Jan 30, 2014

Diam aku pilih

Cara terbaik, diam.
Diam untuk tidak berbunyi.
Kalau start becakap, maka pecah seketul hati tu nanti.
Aku jugak yang salah..kan?
Diam pilihan aku.

Bejuta ayat bersimpul dalam kepala hotak.
Aku malas je nak sembur keluar.
Sebab takde satu ayat yang indah untuk telinga tu.
Aku pilih diam sediam diamnya.

Haishh..
Tak puasnyalah hati aku nih, nak je aku buat hati ko pon bedarah.
Tapi sebab aku kasih, sebab aku respect, sebab aku pilih diam,
Maka, takde sepatah yang keluar.
Puas bila menang? Rasa victory?
Aku hanya mampu diam.

Tapi aku tengok, ko tak rasa happy pon kan?
Malah makin rasa tak cukup.
Betul?
Lantak kan aje, aku bagi.
Bisinglah selama mana ko rasa perlu
Diam itu lebih afdal sekarang..
Untuk aku, dan bukan untuk ko kan?

Mulut tu lagi hebat dari pedang, maka aku simpan sebab aku tak nak ada sesiapa terluka.

Jan 29, 2014

Bodoh

Penat bila kita cakap jangan tapi dibuat jugak
Ko dah kenapa? Otak tu berfungsi ke tidak?

Bepuluh kali tersungkur, ko cakap ayat yang aku dah hafal.
Perlu ke?
Atau, ko perlukan tape recorder? Atau aku ajar guna telefon?

Aku dah malas, mulut aku penat, otak aku tepu
Ko jatuh, ko buat semula, bila dah ok, ko lupa rasa sakit..
Aku penat..

Kufurkah?
Lupakah?

Aku mahu Dia ajar, supaya ko sedar awal.
Jangan lama sangat biol, aku perlu si kenal akhirat.

Jan 27, 2014

Tukar sajo

Assalamualaikum..

Ermm..bila dia cakap kena tukar, haruskah tukarkan.

Takleh tunggu lelama, nanti jadi macam dulu, sampai keluar tali2 kat tayar tu, WTH!!


Dah lama aku dengan budak neoron nih. Sejak 2008. Pernah hilang, jumpa balik. Kalau nak tau cerita, sila selak entry 2008-2009 punya cerita. Aku ada ceritakan kisah kehilangan tu. Heheee..

Macam ada ura2 nak tukar keta. Macam nak pakai yang 4 pintu. Macam la, borak2 ringan dengan suami. Tapi kami sayang sangat kat hero jantan nih, macam2 hal dia bersama kami, susah senang, kering basah. Ewah, tetiba emosi mengundang pepagi senin nih.

Kalau nak angkat kereta baru, yang ni macam nak simpan. Tak mau lepas. Aku tak kesah pon tak beli baru, sebab kami masih berdua, belum ada keperluan nak beli baru, tapi kesian plak pulak kat suami, bila hujan2 pegi keja. Kalau ada 2 bijik keta boleh la dia pakai time nak outstation ke, hujan ke kan..

Ntah la.

Tapi, neoron memang kesayangan kami. Jangan nak rosak sangat la eh. Nanti kita ganti kulit baru. Laki aku dah tak sabar nak make over. 

Hahaha, cerita macam haram. Maaflah otak sentap senin blues katanya.

Jan 23, 2014

Kita tak baik pon dengan burukkan orang lain

Assalamualaikum.

Aku sentap dengan penyiksaan budak 2 tahun dirogol beramai, mati akhirnya. Kalau dalam term perubatan, budak tu mati kerana kehilangan darah yang banyak. Luka teruk di kemaluan dan dubur. 

Nauzubillahiminzalik. 

Kejam manusia sekarang. 

Anak saudara aku, seusia budak tu. Apa yang baby sebesar itu tau? Tau makan, begurau, belari, bila lapar or ngantuk, dia menangis..Allah Maha Tahu, Allah Maha Mengetahui yang telah terjadi, yang akan terjadi..

Sana sini, manusia meng upload gambar2 mangsa yang mengoyakkan setiap hati manusia yang berakal bila melihat. Tidak kita sedar ke, mangsa ada family yang sedang dirundung kesedihan? Janganlah tunjuk prihatin dengan cara paling tidak perikemanusiaan. Sakit jiwa2 kecil keluarga mangsa. Cuba memahami. Cuba duduk sekali. Cuba tembus fikiran.

Dan dengan lantang mengherdik si pembuat dosa. Mencaci, melemparkan kata2 hina, seolah kita tak pernah berguru. Sedarkah? Kita, Allah selamatkan dari menjadi begitu, Allah Maha Tahu. Dia Maha Berkuasa. Kuasa dia boleh bolak balik. Yang jahat boleh sekelip mata menjadi baik, dan sama juga yang baik tak tentu hujungnya baik.

Aku bukan nak buat pandai. Tapi aku rasa kalau telebih sangat kutuk anak orang, anak kita akan dibalas begitu dengan izin Allah. Sama juga kes macam nih. Telebih sangat mengata orang, takut2 kita terpalit benda yang sama.

Kita tak akan jadi baik dengan memburukkan orang. Kan? Ke aku salah?

Becerita untuk pedoman, untuk tauladan, iya aku galakkan menda tu. Tapi kalau setakat "membabikan" orang, baikkah kita? Wallahualam.

Yang salah tetap salah, aku harap dapatlah pengajaran untuk kita, dan dia dapat setimpal dengan kelakuan dibalik sifat berakal manusia yang dia lakukan tu..

Moga aku, keluarga aku, saudara mara aku, sahabat2 aku, dijauhkan berperangai macam tu..Moga Allah selamatkan kami..Amin

Jan 22, 2014

Rukun Qauli - tak sah solat, sekiranya bacaan tidak dengar suara

Assalamualaikum..

Ini penting

Penting

Penting

Penting

Aku perasan ramai antara kita yang tak tau atau ingat benda nih tak wajib..

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Wallahualam.

Selera dinosour

Assalamualaikum

Ya Allah selera aku sekarang.
Pukul 9.30 malam aku makan nasi goreng. Pukul 12 tengah malam aku makan mihun goreng. Pukul 1 pagi aku makan cekodok bilis. Ko bayangkan? Dapat? Gila mentekedarah!!

Peha aku, perut aku tak yah cakap la. Naik berat 2-3kg semua pegi ke situ. Sendat dah belaka seluar. Konon berat turun lepas berak, teori aku la kan. Kalau berak mesti la kurang sikit beratkan. Timbang rosak ke hape, sama je berat. Tak turun mana. Yang berubah 0.01kg je. 

Ada plak hamba Allah, tanya "Ko preggy je jet?" 

*Pengsan*

*Bangun*

*Pengsan*

*Mengalirkan air mata*

Bahahahahaha..Perut dah tejuih keluar, kalau aku duduk. Macam lobby hotel 5 stars uolls!

Boleh tuck-in dalam seluar. Hehehe

Harinih aku dah start diet, setelah plan nak diet semalam failed!

- Semalam menu aku, pagi mihun telor goreng, tengahari nasi ayam, malam nasi lauk paprik.
- Harinih menu aku pagi biskut cicah teh panas, tengahari nasi lauk ikan pedas, malam ??? Still belum boleh confirm diet aku bejaya tak harinih. Tapi for lunch tadi aku amik nasi separuh je, itu pon aku tak abiskn. Harap aku boleh makan sikit gak untuk dinner nanti.

Aku gini la, if berat aku naik 2-3 kg, mula la mereng2..Diet aku tak berapa sangat, bukan sampai tak makan ke hape, makan still makan. Amik heavy bekpes, heavy lunch & heavy dinner still!! Buat aku kurangkan karbo yang aku amik. Itu je petua aku amalkan, hehe..

Semoga sukses.

Aku ada banyak gambar makanan. Nanti aku upload.

Semalam laki aku makan korek2 periuk. Adakah sedap? Mungkin masak nasi sikit sangat. Aku masak ikan paprik, sayur yg warna putih tu, sawi putih? kobis putih? aku goreng telur dadar. Simple but with love gitu. Haktuii! Tak sempat nak snap gambar makanan, sebab laki aku tak buka kedai semalam so dia ada lepak kat umah dengan aku, dia tak suka aku tangkap2 gambar makanan nih, dia kata mengada sangat!


Jan 20, 2014

Ikhtibar

Assalamualaikum..

Aku terpanggil untuk berkongsi cerita seksaan diakhirat kelak untuk wanita yang tidak menutup rambutnya..ya Allah, dosa2 kita dulu2? 

Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama.

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?”
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang puan pergi haji ini?”
“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

“Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
“Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.
“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

“Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.

“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.”
“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…”

“Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat.
Firman Allah yang bermaksud:

“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” (Asy-Syuura 42:18)

Wallahu’alam….

Jan 16, 2014

Lelaki dan meroyan

Assalamualaikum

Aku ingat aku je ada mood swing/meroyan/gangguan emosi/period.

Rupanya lelaki pon hado! Dan agak dasyat juga impak kemurungan beliau. Hahahaha..Rasakanlah bila moody menguasai, semua benda tak kena, itu la asek nak salahkan isteri mood swing, ko hadap sekarang.

Aku? face camne? Hehe..Memula aku tak perasan. Aku riuh je macam biasa. Tetiba no feedback. Eh, aku pon soal la diri aku. Aku ada buat salah ke? Sebab dia kalau marah aku, dia akan cam gitu gak, suruh aku tanya pehtu gunung berapi meletus. Tapi seingat aku, kami tak gaduh, takde aku menjawab ke hape *suami aku paling pantang mulut aku laju dari dia* wakakakaka..

Pehtu aku diam je. Nyanyi la sorang2, konon2 tengah gembira sangat. Padahal? Haha..Pehtu aku dah tak tahan, aku pon tanya "Awak dah kenapa?" Dia pon diam lagi..Aku tanya lagi, dalam nada yang sama, berhemah dan manja geli2 nak muntah tu. Dia jawab "Ngantuk" Ok, dia bad mood. Dont know why. But aku malas nak tanya lelebih dah. Baik aku zip my mouth tak payah nak joyah sangat, sebelum aku kena ceramah versi gangster dari dia.

Suami aku nih, happy go lucky kalau dengan aku. Dia pelawak, penyanyi, pelakon, untuk aku. Aku pulak penonton setia dia. Aku jenis cepat marah. Dia tau. Tapi aku sembur kaw2 masa tu gak. Dia tau camne pujuk aku. Kejap je. Kejap sangat! Ermm..Itu lah aku. Cepat panas, cepat sejuk. Tapi tak syok la laki aku bad mood tanpa sebabkan..

Harinih pon dia masih dengan mood ntah apa apa dia tu. Kami sekarang pegi keja sama2, so memang kena communicate la, kena gerak dia semua tu kan. Aku malas dah nak layan. Tapi still kena ada disiplin keluar dari rumah. Pesan ustaz dalam ceramah, pegi keja kena peluk2, cium2, tu kami buat walau memasing diam je. Wakakakaka..Turun dari keta kami masih bersalaman. Aku pon pelik, ini je lah beza kalau gaduh, masa gaduh takde salam2 tu, takde peluk2 cium tu =) 

Ok lah, aku doakan, mood suami aku kembali ke garisan graviti. Kembali jadi orang gila yang bejoget dalam keta. Kalau tak, aku pulak akan royan. Hahaha

Love u suami,
XOXO



Jan 15, 2014

Cerita semalam dan kemarin. Hehe

Assalamualaikum

Ya Allah busy nau-nau arinih. Baru dapat buka blog. Perghhh. Syabas mera betey, syabas!!

Dapur aku dah berasap. Hehehe..Senin aritu aku memasak untuk suami ku yang satu itu, takde dua suami, takde tiga. Hanya satu! Wakakaka..

Aku masak sambal udang, ikan bilis goreng berbawang podeh dengan sayur kacang buncis goreng..Simple but yummy for us. Sesuai la dengan status aku yang baru kenal dapur semula.

  
Aku kekok gak lah. Mana bawang dah lembik2 busuk, mana tetiba ikan bilis dah keras duduk dalam peti. Terpaksa buat house-keeping kejap kat dapur. Nasib semua bahan wajib ada, kalau tak kempunan laki aku nak rasa air tangan bini yang sedap tahap termimpi2 nih, hikhokhikhok.

Sambal udang tu aku goreng dulu udang tu dengan garam kunyit. Baru best kena gigit2, rasa masin dia. Pehtu aku tumis lelama sket cili blend tu, baru kick terangkat menambah2 sang suami bila termakan! Hahahahah *mati puji diri sendiri* Tapi aku lupa buat air asam jawa, aku letak asam keping je pon bolehhhhh..Kami tak makan petai, that's why aku tak letak petai.

Pehtu hari semalamkan cuti, aku pergi birthday party anak kawan aku. Best, dia masak nasi ayam, pulut kuning, kuih muih dan jajan2 yang boleh menggemukkan bini orang yang dah sedia gemuk ini!

Si Safiyya Salman. Budak gemuk, yang kerinting! Suara soprano! Kalau menjerit rasa macam ada lion jantan kat sebelah! Hahahaha..

Well, still rasa nak diet, tapi tak start lagi..Still. Hadoiiii la.

Jan 13, 2014

Mahu.

Teringin sangat.
Nak.
Kalau boleh nak cepat2.
Macam tak sabar je bunyi.
Tapi, memang behajat.

Suka.
Berilah.
Bukalah pintu rezeki tu, Allah.

Bukalah semua pintu rezekiku, ya Allah.
Dimana saja, bukalah.
Kau Maha tahu permintaanku.

Permudahkan segala ke situ.
Bukalah  hati.
Rapatkan.
Terdetikkan.
Aku mahu.


Berasap gak laa

Assalamualaikum..

Hehe..

Aku masak telur dadar tambah sardin pedas berasap!

Aku snap gambar sardin tapi begegar, maleh nak upload.

Aku kenyang je, senang je hati, pehtu makan jeruk betik sambil layan air sirap kenduri..Wakakakaka..Laki aku hangin je, tapi dia pon makan sampai licin pinggan. Walau tak tambah sebab baru bangun tido mood nak makan kureng gamaknya. Aku masak tengahari semalam, dalam hujan2 tu..Dah ini je lauk yang ada kat rumah. Pehtu tengok tv, lepas tu laki bini masuk bilik semula, tegolek menidurrrrrrrrrrr. 

Malam tadi sebelum laki aku balik dari kedai, sempat goreng telur gode (scramble egg with kicap kipas udang color merah) Syorgaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat! Ini la lauk peberet Ramli's family. Dari cucu hingga ke cicit. Simple but perfecto!!

Laki aku balik, beli pulak ayam berempah dengan sambal ikan tongkol..Nasi dah siap masak. So aku makan lagi dan lagi. Lauk banyak pulak lebih, laki aku suruh ratah sampai abis. Baik suami.

Pagi nih aku timbang, ya Allah dah naik 2 kilo!! Patutlah, ketat peha nih. 55kilo dah wey..Siap la kena kutuk ngan laki sendiri. Hadoiiii.

Ni gambar terbaru. Dengan siew leng and mama dia. Muka aku dah bulat seperti bola keranjang. Muka siew leng ada dagu, muka fila pon ada, tapi aku? Ok, petang nih sebelum balik, kena naik turun tangga 18x.

Jan 10, 2014

Amalan yang membawa ke arah kepapaan

Assalamualaikum..

Semalam balik dari kedai, kami tapau dinner makan kat umah je. Tertengok tanyalah ustaz tv9. Best ceritanya. Perkara yang membawa kepada kepapaan. Ramai yang tak tau, termasuk kami laki bini. Tengah tengok sambil suap nasik semalam, ter "ooooo" "ye kerrrr" mulut kami berdua "tak tau ponnn" hehehe..Jelas memang tak tau sebenarnya banyak tabiat kita sehari2 yang menjerumus ke arah papa kedana. Jom belajar.

Aku terbuka hati nak google and kongsi dengan korang. Ye la, sebab aku tau mesti ramai yang taktau, atau dah lupa, atau memang zero knowledge macam kami berdua. Macam tak pernah tau sebelum nih!

Jom belajar. Amalkan.

Moga kita dijauhkan dari kepapaan dan dibuka pintu rezeki =)

1. Tidur di dalam keadaan bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa). 
*lepas nih sarung baju, seluar ketot dulu ok? hihik

2. Makan dan minum di dalam keadaan berjunub (belum mandi junub). 
*Yang nih ustaz semalam tekankan. Kepada mak2, abah2 kat luar tu, pesanlah dekat anak2 yang baru nak dirikan rumah tangga. Pesan supaya mandi wajib dulu sebelum buat apa2 lepas bersama, nanti rezeki lari. Dia tekankan kat sini. Makna, kepada pasangan suami isteri, termasuk aku, ingat - amalkan, mandi wajib dulu lepas projek sebelum melantak!!*

3. Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah. *jangan makan besepah*

4. Bakar kulit bawang merah dan putih.

5. Berjalan di hadapan orang tua-tua tanpa menghormatinya.
*Ustaz tu cerita, jangan potong or pintas orang tua kat depan, sebolehnya jalan kat belakang. Ustaz tu cerita kisah Rasulullah tengah sembahyang ditekan belakangnya oleh malaikat untuk tunggu sahabat yang terlewat ke masjid untuk berjemaah dengan beliau kerana tidak mahu memotong seorang tua yahudi didepannya. Best ceritanya, aku tak pandai nak olah, sila google!

6. Menyapu sampah pada waktu malam.

7. Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing-masing .

8. Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak).

9. Bersegera keluar dari masjid selepas daripada sembahyang subuh berjemaah.
*Kena istighfar dulu, sekurang2nya 3x*

10. Pagi-pagi duduk di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai lambat-lambat
(semua jenis kedai).

11. Membiarkan bekas-bekas hidangan sentiasa terbuka.

12. Menghembus setiap api dengan mulut.
*Jangan tiup api pelita, lilin dah lepas nih, just kibas dengan tangan or sesuatu*

13. Menyikat rambut dengan sikat yang patah.

14. Ibu bapa yang mendoakan anak-anaknya dengan kecelakaan.

15. Tidak mendoakan kedua ibu bapa dengan kebajikan.

16. Memakai serban dalam keadaan duduk.
*Ok yang ni penting. Pakai serban kena dalam keadaan berdiri, manakala pakai seluar dalam keadaan duduk tau. Kita sekarang dah terbalik, pakai seluar pulak berdiri - itu salah. Lepas nih pakai seluar dalam keadaan duduk tau.*

17. Makan sesuatu dalam keadaan dalam tidur mengiring.

18. Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).

19. Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut dan tanah (dengan sengaja dan tidak ada sebab).

20. Duduk dibendul ( muka pintu rumah ).

21. Mengambil air sembahyang (wuduk) di dalam tandas.

22. Menjahit kain yang koyak di atas tubuh sendiri.
*Kena tanggalkan dulu kain yang hendak dijahit dari badan. Jangan nak cepat je, macam aku! Hahaha*

23. Membiarkan rumah bersawang dan bersarang labah-labah.
*Lepas nih sila check umah masing2 eh*

24 .Bakhil,kikir dan kedekut. tambahan ke 25.... ambil gaji hari ni terus shopping....


p/s: (Sumber rujukan: Kitab Pelita Penuntut Terjemah daripada kitab Taklimul Taklim Thariqul Muta'alim.Garapan Syeikh Mohd Shafei Bin Abdullah Alfatahami,muka surat 56)
 
Aku kongsikan. Sebab aku rasa amalan nih kita mampu elak. Boleh kan?
 
Jom jadi baik =)

Jan 9, 2014

Dapur tak berasap

Assalamualaikum..

Dah lamanya aku tak masak.
Dapur aku dah bekulat.
Beras mesti dah ada kutu.
Kalau pakai axion, sure axion dah keras boleh baling kepala hanjing. 
Mungkin aku dah tak bape reti nak bezakan halia dengan kunyit? Wakakakaka. Melampau haromjadah!

Betul, sejak lampu dapur terbakar aritu, mood terus terhangus sama, alasan nak power la pulak!

Sian pulak laki aku, setiap malam dok menelipon, nak makan apa, nak tapau apa, aku sesedap hati menidur kat umah. Tapi tu la, kami berdua je, takde la nak heran sangat. Dia pon takde nak bising apa, cuma kami kekeringan idea dah nak makan apa. 

So, aku dah dapat semangat nak masak nih. Nak hidupkan balik perkakas kat dapur. Tak kesah la masak apa pon, asal berasap dapur tu. Hehehe..Semalam, tengah2 malam aku masak megi pama untuk suami. Tengok dia makan, macam sedap sangat je aku masak. Wakakakakaa *megi je kot* Mesti perli dalam diam. Mesti aku tak terasa. Aku kan tembok batu punya muka. 

K lah..Tengok la sehari dua nih, kalau berasap dapur tu, makanya ada la aku hapdate resepi rumah jojet. Hehehe..

Jom tido dulu, eh berehat di surau sambil lelapkan sekejap mata.

Gambar pagi tadi. Aku bengang sebab dah terlambat. So aku nak dia bengang gak. Aku tangkap gambar banyak2 kali. Hahahahaha, Terus kena sound "lu ni dah kenapa?" Wakakakakaka..

Nak masak apa ek??

Jan 8, 2014

Ramli Kassim kesayangan

Assalamualaikum..

Aku berat hati. Nak jugak balik hari jumaat lepas, walau suami tak nak balik, dia nak buka kedai nak cover 1k++ untuk motor. Aku paham dia, dia pon paham aku. Kenderaan kami satu je. Motor dia rosak, still kat bengkel. Kalau aku balik, dia patah kaki, kalau aku tak balik, aku takut menyesal seumur hidup.

So memikir - aku balik gak hari jumaat dengan dia, lepas dia tutup kedai. Aku menggelupur kat kedai. Ntah kenapa, hati aku runsing. Nak cepat2 sampai tengok aki. Aku rasa tak tenteram langsung. Pukul 9.45pm aku dah put "closed" kat kedai. Tapi ada 5-6 orang lagi dalam kedai. Tengah tunggu turn. Aku besabar.

Dalam pukul 11.00pm gak siap closing. So kami dinner kat kedai akak sebelah je. Aku tak abis2 pesan kat dia "cepat la wak, dah pukul berapa nih" sampai dia jeling aku. Lambat kami gerak sebab kawan dia tetiba join kami. Aku buntu. Aku panggil je kakak tu untuk kira bil. Aku paksa dia untuk cepat. Siap aku cakap "tak kan nak tunggu dia kaku dah" Ayat aku tu terlepas macam angin.

Nasib suami aku tak hangin. Dia cool. Drive slow2. Kami menyanyi. Kami gelak2, untuk cover ngantuk. Benti R&R Temerloh. Suami nak melepas. Pastu terus gerak balik rumah aki. Banyak pulak roadblock. Dugaan betul.

Sampai dalam pukul 2.30am. Terus salam2 dan tengok aki. 

Aku pegang tangan aki. Dia bagi tindak balas. Aku bisik kat telinga dia.
"Aki, ni oni balik ni aki..ni oni" 
Dia jawab "Ha, blablabla" Aku dah tak paham dia cakap, jauh ke dalam suara.
Lidah dia dah tak boleh menutur. Mata pejam.
"Aki, oni balik tengok aki, aki nak air?"
Dia angguk. Aku suapkan air yassin. 2-3 sudu, Aku basahkan bibir dia dengan air. Aki diam je.
Aku usap kepala dia, aku cium dia betalu2. Aku rindu dia. Aku sayang dia yang teramat.

Aku bangun kejap. Tengok suami aku kat luar. Dia beborak dengan cha, makcha, abgde.

Aku buat air. Hidangkan ke luar.

Aku duduk semula sebelah aki.

Masa ni semua orang tengah beborak. Diaorang semua tak tidur.

Aku usap kepala aki lagi. Aku tenung dia. Aku tengok dia benapas. Aki tengah tidur. Nyaman.

Satu ketika, aki benapas, aki geleng, aki tarik napas lagi..

Tapi lepas tu aki terus diam. Diam tak begerak. Aku cuak.

Aku rasa nadi, aku rasa dada. aku rasa hidung. Kaku. Aki kaku. Ya Allah..

Aku panggil makcik aku, semua orang datang. Iya. 

Innalillahiwainnailaihirajiun. Aki kembali kepadaNya pukul 3.15am. Aku melihat napasnya. Aku melihat dia pergi. Aku tak pecaya.

Aku peluk tok, aku sabarkan dia. Aku meroyan sekejap. Aku tak pecaya. Aku pulak yang ditenteramkan. Aku dah takde aki. Aki kesayangan. Aki cinta hati. Aku dah hilang dia untuk dia bertemu Allah, untuk dia akui janji dia denganNya.

Yassin dibaca lagi. Kali ni aki dah ditutup sepenuhnya. Muka aki dah pucat. Semua diselebungi mendung. Hati siapa tak pilu. Aku pasrah. Aku besyukur, aki pergi dalam tenang, dalam tidurnya.

Kami mandikan dia ramai2. Semua mandikan dia. Anak, menantu, isteri, cucu, semua. Semua merasa. Aki bersih. Badan aki putih, muka aki berseri. Alhamdulillah..rezeki aki. Aku usap kaki dia pelahan-lahan, aku bersihkan jari2 kaki dia pelahan2. Ya Allah, kurusnya aki. Aku sayu. Aku bersihkan muka aki, aku usap dahi, mata, hidung, bibir dia..Aku mula rindu. Rindu senyuman dia. Allahukhbar..

Aki disembahyangkan dirumah, dimasjid, dikubur. 3 kali. Alhamdulillah. Rezeki aki. Syukur sangat. Kubur aki sebelah kubur aki de, sebelah kubur ayah dia, moyang aku..

Tepat pukul 12.00pm semua selesai. Satu2 meninggalkan aki. Aki dah ada rumah baru, duduk sorang2. Last aku tengok aki masa dalam lubang kubur dia. Sebelum papan ditutup. Tanah dicurah kembali. Lubang ditutup.

Hati aku masa menulis nih, macam pecah. Macam ada sedikit kesakitan. Dalam redha tu masih tersisa keparahan ditinggalkan yang tersayang. Iya parah didalam. 

Sebelum balik, aku ke rumah baru aki lagi. Baru aku pecah segala terkandung didada. Segala ayat2 terakhir dia belegar. Teresak2.

Aki nak naik kapal terbang..tinggi katanya..Orang usung aki tinggi2 ke kubur.

Aki nak balik rumah dia, ini bukan rumah dia, dia cakap rumah dia kecik, tepi tebing..Rumah baru aki kat tepi busutkan aki..Kecik hanya untuk aki je.

Aku rindu aki. Sepintas kenangan datang, hati nih robek. 

Moga aku tak lupa sedekahkan dia doa, al-fatihah setiap kali selepas sujudku..

Ya Allah, lapangkanlah kubur aki, indahkanlah..Tempatkan aki ku dalam golongan yang beriman..Ampunkanlah dosa2 dia ya Allah..

Aki lah aki terbaik oni ada. Walau apa orang cakap pasal aki, oni tetap anggap aki yang terbaik, terbagus, teristimewa dalam hidup oni.

Nanti kita jumpa eh aki. Moga aki damai hingga ke alam akhirat..

Yang paling tak boleh lupa ayat aki untuk aku seminggu yg lalu "Aki saaayang oni" pecah dada nih ya Allah..








Al-fatihah..Ramli Kassim 26.10.1926 - 04.01.2014

Jan 3, 2014

Asam dan garam - Kering dan basah

Dulu masa becinta betahun-tahun rasa kat hati tu lain.
Lain sangat tu takde la.
Tapi
Memang lain.
Kenal dah lama, terus becinta.
Pasang surut macam ombak.
Pernah Tsunami.
Bila dah kena bencana baru terbuka pintu hati.
Mungkin itu cara Allah hulur jalan.

Aku banyak kali tolak dia ke tepi.
Untuk hidup sendiri, konon.
Ye lah, dia tak sempurna, aku lagi la bangkai.
Kalau dah jodoh, walau datang jalan berliku.
Jodoh tetap jodoh.

Sebab dia nih aku bengkak2 hati.
Aku tersasar jauh dari pasak.
Terlupa jadi hamba.
Sesat dalam mimpi.
Abis binasa, jadi mayat sebelum mati.

Sekarang, fasa tu dah lepas.
Dah sah.
Dah nangis2, peluk2, terlerai segala sesal.
Aku bawah dia.
Dia imam aku.

Alhamdulillah.
Saja je buat entry emosi-emosi.
Sebab dia nih jauh sangat dari jiwang.
Jauh sangat la nak manja lelebih.
Biarlah aku bejiwang sensorang.
Kesah sangatkan.

Cukup sekadar puas
Bila dia cakap aku kesayangan dia
Sekadarnya.

Doa aku,
Moga dia ternampak betapa besarnya kasih dan sayang aku
Dan moga aku terasa cinta dia untuk aku
Sebab kami pasangan cincai asal boleh
Allah je tau.

Allah,
Beri kami rahmat dan redhaMu dalam perhubungan ini..
Kami kerdil dan merangkak belajar.

Allah,
Berilah kami keluarga yang bahagia dan zuriat yang sempurna
Soleh dan solehah
Yang boleh mendukung agamaMu..
Menolong kami di akhirat kelak.
Amin.

Jan 2, 2014

2014 belum ada masa untuk terasa bahagia

Tiada yang gembira bila yang tersayang meniti untuk saat sakaratulmaut.

Tiada yang boleh beri tenang bila yang tersayang sakit dan kita tak boleh mengusap setia disisi..

Tiada yang mengguris, tapi hati tetap hancur cuba redha menghadap takdirNya..

2014, entah..tiada azam yang boleh aku semat.

Hati aku disentap takdir.

Hati aku pilu.

Iya, aku tunduk dengan takdir Ilahi, aku faham setiap pertemuan, akan pasti ada penamatnya..Tapi aku belum kuat sepenuhnya. Aku hancur..

Maaf 2014, aku tiada apa2 lagi yang dapat dirancang, masih bedebar setiap kali telefon menjerit. Allah saja yang tahu.

Adakala, air mata tercurah laju terkenang kenangan bersama. Aku terlalu rindu dia. Apakandaya..

Dulu..aku pergi pekan sari sama2..

Dulu..aku tolong jemur koko sama2..

Dulu..aku tido dengan dia..Allahuakhbar *pedihnya dada* 

Dulu..dia upah seringgit hasil jual getah buku..

Dulu..dia heret aku kemana saja, sebab aku kesayangan mereka..

Dulu..air minum pagi, kongsinya bersama aku..

Dulu..petang2, ada saja jajan2 sedia untuk aku bila pulangnya dia mengeteh..

Dulu..setiap sabtu, aku disuap cerita hindustan, dia betepuk meminta kami bejoget2 ikut irama..

Allah..aku rindu 

Allah..aku tak kuat

Allah..berilah yang terbaik untuk dia..kesayangan aku..

Hanya Kau ya Allah, yang paling tahu segala yang akan terjadi..

Aku tau masanya hampir pasti..

Walau sekeras mana aku menidakkan, sekuat mana aku cuba terima, aku akui aku lemah..


Maafkan oni, aki..oni minta maaf banyak2 sangat ngan aki..oni tak dapat jaga aki macam mana aki jaga oni dulu..pedihnya hati oni ni aku..pedih sangat..oni sempat cium aki banyak2 aritu sebelum balik..aki cakap aki busuk, tak aki..aki tak busuk langsung, aki wangi..oni nak ingat bau tu sampai bila2..oni rela, oni doa yang terbaik untuk aki, sebab oni tak sanggup tengok aki derita..Ya Allah..Sekiranya yang terbaik untuk aki meninggalkan kami selamanya, aku redha..Berilah yang terbaik dan ampunkan dosa2 akiku ya Allah..Aki baik, hati dia murni..Dia dah cakap, dia ampunkan dosa semua orang..Dia aki terbaik, dia aki kesayangan..Aki, oni rindu sangat aki..Allahuakhbar..

"Oni bucan" 

"Oni cinget"

"Puteri Siti Murni"