Dec 30, 2013

Kenyataan

Besabarlah kawan..
Aku doakan yang terbaik, terindah untuk ko..
Untuk anak2 ko..
Untuk masa depan ko..
Allah Maha Penyayang..Pintalah apa saja..

Dec 26, 2013

Makanan peberet

Assalamualaikum.

Aku sekarang, peminat biskut lexus.

1st time makan masa aki dapat makanan2 yang belambak masa duduk spital kat kuantan nih haritu.

Aku try la biskut lexus tu. Memang hado yang terbaek!

Hehehe..Sesuai untuk pemalas macam aku.

Semalam suami tiada, malas nak keluar..Ini la yang aku hadap!!

 Lexus + Megi Cintan Original (3 biji cili padi) + Jeruk Betik..Terbaek woookkkkk!!

Terus besandar kekenyangan.

Terus rasa telah jadi dinosaur sebab banyak sangat aku makan semalam. Nasi 2 pot untuk aku je? Lauk takde pon nak gempak. Setakat ayam kunyit, sambal ikan bilis..Itu je pon. Tipu la abis, ada sikit lagi dalam periuk. Hehehe

Tingtong

Assalamualaikum

Punya la tingtong, hari Selasa aku rasa dah Jumaat.

Gara2 cuti Xmas semalam.

Aishhh..Suami aku dah mengalahkan CEO Jabatan Ukur. Aku dah hangin nih..

Semalam, walau cuti public holiday, tengahari dah kena pergi Lipis ada meeting (harinih) katanya. Hari ni baru balik, taktau sampai pukul berapa. Minggu lepas 3 hari pergi kursus kat KL. Weyyy, dia baru je kerja 3 bulan lebih kot, tapi dia punya out-station, fulamak!! Terbaik ko nyahhhhhhh!!

Tadi baru lepas gayut kejap ngan dia. Boss suruh dia turun KL hari ahad or senin depan kena pergi amik barang. Hamboiiiiiiiiiiiiii, memang cantik la plan boss dia, memang guling2 aku bila tau tadi..Apakah kepala hotak boss dia nih dah sempit ke hape? Marah betul la!!

Marah

Marah

Marah

Itu je yang aku tahu..

Aku marah!

Tapi kalau aku marah pon bukan dapat benda.

Dugaan betul la!

Dec 24, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih bernyawa kita2 kan..Masih boleh makan kenyang2 macam tadi, siap amik 2 ketul ayam kuah lebih..Masih sempat untuk kita..Alhamdulillah..

Aku gembira, aku besyukur..

Aku ada family yang sayang aku..

Aku ada suami yang menjaga aku..

Aku ada kerja, untuk aku meneruskan hidup..

Aku ada kawan2, untuk saat berkongsi pahit manis, kering basah..

Aku ada senyum, walau adakala sumbing..

Aku ada hati, walau kadang ia dipisaukan..

Aku ada angin, pinjam waktu bernafas..

Alhamdulillah..Allah sentiasa ada bersama aku..

Aku nak, untuk lebih sayang Dia, hari demi hari..

Aku mahu minta, berdoa, hanya kepada Dia..

Semua untuk Dia..

Salam Jumaat kawan2..

Moga kita akan lebih tinggi di sisi Allah..Allah tahu =)

Dec 23, 2013

Sebab aku sayang dia

Assalamualaikum..

Betul kata orang "Ayah boleh menjaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai itu sukar untuk menjaga ayah yang seorang"

Aku mengharap yang terbaik dan terselesa untuk dia diantara insan yang paling aku sayang dalam dunia.

Aku tau dia tak selesa, dia pon tak nak macam tu, dia tak nak..Dengarlah anak2 dia, dia pon tak nak!!!

Bawak la besabar, bawak la memikir..

Dia dah tua, dia dah tak mampu nak angkat badan sendiri pon..Mana akal semua?

Nyawa dia bila2 masa je akan diragut, tiadakah belas disitu?

Dia yang beri nasi, dia yang beri hidup, tidakkah kau memikir?

Dia hanya menunggu hari2 terakhir..

Aku doakan yang terbaik, yang terbagus untuk dia.

Walau dalam apa cara, dalam apa perasaan, aku harapkan Allah izinkan yang terbaik untuk dia yang aku sayang..

Aku tak mampu beri sihat, aku hanya mampu sedekahkan doa tak putus..Sebab aku sayang dia..

Walau setelah dia tiada nanti di atas dunia..Sebab aku sayang dia..

Ya Allah, berilah cahaya dalam kegelapan ini, moga memberi senyum untuk dia yang menunggu hari untuk hilang selamanya..

Dec 20, 2013

Jalan Bersimpang

Ini jalan yang aku pilih
Ini jalan yang harus aku tempuh
Ini jalan aku tagih
Ini jalan yang harus aku rempuh
Ini jalan yang aku pilih

Banyak jalan yang luas terbentang
Yang kau pilih jalan yang bersimpang
Begitu mudah begitu senang
Tanpa kau berfikir panjang

Apa yang harus aku lakukan
Puas sudah aku cuba untuk kembali ke pangkal jalan
Tak dapat ku mengelak tak berdaya untuk ku elak
Terpaksa juga aku bersaing kerana sudah menjadi darah dan daging
Ke mana sahaja ku pergi ada mata memerhati
Melihat gerak dan geri menanti saat dan masanya tiba bila aku sendiri
Untuk menagih hutang lama yang sudah semakin basi
Hutang darah bayar darah hutang budi bayar budi
Hutang nyawa bayar nyawa wang tidak berguna lagi
Maut sebagai pengganti diri
Inilah jalan penyelesaian yang harus ku tempuhi

Banyak jalan yang luas terbentang
Yang kau pilih jalan yang bersimpang
Begitu mudah begitu senang
Tanpa kau berfikir panjang

Yeah... dulu-dulu kita disatukan
Kita kongsi sebarang beban yang kita lakukan
Masalah kau masalah ku dipersetujukan
Dan kalau tiba hariku berhenti kau setuju kan?
Ok sekarang siapa yang serang aku semalam
Siapa yang beri alamat rumah aku sekarang
Siapa yang berani bersemuka dengan aku
Pegang pedang hulur senjata aku takkan blah
Aku penyabar tapi jangan cabarku jangan belasahku
Membuat sesuatu yang sudah lama ditinggalkan untuk nafas baru
Ambil satu nafas sedut dalam-dalam
Malam ini kita cuba nasib main tikam-tikam

Banyak jalan yang luas terbentang
Yang kau pilih jalan yang bersimpang
Begitu mudah begitu senang
Tanpa kau berfikir panjang

Kau katakan aku sudah jatuh
Bagaimana aku boleh jatuh setakat kau berdiri pun tak kukuh
Kau katakan aku sudah kalah
Bagaimana aku boleh kalah sedangkan engkau menang pun tak pernah
Aku sudah hilang garang?
Bagaimana aku hilang garang setakat engkau belum melihat aku berang
Walaupun suatu hari nanti aku akan tumbang
Lambangku akan sentiasa berada di ambang

Dec 19, 2013

Biasa biasa saja

Ni bekpes aku tadi pagi. Dalam hujan pejor tu kaki melangkah melayan perasaan sambil bekata kat akak tu "Kak, roti kosong 2 keping, kuah campur" wahhhhh, deramaaaaa sangat! Hehehehe..Yang pasti roti akak nih memang terbaik, kuah campur dia pon terbaik. Ramai yang cakap kalau kita tapau roti canai, nanti bila time sampai pehtu nak makan, roti akan keras kan? Roti akak nih alhamdulillah, lembut, kuah tak manis..Best!

Ni aku berselfie budget hot hot konon. Actually aku nak tangkap gambar aku bebanyak sebab aku pakai mascara baru beli semalam! Rocket Maybelline yang color biru tuh! Ya Allah, best sangat sebab mudah basuh. Amik air sembahyang tak payah ko nak pakai make up remover ke hape, cuci muka macam biasa je noks! Pehtu memang terbukti memanjangkan bulu mata =) Tak serabut ok, takde pon masuk dalam mata ke hape. Yang pasti aku suka sebab nampak macam pakai bulu mata pelesuu..*bulu mata aku memang tak berapa nak ada* Hahaha

Yups, as above. I really need someone that can make me laugh, even I dont really want to smile..Somebody? Yes you..Please.


Masalah aku sekarang : Apasal aku kuat sangat makan nihhhhh!!!

Dec 18, 2013

H a d a m

Bila rasa sayang, kecewa, rindu, hampa bersatu..Kepala jadi bom. Bedenyut baq hanq!

Tipu kalau tak memikir. Tipu kalau tak takut.

Tadi masa makan ayam goreng kicap aku tegigit sebesar ibu jari kaki si halia! Nak ludahkan balik, aku sendiri rasa jijik, apatah lagi orang ramai kat cafe tu kan..So aku control kunyah ibarat kunyah ayam..Perghhhhhhhhhh! Hazab T_T Moral of the story, jangan nak rabut sangat! Kalau dah halia aku nampak macam ayam, memang tahap nak buta melampau! Ko dah kenapa? kenapa? kenapaaaa????

Orang cakap bila dah minum air halia, angin keluar kan? Aku pon selalu praktik kan minum teh halia bila rasa pening mual nak muntah..Tapi kali nih, lain pulak aku hadap! Angin aku tak lepas keluar beb. Main pening macam dunia bepusing dah nih..Tengok PC macam slow motion je begerak..Apekah dugaan nih~

Aku layan je.

Tadi konon nak minum air panas. Orang cakap lagi, kalau minum air panas, angin keluar. Aku pon bantai la buat teh tarik cicah2 biskut kering. Perghhh sedap gak. Tapi haromm tak jadi. Kepala still manja2 suruh aku hempuk kat dinding. Aku urut kepala sendiri, angin keluar macam belon pecah siap bunyi. Ikut mulut der.

Dalam masa yang sama..Yes, aku yang dulu bukanlah yang sekarang..Ewahhhhh, hahahaha..

Pernah rasa benci yang macam nak hempuk orang guna lesung batu tepat kat hidung dia? Kasi pecahhhh itu hidung. Aku tengah rasa nih. Tengahhhh sangat.

Tapi perasaan tu akan twist every 10 mins u know. Bolak balik. Bila dah bebalik, aku akan rasa rindu yang konon2 aku tak jumpa seseorang selama sebulan, dan rasa nak peluk sampai sesak napas! Feeling.

Ciri2 apakah ini yang aku hadap?

Kecelaruan?

Kebiadapan?

Mampos lah.

Aku hampa dengan apa yang aku cuba hadam.

Kadang2 rasa aku tak sanggup.

Kadang2 aku rasa aku perlu rehat selamanya.

Itu la dia.

Yang aku hadap.

Ko definasikan sendiri.

Pandaikan?

Nothing

Assalamualaikum..

Semalam kakak & abang datang rumah mandak! *anak2 sedara aku datang singgah rumah aku*

Tak boleh tahan, makin lasak! Yang perempuan tak padan perempuan, yang lelaki tak padan lelaki! Aku pon tak paham! hehehehe

Aku buat mee goreng. Hahaha, percubaan kali kedua seumur hidup! Sedap la kot, aku buat cili potong sekali, kasi kick!!

Katanya harinih, gelombang kali kedua..Harap2 takde la kan..Sebab Kuantan tak hujan pon, cerah panas je..Kalau nak hujan, sila hujan lebat2 tapi banjir sikit2 je. Boleh? Hehehehe..

Agak banyak pekerjaan.

Mari selitkan lagu.

Lirik Lagu Relakan Jiwa : Hazama 

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Dec 17, 2013

k o s o n g

Kental mana hati perempuan, aku tanya kau? Kental mana?
Mana pergi akal kau? Mana? Kau kan cerdik pandai.

Mau tidur yang panjang.
Yang tak mungkin orang boleh kejutkan.


Dec 16, 2013

Rindu yang menyorok.

Rindu..untuk senyum dan ucap "Bahagianya wey.."
Nikmat ke jantung waktu Allah kirim perasaan tu..

Aku pingin itu. 

Rindu..kehidupan easy tiada remuk..
Mata tak bengkak menangis, senyum melekat kat bibir.

Gila babi dah lama tak rasa perasaan bangun tidur, senyum, menggeliat tanpa hati bejeruk dengan macam2 rasa.

Yups, rindu untuk berasa yakin. Takde syak dalam hidup, takde prejudis. 

Jahanam semua perasaan tu.

Saat2 untuk tidur dan lena tanpa ada yang mengacau otak.

Aku rindu saat berputik.
Saat di"karen" kena genjatan, tapi bahagia dan "eh, nak lagi boleh?"

Hati aku penuh carut.
Carut yang tak lepas. 

Oi, bila rasanya ek dapat aku lega selega leganya?

Iya, aku rindu.
Rindu seketika dulu.

Pagi Senin

Assalamualaikum..

Sudah2 lah fikir apa orang lain fikir

Makin renyuk hati tu nanti

Lambat laun orang penat lah..


Dec 12, 2013

Pendek

Hati tak tenang.

Memacam memikir.

Gara2 sejarah lama.

Beri ruang untuk aku bernafas..boleh?

Beri aku lepas lelah yang berat..

Untuk sempat aku tersenyum dan menahan gelak..

Tapi itu kabur..Entah.

Kau racun semua..Tak perasankan?


Dec 11, 2013

Satu demi satu

Assalamualaikum..

Lama tak merepek. Serius memang penghujung2 2013 memacam jadi. Dengan banjir, harga barang naik, ahli keluarga sakit, personal problem..Alhamdulillah, aku masih boleh meneruskan hobi menggeletis dalam blog nih..Hehehe

Korang tau kan banjir besar kat Kuantan nih..Bukan Kuantan je, banyak tempat lagi kan..Itu la, sekali bah datang tunggang langgang gak kehidupan..Memacam Allah duga kita, memacam cubaan untuk kita, kalau korang duduk kat sini korang spesis kering hati la kalau tak hiba..Aku nih dah terbukti gembengnya, sikit2 banjir kat mata, sikit2 sokseksoksek..

Ada yang mati, tapi tak di hebohkan..Innalillah, semoga roh2 yang menjadi mangsa ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aku sedih masa tulis nih, sebab aku sendiri nampak setiap takdir insan lain perlu hadapi..Baru aku reti besyukur aku terselamat..Baru tak boleh balik umah sebab jalan tutup pon aku dah memangis dalam keta, inikan pulak yang tak sempat balik, air dah masuk dalam umah..

Kedai suami aku je yang masuk air, 3-4 hari gak tutup kedai. Tapi takde yang rosak, kami sempat angkat, susun elok2..Alhamdulillah..Suami aku sehari dua gak la tak pegi keja, sebab nak monitor air kat kedai dia tu..Risau la kan, buatnya naik bebetul, memang kena punggah barang2 kecik, segala mak nenek gunting, cermin, kerusi, tempat cuci rambut bagai..

Masa banjir, jalan tutup ni jugak, kami satu keluarga risau keadaan aki. Masuk hospital, dah keluar, masuk balik..Nak jenguk dia selalu tak boleh, masa nak jenguk pulak, air melimpah atas jalan, jalan tutup. Bila dah boleh dibawa balik, jalan ke rumah dia pon tutup sampai hari nih (Bera - Temerloh) so mak aku hantar ikut jalan Negeri Sembilan sana..Memusing! Jauh! Tapi itu dugaan. In sha Allah, kami adik beradik akan jaga mak abah seselesa mungkin nanti..Amin

Itu belum cerita problem kecik2 kan. Kecik2 pon bila dah serentak datang akan buat aku sentap! Hehe..Tapi Alhamdulillah, semua tu aku hadap, aku kunyah sikit2, walau sakit..Kena la kan, selagi jantung nih bekerja tak berenti, selagi tu kita kena move on!

Ahad lepas aku sakit. Sampai semalam. Resdung bawak ke sakit kepala, bawak ke migraine. Aku punya sakit sampai tak boleh tido. Sampai aku hentak kepala sendiri. Menangis. Masa sakit baru ingat mak? Hahaha..Alhamdulillah, dah sihat harinih, dah boleh pegi kerja. Kena amik surat nak pegi jumpa pakar. Resdung aku tahap kronik dah kot. Nak ubat yang power, yang boleh hilangkan blockage..Kalau tak boleh, no more jalan untuk aku melainkan masuk tiub buang blockage tu..Doktor cakap sakit bedalah tu. Aku cakap "Tak nakkkkkkkk!!"

See, banyak yang sulit pon, kita boleh hidup lagi, so kita kuat! Hehehe..Sapa lagi nak puji, melainkan diri sendiri..

Kuatlah hati

Kuatlah diri

Banyak lagi

Kemudian hari

Dec 6, 2013

kusut

Walau sekuat mana kita menidakkan, ia tetap besarang..
Walau sehebat mana untuk sempurna ahkirnya tetap diludahkan..
Apa lagi yang tinggal selain diri ini dan akal yang tumpul.
Bila waktu kau akan sedar akan aku telah berusaha?

Aku lantakkan segala. Diam. Untuk kau beri sudahnya derita.
Tak meminta belebih tapi cukup untuk jernihkan pahit tekak..

Dec 4, 2013

Please doakan..

Assalamualaikum..


Kuantan teruk banjir nih..Macam bumi menangis..

Doakan mangsa2 banjir tabah dengan segala kekurangan dan diringankan beban..

Mana yang umah masuk air, tapi bini nak terberanak, ya Allah..Kuatkan family nih..

Mana yang tak boleh balik umah air melimpah atas jalanraya, tapi anak2 kat umah takde sapa yang menolong/mengawal..Moga malaikat bantu tolong tengokkan anak2 kecik nih..Allah Maha Mendengarkan..

Aku alhamdulillah..Umah masih ok, kereta ok, cuma kedai suami yang masuk air..Takpe dugaan untuk orang yang lalai dan untuk orang yang beriman..Allah ada rancangan yang terbaik untuk kita..

Dari semalam, hujan tak berhenti, eletrik terputus bekalan satu kuantan, air diputuskan bekalan atas sebab2 tertentu..Ya Allah..Line telepon kejap ada kejap takde..Petrol pam tak boleh beroperasi sebab letrik takde, kedai kebanyakan dah kehabisan bekalan makanan macam roti, beras, sayur2..Ya Allah..Moga segalanya membuka mata aku dan mata2 hati insan yang lain..

Nasib semalam dalam ujan lebat aku sempat berhenti kat Eng Hong Balok, beli daging burger, mihun, roti, sardin dan barang2 lain sikit..Cukup untuk waktu2 kecemasan in shaa Allah..Cuma semalam tak sempat nak beli ikan, sebab dah abis kena sapu..

Accident sana sini, ondaway pegi opis tadi tayar kereta tu masih berpusing, tapi keempat2 tayar kat atas..Allah..Aku tak berani pelahankan kereta pon..Nak tengok mangsa apatah lagi..

Kereta tersadai kat tepi jalan, tengah jalan pon ada...bersepah!

Dugaan.

Moga segalanya selamat.

Selamatkan kami ya Allah.

Dec 2, 2013

Tengkujuh

Assalamualaikum..

Musim tengkujuh..Musim hujan setiap jam..Musim sejuk..Musim happy in shaa Allah..

Kedai suami dah nak masuk air!!

Suami aku dah tak pegi keja, sebab nak angkut barang!

Alamak, sian pulak kat dia..