Oct 31, 2013

Cerita biasa

Assalamualaikum..

Aku pening arinih, bedenyut kepala, tapi bukan yang denyut macam nak hentak kepala ke dinding tapi denyut2 manja, but still =(

Malam tadi, aku baru start memasak balik, after gantung kuali nak dekat 3-4 hari? seminggu? Hahaha..

Kadang2, kami suami isteri makan petang, dah siap tapau! beli memacam untuk makan petang, pehtu balik2 keja kadang2 terus dating makan mee kari ke, mee sup ke, tu yang tak memasak tu  alasan kena padu

Semalam sebelum tengok Mr. Arrogant tu aku dah cepat2 kemas2 umah sikit, basuh baju, keluarkan daging dari freezer, mandi siap2, ready nak maghrib sebab kalau aku layan cerita tu dulu, memang dah ujung2 waktu la baru bekejar aku nak sembahyang sebab maghrib cepat kat Kuantan skarang..

Sambil melayan sweet couple tu *menyampah kalau dah tejebak tengok drama besiri takleh nak buat keja lain* aku potong bawang, potong sayur depan tv..Pehtu bila iklan, lari2 pegi dapur potong daging pulak, hahahaha sapa kata takley buat keja lain? Ahkak boleh noks!

Laki aku jeling je tengok perangai bini takleh blahhhhh..Dia tengah siap2 nak pegi buka kedai..Haha, aku senyum je pehtu kasi ayat manis "Jet masak, balik kita makan sesama eh, baju pon jet da basuh wak" Ayat kena mantap supaya tak kena fire!

Daging Kunyit Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu
Ini namanya 2 in 1!
Aku gaul siap2 daging dengan garam kunyit.
Bawang putih (3), bawang merah (3) Halia 1 inci, cili padi 5 tangkai - semua aku racik je, dasar!!
Bawang besar potong bulat.
Buncis sebagai sayur.
Itu je la..Cuma aku isi air untuk daging tu lembut, kira setengah cawan je kot? Hahaha..

Nama nak gempak!!

Laki aku makan, terus aku kunci cinta aku dalam hati dia? Wakakakaka, ayat nak makan pelempang!


Telur Dadar Dihujung Tanduk (nasib tak hangus, sesuai dengan nama)

Budu Kau Budu Ku Jua
Hahaha..Budu tu bukan kat rumah aku, tu umah member aku. 

Alaa, jiran selang 3-4 buah umah..Dia ajak tengok movie umah dia, terus bawak ke makan.

Umah aku memang takde budu lagi, suami aku tak makan, aku peberet! Nanti aku beli, aku makan sorang2. Dia tak nak sudah. Susah sikit kalau kawen dengan orang banyak pantang larang nih. Selera diraja sangat!

Nah, muka aku! Tadi selfie sendiri2. Macam biasa petua muka gebu : Makan banyak2 banyak2 banyak2. 

Sekian.

Oct 30, 2013

K u s u t

Assalamualaikum..

Hadoi, napa la gini caranya. Aku tak salah dalam ini hal langsung. Please la napa hentam aku? Tapi dihujung perbualan diselitkan juga ayat untuk meredhakan kekusutan aku..

"bukan marah kat awak, takde niat pon""Awak jangan salah faham, bukan marah awak"

dan for sure aku akan reply

"takpe, saya faham, saya bukan jenis terasa2 nih" dan tersenyum seorang diri tanpa hala untuk siapa.


Korang penah hadap benda2 macam nih? Yang korang tak tau apa2, tapi orang cari kita untuk "serang" individu lain. Supaya kita boleh sampaikan ke individu itu. Tetapi cara dan ketika, adalah sangat tidak menyenangkan hati..Dan korang terpaksa hadam. Iya......Hadam.

Aku tau bukan niat untuk menyerang aku, aku pon tau aku memang takde kena langsung dalam cerita tu..Iya aku paham. Tapi pernah tak terbaca atau terdengar "cubit peha kiri, peha kanan terasa jugak" 

Pernah tau ayat tu? Dan walau diselitkan ayat "bukan dituju untuk awak" adakah senang hati aku? Tak terkesot walau dihentam macam tu? Batu ke hati nih? Eh, aku takde kena mengena, buat apa nak terasa..eh? Yang perlu, kemarahan dilepaskan, dan tak perlu tau effect selepas itu..Senang?

Kalau orang tempang, orang tak  cerita "Dia tu tempang kanan" "Dia tu tempang kaki kiri" Ada?? Mesti orang hanya akan cakap "Dia tu tempang". Noted..Si pendengar dah paham, kaki dia cacat, tempang..Tak perlu tau kaki belah mana pon. Kan? Walau hanya sebelah kaki yang cacat, tetap kaki yang sebelah yang cantik tu, yang tak cacat tu terkena sekali..So tak perlu lah nak cakap "Eh, aku cakap pasal kaki kiri, kaki kanan jangan nak terasa pulak" Guna la pancaindera sikit..

Benda yang tengah panas, jangan dihirup masuk dalam mulut..Walau tengah kebulur gila babi. Nanti tak pasal2 diri sendiri yang tanggung sakit. Bukan je lapar, melecur lidah, bibir, kerongkong bagai. Dah sabit semua..betul? Tunggu la dia suam sikit..Baru suap..Lapar hilang, hati ada tenang.

Sekarang, bukan ko tanggung lapar, tapi ko dah menyakitkan bahagian lain. 

Sakit.

Oct 29, 2013

s e l f i e

Assalamualaikum..

Macam busy je arinih..

Ke aku belakon? Chooii..

Amik la korang tengok gambar selfie aku..

Aku ingat nak buat entry resepi arinih, tapi aku tetiba banyak keja oii..

So layan je la gambar aku perasan sendiri, sambil membebel 'woi apsal tembam sangat ni woii!'

Korang cuba la ok, cuba beza kan pipi smiley nih dengan pipi aku. Ada beza tak? Kalau ada beza, memang aku belanja eskrem malaysia sebatang sorang! Susah sikit la kan nak beza kan..Hehehehe


Ini muka aku semalam. Tido 3 jam je. Mata ala2 panda meroyan. Tapi senyum tetap senyum. Owh my pipi. So bam bam. Korang hado??? Apapontakboleh
Ini dalam kereta tunggu suami. Ntah bila. Lihatla pipiku tembam dan sihat selaluuuuuuuuuuuuu

Dalam kedai suami. Tengah tunggu dia siap. Masa nih pipi nampak kempis sikit kan? No? Ye kan? Sebab aku tak senyum banyak, aku senyum sikit je. Ala2 je lain kali, senyum control!!

Kat opis. Ada cermin besarrrrr punya. Kotor tapi cermin ittew, iyyeeewwww! Hahaha..Kegemukan pipi memang tak leh nak sorok walau senyum simpul sahaja. Sekian.

Dalam kedai gak. Tak senyum.

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Amik ko! Sekilo sebelah pipi. Aku redha dengan ketembamam ini. Cubitlah suami, aku redha.

Oct 28, 2013

Baton Marathon

Assalamualaikum..

Aku keja sabtu lepas. Jaga orang belari. Committee je, jaga masa je pon =) Tapi aku kena gadaikan waktu tido dipagi sabtu laa, itu yang paling mahal woii!

Event start 7.30am to 12.30pm..Aku sampai tepat 7.30am, hehehe..Orang paling lambat sampai umah jauhkan.

Event kami nih, ada peringkat umur, satu kumpulan 10 orang, kena ada 2 orang lelaki 40 tahun ke atas, seorang perempuan jelita dan selebihnya lelaki muda2 gagah perkasa! Hehehe..

Memang enjoy! Aku kan kepochi, kena buat havoc havoc, gua havoc havoc - nyanyi macam lagu joe tuh! Hehehehe

 
2 perempuan jelita dari kiri tu bini-bini orang jadi bini dah hakak yang 2 lagi dari kanan tu pulak anak dara orang! Single and available lagi uolls, dan aku kompom baik pekerti sangatttt!Aku pon tak pasti apa kes lelaki baju biru kat belakang tu buat. Nak tahan cirit agaknya, wakakakakakaka!


Pelari negara yang digugurkan, hahaha..lari untuk company event pon jadi lah! Korang tengok sendiri la uban penuh kat kepala tapi lari 1.5km dalam masa 7 minit je weyyyyyyyy! Korang hado? Respect la boss!!

Menafikan - mempertikaikan keputusan, Hahahaha..Mengada sangat

Geng kalah mesti la kena begambar dengan committee pilihan? ye dok? Sapa lagi kalau bukan ahkak? Hahahaha..

Overall aku happy, diaorang happy, semua ceria walau kalah. Event sangat menyatu padukan kami walau gap usia melampau jauuuuhh..

Suka.

Thanks.

Oct 25, 2013

S E N T A P

Lupa seketika rasa gembira.
Lara tersangkut.
Lemas berjubah kental.
Palsu segala.
Seksa menyinggah seketika.
Apa sebenarnya dosa.
Kenapa masih duka.


"Kenapa aku diduga?"

a)  Mungkin engkau dah lama tidak sujud pada Tuhan.

atau

b) Mungkin engkau cuma sujud sebagai melengkapkan pergerakan sembahyang. Sujud sekadar sujud tanpa pengertian.

atau

c) Mungkin Allah terlalu sayangkan dirimu. Hendak tingkatkan iman dan darjat di sisi-Nya. Kerana engkau sentiasa sujud penuh kehambaan dan ketaatan. - Ustaz Don Daniyal



Aku tertampar dengan kata
Aku sujud hanya sujud
Bukan tak paham
Atau tipu untuk tak disalah
Aku cukup paham
Aku cukup sedar

Masihkah syurga untuk aku
Masih ada iman menyelamat

Aku mimpi syurga
Yang aku buat hadiah neraka

Aku sedar
Aku sialankan
Aku buat lagi

Dan ujian menembak jantung
 Tersungkur
Ya Allah aku banjir air mata
Mula tak putus doa
Apa hina mainan aku
Perih untuk hadam 
Iya aku hina begitu

Sujud hanya sujud
Diuji aku sedar
Hinanya 
Inilah aku
Hilang upaya dalam sempurna 
Sombong

    Selamatkan aku ya Allah

Oct 23, 2013

Tak sihat

Assalamualaikum..

Tak sihat.

Badan penat.

Otak sendat.

Sakit.

Sakit tu tak sihat la..

Malam tadi paling tak tahan.

Aku punya sebelah kepala rasa kena cucuk ngan pedang, sampai ke mata kanan ni haa..Sakit sampai aku nak korek mata. Rasa nak tanggalkan kepala. Memang melampau sakit. Sampai aku lumur kat mata ngan sebelah depan kepala belah kanan ni dengan bam panas. Padahal bam tu untuk sakit urat, aku tak peduli asal tak rasa sakit sangat cukup lah.

Sakit sampai aku tertidur. 

Hidung blocked kedua belah lubang. Dah 2-3 hari. Semak sangat. 

Resdung.

Badan panas, demam.

Package Allah kasi.

Petang semalam dah terniat nak call mak. Tapi aku sabarrrrr lebih. Sebab memang kalau call, bukan boleh becakap, air mata yang becucur nanti. Tengah taip nih pon aku tahan jebat. Aku tahan.

Aku gembeng.

Jarang sakit.

Bila sakit, aku tak tahan. Aku terus jadi kain buruk. Melepek. 

Ni aku kuatkan, tecegat kat opis. Kepala bedenyut, tapi dah slow. Nasal spray sentiasa ada. Baru kepat lozenge. 

Banyak sangat dosa. Allah nak padam sikit. Sebab tu Dia kasi sakit. Kena kuat sikit jet..

Ya Allah, ku mohon sihat tubuh badan, kebahagiaan, dan ketenangan..Ampunkan dosa dosaku ya Allah..

Oct 21, 2013

Aku bejaya!

Assalamualaikum..

Hehe..Tajuk memang tak boleh blah, macam bejaya masak nasi beriyani kambing gayanya, padahal roti sosej je kot? Wakakakaka..Dasar si jojet, apa pon tak boleh =)

Aku memang terkagum setiap kali beli roti sosej yg rangup, lagi sedap, lagi lembut je bila makan.. Siap ada effect bunyi 'kruupkruup' bila kunyah! Memang aku terkagum sambil makan 3-4 roti lagi tanpa belas kasihan, hahaha sapa suruh ko sedapkan!

Jumaat lepas, aku dah berazam nak buat, iya aku mampu buat! Aku pon tanya la sesapa pakar buat roti gulung sosej nih, beriya ok, korang imagine la aku memang beriya2 tanya orang, padahal? Hahaha..Nak goreng roti je pon.

Roti gulung sosej walinong sari
Aku nak cari ibu roti tak jumpa. Aku singgah satu market je, malas nak singgah banyak kedai, adatlah jumaat kalau lambat balik, memang jalan jammed macam keta lembu kat bandar Kuantan tuh.
So, alternative aku beli je tepung goreng pisang adabi! Haha..Fedulikkkkkk laa nak jadi apa, janji aku tak sabar nak hidang kat suami!

Balik umah, suami dah balik kerja, kena pulak dia cakap lapar, terus iolls buat muka ceria sambil cakap 

Aku : Jap, jet nak buat resepi baru, tunggu tau jangan pegi kedai lagi =)

Suami : Awak nak masak apa? Tak yah nak merepek eh.

Aku : Nak wat roti sosej, kejap je tak sampai 15 min pon..

Suami : Ye laaaahhh, cepat sikit eh, lapar.

Aku : Baik boss!

Tehegeh2 aku melenyek roti kasi ramping, guna ibu lesung? Tak jumpa dah gelas ke hape, ibu lesung terus, hehehe..Bancuh tepung tu, panaskan periuk kecik sebab aku nak deep fried nanti..Terus gulingkan sosej dalam roti, celup tepung, masuk dalam periuk! Memang pantas dan 15 mins semua dah ready.

Siap!

Suami : Eh, guna tepung goreng pisang eh?

Aku : Aah, hehehe

Suami :  Ok, sedap sebab rangup!

Aku : Mestilah =)

Aku buat 5 keping roti, dah goreng aku potong dua pulak..So total jadi 10 keping..Cicah dengan sos cili, kalau ada mayonis lagi marvelous!!

Tesandar kekenyangan!

Oct 18, 2013

Kari daging korban yow!

Assalamualaikum..

Pagi yang gelap kini sudah terang =) hehe.. Morning insan2 bernyawa, moga semakin kuat semangat dan berazam, pahat kat hati untuk jadi baik2.Walau kadang2 rasa nak tembak je sapa bikin panas..

Semalam aku ber 'whatsapp' ngan suami..

Aku : Malam nih gua masak

Suami : Ok, beli ikan

Aku : Daging tak mo? Ada daging korban kat umah..

Suami : Ok, masak kari daging - Daging masak lemak cili api pon sedap - Tak pon daging goreng pedas! Ala, ikut lu la nak masak macam mana..

*Padahal aku tak tanya pon dia nak masak apa dengan daging tu kan? kan?*

Suami lagi : Kalau masak kari, isi kentang tau..Kentang tu biar sampai lembut.

Aku : Ye laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah *nampak tak permainan dia kat situ*

So jelas lah dia nak kari sebenarnya..Laki ahkak memang peminat kari, ahkang kurengggg sikit, lebih prefer masak lomak cili api berasap muluttt! Perghhhhhhhhh!! Mengkari la kita malam nih deknon!

Bagi aku lah kari kali nih memang paling sedapppp aku penah masak. Tak pekat tak cair! Rasa dia kat tekak aku memang kena lah! mati puji diri sendiri

Eh, pendek kata memang sedaplah! Wakakaka, bapa kali puji diri nih! Aku kan tak suka kari, jarang makan kari, kalau kat umah mak aku dulu, memang masak berlada or lemak cili padi je, kari2 nih bila dah terngin bebebor nak makan..

Nak resepi kari tersedap kat dunia nih? tembaklah aku yang poyo nak mamps cepat amik kertas salin lelaju!

Bahan:

1) Daging untuk 2 orang makan.
2) Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji & halia 2 inci - tumbuk 
3) Cili blend
4) Serbuk kari daging adabi
5) Air asam jawa
6) Tomato (belah kecik2)
7) Santan 
8) Kentang
9) Lupaaaaaaaaa, sebatang kulit kayu manis, bunga cengkih 1, bunga lawang 1..

Cara-cara:

1) Panaskan minyak *kalinih, aku lebihkan sikit minyak*
2) Tumis bahan tumbuk kasi wangi, pehtu masuk sekali kulit kayu manis & the geng..kasi wangi..
3) Masuk cili blend sikit, sebab aku nak ada rasa pedas sikit, tumissssssss
4) Rempah kari tu, aku dah siap2 campur air, pes kan..tumis pulakkk, yang ni kena lama, kasi betul2 masak rempah tu *petua aku belajar semalam*
5) Pastu aku masuk air asam jawa dengan tomato yang siap2 belah kecik2 *ini petua aku baca kat blog kak filla, untuk memekat kan kari, siap2 masak nanti tomato tu hancur =)*
6) Masukkan daging, kentang..
7) Aku tambah air kasi kacau, kasi memggelegak, sampai daging masak..
8) Last baru aku masukkan santan *kalinih aku kurangkan santan untuk cairkan kari aku *aku test and error je nih*
9) Perisakanlah, pak aji, garam secukup rasa..
10) Menggelegak, kasi angkat!

Make sure kentang masak ye, sebab suami dah pesan awal2..

Alhamdulillah, habis, menambah suamiku, menjilat jari! Wakakakaka *kebang bontot ahkak*

Ini lauk semalam gak, ayam goreng kunyit. Pon sedap gak. Mana ada masakan aku masak yang tak sedap keeennnnn???? *pegi lah bunuh diri readers ku* Wakakakakakaka

Ayam goreng kunyit aku masak macam biasa, takde tukar resepi pon, hahahaha macam la susah sangat, ye dok? Nak jugakkkkk..

Maap la ye kengkawan, aku nih memang suka memasak, tapi aku tak pandai, tak penah mencuba..Dah kawen ni la, baru aku terkial2 kat dapur, salin resepi, google bagai..Itu pasal bila menjadi ahkak lupa diri kekwat semacam!

Ok, selamat tiru resepi ahkak, makanya suami akan menambah dan menjilat jari! *Ini bukan lakonan!*

Oct 16, 2013

Sedar Diri

Assalamualaikum..

Ermmm, berat hati..

Terus ke point lah kan..Ada kawan yang tak tau kita sayang dia, yang senang2 buat kita macam orang asing..

Aku tak ramai kawan, tak ramai yang aku anggap kawan..Ko, ia ko beb, yang aku anggap kawan waktu senang dan susah..Sampai hati menuduh macam tu..Terasa? Eh tak, aku rasa ko yang terasa kan? So aku la yang salah dalam hal nih..Betul? Sebab tu aku dapat ayat penghinaan macam tu..Tapi bagi ko ia bullshit? Kan?

Kawan,

Aku risau, sebab tu aku betanya..Tak sangka ko beri aku ayat2 macam tu..Tak sangka beb..Kawan yang aku kenal tu dah pegi mana? Tenggelam dan jadi new person yang jahil erti kawan?

Aku menyesal untuk jd lalat dalam "shit" ko tuh..Aku ingat, ko perlukan aku, sebab tu aku setia..Tapi aku dapat taik dari ko beb..Yups, ko kasi taik kat aku..Aku tak sedih, cuma hati aku macam ada kolam darah..Makin dalam kolam tu, sebab dah luka, dah dalam..

Kita rapat dulu, menangis beregu, ketawa apatah lagi..Tapi sanggup ko hambur ayat2 tu kat aku? Sanggup ko kan? Sebab? Sebab aku tak tau dalam hati ko? Sebab aku hina ko dengan bertanya? Aku terlalu concern? Sebab terlalu aku tu lah, aku kena hina tanpa usul macam nih? Bagus sifat ko tau beb..Aku rasa ko tak rasa bersalah, sebab ko rasa ko sangat betul skarang..Amik la betul tu, amik laa..

Aku tak kan tanya dah, balasnya diam.

Terima kasih untuk waktu susah, untuk waktu lemau..Ko hebat untuk aku, cuma aku tak sehebat ko untuk berada tempat yang sama untuk ko..

Aku sedar diri..

Aku boleh pergi..

Aku sedar diri..

Aku sembunyi..

Aku sedar diri..

Aku melukai..

Aku pergi..



Terima kasih kawan

Oct 14, 2013

Murahan


Assalamualaikum..

Hi uolls,

Aku keja lagi arinih..

Yupss, opis senyap sunyi..Macam dilanda todak..Takder berpenghuni..

Boring rasa, macam takde life! Hahaha, sebab aku tak cuti punya pasal..

Jeles family kat kampung tengah buat lemang aku steady je depan pc layan bluueeeessssssss..

Dah la malam karang baru gerak balik kampung, sebab suami aku nak jugak buka kedai! Omaiiii, nak mengamuk pon takde erti =(

Dah la mari la kita layan gambar aku memasak semalam..sekeping..Cukup lah!


      A y a m  b e r l a d a  s a h a j a

S e l a m a t  H a r i  R a y a  Q u r b a n

Tentang Rasa

Tentang Rasa - Astrid

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Oct 11, 2013

Jumaat Barakah


Assalamualaikum kawan2 =)

Jumaat dah kan? Kejap je rasa skarang nih..Tup tup dah Jumaat! Seronok!!

Korang per cer? Aku gitu la, takde hot story pong, suam2 kuku jeww..

Takde idea nak borak hape pepagi yang sejuk gila nih! Layan je la gambar terperap..

Cer teka air hapa? hehehe..Kami panggil air orang kawen! Setiap kali kenduri, sure ada air nih, hehehe..Dulu2 la kan air nih pemes, sekarang dah macam2 color air dah bila kenduri, dah maju kenduri zaman laaa nih!

Ni lauk aku masak tak tau hari hape..2 in 1 katanya..Ini je pon lauk dinner aritu. Ayam goreng kunyit madah berhelah. Resepi? Cettt..Aku dapat lauk simple gini, 2 kali aku menambah! Penuh pinggan ok, penuh!! Ya Allah, guane aku nak fit nih? Best gile kot makan dengan nasik panas2, sambil tengok cite Mr. Arrogant..Hahahaha

Sama gak, lauk ntah bila aku masak. Minggu nih la! Ikan goreng kicap, sayur apa tu? Aku goreng bawang putih tambah sos bijan, telur dadar! Hehehe..Pehtu nasi banyak lebih, aku rajinkan diri, buat nasi goreng pulak, campur ikan goreng tu sekali! Perghhhh memang sedap nokkksss!Aku ikut resepi si blogger mantop si Peej dengan Kak Filla!

Oct 10, 2013

Genap 29

Assalamualaikum..

Semalam 09.10.2013 aku genap 29 tahun.

Dah tua.

Kubur dah panggil.

Rumah dah halau.

Tapi ada jugak yang sayang, still.

Walau besepah yang keji.

Impian aku untuk jadi lebih taat pada Allah.

Untuk jaga sembahyang..aku culas.

Untuk jaga aurat..aku pelekehkan.

Untuk jadi isteri terbaik..aku jauh lebih lemah.

Untuk lebih menyayangi keluarga..aku tinggalkan

Untuk dapat redha Allah..Aku hina..

Sebuk nak ber instagram..Hehehe
Happy faces..Ice cream cheese cake
Thanks uolls..Love

Thanks untuk yang mendoakan..Aku pon berdoa benda yang sama..

Aku touching sikit hari nih..

Banyak actually..

Bukan sikit punya touching dah la mi goreng pagi tadi tak best langsung, menambah touching

Ya Allah, Yang Esa, Yang Mengetahui yang terjadi dan bakal terjadi..

Ku mohon kebahagiaan dunia dan akhirat..Kesenangan dalam kesusahan..Kemanisan dalam setiap kepahitan..Ya Allah, hanya Kau sahaja tempat ku mengadu, tempat ku merayu..Allahuakhbar..


Oct 9, 2013

Peha yang cantik

Assalamualaikum.

Hi uolls,

Walau berat aku takde la betambah mana kan, tapi sejak 2 menjak nih peha aku da ada 'kulit limau' tu wey! Euuuuwwww je kan bila tengok! Rasa nak amik pisau kat dapur, slice kan nipis2 wey! Hahaha, mampu? Imaginasi harus tinggi! Hahaha..Hakak tak suka! Dulu aku manada benda nih sume, sekarang, hadoiyaii, tooooo bad!!

Aku gigih menggoogle image for kecik kan peha ahkak yang gebu besar macam peha ayam nih. Badan kecik, tapi peha, mak aii macam nk pecah jahitan jeans!

Taddaaaaaa! Jom kita exercise, aku pilih yang senang2 je, malas nak jogging ke, kayuh beskal ke..Kena wat santai2, tapi mujarab! Dasar nak cantik tapi pemalas!! So aku rasa image kat bawah nih dah santai gila tonyok dah, kalau malas gak memang terus baca Yaasin je la kat telinga kuat2..Hahahahaha




Kita tengok la nanti, aku jadi Miss Universe terpaling cantik kaki di alam maya!

Muntah hijau.


Oct 7, 2013

Steambot

Assalamualaikum..

Steambot time!

Malam minggu tu, jiran aku merangkap kawan aku buat main masak2 kat umah dia..

Seperti biasa aku tetamu VVVVVIP, datang belenggang, jalan kaki, color blocking haktuiii sampai terus bersila ngadap makanan!! Kelas ko jah!

Aku duduk kat umah tengah2, kawan aku nih umah dia yang corner lot, lapang je kat tepi tu kan? 

Takde ramai pon jemputan, nana, bersama suami, aku bersama selipar! Laki aku buka kedai, cari nafkah nak suap bini dia nasi memahal untuk makan hari2 dasar tak bergaul ngan kawan hakak sebenarnyaa..

Walau kami hanya 7 orang campur sekali dengan budak kecik yang tak kenal dunia lagi, tapi bila gelak satu block umah dengar! Hehehe..

Aku main pakai je tudung bawal hijau, ingat nak pakai baju tido je! Hehehe, Besauuuunya peha and pungkok hanggggg!!
Aku lebih suka yang ni dari yang tomyam tu. Yang nih, cicah pulak dengan sos yang Bee buat, perghhhhh!!!


Berebut ko!
Ini puding roti, nana yang buat. Sedapp! Sebab tak manis. Aku suka 8 per 10 markah!
Itu je la.

Aku monday blues.


Oct 4, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..

Mari beramal!

1. Senyum je, dah dapat pahala sedekah..

2. Tolong permudahkan urusan kawan2 kita, dapat pahala, Allah pon permudahkan kepayahan kita =)

3. Jangan lupa sedekahkan al-fatihah untuk parents, mahupon yang hidup atau sudah tiada - Allah permudahkan rezeki kita..

4. Menceriakan hidup si duka, Allah ceriakan hidup kita =)

5. Cuba positive bak kata Dr. Muhaya, audit diri jangan cari salah orang, cuba ubah menjadi lebihhhh sempurna! 

6. Cuba maafkan orang, dan kita doakan seseorang yang takde talian apa2 dengan kita *pakcik motor pancit tepi jalan, tak kenal' doakan dia dipermudahkan..Nanti giliran kita, mudah-mudahan Allah tolong sempurnakan =)

7. Tak salah beli bekpes lebih, letak dalam pantry, panjangkan rezeki..Senang je beramal, dalam masa yang sama kita dah top up iman kita! Yeayyyy! 

8. Sentiasa bersangka baik..Cuba amalkan, cuba untuk jadi lebih positive..Yupsss, kita manusia, kita perlu berubah semakin baik, untuk diri kita jugak, untuk dapat redha Allah =)

9.  Sembahyang..Paling penting. Cuba, dan cuba dan cuba..Walau terculas, walau termalas, paksa diri, cuba jet!

10. Last but not least, jujurlah, ikhlaslah..Kan? Biar orang buat kita, pandai2 lah nak hidup, asal jangan buat dosa, biarlah orang lain tu..


 Ini je yang spontan keluar dari otak berdaki aku.

Hahaha, peringatan untuk diri, untuk kawan2, untuk sesiapa yang terbaca =)

Niat baik, Allah akan tolong permudahkan =)

Salam Jumaat!

Oct 3, 2013

Penat

Assalamualaikum..

Aku terasa penat.

Penat menanggung

Penat melawan

Penat meracau..

Actually as a normal person, kita pasti merasa jiwa kacau. 

Boring la hidup kalau asyik dok mengaku diri hepi, ye dok? 

Itu nama pentipu paling hebat! Cuma yang membezakan diri kita, how we gonna handle that feeling..

Samada cepat melatah, cepat meleleh, just gelak to cover the exact feeling, or make some changes? rite? no? 

My friend yang rapat ngan aku, dia suka bercerita, ada masalah je, dia becerita dengan aku..walau masalah tu berturut2, asek benda tu je laa yang dia hadap..tetap kasitau aku..Hehehe..As a friend, aku tak kesah, bila dah rapat, ko nak mulut longkang pon dia akan terima..Sebab trust is there..Takde kawan nak tengok kawan sendiri lingkup!

Another friend of me lak, dia akan meroyan dalam fb, pehtu aku akan PM dia 'kak harga baju tu berapa kak?' 'ko dah kenapa meroyan tak bepasal nih?' haa gitu! Terus pecah kaca pecah gelas, semua keluar, takde sisa..Aku tadahhh telinga, gitu. 

Point aku kat sini, ada orang mudah untuk share that 'hurt' 'sadness' 'frustrated' and so on feelings..Mudah je diaorang untuk becerita, pinjam bahu somebody untuk ringankan sikit bebenan yang ditanggung..Kan? 

Aku pulak jenis memang susah sangat untuk becerita. Susah yang amat sangat..And most of my friend susah untuk dengar aku meluahkan. Ntah la, aku tak pandai la. Aku tak tau how to start untuk share masalah tu..Ermmmmmmm, terejal sikit la kan..Tapi itu lah aku..

Aku penah hadap situasi paling kritikal dalam hidup, hati punah ranap! Tapi aku pon tak share ngan sapa2..

Dari kecik, aku macam nih. Aku perlu seseorang yang boleh pecahkan dinding tu, untuk terjah segala rahsia..I really need somebody who can give me a shoulder to cry on, to transparent myself..Aku takde orang itu..Aku takde..

Penat la.

w.o.r.d




You'll Never Walk Alone

You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark

At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown

Walk on walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark

At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown

Walk on walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk

You'll never walk
You'll never walk alone

Oct 2, 2013

Suami isteri

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk musim ujan ek? Nak sampai petang, ujan lebat pon turun..Sian orang yang naik motor balik keja tu, termasuk laki hakak, hehehe..

Semalam dia try baju ujan color kuning diraja gitu, wakakaka..dia gelak aku apetah lagi, dah macam minion aku tengok, 2 kali pandang aku tengok dah macam maskot DIGI tapi kurus keding punya versi, tengok kali ke tiga, baru perasan eh tu suami busuk kitteww la, hahaha *sayammmm sikit*

So dia balik lewat sikit, tunggu ujan reda..Aku da sampai umah, kelaparan. Nak keluar aku malas, nak masak betambah malas. Tapi cacing dalam perut dah bersamba, becanda, dangdut, rock, metal..Memang lapar la kan ujan2 tu!! Rajinkan sikit, masak megi kosong campur lada kecik! Sedappppppnyaa aku masak..Hahahahaha

Megi kosong je, aku sorang je punnn..Pedas berasap! Megi ayam yang brand megi tu, dah lama tak makan brand nih, biasa beli perisa kari je..Teringin! Sedap pulak bila dah lama tak makan, tak de orang kecek pulak! Makin sedap jadinya..
Well, sian pulak aku tengok hidup suami aku, siang bekerja jadi gomen staff, memalam jadi boss gunting rambut, penat oiiii badan dia, bisa2! Tapi depan dia aku buat tak amik kesah pon, buat tak peduli, hehehe..

Tapi demi nak menyuap aku yang kuat makan nih, terpaksa la dia bekerja keras! Bini dia baik, lawa, tak penah cari pasal, puiii puiii puii!!!

Harap2 dia makin sayang kat aku la kan, makin tak leh berengang pon best jugak, makin suka bagi aku duit lagiiii best! Hahaha..Aman damailah hendaknya rumah tangga kami yang baru terbina nih, kalau gaduh pon sekarang, paling lama 2 hari je, pehtu memasing dah panas bontot takleh tahan dah!

Jelas cermin kotor disitu,  dah gemuk sikit. Pipi dah tembam!
Ok la, semalam dia da bebunyi bila aku nak masak. 

Nak google camne nak buat nasi arab jap! Wakakakakaka..Hidup semula pon, tak tau aku buat ke tak!!

Oct 1, 2013

Sialan

Sentap aku.

Macam fundek.

Macam fantat.

Mana letak air muka?

Letak dalam kelangkang?

Aku lama perati.

Ko taik kan jugak.

Aku simpan padat perangai hitam.

Tapi dah hancur ko koyak.

Aku malas nak sorok dah.

Ko hadaplah.

Yang buruk memang dari aku.

Ko pon tau.

Bukan sehari ko kenal.



Sialan.

Hasilnya

Assalamualaikum..

Kita belajar math sikit harinih..

Sila focus.

Math yang aku nak ajar nih susah sikit.

Sediakan calculator.

      
Pepagi korang amik sehidangan nasi kerabu, make sure mintak kat makcik tu nasi lebih! Sambal pon kalau tahan pedas, mintak lebih jugak eh. *Menjejes air hingus* Kos setiap bungkus RM3.00.









Ini pulak korang amik untuk lunch eh. Nasik pon kalau boleh, mintak lebih sepinggan. Kalau memasak kat umah, untuk sorang makan masak la dalam 2 pot! Baru terangkat, kalau pedas letak cili berapi dalam 15 tangkai. Ini kalau masak sendiri, kos ikan ialah RM4.00 sahaja untuk ikan selar kuning sederhana besar.

Ni korang telan sebelum sampai umah. Singgah umah member. Dia mengandung. Kita join dia makan cicah. 2 bijik mempelam size sederhana untuk seorang makan. So, untuk 2 orang berapa biji mempelam size sederhana untuk dikupas? Haaa, cepat kira!!! Kos makanan? Free, kait kat umah mak mertua kawan.
Bila dah pedas makan cicah pelam, kita makan pulak cornetto vanilla sorang sebatang. Tak silap RM2.70 sebatang. Berapa ringgitkah untuk 3 batang untuk 3 orang dipetang hening itu?
Ini untuk dinner. Harga lebih kurang RM10 untuk semorang makan. Belum tambah cheesy wedges?
Tadaaaaa! Hasil kerja math kita tadi!
Kalau makan berterusan begitu selama 3-4 hari
Hasilnya! Sama dengan sekilo pipi belah kiri, sekilo pipi belah kanan. Tapi masih boleh buat simbol peace! Hebat~!
Ok, sekarang. Kira kos untuk sehari.

Markah pengiraan : 2 untuk setiap yang betul.

Markah keseluruhan : 10 markah.

Sekian.