Nov 28, 2013

N o t h i n g

Masa itu sebaik2 ubat..

Sesakit mana ditujah, biar masa merelakan dan masa jua memberi kuat..ia biar masa..

Pernah jatuh, merangkak, ditujah lagi, takde noktah lagaknya..Masa beri penawar..

Adat menjadi si manusia yang diberi ruang berbuat dosa, dan diberi darjat bertaubat..Memang tak pernah akan sempurna..

Tipu kalau aku mengaku aku tak rasa 'sakit' dan aku gembira berkawan dengan masa..

Bohong!

Tapi dengan berkawan dan mendampingi masa lah, aku belajar untuk menjadi lebih teguh dan merelakan..Kalau aku butakan segala, dah lama manusia ini mengalah..

Setiap dugaan diberi sesuai dengan mampunya kita..Sabarlah..

Bawa DIA kemana saja..Semasa sayu, semasa layu..Semasa diberi senyum, gelak, apa saja lah..

DIA saja yang kekal.

DIA saja yang layak..

Cuba ajari diri, semua yang dibuat seumur hidup, hanya kerana DIA..

Niatkan. Amalkan.

In shaa Allah..


Nov 26, 2013

Sembuh cepat aki!

Assalamualaikum..

Yups, aki kesayangan sakit.

T_T

Aku dibela, diberi kasih, diberi sayang oleh dia..

Tipu kalau aku cakap aku tak sayang.

Tipu kalau aku cakap aku tak bimbang.

Hadoiiii, dugaan semua nih. Dunia. Ada pertemuan. Ada perpisahan. Wajib. Tapi itu rahsia Allah.

Aku harap umur aki panjang..

Aku harap selera makan aki terbuka..

Aku harap aki kuat..

Aku harap semua kita2 nih, tak lupa doakan kesejahteraan dia..

Apahal aku sentimental sangat nih..

Sebab aku balik baru2 nih aki kurus sangat T_T Kesian..tapi aku takde la pegi peluk2, urut2, aku tak pandai lah gitu kan..Aku hanya pandang, dan hati je yang sakit sangat tengok dia makin dimamah usia..

Ahad lepas, aku hanya sempat tengok aki pegi hospital je, tak tunggu..Aku tengok masa tu dia semput teruk. Takleh becakap sangat dah. Aku balik malam tu sebab isnin keja kan, ingat aki tak kena warded. Tapi dia kena tahan. Sebab jantung lemah. 

 Aki & Tok kesayangan.

Sakitnya perasaan tengok diaorang kat hospital.

Ya Allah, tenangkan hati mereka, dan lapangkan dada mereka..

Nov 25, 2013

Resdung

Assalamualaikum,

Aku resdung harinih. Tahap mata gatal, bengkak. Hidung soksek, tersumbat - dua2 sekali. Pehtu kalau tebersin, kalau tengah kunyah biskut, biskut tecampak ke dinding jawabnya! Hazabbbbbb..

Rasa nak tanggal hidung, rendam dalam clorox kasi bersih.

Jenuh rasa aku tenyeh hidung nih, tapi gatal still. 

Dah tak pakai mak nenek bedak ke krim ke..Hanya aku dan hidung berair bersama kulit yang dah mengelupas! Nak? Hahaha..

Owh contact lens pon aku tak pakai arinih, senang nak genyeh mata yang gatal kaedahnya!

Kat opis takde tisu lembut, ada yang jenis lap lepas cebok tu. Habis hidung aku lap ibarat kertas pasir. 

Aku nak pi amik tisu lagi nih.

Dah.

Nak pegi hembus hingus, kot2 tercampak ulat resdung yang dimitos tu nanti, aku tangkap gambar banyak2.


Nov 22, 2013

Kehidupan kami

Assalamualaikum uolls

Ada senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm *Indah sungguh perasaan dipagi jumaat ini* Hahaha

Kabare? Waras?

Aku sihat walafiat, bertambah berat badan, bertambah lipatan lemak, bertambah garis2 halus bawah mata dah kertu!

Dapur umah aku dah 3-4 hari rasanya lampu dah terbakar. So itu ialah alasan aku tak memasak, dapur tak berasap. Yang best bila lampu dapur terbakar ialah suami aku everyday balik kerja mesti beli goreng2 untuk makan petang! Ikan goreng tepung la, goreng pisang la, fish ball la..Banyak ok. Seronok hati permaisuri =) Hahahaha..Pehtu malam tapau pulak dinner untuk queen of his heart nih muntah hijau

Semalam petang, balik keja dia bantai beli mi kari 2 bungkus..Licin kami bedal! Pehtu malam tadi kol tanya aku aku nak makan apa seperti biasalah aku menjawab, papelah..Balik2 tengok dia bungkus daging goreng pedas, telur dadar pon dia bungkus! Hadoii..manala badan aku tak menggemuk secara pukal!

Aku sejak berkahwin memang dinner is supper! Suami aku buka kedai gunting. Siang keja kat opis, malam kerjakan kepala orang! Hehehe..So after balik dari keja, dia akan change baju dan terus buka kedai or dia akan lelap kejap, maghrib pehtu baru buka kedai. Gitu kaedahnya..So aku memang akan makan lewat tengah malam. Mainan aku dah kalau makan pukul 12.00am - 1.00am tu..Biarlah dia bekerja, dari dia buat benda tak berfaedah yang lain.

Yang aku perasan, akibat tabiat kami makan lewat malam, pehtu tido tu buat lemak kat perut bertambah kemajuan beranak pinak dengan rancak dan subur!! Hadoiiiiiiii! Sebab suami aku turutkanlahkan, walau body aku is lari already..Berat tak naik mana, tapi shape tu ada kekeliruan identiti sikit! Wahhhhh, mati la..

Kalau aku memasak pon, aku akan masak before Isyak..Pehtu will makan after suami aku balik. Aku memang tak boleh makan dulu sebelum dia. Ntah. Walau dia tak pernah paksa aku untuk tunggu dia. Dah tabiat or naluri aku suruh tunggu dia jugak. Baik tak? Wakakakakaka..Selagi aku baik, nanti dah beranak pinak, mungkin schedule aku akan berubah..Ye tak?

Ok la, will bebel lagi next time..

Pray for a good life, good health..Aku rindukan zaman memula kenal suami dulu. Wahhhhhhhhh! Hahahahahaha..Zaman gonjeng! Ada masa aku story how, why, when kami menjadi sepasang kekasih dan musuh eh..Till we meet again!

Nov 21, 2013

Periuk nasik

Assalamualaikum..

Kejap je dah hari khamis ek..Rasa cepat sangat masa begerak..Cepat jugak la kan hari khiamat kan kan kan? *Kenapa tetiba aku memikir gitu pulakkkk*

Sekarang aku dah start berniaga kecil2an, jual bra, panties, jamu segala jenis, ubat itu ini..Alhamdulillah ada la penambah setiap bulan, boleh la beli gula, beras kan! Bukan ada orang nak derma pon semua tu kan? Ada ke tetiba orang datang kat kita setiap bulan pehtu derma tetiba? Aishhhhhhhhh..Aku bukan nak cakap pasal derma, tapi aku sedikit pelik orang yang tak suka kita nak tambah rezeki nih. Macam la dia nak derma kat kita bebulan kan?

Macam lah kita mintak modal kat dia kan?

Macam lah kita amik masa dia untuk paksa dia "like" "comment" post kita kan?

Macam lah kita guna idea dia, suruh dia buat iklan untuk kita kan?

So what????

Aku buat sebab aku nak berniaga, tambah rezeki, dan HALAL kan?

Please la, aku tak susahkan sesiapa pon..Kalau semak sangat "korang tau apa korang perlu buatkan"

Membebel pulak aku, hahahahaha - gila emosi hati ada kecik punya

Ntah la, tapi aku tengok ramai je yang berjaya. Siap berhenti kerja, sebab laku menjual. Aku pon nak gitu! Tapi buat masa nih takde la sampai aku berhenti keja kan?Hahaha..Laku sangat perniagaan "kecik" aku nih! Alhamdulillah..Hahahaha

Dah la, banyak pulak keja skarang nih..

Nanti borak lagi.


Nov 18, 2013

M e r e n g

Assalamualaikum..

Bosan. Senin.

Takde mood.

Sebab ngantuk.

Sebab malas.

Sebab nak balik.

Sebab lapar.

Hahaha..


Nov 15, 2013

Aku paham

Aku paham kau kawan.
Bukan kawan, hanya ter'kenal' disengaja
Oleh si dia, 'pembunuh' hati kecil kau
Beri seribu kawan
Kau antara yang aku awal genggam
Sebab kita aku rasa boleh diam dan terus paham
Aku dan kau tak pernah sepetang pon meluah bersama
Tapi aku baca tulisan kau sama erti dan aku paham
Kalau diberi waktu
Aku mahu kenal kau buat teman seair mata 
Dikala pedih dikala lebar senyum
Kau, aku perlu kawan
Mari kongsi hidup
Walau kita jauh
Sebab aku boleh rasa hati 
Tak tipu
Mungkin 
Pengalaman kita sama
Pernah dihancur-bangun-hancur-bangun
Mari
Salam
Sudi?

 

Simple tapi terangkat angkat!

Assalamualaikum..

Selamat hari jumaat rodong2 sekalian..heheee

Pernah tau lauk yang simple tapi bila makan, boleh lupa kita sudah berlaki?

Wakakakaka..Iya, aku weekend lepas kan membujang 3 hari, sang suami ittew mengerjakan kursus beliau dan lagak-lagak makan lauk hotel.

Aku untuk diri sendiri tak memilih, dapat ayam goreng, sambal gesek, kicap kipas udang, settle seperiuk sorang2! 

Lauk peberet sepanjang hidup

- Ikan bilis goreng
- Ayam goreng
- Telur dadar
- Telur gode (Scramble egg dibanjiri kicap..perghhhhhhh)
- Telur mata, isi kicap..Ok, betakung aiur liur masa tulih!
- Sardin pedas membunuh!

Tapi weekend lepas aku masak nih.

 Ini dia, perghhhhhhh..terbaik termaktub dalam kamus kehidupan sekarang dan akan datang.

Ikan bilis goreng, pehtu masuk la lada kecik, bawang besar! Ajaib, dari kenyang terus lapar hokeyyy!

 Ini waktu malam pabila nasi diwaktu siang ditanak banyak!! Nasi goreng sepi si perindu!!

So aku goreng telur mata sebijik, isi sos sikit kasi bercahaya! Hamik, mengalir air idong!!

Bangun2, terus tanak nasik, goreng ayam kunyit pedas membunuh, telur dadar!

Kicap si peneman isteri solehah!

Ini pulak, pabila petang perut berirama sepi. Sementara suami pulang dan bersalaman.

Hahahaha..Sempat lagi seround megi goreng, telur mata havoc havoc havoc!!

Try tengok buat kat umah korang, kalau beraniiii!!

Nov 14, 2013

Kari tenggiri pojaan!

Assalamualaikum..

Hi..

Aku perasan dah lama aku tak mengomel pasal resepi gempak yang menyelerekan hasil air tangan aku kan? Harinih gua gebang beb! Hihi..

Semalam aku singgah jap kat Pasar Ikan kat Tanjung Lumpur nak beli ikan. Masa tu memang blank! Aku tak tefikir apa pon nak masak. Main redah je, tak ingat pon rencah ada ke tak kat umah. Kat situ dah jelas mood nak masak hanya sesuam kuku bidadari..Ayat nak gempak aje.

Tetiba terpukau oleh sinaran fresh ikan tenggiri. Bekira2 gak nak beli ke tidak. Aku nak masak hape nih? Nak goreng je ke? Eh peninggg sudah..Tapi tetiba dah bayar pehtu start keta balik, hahahahahaha..

Ini la jadinya!


Resepi aku sama je macam aku masak kari daging aritu..

Aku tumis bawang kecik, bawang putih & halia..Masuk kulit kayu manis, bunga lawang dan tumis kasi berbau harum semerbak sundal malam..Wahhhhhhhh tetiba tegak bulu roma kennn.

Pehtu bila da bau satu umah, aku curah pes kari ikan..Agak cair sikit, so kena tunggu lama la..

Masuk sebelah je tomato belah kecik2 (akan hancur) Air asam jawa sekali..Kacau kacau kacauuuuuuuuu..

Dah agak lama tu aku campak ikan,dan diikuti bendi pujaan hati suami..

Santan last sekali! Oh, jangan lupa garam dengan pak aji. Sila la tambah apa yang patut sampai menjumpai rasa dan terpikat. Tutup lah api supaya tak hangus.

Suami aku selamber cakap aku beli. 

Suami : Eh, macam lauk beli je nih. Macam lauk beli je nih.
Aku : Tak beli jiran sebelah kasi T_T

Suami aku selamber makan 2 kali tambah nasi *licin* Memang feveret dia kari tenggiri. Kena selera lettew..Alhamdulillah, len kali kalau gaduh, takde modal nak pujuk, akan aku masak lauk ini, hehehe

Harum tak mandi sundal malam

Nov 13, 2013

FELINNA PMCVC untuk cantik, kekalkan keremajaan kulit anda!

Assalamualaikum uolls =)

Harinih aku nak menjual.

Sila beri perhatian.

Hahaha, siap paksa.

Siapa2 yang tak berapa nak mampu untuk keluarkan duit beratus setiap bulan untuk kecantikan kulit satu badan korang patut baca and consider untuk beli product nih!!

Aku pon antara yang tak mampu untuk berabis tapi niat menggunung nak cantik macam lisa surihani hari2 meningkat peratusannya!!

Aku sekarang menjual online/COD untuk FELINNA PMCVC uolls!! Sila tepuk tangan sebab dalam malas2 aku rajin kan jugak mencari sesuap nasik! hahahaha..

Uolls, dalam FELINNA PMCVC nih ada semua sekali dah! Tak payah nak makan product lain, In Sha Allah..

Dah ada Vitamin C weyy dalam FELINNA PMCVC..Semua dak cucuk2 vitamin C kan? Itu sebab diaorang mampu, kita2 nih kena ukur baju kat badan sendiri tau!Memang terbaik untuk meremajakan kulit!!

Pehtu ada pulak Collagen Marine dalam FELINNA PMCVC ini pulak untuk melambatkan penuaan kulit. Tolong kita lama sikit jadi muda! Hahahaha

Lagi satu yang bagus tentang FELINNA PMCVC nih ialah, dia ada Gluthathione uolls! Dah tentu untuk memutihkan kulit, jadikan kulit kusam kita, bersinar secerah mentari pagi! Hahahaha..

Lagi satu, sesapa yang dah berlaki, boleh la tak lama lagi dapat pujian macam dalam iklan2 kat radio tu, hahaha "Sayang nampak cantik laaaaa, terus adegan berjalan masuk bilik" Gitu kaedahnyaa!!

Meh order ngan aku! RM85 je sebulan!! Memang antara product termurah!!
Sebiji sehari je!
Whatsapp aku 017-9215822



Felinna PMCVC 

Produk tengah hangat!!!
Untuk kulit cantik berseri!!!

Ini merupakan salah satu produk keluaran Raffelinna Sdn Bhd iaitu Vitamin C Plus Pure Collagen (PMCVC).
Mengandungi :

-       Collagen Marine
Sebagai agen anti penuaan,
Menganjalkan tekstur kulit agar lembut/lembab/bersinar
Memelihara kekuatan tulang/sendi

-       Glutathione
Mencerahkan kulit
Sekata tona kulit
Mengurangkan kedutan halus dimuka/pigmentasi

-       Vitamin C
Membekalkan nutrisi ke seluruh badan
Membaiki/merawat dan membantu pertumbuhan sel-sel baru lebih cepat
Menghapuskan kulit kusam

1 kotak = 30 kapsul
Sebiji sehari atau sebiji pagi dan sebiji malam.
Harga MAMPU MILIK : RM85

PM or whatsapp : 017-9215822




Dari FB official Felinna PMCVC
 Fikir-fikirkanlah kawan2

Aku share untuk kita makin cantik!

Hehehe

Nov 12, 2013

m a l a s


- malas-

nak check in hotel
nak bermalas
faham?

nak berguling dalam selimut
tertido
terbangun
tertidur
bangun
makanan terhidang

nak duduk dalam air terjun
ngerti?

nak makan coklat
nak gelak
nak bermalas
puiii

nak rasa becinta
bestnya
ada orang call everyday
orang tanya dah makan 
ajak movie jom

nak naik gunung 
nak rasa berjaya
bila kat puncak

tapi sekarang
kosong
kosong

kosong
 

Nov 11, 2013

Takdir

Assalamualaikum..

Kawan aku keguguran. Dia called nangis2.

-Pedih-

Aku gigit bibir, tahan sedu.

Yang mampu keluar dari mulut "bukan rezeki" "sabar" yang langsung tak membantu dia aku rasa..

Aku tahan sebak.

-Seksa-

3 tahun dia tunggu berita tu, dan bila dah 10 minggu usianya dalam kantung, dia kalah..

-Redha-

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Kuatkan kawanku, beri dia cahayaMu..Kau ubahlah dia menjadi lebih baik..

Siapa kata kita ditakdirkan hidup dalam teruk? Besepah lagi lebih teruk.

Ingat tu.


Nov 8, 2013

Taik ayam munai

Assalamualaikum..

Perghhh, bila kita dah terpijak taik ayam munai, memang kita akan concern agar tak tepijak lagi.

Hahaha, itu la istilah tetiba terpacul keluar dari otak secara tetiba dan terus aku menaip tanpa henti.

Dari malas betul nak menaip, jadi menaip macam jet dah nih!

Semalam tak sempat nak update, ahkan tersangat la tetiba banyak kerja. Padahal? Tetiba je semalam, aku rajin nak update filing cabinet yang dah 2 tahun aku tak usik, main sumbat je files. Maka lebih separuh hari aku melantak buat bendalah tu, pastu lepas satu kerja ke satu kerja menunggu, ko dah kenapa kan? Aku pon rasa ajaib atas kerajinan ittew tepuk tangan untuk diri sendiri

Ok, aku tak nak pon cite pasal kerajinan aku, yang aku sendiri sedar memang aku rajin selamanih *mati lah masuk bakul* aku just nak cerita, perasaan kita bila kita dah melalui sesuatu perkara yang maha dasyat dalam life, dan betapa ianya mengganggu kehidupan sekarang.

Pernah hadap? Scary kan that feeling. Bukan nak doakan ia terjadi lagi, but memang hati kita tak pernah pergi sekolah, apa otak fikir memang dia automatic reject and still ingat benda yang patut kita kunyah kasi hancur! Tak perlu nak ingat benda yang lepas, buat merana hati je!! Ye dok?? 

Ini menggalakkan syaitoonnnn menghasut kita. Mana yang couple girlfriend/boyfriend begaduh mintak putus, yang dah belaki/bebini ada yang tidur luar lah, menggelupur bergaduh siap naik kaki tangan lah..Kan? Hadoiii..Susah nak menyelami insan yang hadap perkara nih, tapi kalau tengah hadap baru kita faham! Wakakakakaka..

Cuma nasihat aku kat korang2 yang tengah fobia kat luar sana, and advise for myself too, jangan ikut kan sangat syak wasangka tu, jangan! Dan jangan jadi inspector polis tak bergaji! Tapi kalau tak tahan, perlu betanya, kita perlu cari masa, perkataan yang sesuai untuk berdialog, cara yang sesuai untuk 'melegakan' hati sendiri..Kalau main terjah je, bukan lega makin tersiat kot hati tu! Nak2 pulak bila makin kita tanya makin dia melenting, hoh! Lagi parah la kan..Just be calm, and dont stop pray..

Ok la, aku tak tau apa aku merepek.

Nov 6, 2013

Kau je yag betul

Kau je yang betul
Aku memang salah
Kau tak penah tak sempurna
Sempurna tu ialah kau

Kau je yang betul
Biar semua terluka
Kau tak ada masa untuk peduli
Tak gugat taraf manusia kau pon

Kau je yang betul
Biar sakit aku tanggung
Lupa masa jatuh kau
Yang salah nih betulkan
Seinci setiap salah kau

Kau je yang betul
Daging seketul nih tengah sakit
Tapi aku lupa realiti hidup
Yang KAU JE YANG BETUL

Nov 1, 2013

Hidup Suami Isteri

Assalamualaikum..

Hi uolls, kabare? waras?

Errmmm..Hihik, tetiba ramai pulak para2 isteri called/pm aku sebab gaduh2 manja ngan hubby memasing arinih..Nasib iolls mood tengah ustajah2, so dapat la kasi kata2 membina menjana semangat keeennnnn, if mood mak pon ke laut, maka cacian la laki uolls dapat! Sedihh!!

Pendapat aku la kan, masalah anjeww2 dalam umahtangga macam sama je *masalah anjew2 je tau* 

Kadang2 aku yang lalui, kadang2 si A, kadang2 si B dan kadang2 aku, A & B hadam benda yang sama serentak, so actually itu lah *kehidupan* kalau happy je memanjang macam *eh ko nih manusia ke? ada laki ke tak nih?* Hahahaha mati ayat nak sedapkan hati.

Selalunya masalah yang aku dengar semua akan2 nak sama, hihihi..

"Laki aku meroyan, semalam aku tak nak ikut dia pegi beli dinner, aku penat tertido blablabla....."

"Aku tak tau laki aku tersampuk apa balik2 keja muncung, tak nak becakap, diam je..bila tanya nak marah2"

"Tension aku ngan laki aku, aku marah dia, dia nak marah aku balik! Padahal dia yang buat salah!"

"Aku merajuk ngan laki aku, dia boleh keluar malam tak ingat nak balik, pehtu bila aku marah, dia nak cakap aku budget bagus!"

Gitu la bunyinya..Kebanyakan aduan, ada la yang berat lagi, ini yang anjeww2 je la untuk dikongsi, hahahaha..

Sama tak tajuk gaduh dengan korang? Kalau sama, kita semua hadap benda yang sama la, masalah kecik punya hal, tapi masa hadap, rasa hazab je keenn? Hihi

Biasa la tu..Sebab mood tengah ustajah2 so mesti la anggap biasa, cuba kalau mood tengah menyetan abis segala bahasa carut dalam kamus aku guna, astaghfirullahal'adzim..

"Kalau kita nak layanan baik, kita terlebih dahulu kena layan dia baik2" nanti Allah buka kan hati dia untuk layan kita lebih baik =)

"Kalau dia tak hargai kita, Allah nak kita belajar erti sabar =) "

"Kalau kita rasa nak putus asa, Allah nak kita begantung harapan pada Dia, doa jangan putus"

"Sedalam mana pon kita jatuh, ingat Allah ada bersama ketika semua pergi jauh"

"Allah kasi ujian setimpal dengan kekuatan kita..Berdoalah sayang2 semua"

Aku jua hadap benda yang sama, ingat aku happy 24/7 ke? Tak..Aku jua pasangan biasa2 je, yang baru menempuh hidup berdua, banyak perlu aku rasa, untuk jadikan hidup kami "sedap" So selagi tak sedap, try and error lah! Hopefully, sampai ke jannah jua..Amin