Feb 27, 2014

S a y a n g

Assalamualaikum..
 
Kadang sayang tu taktau nak diberi. Kadang2 pulak sayang tu tak mampu untuk terbukti. Tapi sendiri tau "aku sayang dia" kan? Walau jauh, walau semua orang tak hirau, walau semua orang tak percaya..Tapi kita tau, sayang tu tebal ya amat.

Penagih dadah pon sayang mak bapak dia.

Suami meroyan suka pukul bini pon sayang keluarga dia.

Pakcik minum arak tersadai kat tepi jalan busuk pon ada insan yang dia kasih..

Ermmm..Maksud aku, walau busuk mana keruh mana hati aku, ada insan yang Allah pinjamkan untuk aku sayang - siapa usik, aku kasi nyawa. Aku rela. Sebab dasar sayang yang amat. Sebab dia kesayangan.

Erti kata lain, aku bukan siapa2 yang suka tunjuk2 kasih dan sayang guna mata wang - sebab aku tak cukup untuk diberi tanda dia kesayangan - kalau ada sumpah aku tak berkira.

Aku bukan juliet, tunjuk kau kesayangan dengan kata2 indah bikin hati gundah - aku selalu tutur sepatah dan diam dan teresak sembunyi tak mampu walau memberi kata2 hanya kuat mengerang di belakang..

Aku tak reti menelefon memberi salam bertanya khabar setiap kali aku meraung rindu. Aku miskin itu, iya aku miskin kebolehan itu. Aku bukan insan yang pandai memberi bila perlu, aku insan yang tenggelam dalam perasaan tebal. Hanya insan yang mengerti, tau tebal sayang aku. 

Iya, aku akan terlambat, bila masa Allah tarik satu2 kesayangan..Sebab bodoh aku dalam memberi. Bodoh aku dalam menunjuk. Miskin aku dalam mengerti apa kesayangan aku nak dari aku. Ya Allah..Sebu dada dengan esak dalam. Masih aku tak mampu untuk lempar sayang zahirkan..

Ya Allah, yang pasti Kau tahu kekurangan aku, dan moga Kau beri kelebihan lain untuk aku beri pada kesayangan aku. Sesungguh sayang aku penuh meruap untuk dia. 

Dia diberi dugaan seberatnya..Allah ringankanlah..Kau berikan dia tenang..Aku tak sanggup kesayangan aku berjeruk perasaan ya Allah..

Aku mintak bahagia untuk dia ya Allah..Tiada lain, bahagiakan hati kecil tok aku ya Allah..Kuatkan dia, ya Allah..Ubati hati dia, ya Allah..

Kesayangan semuanya..Dan Allah pinjamkan je untuk aku belajar apa rasa sayang. Tapi aku tamak, aku tak pandai melepaskan.

Sorang dah pergi, jauh tak akan datang lagi, tak akan ada lagi, tak mungkin boleh aku salam lagi..Dah takde!! Yang tinggal lagi sorang ni je laa, dan perpisahan itu pasti untuk kami tempuh lagi. Tak aku, dia, bila2 masa..Dia kesayangan, tak mungkin aku senang untuk lepaskan ya Allah..
Aku tau dia tengah berhempas pulas mmberi hidup supaya bahagia semula. Dia pon penat, aku tau..

Dia bela aku dari kecik..
Dia suap aku..
Dia pimpin, dia segala..
Macam mana tak lebih sayang?
Macam mana nak kurang sayang?
Tak mungkin..

Kuatlah tok..kuatlah..

Feb 26, 2014

Weekend aritu.

Assalamualaikum..

Lama tak hapdate, aku tak busy pon, tapi aku takde kehendak nak tulis kot? Hihik, kehendak wakluuu sangat.

Apa nak cerita nih? Owhh, Jumaat aritu, kami buat gila pukul 12 pagi pegi KL tanpa ada planning ke hape..Hehe, kira pas keja hari jumaat tu kami jenjalan, cari makan, then tetiba jer jom KL? Ok jom!! Balik umah, packing sikit2, Challossss..

Lepak kat Seri Kembangan, rumah kawan dia kononnya plan asal kami, sampai sana pukul 4 pagi lepas singgah jap kat Downtown, tengok2 je barang sebab semua dah nak tutup..Tapi call2 member dia tak berangkat, tido mampos. Kami lepak mamak, telan megi goreng la, megi sup la, roti laa..Hehehe, dasar melantak kuat.

At last, tunggu punya tunggu dah pukul 5 pagi..Tak ley jadi nih mata makin berat, tengok sebelah mamak ada hotel RM80 terus check in. Cute gila hotel tu, aku lupa tangkap gambar. Bilik dia memang compact. Suami aku suka la. Bersih, sejuk, semua ada dan selesa walau murah dan terkejar2. Pehtu boleh check out lewat. Ngehngehngeh, macam tau2 je kami penat!

Esoknya tengahari dalam pukul 2 gitu, pegi Shah Alam, melantak kat Hakim. Kami ialah dah kena minyak pengasih Hakim sesyen 7 tu, asal turun sini je, kena makan situ. Tabiat sangat. Laki bini tekak mamak sejati. Air bulu roma mamak tu kot memikat. Tak kesah Hakim baru ke Hakim lama, totappppppojaaaaann! Hehehe..

Merayau kejap sana sini, terus balik Kuantan. Takde kejaan namanya, sungguh takde kejaan!!!!

Malam tu layan karok sepam. Aku ngan Fila, Umi, Baby Phea..Hehehe, Ko hado? 3 generasi hokeyy! Siap bawak sekeluarga. Sangat karaoke family kaedahnya! 

Dah la, layan gambarajah dibawah:

Mungkin kita bersamaaaaaaaaaaaaaaaaa, nun di atas sanaaa..

 Pencinta yang emcem2, yang ermmmm yummy..wakakakaka, suka? =) Aku tak pon sangat, sikit2 sajoo..

 Dahaga tengari tu, dapat cendol kat tepi pasar. Perghhh perghhhh perghhhh, terus sakit tekak sampai harinih penangan cendol mamak!!

Jumpa sambal kerang, lepas megi sup, terus suami mintak roti kosong pulak cicah sambal..Perghhhh aku tak merasa, dia balun semua..

Ini beta punya, but aku makan tak abis pong. Kenyang lagi agaknya, takpon perut dah masuk angin. Tapi memang sedap, 4 bintanggg!

 Bye from Phea si amoi yang baik, aku geram rasa nak gomol sampai pengsan!!

Feb 21, 2014

Gandaan

Sedih lagi..Hahaha, gandaan sedih.

Biasa la, perempuan. Sebulan sekali sure, hati merepek macam nak makan kaki.

Nak plak kesedihan gandaan kuasa 2 atau dah tak kuasa nak diperinci..

Baca blog si Peej and Kak Elly pon tengah berjiwa kacau.

Adakah dengan membaca will absorb the feeling? Owhh gila terkangkang aku gini..

Dah contact rakan sejenayah, lepas keja jap lagi, kita lakukan jenayah bersama.

Need some spices.

Hahahaha *Dah macam tak sabar nak lakukannya*

Penawar

Terasa.

Penat.

Keterlepasan.

Dipijak hati.

Ramuan disudu, disuap..Tanpa henti.

Muntah, muak..Tapi siapa peduli?

Aku tetap menyusur jalan yang sama, berteman samar pelita hati.

Aku beri, aku tadah, aku telan..Masih bocor belubang koyak.

Aku tersiat atas segala pemberian.

Sebab tuba yang disuap kerap.

Aku mencari masa. Mencari seteguk penawar.

Mungkin masih boleh dirawat, tapi berbekas parut dalam.

Mungkin hati ini, masih terbentuk, tapi tidak diacuan yang sama.


Feb 19, 2014

Lapar je kejanya.

Assalamualaikum..

Makin nak diet makin selera buka pintu gerbang, sebesar-besar alam..Terbukaaaa je pintu selera tu!

Tengok macam2, semua rasa sedap. Hadoi laa..FYI, berat aku tak turun pon. Sikit pon tak. Walau dah exercise serba kurang, dah kurangkan makan, *kurangkan sesudu dua* wakakakaka..Tetap, badan aku gitu jugak la, takde nak menurun.

Tadi pagi aku beli la nasi minyak, kemain lapar cacing2 dalam perut mampu bebunyi kuat2 kat kantin?? Aku buat2 bukan perut aku yang berbunyi, terus confident catwalk bejalan nak bayar..

Nasi minyak tu out sangat rasa diaaaaaa! Aku tak leh telan, dah la tengah lapar, tapi still cannot go la rasa tawar bese *bahasa pahang eh? bese maksud, tawar sangat* Ratah je ayam, itu pon tak abis, ke tong sampah aku humban. Sampai hati orang kantin hidangkan makanan gitu kat aku yang tengah kebulur nih.

Takpe, tengahari kita round sekali lagi kat kantin. So aku pon pegi la menapau, nasi dengan sayur lemak kobis dengan ayam cili padi dengan sedikit sambal belacan. Perghhhh, nasib ada rasa walau still aku tak puas hati rasa macam masak dengan **** Hadoiii! Apsal teruk menjunam sangat hidangan kat kantin sekarang nih? Tak dapat subsidi dah ke? 

Tak abis pon aku makan, ratah ayam ngan sayur je. Nasi belebih. Ruginya la rasa, makan tapi tak puas. Tapi itu la nasib, kalau nak sedap je, baik buka kilang tepi umah mak, lunch hour je, makan kat umah mak, mak masak opkos la sedap setiap hari! Mesti masa tu badan aku macam tong dram! Hehehe..

Sekarang aku dok menelan biskut kering cicah milo plak. Tak berenti aku makan. Patutnya, kebiasaan aku, lepas aku lunch aku dah kenyang, ini tidak yer kawan2, tidak sama sekali, aku tetapppp kebulur. 

Apakah? Mungkin aku ditakdirkan berbadan besar dan tidak solid seperti model genie bra itu? Ermmm..Takpe teruskan cicah biskut. Biar tak sedar diri sikit, nanti menangis lah tengok penimbang. Bukan susah pon.

Semalam pulak, sebelum balik, suami singgah pasar. Port biasa kami makan. Order nasi goreng daging, sate ayam. Aku memang dah lupa diri secara keseluruhan dah.

Feb 18, 2014

Main masak-masak

Assalamualaikum

Arituh macam aku pernah cakap nak paste gambar aku masak masa makcik2 aku datang..Aku kelupaan.

Sila jamu mata yer kawan2. Makcik2 aku tambah menambah nasik uolls..Tapi tok aku bedegil, tetap tak tambah, walau dipaksa aku. Mungkin tok dah start jaga badan..Wakakakaka *mati dapat cucu macam nih* Tok masih takde selera lepas aki kembali kerahmatullah..Ya Allah, kuatkan semangat tok aku semula..Beri dia hati dan jiwa yang tenang..Ya Allah, gembirakanlah hati tok kesayangan aku sehingga ke akhir hayat dia..Oni sayang tok.


Aku ada sediakan sambal gesek *lada kecik tumbuk sekali ngan garam je* pehtu gaul dengan tempoyak pehtu cicah ngan timun di atas! Wallahhhh, itu je lauk yang tok makan, bersama seketul ayam goreng. Tapi abis sepinggan, Alhamdulillah..

Ini ikan untuk kanak2 riang yang tak tahan pedas..Ikan kerisi peberet aku! Hehe, tak senonoh perangai jemput orang datang tapi masak lauk yang kita suka je, wakakakaka.

Ini ikan kerisi berlada, untuk orang dah dewasa atau kertu. Sedap sangat pulak aku buat kali nih, sampai orang menambah gitu..Siapa punya bini la kan? Hahaha..

Masak lemak cili padi udang dengan kangkung. Best gak la. Aku buat tak pedas sebab ada budak kecik nak makan kan..So tak berapa nak berasap telinga. Tapi mau tak sedap? Aku yang masak..Wakakakakaka lagi!!

Last, ayam goreng kegemaran ramai. Semua makan nih. Takde terkecuali. Aku pon makan nih. Nak resepi? Pelangkung dek mak mertua goreng ayam pon tak pandai!! Hahaha..

Itu je la, resepi aku menu aku bila diorang datang, itu pon terkangkang2 masak. Sampai umah kol 6.45pm, sebab singgah beli bahan2..Pastu masak kelentung kelentang kat dapur sorang2, suami lepas maghrib buka kedai..Aku la yang potong tembikai, kemas dapur, buat air, masak, cari sudu, cari pinggan..Tapi seronok weyyyyy!! Moga ada lagi yang datang, boleh aku main masak2 lagi!!

Terima kasih

Terima kasih la kawan,
Cara ko terbaik sangat..
Time susah, mungkin ko ingat aku wujud..Time ko dah terlepas mungkin ko dah delete phone number aku..Huhuk

Terima kasih la kawan,
Aku buat ikhtibar, mungkin takut nak baik sangat dengan orang..Takut digigit kemudian hari..
Tak minta dibalas, tapi cara ko nih macam hanjing2 sangat..


Emosi agak celaru, hihik *aku sendiri gelak tengok gambo aku google nih*

Mungkin sebab nak datang bendera merah.

Sila lupakan, dan move on!!

Feb 17, 2014

Terasa dari dalam

Kuatkah aku untuk menghadapi apa yang dipersembahkan?
Dekat siapa untuk aku bertanya?
Siapa pula yang ada jawapannya?
Kalau jawapan diberi, mampukah aku menghadam untuk terima?
Siapa pula patut aku menceritakan?
Wujudkah sesiapa yang boleh tarik aku masuk dalam alam nyata dan aku mampu kata, terima kasih?


Membebel selagi boleh dibebel..Dalam hati
Memberi senyum selagi boleh mengukir, untuk indah insan luar..
Aku mampu beri itu, aku hadiahkan untuk kamu-kamu..
Walau untuk diri aku, aku begitu daif.

Aku masih belajar untuk jadi baik, selagi aku boleh aku cuba..
Banyak untuk aku mapping, planning dan tak tau sampai bila harus begitu

Macam takde siapa yang paham.

Arghhh tinggalkan perasaan bodoh nih..

Feb 13, 2014

Tetamu kesayangan

Assalamualaikum.

Apsal aku nih tak bermaya sangat. Rasa lenguh2 pulak.

Semalam punya cerita, makcik2 aku datang rumah, bawak tok aku jenjalan. Aku nak upload arinih gambar makanan aku masak *korang hado?* hehehe tapi tepon tertinggal kat umah.

Apsal la aku rasa sakit kat perut macam senak je nih. Hadoi la, tak kan buat senaman perut krem sampai berhari2? Apakah badan aku nih?

Ok, tok aku masih dalam mood berduka cita sebab kena tinggal dengan Allahyarham suami dia, iaitu aki aku. Ermmm T_T Sebenarnya semalam aku nak lepak lama2 ngan tok, tapi tak berkesempatan. Aku pon nak buat sesi luahan perasaan kat dia, sebab mungkin kami boleh share2 cerita..Cewahhhh, korang mampu share2 cerita dengan tok sendiri? Hahaha..Yups aku nak luahkan kat dia, nak touching2 sket..

Semalam aku sediakan makan malam khas untuk cinta2 hati aku..Goreng ikan kerisi, pehtu separuh kerisi tu aku goreng berlada, aku buat masak lemak cili padi udang ngan kangkung..Makcik2 aku tak caya aku masak tu, masak lemak tu, well ye la aku yang masak, tak kan beli kot? Hahahaha..Goreng ayam untuk budak2 kecik, sediakan ulam2 dan sambal tempoyak untuk cicah! Wallahhhhh =)

Cu aku *makcik* cakap ini tok baru makan banyak habis la sepinggan, tadi dia makan secipot je, tak selera dia tu sejak aki meninggal..Laaa, sian pulak aku dengar, sedih la kan, tok kita jadi macam tu, tapi tak kan aku nak nangis sambil cicah sambal tempoyak tu? Hahaha..Takpe kita buat2 hepi supaya tok cepat hepi semula..

Suami aku takde semalam, dia tunggu gak after maghrib tu, tapi janji tinggal janji, nak dekat isyak baru sampai. So, dia pegi buka kedai laa..Tak sempat nak tunggu. Semalam selera semua orang makan, ada yang menambah2, Alhamdulillah..Hehe, walaupon simple tapi masak dengan penuh kasih sayang, mesti la sedap!! Wahhhhhhhhhh matik puji diri sendiri!

Esok aku hapdate la yer gambar makanan, lupa pulak amik gambar tetamu..Melepak sampai pukul 10 lebih..Pehtu diorang balik..Semua pinggan tak dibasuh lagi sebab air umah aku bersar kencing kucing je kat paip singki tu, better aku tak kasi diorang basuh. After semua balik, aku basuh kat bilik air, puas hati! Bentang paper lama, tangkupkan kat situ je. Siap semua dalam pukul 11pm. Perghhhhhhhhhhhhhhhh penat macam aku berjalan kaki tak berenti selama 5 jam! Betis aku sakit gila sebab basuh pinggan ala2 duduk kat tebing sungai..

Lepas mandi, terus terkangkang nak tido, tapi tak berjaya sebab sakit2 badan. Ntah bila start tido suami pulak balik. Dan suami menunjuk belang suruh aku goreng ikan lagi. What???? Ok la, aku pasrah, aku goreng ikan lagi, teman dia makan, dan kemas letak kat sinki je, takde kudrat nak berdiri, betis sakit. 

Tak lama pon teman dia tengok tv, terus salam2 dia, aku nak tido dah. Ahkak memang ponek!! Tak sempat 2 minit berangan aku dah alam lain. Suami buat hal lak, masuk toilet, tak reti tutup lampu, tersedar sebab silau. Arghhhhh.. Apekah?

Feb 12, 2014

Tetiba

Assalamualaikum..

Macam2 jenis orang nak jatuhkan bisnes orang lain.

Bisnes kecik2 aku ni pon orang tak boleh duduk diam, naaaakk jugak busuk hati?

Aku buat bisnes nak tambah pendapatan, lepas bayar bills, kalau banyak lepas bayar keta..Alhamdulillah..Aku berusaha nak majukan diri je, nak rasa duit lebih sikit, dari duit makan gaji..Aishhh

Tetiba emosi pulak degan status fb tu. 

Kalau jual murah, katanya fake!

Kalau jual mahal, pertikaikan napa orang lain jual murah?

Korang nih memacam, manja sangat!

Hadoiii.

Ok la, da relax sikit hati nih, tadi macam nak makan nasi minyak dua bungkus je gayanya! Hahaha


Feb 11, 2014

Lembutkan hati

Assalamualaikum

Sekarang nih, banyak keluarga yang punya ahli keluarga yang panas baran, ego, keras kepala, hidup dia je yang betul. Aku tak cakap keluarga orang lain, keluarga aku sendiri pon ada.

Aku sejak berumahtangga, kalau boleh aku ingin punya keluarga yang berhati lembut, yang harmoni, bantu walau tak diminta, peluk walau bukan hari raya..Hajat aku, kalau dikurniakan zuriat, keluarga sendiri, nak selalu berharmoni walau Allah hadiahkan dugaan berat..

Bestkan? Aku selalu saksi, sesetengah hidup kawan yang sangat menghargai, tak kekok untuk bersayang dengan family sendiri..Itu semua dibentuk sejak kecik, tak mungkin dah besar baru diajar. 

Dah besar2 nih, aku cuba untuk tunjuk kasih, walau tak direct, tak di zahir, aku tak tinggal doa untuk keluarga aku. Jumpa sekali sekala, aku jaga hati mereka, walau tak semua dapat dijaga, aku cuba..

Doa penting. Doa tu senjata kita. Doa anak2 yang jadi pembantu mak ayah kita nanti..

Kat sini aku kongsi sikit ilmu untuk sama2 kita doa, kita dapat keluarga sejahtera (Allah, teringat kat aki..Aki mampu bina keluarga aman bahagia, kita patut bina 10 kali lebih bahagia, in sha Allah)

Aku cuba jadikan rutin untuk zikir nih (baca walau kat mana bila teringat, terutama dalam kesusahan, jangan lupa!!)

Ya Aziz Maha Gagah
Ya Jabbar Maha Perkasa
Ya Mutakabbir Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
 
Ayat kat bawah pulak boleh baca bila tanak nasi ke tiup..pantang ingat je baca je takpon baca tiup kuat2 kat telinga diorang ke, hehe..Elok ayat nih untuk lembutkan hati..Untuk damaikan, sabarkan, indahkan.. =)


Jom kita cuba untuk damaikan, harmonikan kelaurga kita..Yang sudah, itu sudah..Yang akan datang, kita berdoa untuk lebih indah dan bahagia..Semoga doa kita Allah izinkan..Amin

Feb 10, 2014

Kebuluran


LAPAR


Tadi pagi ini la makanan aku. 

Lunch aku tak makan.

Sekarang aku kelaparan la puloks!

Exercise still. Tapi tak sampai bepeluh dah dalam surau opis. Buat light2 je, sebab aku takut bau kepam..Hehehe..

Aku tak menimbang lagi nih, tak tau berat naik or turun. 

Itu je nak cite. Tengah malas nak celoteh.

Apa nak masak balik nih?

Feb 7, 2014

Apa pon kita layan je laa

Assalamualaikum.

Aku memang susah nak lari dari makan malam, walau aku tengah berhajat nak FIT kan badan aku!

Suami aku tutup kedai selalunya dalam area 11 - 12am, so closing..sampai umah dalam pukul 12.30am ke kan..So memang setiap hari aku akan tunggu dia untuk makan sama2 kat umah *mithali sangat!*

Aku boleh je makan sebelum dia balik, sebab aku masak awal, sebelum berita habis, aku dah siap masak. Tapi aku tak sampai hati nak makan dulu, takde selera, nakkk jugak tunggu dia..

Itu la pasal, lemak aku takley cepat terhakis kot? Perut susah nak turun, sebab makan lewat malam pehtu tido membungkang terus without burn makanan yang aku telan tu. Jadinya, apa yang aku makan tu akan jadi lemak la, lama kelamaan lemak tu menebal. Dan bangun pepagi pegi keja, aku sumbat pulak dengan nasi lemak. Tak ke maut? Duduk pulak 8 jam kat opis. Aishhhh..Rutin aku begitu la every single day!

Takpe, kita try work out. Jangan nak salahkan keadaan. Baru 3 hari. Hehehe, Saja nak down kan perasaan sendiri tau aku nih.

Peha aku dah tak sakit sebab mungkin peha tu dah biasa aku buat squat tu. Jadi, boleh la buat banyak sikit setiap hari. Hadoiiii, bila nak keras macam peha suami aku pon taktau. Chayokkk!!

Aku try makan sikit untuk supper. Aku try.

Masalahnya aku masak terlalu sedap, sampai tak sampai hati amik nasi sikit. Bahahahaha, mati la aku puji diri sendiri!

Semalam aku masak asam pedas, ikan goreng cicah kicap pedas & sayur kacang buncis! Wallahhhh..Suami aku makan sampai mengorek periuk *aku masak sikit, makan banyak, aku masak banyak makan sikit! Pe'el betul dia ni tau*

Menjadi pulak asam pedas aku semalam. Betul masamnya, betul masinnya. Hahaha, suka!

Aku tumis lama2 sikit lada blend tu, pehtu baru letak air asam jawa, daun kesum, tomato, garam, pak aji..Last masuk ikan. Terus sedap. Wakakakakaka

Aku ketar2 kepala makan ikan selar kuning tu cicah kicap, isi bawang, lada kecik & air limau nipis. Perghhhhhhhh, sedap wey makan benda simple2 nih!!

Guane nak amik nasi sesenduk je? Memang tak la, memang penuh la pinggan, baru puas hati makan nasi! T_T

Feb 6, 2014

Alasan kenapa makin berat walau berhempas pulas

Assalamualaikum..

Berat badan aku makin naik, walau aku dah start exercise dari semalam *baru je naik penimbang sambil air mata memancut-mancut*

Apa dah jadi? Aku rasa down kejap *ececehhh* down kentot dia! Hahahaha, baru sehari berhempas pulas dah nak down konon! Puiii kat diri sendiri..

Tapi untuk pengetahuan semua, termasuk aku supaya tak down membabi buta, sekiranya berat badan naik, tak semestinya semakin gemuk! Tau? Tau? Jangan nak start makan nasi 2 pinggan semula, pehtu makan mi goreng basah pulak!

Tadi aku timbang, naik 200gram lagi. So, teorinya, selepas exercise, kita gain muscle. Kes aku nih, fats aku tak kurang langsung lagi *degil betul lemak aku* tapi sebab exercise tu aku berjaya gain muscles. Paham?

So kat sini, aku tak boleh give up! Tak semestinya berat tak turun aku semakin gemuk, sekarang badan aku tengah build more muscles! Nanti if aku continue exercise, body aku akan semakin fit and no flabby fats!!

Sekarang kalau korang boleh bayangkan, peha aku punya lemak, mak aii..Udah macam lemak kat peha ayam tu, bila aku pulas peha aku, will see macam kulit limau kering, buruk menggerutu!! Penuh lemak sana sini uolls! Lain bebenor dengan peha suami aku yang penuh dengan muscles!! Aku jeles tahap nak cubit peha dia semua kerassss, peha aku?? Sila amik pisau toreh lemak T_T

See? Ini buktinya. Berat naik tak semestinya korang makin gemuk. Muscles uolls, muscles tu!!
Tengok gambar aku google tu, makin kurus, tapi berat makin naik. Tapi badan walllaahhhhh! 

Masa berat 56kg, lemak dia sebijik lemak aku, dan lebih kurang je bentuk badan aku sekarang, but aku punya perut lagi ke depan! Boleh tuck-in dalam seluar!!

So, moral of story, dont give up! Kita exercise untuk sihat, untuk dapat body idaman! hehehe..Dengar la cakap aku yang baru 2 hari berexercise nih! Wakakakaka..

Mana korang pilih nak kurus tapi ada flabby fats?? Atau badan fit dan ada muscles? Pilih la korang

*Aku yang poyo lebih sebab tengah motivate diri supaya continue exercise, sila bersabar jangan muntah* 

Aku takde la nak badan macam body builder, beketak2 tu, huduh pulak kan? Tapi cukup lah, perut dan peha aku reti bahasa sikit. Sekarang perut aku dah ada 3 bahagian. Sendiri mau ingat la..Belum kira peha aku lagi. Cuba membesar kat tetek, kan best? Hahahaha..

Not skinny but fit!

Feb 5, 2014

Dah start

Aku dah mula exercise. Start semalam. Mak aii, hari nih hazab dia boleh tahan, mengengkang turun tangga.

Tadi orang pegi lunch, aku exercise sementara tunggu Zohor. 

Nampak tak?

Nampak tak?

Azam aku ada di situ..Wahhhhhhhhhhhh, bahahahahahaha..Tapi jap lagi pukul 3 aku nak pegi minum petang. Semoga tak hancur la diet aku kannn. Semoga sangat nih. Nak kena cross fingers tak?

Tadi dalam surau, aku buat sit up, squats, back kick, plank bagai..Nampak tak? Nampak tak?

Tapi yang paling dasyat bila dah sakit2 semalam punya tu tak hilang lagi, aku buat lak yang sandar tegak kat dinding, slowly turun sampai paras cangkung without alihkan sikit pon badan tu *sandar kat dinding still* itu memang 5 saat je! Tak boleh dah tunggu 30 saat. Boleh bahaya nyawa wey!!

Meh aku ajar buat plank..Aku google, ni boleh kuatkan otot perut yang buncit ittew..

Ini la plank yang aku buat tadi..Ini untuk beginner macam mak hayam! Hahaha
Ini la sebab aku buat plank! Especially untuk perut aku yang boroi macam gunung kinabalu tu, mungkin suatu hari nanti akan jadi rata? Hihik..
Aku tengah target buat bendalah nih je. Maklumlah nak jadi Beyonce katanya?? Ko mampu berangan gitu padahal baru sehari je exercise? Hahahahahaha..
Ini la idaman kalbu..Mampu berangan je la aku nak buat beratus squats gini. Buat 20 squats pon menggigil macam kena denggi.
Aku rasa macam nak ikut tip nih. Macam la. Tak tau la, kalau last minute aku tak jadi ikut kan. Phewwwwwww!!    


Jangan hina orang

Kalau nak buat baik jangan betangguh-tangguh  -- buat je.
Kalau nak pimpin tangan orang buta melintas, ko pimpin je. -- segan apa ada hal? kan?
Tetiba rasa nak beli nasi lemak kat makcik cleaner opis, belikan je, jangan fikir nanti apa orang lain fikir..Tak kemana niat tu nanti..

Aku selalu rasa nak forward benda2 sentuh hal agama, tapi kengkadang aku rasa diri aku tak mencerminkan apa yang aku nak pantulkan. Jadi niat aku terbantut. Tapi sebetulnya, buat apa aku nak kesah semua tu? Yang betul tetap betul, kalau nak share, just click share! 

Takyah nak segan silu kalau orang dok mengata "Dia tu budget ustazah forward kutbah2 jumaat kat fb, padahallll!" Biar orang mengata. Yang penting niat kerana Allah, dan kita sendiri tau apa yang baik untuk kita, cuba untuk begerak seinci ke, selangkah ke, sedepa ke, ke jalan yang Allah makin sayang kita..

Tak siapa sangka Miss Nina akan seindah sekarang, tak siapa sangka si Diana itu akan sebagus itu, tak siapa sangka si kafir akan jadi penceramah yang bejuta terpegun mendengar bualnya. 

Apa aku bebelkan? Aku sendiri kurang pasti.

Yang pasti, jangan hina orang.

Sekian.

Feb 4, 2014

Gemuk tahap goyang peha melanton begegar.

Assalamualaikum..

Mak ai, aku gemuk, aku gemuk, aku gemuk!!

Tensi betul la! Apsal boleh naik banyak nih? Tadi timbang rasa dah betahun tak cecah angka 55++ tu, tapi harinih aku cecah beb? What's going on? Apsal badan aku nih?? Lepas aku timbang, aku lemau, terus jalan kaki pegi kantin, makan lagi, opismate belanja. Best sangat perangai! Best sangat!! Bila timbang jap lagi, aku rasa aku takbir terus kuat2!

Dah la tadi masa pegi kantin, kena patah balik, boss aku suruh aku pakai kasut *aku pakai selipar jepun* meroyan kejap aku patah balik, tapi aku rasa kalori aku banyak hilang sebab ulang-alik banyak kali, so aku suka! Hahaha,  dah psycho!!

Ni tengah duduk kat kerusi, sambil angkat2 kaki, nak bakar lemak sikit, sebab takut trauma nak timbang jap lagi!!

Aku punya masalah orang tak nampak aku gemuk sebab aku tinggi sikit *164cm* tapi bila dah gemuk nanti terus orang ingat aku kakak giant dalam doraemon tu!! Kawasan yang naik kat perut ngan peha, kalau 4 kilo naik, maknanya 4 kilo lah peha aku naik!! Jeans semua dah macam nak tetas bahagian peha tu..Masih ada orang kata aku poyo..Aishhh, tak kan nak suruh aku gemuk betul2 baru nak aku bising? Masa tu aku rasa 2 tahun diet pon susah nak turun berat!! Nak pulak jenis macam aku yang diet bodoh2 nih..Makan tetap makan, hehehe..Tapi kengkonon amik dalam kuantiti yang sikit la..Kengkonon!!! 

Aku rasa plan diet aku dah tak leh pakai bila cecah umur 30 nih. Metabolism aku dah cipot. Dah tak macam dulu. Sekarang bila makan, esok lusa agaknya baru berak. Dulu kalau makan pagi, tengahari dah berak. Ohmaii..

*Aku betul2 tak sangka akan cecah angka 55++ tu dan hampir kepada 56*

Wakakakakakakakaka..Kena gelak supaya tak tensi. Gitu!!

*Aku masih shake my peha well* Macam duduk kat kerusi urut tu, peha aku begoyang siap melanton2, buruk benor!!

Kita tengok je la pasnih aku update camne, jadi ke idok aku diet kan diri nih!

Kita tengok je la ye wok!

Feb 3, 2014

Bila rindu singgah

Assalamualaikum..

Korang ok?

Aku biasa2 je..Malas lebih. Mengantuk pon ye jugak nih. Tapi dok mengadap PC macam boleh terkeluar biji mata! Bahahaha..Kerja banyak, tapi buat slow2..Dasar nak cari mood tak sampai2..

Khamis lepas, kami balik kampung, kenduri arwah aki..Tumbang sekor lembu..Perasaan? Happy je dapat bejumpa sepupu sepapat, memang mengilai berirama la kami kan? Suka ko jah!!

Tapi, memang makan dalam la sikit. Sebab biasa2 kalau lepak kat rumah tok tu, mesti aki akan ada, sekarang aki dah takde. Selalu kalau mengilai berirama mesti aki tegur *hehehe* rindu pulak nak kena tegur dengan aki..Selalu kalau lepak kat luar kat beranda umah tok, aki mesti jenguk kat pintu sambil tangan kat belakang, macam mando estet..Dia macam buat check up ada cucu2 aku kutuk aku tak? hahahahahaha..

Aki memang tak ramai kawan sangat kat umah, hehehe..Sebab dia selalu cakap benda yang sama, biasa dia duduk kat kerusi dia tu laa, sambil isap rokok..Pehtu abis hisap rokok dia masuk bilik tidur..Dia memang sejak jual lembu, sejak sakit2 masuk spital, memang dah tak active langsung..Asik demam je..Tapi dia tetap mengeteh setiap petang, wajib!!

Biasa time kami makan, kadang2 aki join, tapi selalu aki akan makan atas meja sorang2 dulu, lauk special sikit, sebab aki kuat masin, tok selalu buat lauk lain untuk dia..Baru aku perasan tok actually sayang sangat kat aki walau tok dulu selalu mengadu tak tahan ngan aki, padahal? hehehe..Cinta orang zaman dulu2..

Sekarang, tok selalu becerita..Cerita dia sama..Berulang..Pasal aki..

Tok cakap aki baik, tak pernah naik tangan ngan dia..Tapi mulut aki gitu la, suara besar bak kata tok..Aki hati dia baik, dia nak cakap, dia cakap..Tapi takde nak busuk hati..Tok cakap lagi, aki jenis sayang cucu..

Pehtu tok cerita, aku cucu paling aki sayang..Sebab aku kan diorang jaga dari baby..Aku selalu ikut diorang holiday naik ketapi, naik bas..Kemana diorang jalan, aku mesti ada..Sampai selipar aku tecicir, sebab tidur keluar kaki kat tingkap..Turun bas kaki ayam, hahaha..Itu pon aki tak marah, aki beli selipar baru kat aku..

Aku, masuk tadika, 6 tahun, mak amik bawak balik kuantan. Masa tu, aki ngan tok selalu datang melawat aku, sebab diorang rindu. Masa tadika selalu mengelat. Tok ngan aki selalu bawak aku balik kampung walau tak cuti, mak tak marah sebab aku dah tadika 5 tahun kat kampung. 

Hidup aku memang dengan diorang. Pantang cuti sekolah. Mak akan hantar aku balik kampung. Aku akan ikut tok pegi kebun tanam sayur. Jalan kaki, jauh jugak..Tapi aku happy. Balik tengahari, cepat2 tok masak untuk aki..Masa tu aki kuat lagi buat kebun, lembu pon banyak. Aku akan makan besuap, tok suap..Kami betiga..Macam tu la selalu..

Aku jadi jauh, bila dah masuk U. Bila dah masuk U, dah jarang balik umah..Aku dah bersosial sana sini..Tapi tetap balik sebulan sekali, tengok tok ngan aki..

Bila dah keja pon sama, kejap2 je dapat jumpa diorang. Makin sekejap untuk bemesra..

Aki selalu tanya, oni mana? Tak reti nak balik? Mulut aki camtu la, dia tak boleh kalau lama tak tengok muka cucu2 dia datang umah..

Ya Allah..Kau dah amik aki aku..aku rindu.

Sekarang bila balik,  aki dah takde..Aku terasa aku jahat sebab jarang balik tengok aki ngan tok..Aku rasa aki mesti terasa, tapi dia diam je laa kot? 

Sekarang tok pon dah tua, dah uzur, sembahyang pon atas bangku..Dia sedih sangat, aku tau, tapi aku takde kesempatan nak lepak berdua, cerita2 ngan dia lagi..

Sayang tok jugak, banyakkkkkkkk sangat..Semoga Allah kuatkan hati dan perasaan tok sekarang..Moga tok kuat tanpa aki..Kesian kat tok, memang dia insan paling terasa tanpa aki..

Dah la, aku dah sokseksoksek..

Aki, oni rindu sangat. Tak jumpa baju sejuk aki. kalau tak, oni nak amik..Esok genap sebulan aki meninggal dunia..Cepat masa berlalu..

Ayat aki seminggu sebelum pergi " Aki sayanggggggggg Oni" terima kasih aki kasi ayat tu kat oni, oni pon sayang aki..banyak!!