Sep 30, 2013

Bercanda


Assalamualaikum..

Hi uolls.

Selamat pagi isnin, semoga dimurahkan rezeki kita semua yeaa =)

Semalam petang makcik aku datang kat umah aku..Kami berkelah kat Pantai Sepat bawak anak2 dia nak mandi manda!! Syok sangat bila dah lama tak berkumpul berkelah!

Sebelum tu, kat umah aku just bermalas2 dengan suami. Tengah bermalas2 perut pulak lapar. Nak keluar, kemalasan bermaharajalela. Nak tak nak kena la aku rerajin sikit. Al kesah aku goreng la mihun bodoh! Hehe..Mihun bodoh ialah mihun yang takde rencah! Aku just taruk ikan bilis je, sebab memang takde benda langsung kat umah. Takde apa2 ialah memang telur pon takde! Abis sungguh!!

Nak resepi? Puiii..Hahaha, aku just tumis bawang merah, bawang putih, wangi2 dulu, pehtu masuk lada blend. Agak2 lada dah masak, masuk ikan bilis. Last sekali campak mihun yang aku cicah2 dalam air panas *sebab tak rendam awal2* Tengah2 masak aku lupa isi kicap, isi kicap sikit, gaul rata *sedap gila mihun bodoh* kami makan secara rakus! Hahahahahaha *gelak setan*


Ini la mihun kosong itu. Ikan bilis je rencahnya! Tapi sebab dek lapar, sedappp je kat tekak, memang sedap sebenarnya *jeling mata ke atas*



Lepas tu, dalam kol 4 tu cu’s family sampai. Terus gerak ke pantai sepat!

Yeayyy! Hari cantik. Cu pon masak mihun!! Alamak, hari mihun sedunia la kita harinih..
 

Tengok budak nih, menggila jumpa air! Asek belari, nak masuk kat tempat dalam! Tak padan ketot!
Tengok la dak kecik tu, orang sebuk main pasir, dia belari tak tentu hala! Ko dah kenapa naim?
Kena pegang dek bibik, baru reti diam, hahahaha
Tanam2 kaki

Harus kena snap sekeping dua! Hahaha

Macam2 cu bawak, tembikai, jambu, ayam goreng, ikan kerisi goreng, vitagen tu penting! Jajan2..Tapi satu pon aku tak amik gambor, sebok makan mengatasi segalanya!



Before maghrib baru balik umah aku..Semua mandi manda kat shower dan sambung makan lagi tanpa bersalah *walau da sedawa besar gajah* Hahaha..Hujan lebat kot, bocor atap umah aku, abis banjir dapur, living room bagai..Sebab ujan angina katanya.



Bila dia orang dah balik sume, dalam kol 10pm terasa lapar kembali, pegi bandar, tapau pulak GCB McD..Perghh lazat sampai jilat jari kaki.  




Ok, tido esok keja!


Sep 27, 2013

Tulisan yang berat

Assalamualaikum

Sebelum hantar suami ke Putrajaya awal minggu haritu aku sempat pekena jagung parut di suatu petang yg damai lagi tenteram..hehe

Ini rupanya..rasa walaweiiiii. Pekena pulak petang masa matahari terik2! Perghhhh!!
Baru dapat e-mail kejap tadi..Kawan aku cakap dia dah clash dengan bf dia - yang jugak kawan aku..Perghhh aku pulak terasa ada duri cucuk hati. Bengong! 

Kenapa la susah sangat untuk jadi pencinta? Bagi aku, diri aku sendiri ni hah..Aku cukup senang untuk setia, untuk jaga, untuk patuh pada peraturan dalam setiap relation..Kenapa untuk sesetengah manusia, benda tu susah?

Ok, topik hari nih, sedikit jiwang..Tentang jantung, hati, perasaan, karma, pembalasan..

Pengalaman aku sendiri, dalam dunia hati nih, memang dasyat..Kalau nak cerita memang banyak part yang aku kena hiding, kena blur kan, kena cut..But FYI, my love life memang miserable, unpredictable, unforgettable, ups & downs..

So aku sedikit emo, bila tahu kawan aku sakit..Walau aku tahu dia kuat. Walau dia lebih kuat dari aku..

Hmmmmmmmmmmmm..

Kita ada hari pembalasan, orang jahat ni lupa ke? Tak sempat taubat, masuk neraka la ko kan? Aishhhhhhhh..Aku tengah cari perkataan, ayat2 yang cantik untuk ditulis, agar takde yang sentap, agar aku tak ikut sangat emosi..Susah nak cakap cerita hati nih, tapi cerita hati la yang selalu jadi masalah kan? Selain duit.

Ada yang sanggup tikam kaum sejenis, yang anggap diri betul, yang anggap diri yang di henyak orang..Sedangkan? Ko yang cari masalah, ko yang terlalu ikut hati..Melampuai batas, untuk capai target sendiri? Sedar la kawan..

Aku kalau ada di satu titik, yang membolehkan aku melepaskan, tanpa menyakitkan perasaan keluarga aku, mungkin aku sekarang bukan dititik aku saat ini..

Aku jenis yang akan melepaskan, amik laa, kalau ko dah sayang sangat, kalau ko dah sanggup buat memacam yang manusia normal tak mungkin akan buat..Aku redha melepaskan, asal kaum sejenis aku puas hati..

Aku rela, hati aku berderai, pecah, guna la apa pon perkataan yang sama maknanya, aku rela..Untuk melepaskan..Aku rela..Sebab, buat apa kita nak berebut? Untuk akhirnya disakiti? 

Aku insan yang pernah kena hina oleh kaum aku sendiri, yupppsss aku pernah di'taik'kan..

Aku jenis yang 'biarlah burung tu terbang, kalau burung tu hak kita, tetap burung tu akan datang semula untuk kita'..

Dan dari segi perkataan, memang mudah ditulis..Untuk hadam dalam kehidupan, hanya Allah yang tahu, dimana setiap sujud aku, setiap rintih aku..Penuh duri tajam.

Yang merumitkan, bila sesuatu yang terjadi berkaitan dengan air muka keluarga..Itu lah perbezaannya..Itu lah sebab aku hanya mintak suatu ketika dulu, kalau mahu tukar hala, sila buat langkah sendiri, harap aku untuk mula langkah..memang aku menggigil untuk melukakan hati insan yang membesarkan aku..

Takpe lah, semua itu asam dan garam rencah kehidupan aku, selepas nih, mungkin lebih lagi..Yang pasti Allah itu perancang, tapi kita kena ikhtiar, berubah, tawakal, berdoa..

Jadilah pencinta yang jujur..Walau orang lain tak jujur. Walau orang lain main taik..Kita perlu jujur. 

Lepaskan..Kalau dia tercipta untuk kita, lambat laun dia tetap jodoh kita..Allah Maha Mengetahui..

Untuk kawan aku tu..Be strong!

Sep 26, 2013

Teringat


Aku terbaca.

Blog hamba Allah, tak kenal pon.

Aku terigat dalam-dalam.

Kisah hidup aku yang berbekas parut dalam.

Kuatnya Allah hadiahkan hati aku.

Terduduk, tersiat, terabak..Tapi masih ada nyawa.

Demi Allah, aku takut mengenang.

Kalau la kenangan ada tarikh luputnya.

Bahagian ini, perlu basi selaju cahaya.

Dan aku kena ingat! Jangan terbeli lagi bahagian yang sama..Cuba.

Tipu, kalau mudah untuk terlupa.

Bohong, kalau aku lupa dan tertawa.

Aku ada sisi hitam. Kisah suram. Hidup kejam.

Tak lurus jalan hidup aku.

Jalan aku pilih, berbatu-batu.

Jatuh beratus kali, tertiarap apetah lagi.

Sakit itu ulam, air mata itu ubat..

Sakitnya.

Allah hadiahkan itu, untuk aku rasa hari ini.

Dan banyak lagi Allah akan hadiahkan.

Percaya la.

Cari manis, dalam pahit.

Susah, itu la hidup.

T.e.n.s.i

Assalamualaikum..

Ya Allah, azabnya mengantuk kat opis tahap cipan tapi kena buntangkan mata ngadap pc.

Pehtu kena pulak tangkap gambar orang tengah training.

Pehtu kena plak senyum2 borak2..

Aku kalau tension, kening bekerut, mulut memuncung..

Haiiiii..

Semalam mengemas bilik tengah..

Perghhhhhhhh..

Bengkak2 mata, muka, idung..Resdung..Allergic kat habuk!

Rasa pedih2 dada belah kanan, bila terbersin berirama..

Ingat nak padam dah semalam..Lain macam rasa..

Suami aku pulak, buka kedai, tengah malam baru balik.

Bila dah kemas, dah iron baju dia untuk the whole week, dia pon dah balik, aku pegi la check bilik tu, tempat gantung baju aku tumbanggggggg!! Ini namanya zalim weyyy! zalimmm! Waaaaaaaaaaaa..

Ingat nak la dapat pujian ke hape dari suami, tapi aku pulak yang stress! Penat, sakit pon dapat, but the end result, semua corrupted! failed! damaged! WTF.

Aku rasa nak menangis pon ada.

Suami cakap aku overload sangkut bebaju kat tempat sangkut baju tu. 2-2 jatuh lak tu. Nampak sangat baju banyakkkkkk. Arghhhhhhhhhhhhh..

Perlu tambah lagi 1 ke? Ya Allah, ape la baju yang banyak nih..*actually aku berazam nak sangkut semua baju tanpa perlu dilipat* Wakakakakakakaka..

Tensi..


Arghhh  arghhhhhh  arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Semalam tido kol 2.15am. mengemas kain baju yang jatuh tu. Itu pon tak siap lagi. Takut nak sangkut semua. Takut pisang berbuah dua kali.

Arinih, sangap. Menguap.

Sep 25, 2013

Kengkonon busy..

Assalamualaikum..

Aku malas.

Aku macam tak sehat.

Penat tak abis.

Sekarang tugas betambah..

Kena iron seluar baju suami katanya..dulu non hadooo! Dulu lakiku pegi keja pkai jeans, baju sempoi..Hahaha..

Sebelum gerak pepagi, kena buat air..Wahhh! Sangat mithali, untuk diri sendiri pon aku tak buat.

Terima kasih Allah atas rezekiMu..

Moga permulaan untuk kami jadi lebih baik..Jangan makin jahanam sudah!

Badan panas. 

Tekak perit.

Dah 2 hari MC, tak kan nak tambah lagi.

Senin aritu aku cirit.

Cantekkk, lepas suami aku muntah2 cirit birit. Aku pulak.

Pehtu jumpa kengkawan, bantai cakap aku kurus.

Aku kurus, tapi belemak kt pinggang, perut..Hahahaha

Hadoi tak sabor nak balik.

Perlu ke aku memasak?

Menu ringkas je dalam otak.

Goreng ikan, ayam, sayur..cicah kicap.

Sekian.

Sep 20, 2013

Body nak macam kila ana zila tu boleh?

Assalamualaikum..

Errrmm..

Salam Jumaat Barakah! =)

Bosan jugak ek walaupon..

Aishhhh..

Korang guana?

Orite?

Aku nih "sakit tayar" bak kata ore kelate..Hehehe..

Pepagi dah telan nasi minyak, tapi harinih aku reti mintak nasi separuh je, untuk masa depan! 

Tengok perut, dah macam perut hyppo, tengok peha dah macam peha ayam daging, tengok pipi dah macam pipi doraemon..Apa lagi nak tengok? Memang sume buruk la pendek cite! Kena la pandai2 mintak portion separuh dari biasa..Pepandai la labuuuu asal ko bahagia.

Semua suruh aku buat sit up..sebab kononnya aku x gemuk, aku kurus, tak yah ngengada nak diet ke, nak exercise ke..Aku kecoh! Aku poyo! Mengada lebih..Sesedap mulut je ko cakap macam tu ye jahhhh..

Perlu ke aku tunjuk perut aku yang belapis 5 nih?

Perlu ke aku mintak ko picit2 lemak tekeluar kat tali bra balakang aku tu?

Perlu ke ko tengok peha aku belaga2an bila aku bejalan?

Perlu?

Eh, aku emosi sikit..

Aku takde la nak tunggu gemuk betul, baru nak pandai risau badan takleh turun..

Aku takde la nak tunggu kena pakai baju size L baru risau sampai takley nak hadapi kenyataan badan serupa lembu bunting..

Lagipon, aku tau, aku makan camne..Memang dah banyakkk sgt amik karbo, nasik macam untuk 3 orang makan aku telan dalam sehari..Pagi nasik, tengahari nasik, malam nasik..Cuma aku tinggi dats why korang ingat aku kurus, padahal? Puiiiiiiiiii

Jeans aku pon dah sendat tahap buntut kemek sebab seluar tak cukup besar..Pehtu kat bahagian pinggang tu dah tekeluar2 lemak boleh tuck-in! Ko hado jahhhhhhh? Hakak hadooo!

Sebab itu la aku kena sedaya upaya lawan selera makan naga aku sekarang nih..Sit up tu aku nak buat, tapi tak daya lagi nak lawan dengan kuasa malas gila bab aku yang memang sebati dalam darah aku!

Berat aku tak naik sangat, just sikit2 je, but my body figure dah belemak sana sini, walauuuuupon..Aishhhh

Problem betul la bila nak cecah 3 series nih!

Sep 19, 2013

Rindu.......No?

Assalamualaikum..

Aku kan pemalas.

Bila suami duduk jauh sikit, aku lagi la jadi pemalas no. 1 kat rumah! Hoooyeaaaahhhhh!! Selama nih suami aku pegang title tu *pemalas ya rabbi* sekarang ni kan dia takde, so aku la merampas takhta! Hahahahahahahaha..

=(

But, its not funny at all..There is a big empty hole in my heart..Pffffffffffff

Suami aku kat Johor sekarang, tengah berhempas pulas telan hidup baru dia..

Aku harap dia teguh tempuh jalan untuk bahagia ittew *mood beterabur*

Megi Daging Kasih Merindu nama diberi..Wakakakakak, hakkktuiiiiii
Nak resepi? Mari aku kasi, untuk jadikan megi korang hebat telajak macam aku punya..

Bahan-bahan : Bawang merah sebiji + bawang putih 2 biji + halia seinci + lada kecik 5 biji + Daging secukup rasa = dihiris nipis sesuka hati sambil berjoget riang kat dapur sambil nyanyi lagu Madah Berhelah. pehtu aku guna Megi Goreng Sedap Original sebungkus.

Sedap oiii..Perghhhh! Ini la masakan paling sedap kat dunia bila suami takde kat rumah! Hahahahaha..Makan pulak sambil tengok tv tanpa suami mengecek2 nak sikit tapi amik banyakkk ialah heaven! Heaven ke? Sentap Mak Nyahhhhhhhhhhhhhhh!!

Rindu suami kannnn? Tapi tak mengaku *lap air mata pakai ujung tudung*
Semoga bahagia itu terselit disetiap yang Allah rancangkan.

Kita merancang, Allah juga merancang, tapi rancangan Allah yang paling indah..

Aku simpan setiap tawa, untuk persembahkan nanti..

Biar sembuh luka itu, khas untuk kita berdua..

Tak semua hadiah yang indah dibalut cantik, adakala ia kotor di luar, hitam! 

Tapi di sebalik hitam itu, punya warna warni yang Allah sedia untuk orang yang sabar..



Tengok, aku dah terover pulak. Sebelum aku tulis puisi yang mengarut apa kejadah, baik aku berenti stop kan entry nih!

Rindu suami.

Kbai

Sep 18, 2013

Selamat pagi uolls

Assalamualaikum..

Perghhh, tadi pagi jammed beb..Tapi aku ada cable yang calling2! *hempas shawl ke belakang kuat2*

Ada yang whatsapp, ada yang called.. So, makcik selamat dari jammed kiamat tuh! Buat u-turn dekat depan Shell, rentas desa kat  Sg. Karang masuk Balok!

Tapi macam biasa la, nama pon kampung, memang memacam ragam la, dan kompem aku lambat sebab nama pon kampung *pffffff*..Dengan sekolah budak melintas, pakcik tak pakai helmet keluar melulu nak beli nasik lemak dekat simpang sebelah, budak sekolah naik basikal melintas girang..Kennnn? Mak berzikir..

Ini jadinya..Aku amik kat twitter. Lori beras? Kalau betul beras, mari la kita amik, 5-6 kampit sorang, untuk 2 tahun tak yah beli dah!

Laju la nih..Tak pon, nak try test boleh corner lipat tak!
Sungai Balok..Tenang..Tapi siapakah dapat meneka di dalamnya?

Aku keja kat kawasan industri kat Gebeng..Ini 1st time aku pegi keja lalu ikut sini..So pemandangan asap bekepuk2 keluar sana sini, itu fitrah.


Sep 13, 2013

Video pon hado!

Ok, ini percubaan pertama guna Keek, walau dah ada account dah lama!

Kejap je masa dia kasi,  just 36 saat!

Korang tgk la yg sikit ni je ye!



Sep 12, 2013 | bila gian memuncak! by jetsemut on Keek.com

Bila dah lama tak lepas gian..

Assalamualaikum..

Aku terus rasa gian yang amat bila tengok geng2 blogger hebat si Filla, Peej & Elly berjimba pegi berkarok arituh..Nak pulak bila aku tengok diorang nyanyi lagu "Trauma yang melanda menghentam2 jiwa, selemahku lemah daku berserah" sabil buat effect joget ke kiri ke kanan! Perghhhhhhh..Aku giannnnnnnn! Kenapa korang buat aku cam gini??

Dah lama wey tak karok sebegitu rupa..

Apalagi, aku pon send la whatsapp kat group bini2 orang dengan sepantas kilat!

Aku: Jom karok wey petang nih? Aku gian laa..Amik 3 jam, dari pukul 5pm - 8pm..Eh?

Nana: Ko dah kenapa tetiba tak menyabor nih?

Aku: Aku takley weh, aku nak melalakkk!

Puyi: Jom

Kama: Set, aku cuti harinih..

Dipendekkan cerita, walalupon susah sikit pada mulanya, tepat pukul 5.15pm kami dah sampai kat Sinaran, belakang Petronas Bypass tuh! Yeayyyyy! Geng bini orang yang gedik macam anak dara, tak sedar diri, terencat akal! Wakakakakakaka..Kesah?

Semua dah excited gila babi bila jumpa mic..Hahaha, takleh sabor dah! Tapi kena ikut giliran eh!
Si Nana, punya la bengong, pilih lagu banyak2 sekaligus, tak kasi chance dah kat orang lain, wakakakakaka..Dia ingat kami baik hati? 

Kama: Wey, next wey, next! Asek minah nih je nyanyi, bayar sikit!! 

Reramai: Wakakakakakakakakaka, JUMP wey JUMP lagu tu! Turn orang lain pulak!

Siap pilih lagu tapi aku lupa nak nyanyi camne, aku lettew..Aku pilih lagu Nurani tu, yang aku tau nyanyi bahagian korus je "Nuraniiiiiiiii" itu je, hahahaha..Dah kena bahan!

Ini la Nana, sengal, gemuk, mak2 sangat hari tu sebab pakai kurung cotton, kain dalam itam?? Motip ko pakai macam tu? Hahahahaha..
Yang pasti lagu trauma by elite tu wajibbbbbb la kan! Dah kegianan tu datang sebab lagu tu la kot! 


Ni puyi tengah nyanyi, tapi memasing dah tak sabar nak tunggu turn, menepek! 
Lagu Hotel California la paling cilaka, sebab nak dekat 2 minit music je, puas tunggu suara keluar! Lagu tu lagu si Nana pilih, terus ugut nak jump, nak jump, tekan next! nextttt! Boooooooooooooo!
 
Ahkak dok kesoh! Hahaha, muka macam cipan.
Tak dapat 3 jam, dapat 2 jam je sebab orang kat counter tu tak sporting nak kasi diskaun, kedekut cik bab! Memasing tak puassss! Wajib repeat nih, wajibbb!

Aku tak dapat nyanyi lagu Enggan by Fauziah Latiff, opkos la kena repeat!

Balik bepecah, diaorang pegi makan2 kat Kuantan Parade and beli gelang Nana, aku pulak balik lelaju singgah kedai beli ikan, sayur...Zasssssssssssssss memasak dengan jujur lagi tawaduk untuk suami tercinta, hahahaha, isteri jelita memang gini!

Next two week kita REPEAT!

Sep 12, 2013

Hidup

Assalamualaikum..

Selamat pagi nyawa-nyawa.


Beri gembira.........jangan kedekut.
 
Peneman pagi.. Resepi : 2 uncang teh, rendam dalam air panas menggelegak 1 mug, 4 sudu kecik susu pekat atau less. Kacau kasi sebati, rata. Hirup pelan2 jangan melepuh bibir.
Resepi kegembiraan pagi2..Perut kenyang sedih pergi..Aku hulur RM3, nah, makcik tu hulur sebungkus nasi bewarna biru *sebab nasi biasa makcik tak tanak dik* aku telan dgn hati yang lapang lagi pasrah....Sedap cik. Murah rezeki makcik..

Budak2 UIA datang opis minggu lepas. Aku check nutrisi badan. Ok, kembang jap bontot bila badan aku muda setahun dari umur hidup aku..Tapi mesin timbang tu buat aku gemuk sekilo lagi. Takpe, walau pon salah BMI aku 20.5 still. Tinggi aku pon semakin penyek. Dulu aku 164cm, tapi skarang hanya 1.635. Apa-apa je la dik, ahkak redah je.
 
Ini budak ada semut dalam hati. Semut tu dah gigit2 hati. Hati budak tu sakit.

Peneman, musuh, tempat merenjis air mata..


Aku punya cinta yang dipajak.
Aku tak mampu utk menebus.
Aku pecinta hingga mati.