Mar 28, 2014

Nota

Assalamualaikum..

Kadang2 orang sayang kita, tapi dia tak pandai untuk express. Betul nih, ada orang sebegitu. Jangan ingat orang yang kasar2 tak teirngin untuk orang manja2kan dia, sebenarnya dia nak tapi dia tak pandai, tak reti tunjuk cara nak, cara perlu, sebab dia sendiri tak tau nak apply dalam hidup.

Itu saja.

Mar 27, 2014

Perasaan milik aku

Perasaan itu milik aku sekarang.

Bukan sebab suami, bukan sebab kawan2. Tapi perasaan tu milik aku. Hanya aku saja yang tahu. Aku rasa retak kat hati. Takde siapa paham. Suami lagi la tak. Dia manada masa nak tafsir ribut dalam jiwa bini nih.

Mungkin suatu ketika aku pon tak perasan insan keliling aku mengalami retak hati, sekarang giliran aku. Dan tiada yang perasan. Tiada yang tahu. Mungkin aku tak perlu bercerita dekat sesiapa. Mungkin hanya sujud dalam tangis mengadu padaNya bisa padam rasa pecah jiwa yang ditanggung nih.

Cemburu kelembutan hidup orang lain dan kita terpaksa menghadap kerasnya cerita hidup sendiri. Salah satu punca retak. Dan tiada yang tahu. Tak perlu pon. Setiap manusia perlu hadap sendiri dan bangun dari jatuh. Tapi akhirnya Dia jua yang hadiahkan bagaimana sudah cerita.

Setuju masa mengubat retak. Bagi aku masa terlalu perlahan. Dan apa akhirnya? Hanya Allah Maha Tahu. Maha Tahu apa akhirnya cerita aku. Aku pohon yang itu, dan pohon lagi. Moga Dia dengar permintaan aku yang itu, bukan yang didoa ketika marah, bukan. Moga Dia dengar yang itu. Iya yang itu..Yang bisa mengubah retak kembali bertaut.

Perasaan, boleh tak kita berkawan? Sudah la. Kita akan bersama sepanjang hidup aku kan? Sampai bila nak retak begini?


Mar 26, 2014

Menipu

Assalamualaikum

Eh, aku bukan nak cakap pasal menipu, tapi nak cerita pasal sesal dengan golongan yang tak kisah menghampakan perasaan orang lain. Yupss, orang jenis gini aku nak ceritakan.

Abaikan tajuk yang aku sendiri malas nak ubah.

Sendiri berfikir, takde perasaankah tengok muka insan kesayangan bila kecewa bila merayu bila terguris? Aku pelik. Jenis orang gini, tak pernah rasa kasih ke kat orang dalam hidup dia? Jenis lantakkan semua? Jenis yang tak takut balasan masa depan?

Adik beradik penipu gak la jenis orang gini kan? Berjanji di buntotkan je. Seolah tak terkesan pon dalam hidup. Jenis, eleh kalau buat pon masih hidup yang sama tak akan berubah. Emo sikit ini hari, terkenang terus tersakit hati.

Aku pelik. Menakjubkan orang gini. Pehtu tak sedar diri dia kat tempat pesalah. 

Apa pon tak boleh. Jenis tak kenal tanah, tak kenal tinggi langit. Gini lah!

Mar 24, 2014

24 March 2014

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik dah setahun kami kawen =)
Cepat waktu belalu, rasa baru je kena make up tebal2 tu, heheh
Rasa2nya kami semakin baik, dah tak nakal2 sangat.
Dari zaman jahiliah sampai sekarang, banyak sangat dah berubahnya.

Tetiba rasa tak pecaya, aku dah jasi bini orang, bini stranger yang aku tak kenal, jumpa kat tepi kedai, pehtu terus la dia jadi agenda penting dalam hidup. Ntah apa kejadahnya dalam hati memasing, tapi memang pantas sangat. Tup2 dah setahun kawen, dah setahun aku dok salam tangan suami setiap malam sebab nak mintak maaf banyak sangat wat salah =)

Takde apa sangat nak tulis. Takde idea. Malam nih ngedate! Yeayy!!

24.03.2014

Setahun dah tiba,
Kita kelahi, kita berair mata
Kita bermusuh, dan kita rindu
Walau tercedara parah, kita masih di situ

Setahun dah tiba,
Walau manis senyum, walau diberi hiba
Kita belajar untuk hidup dan mati
Kita meminta diberkati Ilahi

Setahun dah tiba,
Tahu, semua dariNya
Moga kita selamat dan erat
Sampai bila2, sampai akhirat

Ya Allah,
Terima kasih.

Salam setahun suami

Mar 21, 2014

Beri kerjasamalaaaahhhhhhhhh

Assalamualaikum

Tension tepon kena re-format memang aku moody.
Semua tak kena.
Rasa nak pakai DM kasi back kick je kat sesapa cari pasal..Wahhh, kalau boleh aku tau dah sapa yang patut kena nombor satu!

So semuanya hilang. Hilang tanpa ada back-up. Sebab malas nak transfer dan mood tidak menyebelahi. Why? Hadoi..Tepon baru masih kat kilang, pon baru pakai dah rosak. Pon mendatangkan kemarahan pon aku bengang pon kalau nak rasa DM atas muka cuba kacau singa tengah naik sheikh nih *GITU*

Tapi bila ingat nak balik kampung, jap lagi nak amik tok, nak hepi2 kat kampung, nak jumpa mak abah, boleh jumpa adik beradik, anak2 sedara, aku sejuk sikit. Sejuk boleh kuntum senyum. Aishhh, moga marah dan keras hati nih sementara je, moga jap lagi baik pulih seperti jet perjuang semula.

Aku balik malam nih, pas suami tutup kedai, dan aku bawak tok sekali. Hihi..Macam comel je bawak tok balik kampung, tak pernah terfikir, tapi apa2 pon Allah kasi yang terbaik. Sian tok kita. Tetiba emo pulak sentap ingat tok. Dah2, aku happy dapat berbakti kat tok. Moga tok hepi jap lagi ngan aku =)

Ingat nak bawak tok jenjalan sementara tunggu suami tutup kedai. Ingat nak bawak memana yang terlintas. Asal tok hepi, asal tok lepas lelah. Asal aku boleh jernihkan hati tok. Mintak2 jadi lah plan nih =) Moga2 tercapai hasrat murni si Puteri Siti Murni, hehehe. Nama ingat sampai bila2 aki kasi sebelum dia pergi selama2nya tinggalkan aku, tinggalkan tok. *Tarik napas, lepas dan tolong jangan nak gembeng*

Tak sabar nak balik keja. Kena pegi beli ikan mak dulu. Tak tau la ada ke idok. Aku cuba la cari. Mintak2 ada la. Mintak2 ikut requirement yang mak nak. Moga sangat! 

Jap lagi balik, nak bergurau senda dulu ngan suami, moga hilang bebal. Suami adalah kadang2 tempat paling best mengadu domba, paling ternikmat bila gelak sama2, paling tak boleh berenggang, WALAUPON. hahahahaha

Ok la, mood aku kurang beri kerjasama harinih. Mungkin sebab dah lama tak service. 

Mar 20, 2014

No nasi for lunch

Assalamualaikum

Dah 2 minggu dah, weekdays untuk lunch aku tak makan nasi. Aku just amik lauk pauk segala mak nenek tapi no nasi. Tapi tetappp dinner dengan nasi. Eh bukan dinner tapi lebih kepada supper sebab aku dinner around 12am, 1230am, so supper la kan? @_@

Orang mesti pelik. Biasanya diet sila kan elak dinner lelewat, aku tak! Siap makan lewat lagi. Ermmmm, aku tak diet dah kengkawan, aku just cuba amik nasi hanya 2 kali je sehari. Sebab kalau breakfast aku amik nasi, lunch aku amik nasi, supper aku hadapppp lagi nasi, maka sebesar tong drum la aku lagi 2 minggu T_T 

Dulu aku boleh hadap 2 bungkus nasi lemak untuk supper pukul 2-3am, badan maintain, begetah mudah lagi, lemak tak hinggap. Tapi kalau tabiat tu aku teruskan maka korang boleh jumpa giant perempuan kat malaysia tak lama lagi!

So syabas untuk diri sendiri, aku boleh terima lunch without nasi. Aku kenyang je, sebab aku amik 2 jenis lauk dan sayur banyak2. Gila tak kenyang? Cuba try. Kalau aku jadi korang senang la nak kurus, sebabnya korang takde tabiat hidup makan lelewat malam, korang boleh dinner at the right time gitu. Makanya mestiiiiilahh lebih efficient!


Ini contoh lauk aku makan masa lunch. Sedap je kalau kena gaya. Nasi tak berapa nak perlu sebab kenyang wey makan gini pon.

Mar 19, 2014

Rasa

Assalamualaikum
 
Kecewa tu sebahagian dari resepi hidup. Itu yang buat hidup kengkadang pahit, manis, sendu, letop. So, apa ada hal rasa kecewa? Hanya untuk menyedapkan hidup. Sesekali, perlu telan. Sesekali perlu dikuatkan. Baru hidup tu sedap dihujung jalan. Bewarna. Ada benda boleh dikenang. Ada benda bila borak ngan laki sambil minum petang, buat kita ukir senyum. 

Dalam hidup aku takyah kira kecewa, sebab belambak sangat. Kecewa yang ajar air mata menitis laju, belinang tak kira tempat. Paling best bila tengah drive sorang2, rasa kecewa tu singgah jap. Terus sentap. Terus drama. Terus why me? kenapa aku? Gitu.

Ada ayat laki Fynn Jamal semalam aku baca dalam IG kokping, setepek kena kat muka. Lebih kurang "Allah dah kasi bejuta nikmat tak berenti, takat takleh naik flight dah sedih? ishh, malu kat Allah nak sedih2 sebab kecik nih". Lebih kurang gitu. Terus aku rasa macam baru bangun tido, ada orang simbah air sejuk kat muka. Tepat! 

Perlu terus, walau berduri bagai.

Perlu kuat walau dah tak kuat.

Perlu beharap walau dalam hitam pekat.

Perlu berdoa lagi, Allah nak dengar rintih tu.

Kepala otak aku kuat ingat satu ayat aku dengar dalam tv satu tika dulu. Ceramah ustaz mana ntah. Masa kita doa, dalam rintih, dalam sedih kita panggil "Allah..Ya Allah.." Allah dengar, Dia Maha Dengar. Dia suka. Apatah lagi kita mintak penuh hati. Dia sayang kita. Dia suka kita bermohon hanya pada Dia. Teruskan. Dia Maha Tahu. Dia Maha Kuat. Dia Maha Lembut. Dia yang Esa..Mintaklah kat Dia, apa2 pon, banyak manapon.

Diselubungi kecewa, saat rasa kenapa duga aku gini? Aku diam. Aku peluk suami tanpa cerita. Aku cium. Aku tutup mata. Dia memang taktau. Aku nak handle sorang2 rasa nih. Nasib Allah kasi suami, kalau dulu bujang? Aku lepak atas tilam, memikir, sampai bedenyut otak. Nasib ada suami kan. Tak hargai lagi? Aishhh.

Takpe, kuat Jet. Beri senyum. Beri yang paling manis.

Ya Allah, Kau tahu segala rahsia hati aku, aku rasa kerdil sangat sekarang. Rasa terhumban kena campak dalam laut sorang2. Ya Allah, ampunkan dosa2 aku dan suami..beri kami peluang punyai hidup bahagia. Jadikan kami pasangan suami isteri didunia & akhirat. Amin.

Mar 14, 2014

Alhamdulillah untuk perasaan bahagia itu

Assalamualaikum..

Perasaan bahagia - bila aku mampu tersenyum dan tenang bilamana seseorang menghulurkan bahagia tanpa diduga aku.

Celoteh harinih agak berat dengan emosi sendiri. Sila tenangkan diri. Hihik

Bila Allah bagi perasaan dan keadaan bilamana aku sendiri tak jangka, aku terhibur, sumpah aku tak tipu aku hepi dengan cara itu.

Aku dah lama pudar harapan. Aku malaslah bila aku berbunyi, aku meminta, tapi aku tak dapat. Banyak kali. Aku dimaki pon pernah. So, aku malas untuk meminta dan menyimpan amarah pasal itu. Cukup bagi aku. Lantak. Dah lama terkubur permintaan itu dalam kamus hidup aku. Tapi, Allah itu Maha Esa, walau aku dah tanam jauh2 walau aku dah lama simpul mati ingatan pasal itu, dia tahu, itu bisa buat aku tersenyum. Dia bagi, dia beri. Dia Maha Menyayangi..Rasa disayang =)

Biarlah rahsia aku. Sebab apa yang bahagia ni hanya aku yang paham. Kalau cerita, mesti kena tempelak. Mesti kena patah balik "Itu pon ko hepi?" Yups, itu lah hal yang buat bibir ini tersenyum ikhlas. Dan hati itu berbunga kembang. Simple.

Allah, terima kasih atas nikmat bahagia ini.

Mar 12, 2014

Kosong

Takde mood lagi nk menulis.

Ntah.

Apakah aku ini.

Agaknya jap2 lg kot ada mood.



Mar 10, 2014

S e d i h

Ntah kenapa aku sedih.

Suami tanya buat apa awak nak sedih sangat? Banyak lagi benda lain yang boleh awak sedih..Ntah aku sedih. Aku tak leh lawan cakap dia, sebab aku tengah sedih, kalau aku buka mulut air mata pon belumba nak keluar. Nanti dia marah lagi, sebab suami aku tak suka aku nangis kat tempat2 orang ramai, karang orang ingat dia apa2kan aku lak. Ermmm..

Semalam aku perasan beza aku ngan laki aku. Dia tak berapa terkesot hati dengan kehilangan MH370 tu, bagi dia itu semua takdir, nak sedih2 buat apa? Senang dia cakap. Aku mampu gak reply, aku cakap kalau terjadi kat ahli keluarga camne? Nak buat tak tau gak, tak rasa ke penderitaan keluarga mangsa? Cuba jadi kat diri sendiri? Dia still nak balas cakap aku nih beriya2. Ok fine. Malas nak bertekak ngan orang gini kan? Nanti tak pasal ada kes lain kena handle, hehehehe..

But memang betul, aku cukup terkesan. Takde sedara aku pon dalam flight tu. Takde kawan aku pon. Tapi aku terasa camne kalau mak kita, anak kita, ayah kita ada dalam flight tu? Camne? Apa perasaan? Mampu ke kita buat tak tau macam laki aku buat tu? Kering betul hati yang Allah kasi kan?

Aku rasa aku gila menanti untuk penyudahnya. Kalau aku ditakdirkan jadi ahli keluarga mangsa. Mau meroyan. Allah..

Bayangkan hantar mak/anak/ayah ke airport, pastu 2-3 jam pastu berita kapal hilang taktau terhempas ke hape ke. Perggghhhh gugur jantung. Buatnya kali terakhir tu kita bermasam muka dengan diorang sebelum diorang fly, kita tak salam, kita ingat ada banyak masa lagi boleh perbetulkan keadaan, tapi musibah berlaku..Allah..Aku dah bertakung dah nih..

Allah, 
Aku sedih. 

Allah,
Sakit dada rasa.

Allah, 
Beri la penyudah walau perit. Agar cepat ditelan. Kalau masih ada, berilah petunjuk, kalau sudah tiada temukan jalan penyelesaian. Allah, Kau Lebih Mengetahui..

Mari la sapa perlu aku untuk lepaskan lelah dihati, yang ada batu didada, aku rela mendengar..
Marila kongsi kalau perlu.
Marila aku tau kamu-kamu lagi berat rasanya.
Sebab yang terjadi itu pada kesayangan kamu..

#prayforMH370

Ya Allah,

Kau Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat disebalik takdirMu ya Allah..

Doaku agar segalanya dipermudahkan jalan dan disenangkan hati semua yang ditakdirkan dugaan ini..

Kuatkanlah hati semua yang terlibat dan tenangkan ya Allah..

Sekira masih bernyawa, berilah penyudah yang gembira dan percepatkan pertemuan mereka ya Allah..Sekira lapar, kenyangkanlah, sekira sakit, sembuhkanlah, sekira diseksa, hentikanlah..

Jika takdir mereka setakat ini sahaja ya Allah, beri petunjuk kepada yang masih hidup ini dan tenangkan hati kami, redhakan hati kami..

Ya Allah, bantu kami..Ampunkan kami ya Allah..Hanya Engkau tempat kami meminta dan bermohon..Allahuakhbar, kami berharap sebaik2 penyudah..Amin

#PrayforMH370

Mar 7, 2014

Meluat

Assalamualaikum..

Guane?

Ok ke idok?

Tak ada benda nak cakap, tapi meluat. Meluat kat lelaki yang selamba hanjing cakap lucah2 ngan bini/gadis ke sesapa la spesis pempuan walau tak rapat mana. Pelik? Tak pelik, aku dah banyak kali jumpa orang gini gaya dan aku benci!

Aku bukan jenis pompuan sesuci kekabu buat bantal tu. Tak. Aku pon jenis ada kehitaman jugak dalam hidup, ada zaman gelap, zaman mundur, zaman gawat, zaman hijrah macam2 zaman lah aku tempuh before aku jadi aku sekarang. So setakat melucah dalam borak tu, aku dah lali.

Aku bukan jenis pempuan yang tertengok gambar orang tunjuk tetek, tekangkang kaki terus menjerit "Arghhhh, arghhhh apa tu? maluuuuuuu" Aku selamba je lah tengok takde perasaan. Gitu. So, apa ada hal borak lucah dengan aku. Tapi haruslah kawan2 rapat dan kenal luar dalam aku je!!! 

Setakat share2 gambar lucu tak senonoh ngan kawan2, itu normal bagi aku dengan geng2 sekepala aku, tapi ko sapa? Hadoiii..Aku geli weyy! Contoh yang geli biasa aku hadap, soklan or situasi gini laa, macam : 

1) Camne jet malam tadi'? Ada seronok? *sambil buat muka hina puake sangap* Eh ko tanya bini ko la, seronok ke tak performance ko semalam! Apa hal nak tau aku punya lak? Ko tak puas ngan bini ko ke??  Kalau kawan2 aku tanya "Jet sedap doh dia malam tadi, tu yang senyummm bekepit je ngan iz tu, wakakakakaka" Aku no hal, sebab yang lawak kan aku tu kawan susah senang aku, aku pon pedajal diorang gak! 

2) Jet, napa muka penat je, tak cukup tido eh? Bape round semalam? sambil gelak, angkat kening, senyum2 miang. Apakah??? Aku geli wey, geli!! Suka ke bini ko orang tanya gitu? Orang yang tak rapat? Suka? Gila apakah?

3) Pehtu suka je kasi statement "kalau jet nih, aku ratah abis, dalam2 aku masuk" Nak je aku type kat sini carutan panjang lebar sebab aku bapak la tak suka statement ko tuh!! Ingat la anak bini wey. Ingat la. 

Banyak lagi la aku kena, tapi silap haribulan bila mood aku ke laut, memang sentap ulu hati korang aku bagi berdas2 lepas tu. Terus cakap "jet moody oii jet moody oii, tak dapat kot malam tadi" puakanya la mulut masing2. 

Aku memang tak ramai kawan pempuan. Sikit. Aku pulak jenis yang tak amik tau sangat. Jenis tak berapa nak kesah. Tapi kadang2 bila orang over gila babi cakap ngan aku, malu kan aku, aku pon tak leh terima. Nak pulak yang bercakap tu dah tua ganyut. Pernah sekali yang tua tu cakap "Jet pakai tutup pon aku benafsu" @_@ Aku pandang macam singa dah masa tu. Kenang kawan je. Hari2 jumpa. 

Lain wey, cakap tak betapis ngan kawan kita, itu lain. Aku dah kenal diorang. Lain sangat, tak terasa janggal. Tambah sedap lagi ada, hehehe..Au pon otak mereng kan, so aku menambah lagi adalah! 

Itu je la luahan aku. Sebab pagi tadi ada orang tanya aku soalan agak kecelakaan disitu.

Mar 6, 2014

Tembam

Assalamualaikum..

Perghh kenyangnya aku arinih, tadi pagi nasik lemak ayam, tengahari lak aku kengkonon tak amik nasi, just ayam goreng, daging kicap sikit, bayam & kailan..Tapi kenyangnyaaaa sampai berat aku naik 55++ hadoiiiii, makin berat bukan makin ringan! Apadah jadi dengan daging2 aku nih..

Apakandaya, aku terima aku makin berat walau kepayahan di situ. Naik 2-3 kilo. Korang bayangkan daging lembu kalau kita beli kat pasar 3 kilo banyak mana? Gila banyakkk woiii! Semua yang banyak tu, yang 3 kilo tu naik kat perut dan peha je. Tempat lain maintain! Mana aku tak gelabah, sebab dah macam kaki hyppo, perut gajah!

Ok, aku nak cuba cara baru lak nak kurus. Sebab cara lama tak berapa nak berjaya. Aku nak try mintak nasik or mee, or mihun, semua dalam kuantiti separuh je! Walaupon tengah lapar! Walaupon perut aku tak penuh lagi! Gitu..

Gambar pagi tadi, kat trafic lite. Laki aku hangin je kan tengok kerenah aku. Hihik. Lantak la, bukan kudis pon kalau dia 'jeles' dengan selfie aku nih, wakakakakaka..Pipi belah kiri kanan tu dah 2 kilo agaknya. Belum tengok peha yang kembang. Aku nak cakap redho, belum sepenuhnya la, tengah berusaha lagi nih nak bentuk badan dulu2!

Ni kejadian semalam. Konon nak balik cepat, nak buka kedai walaupon dalam keadaan yang terhencut2 cedera main bola kelmarin. Ada hati nak buka kedai. Aku senyum sinis je, tapi sorok2 gak senyum sinis tu nanti sentap laki i noks! Hehehehe..Kejadian sekarang hobi suami aku asek nak repair ketaaaa je. Repair itu ini, memacam! Tapi aku tengok gitu gak la rupa keta tu. Tak paham aku. Usik bahagian ini, bahagian itu pulak rosak. Makan berejam gak kat kedai keta tu.

Tu je la nak cita. Nothing special. Just our normal life. But i love my husband. Gitu pengahiran cerita. Boleh makan pelempang! Wakakakaka..
 

Mar 5, 2014

Hutan Terbakor

Assalamualaikum..

Kat Gebeng ada hutan terbakar. Punya la pekat likat dia punya asap. 

Katanya dah peringkat ketiga. Bak kata kawan aku, peringkat bomba kuantan kena panggil bomba2 lain bantu untuk padamkan api dan insan2 lemah macam aku nih, jangan nak ngada2 pegi harung asap pekat tu, kalau tak, rasa la pengsan. Sesiapa yang ngidap asthma sila balik awal, tak payah ngengada nak kental duduk kat gebeng nih, satu hal lak nak rescue anto pegi spital, dah la jauh!


Ini la kebakaran tu, asap tebal tu melintas2 kat opis aku. Siap ada beterbangan abu2 kebakaran tu, abis baju. Ramai dah pakai mask, kalau tak merasa batuk gamaknya..Aku dah pening2 kepala, ntah sebab haze or sebab aku mengantuk. Huuuhh.

Lagi gambarajah kebakaran. Tu kat opis aku la tu, yang atap putih, bukan yang color biru tu..Kalau yang color biru tu, baru jejak sebelah kaki aku dah roboh! Hehehe..

Ni gambar Kak Pijah balik keja semalam. Aku perasan muka aku dah kembang macam bola dah. Berat tak turun2. Aku pon tak tau nape. Asal nampak makanan je lapar, padahal baru pas makan. Pehtu sekarang aku haus je keja. Asyik minum air sejuk, minum ais..Mana perut tak kembang?? Apapon tak boleh!

Keta aku pancit semalam. Nasib pancit kat opis.

Alhamdulillah, aku tak pernah perasan keta aku pancit masa aku bawak. Biasanya aku perasan bila kat umah ke, opis ke, atau keta dah berenti. Aku memang tak alert sangat. Semalam ada kakak opis tepon 2-3 kali, sebab aku tido kat surau, hihik. Nasib aku asih baik sebab ada kawan2 yang selalu bantu aku. Nak harap aku tukar tayar spare? Memang lusa la aku balik umah agaknya.


Mar 4, 2014

03.03.2014

Assalamualaikum..

03.03.2014 Tarikh keramat untuk suami. Tarikh mencecah 30an. Tarikh pertama sambut birthday bergelar suami Puan Pijah Cek Jeno nih, hihi..Ofkos la happy. Aku sedaya upaya melawan segala hasutan syaitonirajim untuk tidak menjeling - menjawab - merajuk - melenting2 - Yang aku buat hanya - senyum - manja - baik wak jet buat =) Gituuuuuuuuuu *kadang2 aku boleh jadi baik, sebaik2 isteri* aku sendiri tak kenal diri sendiri bila dah baik terlampau. Korang kena percaya sebab benda tu terjadi semalam. Hihik

Semalam aku amik halfday. Special sikit la aku treat dia kan. Walau takde istimewa mana pon, tapi aku still buat something yang dia boleh ingat. Benda yang "pertama kali" biasa kita akan ingat sampai bila2 kan? So marilah buat sesuatu yang 50 tahun akan datang bila suami teringat dia akan senyum dan peluk aku walau masa tu aku dah kedut2, gigi palsu, rambut putih, pakai kain batik kat umah, kain terbalik pulak tu..Wakakakaka

Malam before 12 am tu dia still menggunting rambut. Walau signage dah put "closed" still ada 3 hamba Allah datang..Takpe, iolls redha bila suami cakap "boleh2, duduk la dulu" Gitu la biasanya suami aku kalau ada yang degil, tp kalau betul2 dia tak larat nak mengguting dah dia akan tolak lembut2, hati customer selembut sutera, kena jaga woiiii!

So, kol 12 am pon masih tak free, masih bekerja. Aku tunggu je, kami tak sambut memana, just makan kat kedai sebelah. Aku wish je kot? Hehe, tahun lepas ada gak aku wat suprise kasi kek letak atas seat keta, dia boleh tak perasan terus duduk atas kek. T__T So kali nih tak payah nak surprise, nanti aku sendiri sentap bila surprise tak jadi.

Balik umah, memanja sikit, aku terus belayar..Penat kot, minggu nih aku tak cutu langsung, Jumaat, Sabtu & Ahad aku bekerja kat Emergency HTAA..*tak dapat join fitness sakinah* Suami aku cuti semalam, aku amik halfday je sayang oii cuti, kan aku ada plan hebat bulan May nanti, kena amik cuti lebihhh =)

Just lepak-ing with my husband dengan jayanya. Aku suka je bila mood dia ok. Mood aku automatic la lagi ok. Aku nih jenis kalau orang baik, aku lagi la cuba jadi baik. Malam baru kami keluar, nak celebrate birthday dia. Aku belanja. Sebab hadiah tak beli lagi, dia tak decide nak apa masih mencari..So jom kita dinner, candle light dinner ala2 romantic titanic..Hihi

Jom la kita mengimbau kenangan kekonon..

Ni sebelum henjut tangan SAH jadi laki aku, muka ada resah, hati ada gemuruh tapi alhamdulillah sekali lafaz aku sah jadi milik dia, sesedih aku masa nih, ntah kenapa, perasaan tu memang tak leh nak expain. Aku rasa syahdu, sendu, sentap..Apa pon tak boleh wey!

Ni aku tak tau dah sah ke belum..Kalau belum sah, aku tunang dia la nih, sebab dah bertudung. Kami bukan pasangan yang sentiasa berbaik. Kami macam memang dah jodoh. Begaduh, jenuh la aku mengadap takdir hidup aku masa nih, tapi Allah punya kuasa, aku terima..Semua ada hikmah..In sha Allah..

Sama tak muka? Mesti la tak..Sebab tu asek bergaduh je. Memang hina kalau masa begaduh, rasa nak buat macam Tom & Jerry tu..Bunuh boleh hidup balik. Rasa gitu la aku nak buat..Nak tikam lelaju kat perut dia, pehtu pusing2 pisau tu kasi dia hazab. Hehehe..Zalim tak? Itu perasaan bila tengah gaduh, takde tipu punya!

Insaf! Hehe..Kalau bab lakonan muka bersih suci, memang dia pelakon terbaik. Sebab tu la aku masih cair walau sampai saat ini. Dia nih, kalau hati dapat hidayah, memang ko akan rasa dia la yang aku cari selamanih..Tapi kalau mulut puaka, perangai syaitonirajim dia datang, ko rasa macam nak bunuh cincang bagi ikan peliharaan makan!
Ni dah bergelar suami. almost 1 year. Dah dapat kerja tetap, dah hensem2 pegi kerja sekali. Tak sangka langsung, aku merasa pegi kerja suami hantar, suami amik, tapi Allah tu dah elok susun untuk aku..

Ni semalam, birthday boy..I love u la sayang..

Dear suami,
En. Hishamuddin Ahmad..
Dah 30 tahun, dah 8 tahun kita kenal..
Jet doakan kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya..
Moga awak sentiasa cukup dengan apa yang Jet persembahkan..
Moga Allah makbulkan permintaan kita untuk jadi pasangan dunia & akhirat selamanya..
Iz kena kuat, kena lebih kuat untuk masa depan, sebab tu Iz kena berubah jadi lebih baik..
Moga Allah kurniakan kita anak2 yang baik,sempurna dari sisiNya..
Ya Allah, Kau berilah suami aku taufik dan hidayahMu, Kau lembutkan hati suamiku untuk menerimanya..Kau jauhkan suamiku dari laranganMu dan Kau permudahkan hidup kami..
Ya Allah panjangkan jodoh kami hingga ke JannahMu..amin