduk dalam keta takde parking, aku beli memacam uolls. Orang puasa kan memang gitu. Semua nampak sedap, semua nampak nak makan. Masuk dalam keta, cakap kat dia tak yah la beli apa2 kat kedai akak, sebab banyak sangat dah benda aku beli. Hihi

Ini la diantaranya makanan yang aku beli semalam. Itu belum yang akak jual goreng pisang tu kasi free karipap sardin dengan kuih seri muka. Aku memula niat asal nak beli sate je kan, terbeli kuih lompat tikam, keropok, goreng pisang yang baru keluar dari kuali, kuih temosa tiga segi tu..Haaa amik, macam perut tu besar sangat! Makan sensorang je kot, suami aku ada la rasa sate sikit, goreng2 sikit, yang lain untuk aku berbuka. Adakah gila? Memang tak abis!

Lepas berbuka, msghrib dulu, pastu repeat makan. Pon tak abis. Suami balik dia belikan nasi lauk daging kicap pulak, bantai lagi. Pastu suami makan sate, pon tak abis, aku kesian tengok sate tu aku yang abiskan, dalam 5 cucuk lagi..Hadoii..Yang kuih seri muka tu langsung2 tak disentuh. Kuih lompat tikam aku rasa la separuh. Goreng2 pon ada lagi kat umah, tunggu nak dibuang.

Perangai setan sangat.

Hari ni aku still puasa. Angan2 nak masak nasi ayam. Kita tengok la balik nanti.

Ini menu last friday. Kawan belanja lunch. Chicken grill. Sodap.

Apr 29, 2014

Berbuka puasa masak mee kari

Assalamualaikum..

Hi uolls, korang buat apa? malas ke? hahahaha..Kalau malas memang geng la kita, boleh borak la, wakakakaka..Aku semalam puasa, so la sangat penat nak gila, sebab tak sahur satu hal, sebab hari pertama kot, tu yang flat tahap malas nak buat belaka2 semua!

Kerjaan aku semalam meng google resepi nak masak hape. Ko hado? Betapa excitednya aku untuk berbuka sesesap dan betapa rajinnya aku nak masak..Hewhewhew..Cari punya cari, search kemain lagi, last2 tekad nak buat mee kari. Sebab dah lama sangat suami berbunyi nak makan mee kari, so meh sini isteri try test buat.

Last aku buat mee kari masa Ramadhan last year. Itu la first time, baca entry aku yang dulu2 aku ada update. masa tu kuah kari aku tercair sikit, aku tak reti nak agak air banyak mana, santan banyak mana, so agak tak best la kuah cair sangat. Aku kali nih, nak buat pepekat sikit. Kita tengok result!

Tadaa..Ini la hasilnya. Suami iolls puji uolls, iolls tak caya sesedap gitu *Wahhh, kalau korang baca termuntak mak mintak maap* Tapi memang cukup semua. Alhamdulillah walau aku buat tengah puasa, balik lambat, dapur abis besepah sebab rushing, but worth it la kan!

Ok, kali nih aku cuba resepi lain. Aku google kan semalam, tapi aku tak ingat blog mana nak kasi credit. Aku mintak maaf. Thanks sangat sebab sudi share kat blog, senang untuk orang macam aku belajar masak! Hehehe..

Nak tau? Hihi..Meh aku share supaya insan2 lain yang lebih kurang aku tahap chef nya belajar memasak! Huhu

Bahan:
Ini untuk aku dan suami aku je.
Bawang merah 2 biji + bawang putih 2 biji (hiris)
Bawang besar separuh je + bawang putih 2 biji (tumbuk)
Rempah kari babas (daging) sepeket kecik tu.
Cili blend 3 sudu besar
Rempah 4 sekawan (seketul2 je) jangan isi banyak takut rasa pelik katanya.
Rebus sebiji kentang pehtu tumbuk (aku isi separuh biji je, yang kecik)
Ayam, kerang, fish ball, fish cake dan lain2 lauk yang korang rasa sesuaiiiii!!
Bahan tambahan, aku celur togeh ngan buat telur rebus =)
Mee sebungkus je itu pon tak abis, makan berdua je.
Santan (aku beli yang fresh sebungkus, tapi guna separuh je)

Cara:
Memula panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan, tumis bawang yang dihiris sampai naik bau. Pastu masuk kan bawang yang ditumbuk. Pastu baru korang masukkan rempah kari da cili blend. Masak la sampai pecah minyak. Campakkan ayam. Gaul la, ayam tu akan keluarkan air, kacau sampai separuh masak ke kan, masukkan pulak fish ball, fish cake, kerang dan lauk lain. Dah gaul2 tu barulah masukkan air buat kuah. Ikut la kan nak banyak mana, pepandai la. Aku agak je. Pastu baru masukkan kentang yang dah ditumbuk lumat tu. Last baru la santan, kacau..Jangan lupa garam dan pak aji. Taugeh tu celur, rebus telur. Mee tu basuh or nak celur pon boleh. Pastu siap sedia untuk di ngap!! Hehehe

Mudahkan resepi nih, aku suka sebab sedap, mungkin kentang tu buat dia pekat dan manis original. Ok, korang boleh cuba, kalau tak sedap aku tak tau, wakakaka.. =)

Apr 28, 2014

Kalah pon, ok.

Assalamualikum..

Perghhh, kalah team kami semalam. Suami terus mood swing. Wakakakaka, tapi kami hokey jer, walau pon hajat nak champion tu semalam bapak la tinggi kannn. Apekandaya. Non hado rezeki. Kita try lagi, ada rezeki dapat la tahun nih punya, takde rezeki next year still ada what? Ye ke idok? *pujuklahatikosendiri* Hahaha..

Kami tengok kat restoran EPL Cafe lagi kot. Punya la ramai manusia. Siap datang awal sebab takut takde meja. Alhamdulillah la ada meja. Tapi meja chelsea!! Apa ada hal. Terpaksa, TAK KAN NAK BERDIRI? hahaha..

Air buah kat situ bapak la mahal. Aishhhh apakah jual air boleh pegi haji balik hari ke? Manusiaaaa..

Aku nak makan chicken grill, habis. Chicken wing pon non hado. Last2 amik la chicken chop sajo..But sodap wey. Aku suka. Habis ku telan. Suami makan black pepper steak. Memula aku nak makan tu, tapi dia nak, takpe iolls mengalah.

Seronok sangat, lama dah kami tak berjimba tengok big game. Kalau tak asyik tengok kat rumah jer berdua. Kalau gol kami je yang bersorak. Sep sep gimme five..Wakakakaka..Tapi semalam tak dapek la nak gimme five sambil jerit2 sebab semalam liverpool kalah kat tempat sendiri. Perghhh perghhh perghhhh, takpe la, no rezeki we try lagi! 

Kena bahan kaw2. Tengok plak dengan amir, mat n jali. Aku menang gelak jer la semalam bila diorang bahan membahan. Si jali tu MU, lagi mau bahan. kikikiki..

 Ni gambar hari sabtu. Bejimba.

All of me, love all of you.

YNWA.

Apr 25, 2014

Jeruk kebabom!

Assalamualaikum..

Mood ceria, alhamdulillah..Ada kena mengena dengan malam jumaat ke? Hahaha..Tak sebirah itu nak update nya punnnn. Ohoiii. Terima kasih Allah sebab buat aku rasa happy walau tanpa sebab yang pasti. Wakakakakaka

Korang cmne? Perghhhh nak tau, kawan aku bawak jeruk mempelam wey..Sedap weyy!! Hadoi bila aku kunyah rangup bunyi macam pakai full volume! Kruup krupp bila kunyah dan tidak masam, kuah dia lazat! Aku ada tempah, but dia cakap if ada stock, ada la..Dia tak amik tempahan, dia saja2 suruh bini dia buat..Alaaaa, but aku suruh jugak. Kalau ada lebih aku nak, beli pon tak mengapa sebab sodap yang amat!

Ni la rupanya, ya Allah memang aku tak tipu. Sedap. Tak macam yang kat giant ke, pasar malam ke, ini cara kampung. Takde pengawet ke hape ke. Perghhhh, banyak air liur aku kuar masa menaip nya punnnn..

Ni gambar semalam, dinner ngan suami. Bengang gila semalam, cemas aku mengamuk. Makan kat pizza hut, order set for two, dah confirm2 ada pizza one pan kan? Korang tau, sampai kedai dah nak tutup pon pizza aku tak siap2. Dah la semua yang kami order sampai satu, satu..Bukan sampai serentak, so kami fikir pizza on da way la kan. Harammmmmmmmmmmmmmmmmm. Rupanya dia terlupa buat but aku paling bengang sebab tak inform dan tak say sorry!! Hoiiii, last bungkus je. Mall dah nak tutup. Mereng!

Suami aku siap suruh aku bersabar. Dia tahu aku nak mengamuk. Hahaha.

Apr 24, 2014

Susah untuk amal dengan selalu

Assalamualaikum..

Istiqamah..Perghhh berat untuk lunas, berat untuk dijadikan tabiat harian. Contoh paling susah aku nak jadikan sebahagian dari sehari2 aku ialah tiang agama *bahasa tak nak buat diri sendiri sentap*
Betul, aku punya tiang rompong sana rompong sini, dan adakala dibuat hanya sebab untuk dibuat, tiada perasaan, tiada ikhlas disetiap perbuatan. Apakah zalim diri sendiri untuk kebahagiaan diri sendiri?

Dah tua, bukan muda, dah tau bila2 masa khiamat, pon masih liat. Aku la tu. Ye, bukan sesapa, aku yang digolongan itu.

Pernah masa2 kita sendiri tau, kita punya rindu kat Allah perghhhhhh, rasa tak sabar nak sujud dan mengadu, masa tu solat dalam penuh rasa damai, semungkin ikhlas untukNya..tapi masa bila? Hanya semasa kita memerlukan pertolongan yang hanya Dia boleh menghadiahkan. Iya, itu juga masih aku. Hina dan terus masih menghina. Yang dihina pon bukan sapa2, diri sendiri. Apakah? 

Suka ingat dimasa aku rasa betul2 rasa Allah dekat dan dengar sambil sahut segala masalah aku dengan beri damai hati, tenang hati sebagai jawabnya. Rindu kan? Tapi macam tadi jugak, perasaan tu bila aku disalut hitam, masa terang, memang terus aku cari noda, hitamkan semula. Aku la tu!!!!

Yang susah kat sini, nak istiqamah diri.

Aah, istiqamah.

Bukan tak tau masuk neraka, balasan berpuluh2 ribu tahun dalam api tu. 
Tapi............................................................Sendiri tak tau tapi itu ialah apa.

Nak buat 5 tu ya Allah, nak buat hari2, tanpa aku lengahkan. Tanpa aku tidakkan. Tanpa aku abaikan.

Subuh kadang2. Isyak pon kadang2.

Yang sunat? Taubat? Hajat? Haram nak buat. 

Moga Allah beri peluang untuk rasa nikmat sujud tanpa henti dan rindu untuk sujud lagi tanpa jemu.

Moga.


Apr 23, 2014

Resepi ikan paprik pertama kali

Assalamualaikum..

Wahh tajuk memang tak agak2 konon pandai masak. Ni betul aku google resepi kasi betul2 paprik. Wakakaka, padahal? Senang je kan? Memang mudah sebab macam goreng telur je buat paprik ni kan. Tapi alangkah yang pertama kali memang akan terasa susah sebab tak pernah cuba. Kasi chance la aku merasa susah pada yang senang. 

Ok ni la paprik ikan kembung aku. Jadi la, 10 markah aku kasi untuk diri sendiri! Sodap la tu agaknya, sebab suami walau dah abis makan totap amik jari calit2 kat kuah paprik tu jilat2. Wakakaka.. hambikkk sesekali menjadi. Tapi sedas gak aku kena ngan dia, sebab dia cakap ni lauk pemalas kan sebabnya masak nih tak perlu goreng sayur dah, sekali haruk je masuk dalam lauk nih, hahahaha..Pandai laki aku dengan kemalasan melampau aku. Sukati la!!

Resepi?

Wakakaka, lantak la korang nak cakap aku melampau resepi paprik pon nak share, sebabnya aku pon google. Untuk yang kurang pandai masak macam aku nih, resepi2 simple pon google. Korang tau apa? Korang kan chef. Tak sedarjat. Emosi plak. Lakonan je.

Memula aku goreng ikan tu dulu yer. 

Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 4 biji
Lada kecik -  secukup pedas
Serai - racik
Aku letak kacang boncis sebab tak suka kacang panjang
Carrot
Sos tiram
Kicap manis sikit
Bawang besar potong bulat
Owhh lupa daun limau purut kasi wangi dan rasa dia berubah sikit

Bila minyak panas, tumis bawang yg ditumbuk tu kasi naik bau. Masuk la segala pak nenek sos. Sos tiram ke, sos tomato ke kalau nak. Kicap jangan dilupa. Pehtu aku campak serai yang diracik comel2 tu. Aku masuk carrot sebab kan carrot keras sikit kena la lama. Kacang boncis, lada kecik, dan bawang yang dipotong bulat. Rasa2 macam cair nak pekat, telebih air ke, korang bancuh tepung jagung sikit kasi pekat. Jangan dilupa garam dan serbuk perasa. Curah la atas ikan goreng tadi. Siap! Hahahaha.. Pehtu goreng telur dadar. Simple je!

Ini lauk bujang bila suami tiada dirumah. Goreng telur mata, goreng ikan bilis pedas berhantu. Nasi panas2. Kicap kipas udang merah wajib. Hirisan buah epal pencuci mulut. Kenyang tersandar. Hahaha..Susah tak? Senang je nak idop.
 

Apr 21, 2014

Bila jojet memasak

Assalamualaikum..

Semalam bangun tido macam biasa, awal tak awal, lambat tak lambat..Sebab kami dah rancang nak pegi umah mak mertua aku nak main masak2 kat sana, so kena la awal kan, kena beli lauk pauk kononnya..Pas mandi tepon bunyi, adik aku called. Suruh aku masak, nak datang lunch katanya. Hamboiiii, memasak sensorang nampak gayanya nih. Cancel lunch kat umah mak suami.

Cepat2 la aku siap2, gelabah sebab takut diorang sampai cepat. Lauk pauk habok tado kat umah. Maklumlah terlebih rajin sangat kan, sampai bawang pon kecut, lada pon kering! 

Memula niat asal before sampai market, aku nak masak asam pedas ikan kerisi, pehtu goreng ayam je. Sayur kita letak je bendi dalam asam pedas ngan tomato semua kan, apakandaya ikan semua non hadooo. Terus tukar menu, sambal sotong, ikan selar kuning goreng rangup2 ngan sayur kobis goreng! Pehtu kita buat sambal gesek, kita letak pulak tempoyak. Senang2, boleh buat dengan tutup sebelah mata! Wahhhhhhhhh

Ini la hasilnya setelah memasak berhempas pulas. Hahahaha. Sejam je selosai la masak eii! 

Sian abah aku, tangan kiri dah takleh angkat, mak cakap pakai baju pon perlukan assistant. Ok touching. Walau tak rapat ngan abah, sayang tu tebal. Bayangkan amik lauk pon maik yang tolong. Sebabnya sakit tu, masa kenduri doa selamat naik umah, dia ada buat tempat memasak, memanjat nak pasang atap, terjatuh. Bila x-ray takde retak ke, tercabut tulang ke, tapi kesannya tangan tu jadi lemah. Aishhhhh..Moga abah cepat2 sembuh, kuat tahan sakit.

Ok tetiba lari tajuk kan. Maap la, tuan tanah syahdu kejap.

Sambung, aku ngan ati je yang tak menambah! Mak, abah, suami semua tambah ok! Yeayyy, sodap sangat la tu aku masak. Wakakaka mengada sangat, biarlah! Bukan hari2 aku masak, sebulan sekali pon payah dah sekarang, mood nak masak tu bekecai, tak sambung2 lagi..Hehehehe

Lepas makan2, sembahyang zohor, terus ajak mak pegi umah mak mertua..Jumpa besan katanya lama tak jumpa. Mak pulak memborong kelapa satu bonet. Hehehe..Duduk tepi pantai memang banyak pokok kelapa, mak mertua aku pulak memang menjual kelapa, lagi la banyak, siap ada yang baru kait =) Tu yang aku membonceng motor ngan suami! Bukan senang ok suami aku tu nak bawak aku naik motor, berat sangat ke aku? Hoiiiii.

Overall weekend kami hebat.

Fedulik la kalau orang cakap tak hebat.

Weekend bersama keluarga

Assalamualaikum..

OK ni gambar terbaru kami.

Cukup lama tak naik motor sesama. EH aku memang dah lama gila tak naik motor petang2, rasa heaven sangat bila suami kata takyah naik keta pegi umah mak, kita naik motor saja. Pehtu dia bawak jenjalan kampung petang2 angin menderu2 al-maklum kami nih berumah kat tepi pantai, so so so nice..Tq la suami sebab paham binimu penat dah naik keta, sesekali dating naik motor sangatlah teruja!
 
Memusing2 kampung, singgah kat padang bola, ada game. Melepak, jumpa baby nih..Hehehe..Anak kawan suami. Gedebap gemuk. Pantang diagah menggelegak gelak..Tu gambar belah kiri tu, ayah dia tengah agah tu yang gelak sakan! Dengan kami2 tergelak, kikiki..Cuaca reredup petang, ingat nak makan mihun sup utara, tetiba suami teringat game Liverpool pukul 7 terus tak jadi minum petang. Cis =(

Konon2 nak tunjuk skill kat mak, skill membakorr, tetiba "Adeh2! pegang2 ibu jari..kena duri! Hahahaha..Tu la dia, nak menunjuk lagi =) Mak gelak je, suruh cabut duri tu semua kalau tak nanti takut bisa, berair pulokkkss!

Ok, nanti aku update pasal makanan. Aku masak. Hehehe, nak belagak sebab masak, nampak bebenor dah lama tak masak, sian lakiku =(

Apr 14, 2014

Ntah

Assalamualaikum

Eh mood nk menulis non hado. Jiwa kosong. Aku pon tak tau. Tapi sesapa yang memang tulis blog akan tau la, memang ada masa2 kita ada banyak benda nak cerita, tapi bila bukak blog, nak compose, tetiba ermmm malas lah. Terus blog walking je..Baca rajin, menulis tu yang malas nak mampos!!

Aku tengah cari mood. Tulis merapu jaaa. Minggu lepas PM datang kilang aku keja nih. Pecah tanah, nak bukak plant baru. Merasa salam ngan PM, lembut dan sejuk tangan PM, apa rahsianya? Share pls. Hehehe..MC of the day ialah Wan Zaleha bekas pengacara Nona tu. Wow, pujaan sangat. Apa lagi kesempatan perlu digunakan sebaiknya. Begambo la kita.

Dia sangat la kurus keding, walaupon dah berusia muka dia masih manis dan dia friendly uolls! Tak penyombong, sangat pandai amik ati orang yang termeroyan nak amik gambar. hehehe..Tq Kak Wan, gitu panggilannya!

Aku jadi urusetia. Pekerjaan aku la kan. Dok bediri, kasitau information, toilet belah mana, hall mana, nak makan katne. Gitu kaedahnya. Aku gembira je, tapi penat yang hamatttttt! Pukul 4 aku dah balik, sakit2 badan kak ton, jelas kak ton dah kertu dan tak seligat dulu2. Dulu2 jalan kaki uolls dari Kuantan Parade ke Megamall..Kikikiki


Gemuk kan haku? Duduk sebelah orang yang kekurangan nutrisi, nampak la aku macam giant. Tapi Wan Zaleha memang ayu, sopan dan suara still mantoppp! pujiaan harus diberikan. Make nipis2 je, walaupon nampak dia dimakan usia, still cantik meletop2!


Ni muka aku masa training kat Swiss Garden minggu lepas, muka bangun tido. Muka tak pakai make up langsung. Aku actually tengah try skincare baru. Waktu berpantang dalam 21 hari katanya. So no make up, just sesuci kulit original.

Ini muka tuan tanah lagi. Aku kena amik sebanyak mana gambar untuk testimonial. Sebab aku seller. Hehehe..

Dah la itu je. Aku malas. Maap la ye. Aku mengalami kepupusan keupayaan untuk beceloteh.

Apr 11, 2014

short

Assalamualaikum
Sy ialah bz
Sy akan hapdate soon.
Motip ber sy sy bagai?
Ok chow.

Apr 4, 2014

KISAH SEORANG KANAK KANAK YAKIN REZEKI KURNIAAN ALLAH

Assalamualaikum..
Ini aku copy - paste
Percaya kat Allah, Allah nak kita mintak kat Dia, dengan sabar..
Salam Jumaat semua, moga kita dimurahkan rezeki =)
Amin Ya Rab..

KISAH SEORANG KANAK KANAK YAKIN REZEKI KURNIAAN ALLAH
Sebagai seorang muslim, kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT. Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita.

Ini adalah sebuah kisah seorang budak kecil yang begitu yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Bagaimana keyakinan tersebut datang?

Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki.

Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.

Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya.

Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, “Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni.”

Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi ?

Si anak menjawab, “Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi.

Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun.

Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa.”

Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya.

Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak.

Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dulu.

Firman Allah, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Taha 20:132

Wa Allahu'alam..

Apr 3, 2014

Makin rancak bermain emosi

Pagi nih, tergigit2 bibir, lidah untuk tahan tangis. Aku baca kisah ammar, siti hajar..dan terpaling sentap baca ayat mak siti hajar "NIKMAT ALLAH MANA YANG KAU DUSTAKAN" tercungap aku untuk menelan erti perkataan. Kecil sangat hati aku nih rupanya. Sikit2 rasa down, apa ada hal kalau dibandingkan dengan insan lain?

Recall, aku teringat pesan siti hajar, dia suruh jaga aurat, pakai jubah, tudung labuh. Paling pakaian sendiri, memang bagai aur dan tebing, bagai pipit dan enggang, bagai salji dan padang pasir beza aku dan dia. Jadi dia, dia takut untuk Allah tak terima, apatah lagi jadi aku? Antara aku dan dia? Jauh aku kalah. Mana nak sorok kekalahan? Masih nak tegakkan konon aku lagi bagus? Kat dunia pon dah tau, inikan pula kat mata Allah..

Setiap ujian, siti hajar tak pernah lupa Allah, dia percaya Allah ada untuk permudahkan setiap susah yang Dia ujikan. Aku? Memang meroyan dan terduduk la berkurun baru bangkit. Siti hajar sangat percaya, dia baik sangka dengan Pencipta. Dia tak pernah salahkan semua. Bagusnya hati. Hati aku?

Ayah dia pon best. Saat tak boleh makan, tak boleh minum, ayah dia ingatkan siti hajar saat Dajjal menjelma. Dajjal tak kasi orang yang beriman makan, lantak la lapar kebulur. Tapi dengan zikir, Allah kenyangkan mereka. Siti hajar kena zikir, zikir banyak2, Allah Maha Mengasihani..Angguk. Nikmat mana yang kita nak dustakan lagi? Percayalah Allah *aku dah sentap*

Boleh ke iman aku setebal dia? Boleh ke aku terima ketentuan ilahi sekuat dia? Allah..Aku masih kat sini, hanya memikir. Ntah. Aku lemah. Aku melayu yang layu dan Islam aku tahap mana, aku tak sure. Aku takut akhir zaman. Tapi sekadar takut. Mana ada aku cuba menambah iman. Jahil dan bertambah jahil. Mana tempat aku? Budak kecik pon boleh tentukan mana tempat aku kat akhirat. Tapi aku masih bermimpi syurga. Hina? Terasa sesal. Terasa bogel tapi masih tak malu, kalau malu pon buat2 tak kesah. Iya, aku.

Cuba la jet, cuba. Nak semua Allah kasi memang tak dapat la. Kena usaha, baru tawakal. Sucikan hati tu. Boleh. In sha Allah. Slow2.

Apr 2, 2014

Rindu pada tenang

Kenapa susah nak tenang? Dah cuba macam2 masih susah. Aku terlalu alpa sebelum ni ke? Tak kan terlalu, mungkin hanya sedikit? Ke tak? Aku cuba cari tenang dalam tidur, melelap dan tinggalkan dunia yang jahat. Tapi dunia tak lepas dari hati. Badan terus panas, sebab tak lepas seksa perasaan. Hebatnya sifat perasaan yang aku sifatkan tiada ketenangan. Iya, ketengan yang amat tidak suka berkawan bersama aku yang amat suka pada dia. Allah, beri sedikit tenang, agar aku bisa ukir manis senyum.



Kenapa hanya aku yang dibenci?