Aug 30, 2013

Gaya hidup sihat

Assalamualaikum..

Ya Allah tetiba hari Jumaat ni la aku ada banyaaakkkk keja kan..Ermmm, kena curik masa untuk tarik napas jap, nak rest walau belum lunch hour! Aku bekejar kot!! Ponek akak ekau ni haa..

Aku sekarang nih dah jadi orang yang makan supplement weyy~ Hahaha, maklumlah macam2 dah penyakit, badan penat sebelum waktu tido, tumit bedenyut bila diri lelama, tak layan suami bila dia mintak dimanja *pitammmsssss* gedik sesungguhnyaa ayat last ittew, tapi hakikatnya memang aku mudah penat lately nih..Mengah je bila bekejar sana sini, padahal biasa je kerja aku sehari2..Dah macam mak nenek kengkadang aku gred kan diri aku, sebab aku yang dulu 2 hari tak tido pon masih power!

So, aku start minggu nih dah makan Shaklee - 2 jenis aku amik..Itu pon nak kecoh kan? Tapi bagi aku itu dah peningkatan dalam hidup, sebab before nih, aku dok sebuk abiskan duit kat benda2 yang takde faedah untuk kesihatan aku, untuk jahanam lagi ada! Hehehe, so kita tengok perubahannya nanti =)

Aku sebenarnya takde la nak cite pasal supplement hape ke, bape hinggit ke, sebab aku rasa semua orang dah pandai jaga kesihatan diri, aku je yang terlambat keretapi, baru nak start! Yang aku nak cerita skarang nih ialah sejak aku telan berbijik2 pil tu, aku perlu minum air yang mahaaaa banyak! Untuk proses bendalah tu nak kasi tindakbalas sepenuhnya..Arghhhhhh, 2 liter per day kot air masak. 

Aku mana la peminum tegar, nak pulak kalau kat rumah, memang payah sesangat la aku nak minum air masak. Nak pulak aku kawen dengan orang yang lagi liat nak minum air jernih tu, suami aku pon suka minum air bercolor2, lagi laaaa aku liat kennn.

But dont under estimate yourself Jet, u can do it! U must actually to do it, to drink 8 glasses of plain water everyyyyyyyyyday, walau weekend ye! Hang tu dah tua, buat cara tua!

Ni botol air kat opis. Penuh dapat 1.1 liter. Aku kena telan 2 botol air setiap hari. Aku setakat ni bejaya abiskan sebotol before lunch hour, tapi after lunch hour aku sengkak, dapat minum separuh je, hehehehe..Mengelat, still. 
Actually after aku amalkan minum air masak tahap perut pecah nih, kencing aku opkos la kan lawas, aku tengok, aku punya system perncernaan pon boleh tahan betul gak skarang. Mudah! Pehtu, orang cakap minum air bebanyak nih, boleh kurus badan cepat =) nanti kita monitor eh!

Pehtu kan, orang cakap kulit akan lawa, makin lembut, mari kitaaa kasi kata2 perangsang untuk diri sendiri, supaya semua ini tidak LEMAU bila dah seminggu, wakakakakakaka..

Lagi kan, kalau minum air masak bebanyak tahap boleh bawak baldi bersama tadah kencing ni kan, boleh jadi awet muda!!! Yeaayyy!! Muda sepuluh tahun la aku pasnih, jangan korang jeles tengok kejelitaan aku nanti! *Muntah*

Mari amalkan gaya hidup sihat!





Aug 29, 2013

Nekyang pergi untuk selamanya..

Assalamualaikum..

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..

Nekyang ialah mak kepada Tok aku *isteri kepada Aki* orang Lubok Cina, Negeri Sembilan sempadan Melaka..Skema aku tulis.

Kami ada 5 generasi :

1. Nekyang
2. Aki & Tok
3. Mak & Abah
4. Aku dan sepupu sepapat yang lain
5. Anak saudara aku

So, sekarang hanya tinggal 4 generasi je laa, sebab semunya telah kembali kepada Allah yang Esa..

Nekyang belah kiri..terbaru masa raya, dah tak kenal siapa2 lagi..rindu.


Al-fatihah.


Aug 26, 2013

Dah la ada mata ikan dalam mulut, tercirit pulak

Assalamualaikum..

Aku dah 2-3 kali membuang..Nasib tak cirit dalam keta tadi, sempat sampai opis.

Tak ingat pulak aku makan hape..Hadoiiii!

Air je kot yang keluar. Pehtu perut merengat2. Nih aku tahan je nih.

Owhhh today is Monday kan? Semangat nak buat kerja kena push sikit, kena ajar sikit..Kalau tak, memang dari pagi sampai ke petang la aku dok buat2 kerja, tapi satu kerja pon tak buat..Hahahahaha

Dalam mulut aku pulak atas bawah ada ulcer, weeked arituh, aku amik garam kat dapur, aku tenyeh je! Merasa la airata macam air ujan, tapi aku dah tak tahan weyy, sampai bedenyut gigi2 hari2. 

Lepas aku garamkan yang kat bawah *belakang gigi pulak kali nih* aku garamkan pulak yang kt atas, dinding mulut tu belah kanan. Yang kat situ memang kaw2 aku terejat! Sakit macam kena toreh ngan mata pisau seposen beli kat kedai Pak Lang! Perghhhh, tekemut aku, nasib tak tekencing..Tapi aku tahannnnnnnnnnnnnkan je. 

2 kali aku buat gitu, aku lantakkan sakit tu, aku redha..Arinih still ada, tapi aku tengok, yang kuning2 kt luka tu dah takde, luka jadi kecik, pehtu masa kumur, aku kumur kuat2 dah tak bisa sangat. Memang petua isi garam nih bejaya sikit untuk aku, tapi sakit dia kena tahan laa..

Aug 23, 2013

Hi Jumaat..

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi =) rezeki panjang umur boleh merasa sekali lagi Jumaat kali nih..

Mengantuk gila aku harinih, semalam bantai borak ngan suami, tak reti esok nak keja, konon2 nak mengisi masa yang ada sementara ada..

Tapi pas borak2, hepi2, tetiba tersentap pulak, bukan aku je sentap, dia pon sentap. Dah memasing jiwa kacau. Hadoiii..

Aku pulak rasa isteri derhaka..Adakah mau period? Sebab aku kalau berbolak balik hati nih, memberontak tak pasal2, tandanya aku nk datang bulan.

Pehtu satu lagi cerita, mak aku selamat operate batu hempedu dia semalam kat Hospital Temerloh. Alhamdulillah, walau bapak lama ok..Ntah apa procedure kat situ yang take times sangat! Aku tak sempat cakap ngan mak aku lagi, jap lagi aku nak kol..


Aug 22, 2013

Amarah

Assalamualaikum..

Perghhh, sakit hati.

Mulut ko manis, tapi macam 360 darjah beza dari perbuatan.

Aku nih dok la pecaya.

Napa la wujud makhluk perangai macam haram nih. Kenapa tak pupus? Kenapa ko ada dalam hidup aku? Aishhhhhh *teran kuat sikit macam jun pyo buat*

Aku marah!

Aku kecewa la bongokkkkk!

Rosak mood.

Beribu dah carutan dalam hati aku nih. Kalau aku tulis kat dalam blog aku, maka 4 pages pon tak habis lagi. Haiwan haram tu, dari pagi tadi sampai skarang tak putus2 aku zikirkan. Ya Allah, berilah aku kesabaran. Berilah aku kelebihan dalam menahan amarah..

Tarik napas dendalam..tahan selama mungkin, lepas pelan2.Repeat..

Ok, semalam aku masak.

Lauk macam biasa je. Lemak cili padi kangkung dengan udang, ikan kerisi goreng & sambal gesek tumbuk sekali dengan ikan bilis pehtu perah limau kasturi sebijik. Terbaikkkk. Podeh macam melecur usus dalam perut. Hahahahahahahahaha

Dalam pukul 1.30am aku dah tingtong..ZZZzzzzzz

YA ALLAH CURAHKAN KESABARAN KEPADAKU

Image from lebai google.

Aug 21, 2013

Jiwa basi..

Jiwa ku basi

Dek rendam air mata

Kasih untuk cintaku

Dia mahu membukti

Alasan apakah mahu menghalang

Keras kulit luarannya

Dalamanku rapuh

Cinta, dalaman aku kesedihan

Ingin teriak tapi bisu diluar

Aku izinkan untuk ketenangan

Moga tercapai hajat

Lepas lelah kita

Jangan lupa diri

Bila tercapai niat

Aku mahu kita kuat

Kuat

Erat

Walau berat



Aug 20, 2013

Berita baik? No? Yes laa..Alhamdulillah..Tapi T_T

Assalamualaikum..

Hi, happy Selasa day uolls..Amik ko tajuk entry sangat kelam kabut keliru ke laut..

Dah lama aku nak cerita nih..Ermm, berita gembira? No? Ermm..Ntah laa..Tapi syukur kepada Allah atas rezeki nih..

Suami aku dapat kerja baru..Jadi gomen staff, Alhamdulillah.. Setelah berkali2 berinterview, bermakian dalam hati pung pang pung pang, tup tup dapat panggilan before raya raya haritu =)..Tapi ceritanya pelik sikit weyy..

Korang bayangkan last interview suami aku attend ialah last 4 years ago. Pastu takde dah dia pegi memana interview. Dah penat. Dah fed-up. Cuma, yang last interview tu dia dijadikan calon simpanan. Itu je. Tapi kalau dah tertulis rezeki kita, tetap akan jadi rezeki kita..Cuma lambat dan cepat je..

Cuma yang jadikan kami betul2 confuse, terdiam sejenak, ialah..Camne ngan bisnes dia? Kedai baru renovate, baru beli tempat cuci rambut, kerusi baru, barang2 lain yang baru..Terus sentap.

Yang lagi buat aku hiba, nanti kemungkinan aku takleh duduk sesama satu rumah dah..Mungkin akan jadi weeked wife sahajo! Adoiiiyaiii, berat sangat hati hakak nak face situasi nih, walauuu kat luar hakak kental! Hakak siap kasi kata2 perangsang kat suami untuk dia takyah fikir sangat hal lain, tinggalkan dulu hal lain, termasuk takyah fikirkan lagi pasal aku nnt T_T yang penting dia accept dan pergi dulu..

Aku lebih suka dia pergi, walau kat mana orang campak *ya Allah, kasi la Kuantan untuk suami aku bekerja* sebab untuk masa depan kami jugak..Bisnes boleh mula semula, walau kat mana2..Sebab dia dah ada skills, dah ada pengalaman, cuma perlu cari tempat baru, customer baru..Tapi kalau dapat Kuantan, ya Allah ku bersyukur sangat *Ok, dah gembeng*

Kawan2, tolong doakan suami saya dapat bekerja kat Kuantan eh..Takyah berpisah, boleh at the same time running bisnes..

Aku tengah tengok borang2 dia nih, kalau harapkan dia, memang lagi last minute punya orang, mengalahkan aku! Hehehehe..

Kalau sesapa yang ada, boleh tolong..Aku pinta pertolongan..

Masa sambut menantu wedding kami. Pengantin kena kait kelapa..Hihik.

Penat..

Tadaaa..Hasilnya!

Aku sayang dia ya Allah! Jangan kau bolak balikkan hati kami..Dan kekalkan semua niat ini untuk dapat keredhaanMu ya Allah..

Bulan 9 katanya ada mega gathering! Yeayyy! Tapi dah jadi gini, rasanya kena postpone..


Hamik ko takley besar lagi gambo! Hahaha..Lelaki nih kalau aku benci, aku benci sangat2 sampai rasa nak goreng buat juadah berbuka puasa..Tapi jauh kat satu special corner dalam hati, dia lah sesatunya yang hakak sayanggg, auuuuwwwwww!
Suami, sila jaga tingkah laku, bertanggungjawab, setia, ingat isteri..

Aug 19, 2013

Monday patelu pateley!

Assalamualaikum..

Kejap je kan dah minggu baru, hari senin bermula..

Fuhhhhhh..Ada getaran dalam jiwa..eceh!

Harinih aku half-day..Suami aku baru je called tadi, nak bawak mak keluar jap, ada hal..Ok, In Shaa Allah, kalau umur panjang..Mintak2 boss aku sporting, cool, jiwa rock, senyummm je bila approve coti aku tu jap lagik, hihik =)

Aku bosang nih. 

Takde idea nak tulis.

Mood nak cuti tetiba muncul bila dah apply cuti, walauuuuu separuh hari! Wakakakaka..

Gabra bongok aku nih!

Semalam Mak, Abah, Ati & We's family datang beraya kat umah..Aku apa lagi goreng mihun la kenn, itu je yang pandai! Hahaha..Semalam punya mihun ada yang tawar, ada bahagian masin, nampak sangat pemalas nak kacau sebab mihun tu berat! 

Dah la umah aku semalam, umah terakhir diaorang datang, perut memasing dah kenyang terbalik pusat! Tinggal sebekas dalam peti malam tadi, nasib suami aku makan berulang, paksa rela! Hahaha..

Ya Allah, aku mohon berdoa padaMu, kami nak Kuantan ya Allah, kami nak Kuantan..Amin..

Aug 16, 2013

Hakak gebu!

Assalamualaikum..

Jumaat yeyeah! Jumaat yeyeahhh!

Pejam celik, pejam celik, dah hari Jumaat kan, dah hari ke 9 Syawal, dah makin tuo kertu deknon memasing!

Hakak kan, selalu kena sakat, kena tegur, kena ejek dek laki hakak bahawasanya muka hakak dah kertu =( dah bergaris2 katanya, kedut tak hingat katanya lagi! Sentap jantung uolls, dia je nak licin, kolagen telebih, bahagian kita pulak semua yang jenis bekedut, macam getah spender longgar muka kata dia..Ko hado laki macam gini? Haa, hakak hadoo!

Aku memang, kalau bab2 jaga muka ke, tepek krim2 segala jenis setiap pagi, setiap malam, memang aku malas. Aku tak kuasa, terseksa! Jenis nak cantik kulit gebu dengan cuci muka je? Bab cuci muka, memang aku suka, setiap kali mandi ke, tak kira la kan, aku mesti cuci muka..Tebiat sangat kan?

Tebiat aku satu lagi lak, sukaaaaa beli (eh jap lagi sambung, nak ke jamban)..Ala dalam toilet ada orang pulak, sambung jap, sambil muka menahan..Aku suka beli barang2 kecantikan nih. Beli nak pulak 1 set. Tak nak kalah. Pehtu semangat dalam hati, aku nak pakai semua, ikut steps, tak nak mengelat dah. Kata hati murni aku..Harapan. Yang ikut steps 5 hari je, hari ke 6 terus buat2 lupa, buat2 dah tertido, buat2 tak jumpa cari pon boleh. Alamatnya, yang akan habis ialah hanya pencuci muka sahaja. Toner ke, krim siang malam ke, krim saja 3-4 botol kan kengkadang tu? Berabuk la sampai tahap tak leh baca tarikh luput..Hahaha..*camne nak kulit gebu perangai macam haram* 

Tapi semangat aku nak cantik balik, kembali lagi!! Wakakakakakaka, aku sendiri gelak kat diri sendiri kali nih..Aku tau akan berlaku pembaziran punya..Aku kenal sangat diri aku nih! Dan suami aku pon kenal siapa isteri dia nih, tetiba =) Aku beli lagi weyy 1 set barang baru. Kali nih murah je. Tak sampai beratus pon. Hehe, kalau tak pakai, kira takde la sesal sangat. Kira boleh lega sikit la, haha..

Steps simple je. Sabun, krim siang & krim malam. Dah 2 minggu kot aku pakai, Alhamdulillah aku masih ikut steps tu. Tak mengelat sangat la, kalau mengelat pon aku just buat2 tertido malas nak pakai krim malam tu je, hehehe..Set nih katanya ada kolagen. Boleh licinkan dan gebuskan. Mata aku terus bersinar2. Hahaha..

So, ceritanya kat sini, tadi pagi sampai opis, hakak kena puji! Yeayyyyyyyyyyyyy! Katanya kulit hakak dah gebu! Katanya lagi muka hakak berseri. Wakakakakaka..15 saat sekali aku tengok cermin atas meja nih, sambil try kecik kan lobang idong, wakakakakakaka. Bangga dengan disiplin diri pabila berjaya ikut steps walau baru 2 minggu dan dah ada orang notice =) Berbaloi2 usaha yag tak seberapa. Walau suami aku memang tak nampak hape2, walau dia cakap sama je. Benci!

Itu je aku nak bangga kan sebenarnya. Aku kena puji. Tak tau la betul ke tak, sebab aku tengok muka aku sama je, takde pon cahaya2, hehehe..

Aku pakai set kolagen gapodio pon aku tak hingat. Hehe, beli ngan member je. 

Konon2 gebu. Hahaha

Kecantikan hak milik peribadi..Wakakakakaka, Sebenarnya aku tak nampak pon perubahan, tetiba aku rasa aku tertipu disitu, siapa puji tadi mesti nak kan sesuatu dari aku..Tetiba rasa nak sekeh diri sendiri, hahahaha..


Aug 15, 2013

Mihun terbaik malam tadi!


Assalamualaikum..

Eh, ko dah kenapa Jet? Mood takde? Taklaahh, mood ada, tapi kena cari,korek2 sikit..

Ok, semalam rumah aku kena serang. 

Iya kena serang. 

3 keluarga.

Noh and wife.

Abg Syam and wife.

Amir & wife..Eh, tak..Amir datang sorang..

Budak2 kecik 2 pasang. Hihik.

Noh called aku tengah2 aku drive balik keja semalam..Nak datang rumah katanya..Datang jelaa, macam dia orang lain dengan aku kan? Ok..But dia bawak geng wey, bawak geng! Hadoiyaaaii, hahaha..Datang je la, aku kan chef! Setakat 3 keluarga tu, kacang, tutup mata je aku masak!

Balik2 rumah laki den buat perangai. Moody macam harem. Aku malas nak layan.

So aku ingat Noh tak jadi datang la ken, tapiiiiii, tengah2 aku dok membungkang tido pukul 10 malam gitu, diorang datang serang rumahhhh!

Arghhhhhhhhhh, aku terkangkang! Panjat Kak Ton!

Terus bersilat aku kat dapur. Nasib bini Noh tolong potongkan sayur. Hahaha, iyaa dia potongkan sayur untuk campak dalam mihun. Hahahaha, ngek betul!

Aku beli 2 bungkus mihun cap terung tapi aku goreng sebungkus je. Aku goreng ikut sebijik2 cara mak buat. Cuak weyy, cuak. 

Nasib takde taik mata sempat selet sapu kat baju, nasib sempat pakai bra *mati* nasib sempat tukar seluar panjang..Tapi aku tak sempat dah nak sarung tudung *pasrrrahh*

Tumis bawang merah bawang putih, dah wangi baru masuk cili blend. Pehtu baru masuk kicap, masuk ayam sekali..Kacau..Aku tambah sikit je air, isi garam dengan pak aji, campak mihun yg aku celur sekejaapppp je dalam air panas sebab katanya kena serang, takdenya aku sempat rendam lelama dalam air lelama kan? Pehtu masuk sayur sawi dengan taugeh..

Memula aku rasa mihun tu macam tawar, terus tanya Fila isteri si Noh..Hahaha, gelak dulu sebelum aku tabur garam sekali lagi dan kacau lagi! Guna 2 senduk hokeyyy! Ok, siap!! Sebiji macam mak buat! Caya laaaaaaaaa.. *Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik!*

Syabas untuk diri sendiri! Aku bangga weyy! Walau suamiku tiada dirumah, dia emo kat kedai gunting rambut orang, kami tetap mengilai reramai dan bergosip sambil makan2!

Dah boleh masak kenduri dah pasnih.

Pengsan.

p/s: Aku tak rasa langsung apa aku masak semalam, diaorang tinggalkan sepinggan, malu nak abiskan. Aku kemas2, letak la kat atas meja tutup dengan surat khabar. Aku nak pegi keja tadi tengok2 dah licin suami i tibai. Bangga sekali lagi =)



Aug 14, 2013

Menyambut menantu!

Assalamualaikum..

Hi uolls =)

Selamat hari raya, maaf zahir & batin eh yang mana aku buat hati korang terkesot, terkehel, teralih tu..

1st year raya as a wife gitu untuk aku raya tahun nih. Tak banyak yang berubah, rumah mak mertua aku dekat je, aku kentut dari rumah aku dia boleh dengar? Wakakakaka..

Aku tak bawak pulak cable camera aku, aku paste kan dulu gambar sambut menantu sepupu aku eh, tunggang langgang la sikit, raya pertama punya gambar next entry la puloks, ye? Hehe..

*Aku dah naik 2kg pas puasa, baru timbang tadi, korang pulak camne? Puasa haritu berat aku tak turun pon padahal..Aishhhh*

Nah amik la cuci2 mata sambil bersungut perut memboroi, tapi mulut mengunyap biskut raya jugak!



 Suami aku buat community service, hehehe..gunting rambut free..Ini 1st customer, si Ariq yang gagah perkasa tak menangis, cool lagi muka masam macam gangster kampung! 

Lokasi: Belakang rumah tok kat Kg. Mengakarak terchennnntaaaa~!
 
 Muka ko Ariq memang tak leh blah! Rasa nak ramas je pipi tu kan! Hahaha..Budak kecik nih anak bongsu Abang sulong aku, dia tak suka kat perempuan, dia suka kat lelaki. Ini boleh menimbulkan fitnah!
Dah gatal2 badan. Lama sangat si Pandak menggunting. Hehehe, kejap berdiri, kejap mencangkung, kejap hembus rokok. Style kan laki aku?

Penyanyi perah santan, sendiri berlemak. Suami aku kat belakang tu dah tak leh berenggang dengan si Ariq..

Sepupu den! Tapi yang jejelir lidah kat belakang tu Pak Ngah aku, tak lama lagi jadi bapak lettew!
 
Cantik tak Kak Ton? Hehehe..

Aku malas nak pakai kain. Aku pakai jeans je. Senang nak bejalan! Panas menyengat masa nih. Nasib baik petang tu hujan!










Sebenarnya saya isteri dia..Hehe, love. *Haktuii*


Tetap berselipar jepon.


Gini la bila dah beranak pehtu anak besar2 belaka..

Abis, selamat pengantin baru Syafiq & Syiqin!

Aug 5, 2013

Cirit!

Assalamualaikum..

Aku terberak2 harinih.

Perut sakit pedih bedenyut berdengung macam washing machine tengah spinning.

Kalau kat rumah nih, aku rasa selamat dah aku masak nasi, goreng ayam, buat sambal gesek. Hahaha..Dugaan betul bila perut pedih pehtu berak..Adoiiii! Menggigil lapar nih.

Aku pernah sampai pitam sebab cirit plus sakit yang terlampau!

Takde la pitam sampai kena ada orang angkat, tapi masa aku nak bangun dari berak tu, aku tejelepuk semula *nasib dah cebok* sebab BP aku rendah sangat kot? Tahan sakit lagi..Masa tu dah la duduk rumah sewa sensorang, menangis hakak sebab ingat hakak nak mati dah tau! Hahahaha..

Ni bedenyut lagi perut tapi ku tahan jebat.

Malas nak masuk toilet lagi..

Aku dah rasa dah semalam, popiya pedas aku beli tu semacam je bila aku kunyah. Tapi aku telan jugak, aku hadam slumber! Aku takut laki aku marah. Laki aku garang bab2 beli makanan membabi buta nih. Ini la hasilnya! Jadi sahabat sejati jamban aku harinih.

Adoiii laa, nak balik! Nak balik!

Dah malas, dah malassssss!

Assalamualaikum..

Aku memang takde mood nak kerja ke hape arinih, opis lengang wey! Radio sebuk pasang lagu raya, ko hadap la jet kennn!

Jom la layan gambar.

Aku mood ke laut. Tadi tengok suami elok je membengkok tido dalam hujan! Hadooiiiii, rasa nak MC je tadi, tapi well, aku kan pekerja cemerlang? Mana boleh MC *tangan kat bahu mata ke atas terus juling*

Jumaat lepas kat opis sada shooting raya gitu. Retis sangat! So memasing kena pakai baju kurung raya. Baju raya 10 tahun lepas pon tak hape deknon! Hahaha..
 
Ni gambar tuan tanah. #Selfie sangat. Ramai yang tegur pipi aku macam kuih pau. Korang nak pipi gebu gini, makanlah bebanyak masa berbuka, selepas berbuka, pehtu tambah nasi masa sahur. Senang je kan??

Dengan kakak kat opis yang dah bersuka ria di kampung halaman kat Kedah! Hohhhhhh!!

Geng2 lama kat department lama..Aku pegi bersalaman. Maklumlah telebih cantik haritu. Setahun sekali pakai baju kurung pegi opis. Tinggi ek aku? Hahaha, heels 80 inci, ko hado?

  
Ni kat umah makcik aku. Jumaat tu aku berbuka rumah makcik aku, laki aku berbuka sensorang kat kedai, sian dia sapa suruh takmo datang. Tapi makcik aku tapaukan semuaaaa lauk yang dia masak tau! Bertuah punya anak sedara.

  
Ni time tak berbuka lagi tau. Budak nih dah mentekedarah 4 ekor ikan lebih buat kerabu pucuk paku..Aku telan ailio 15juta kali. Cacing terus kepanasan!





 Lepas kekenyangan, main masak2 pulak. Hampas kelapa tu, ko ramas la sampai lembut tangan. Hehehe. Sekarang senyum takleh buka mulut, gigi dah rongak! Hahaha, sweet =)


Anak bongsu baru bangun tido. "Kandak, kandak, Naim nampak bintang!! Warna apa Im? Biru = ="


Si Abang Ngah. Hehehe, Sekian.




Aug 1, 2013

Peace

Assalamualaikum..

Eh, tadi pepagi buta, ko serang hendap aku.

Datang siap bawak senjata nak bunuh aku.

Tecengang2 aku , ape kes?

Ini pukul, ko datang bawak gelak terburai..

Eh, siuman ke tidak otak ko nih?

Aku layankan aje, aku malas nak beremosi dengan orang yang jenis gila nak semua dia yang betul.

Aku buat kerja aku, ko buat kerja ko, tapi cara ko tadi macam nak tebalikkan periuk nasik aku tanak.

Ko tau sini je punca rezeki aku?

Ko tau aku pon tak hingin ada hubungan dengan ko?

Macam best je bunyinya lagak ko.

Eh aku boleh dipanggil anak.

Ko boleh dipanggil emak.

Ko layan aku gitu, ko tak fikir ke anak ko guana gaya?

Dunia ada cash payment.

Dunia pon ada loan buat installment.

Aku rilex2 je, aku maafkan.

Sebab aku fikir, dunia aku masih ada, mungkin aku atau anak beranak aku akan buat apa yang salah.

Aku nak belajar. Aku tak nak ulang.

Terima kasih untuk pagi tadi.

Aku belajar, dah tua usia tak semestinya matang perangai.

Tapi aku banyak buat dosa kering kot?

Sebab 2-3 kawan dah aku war-warkan.

Kesan tidak puasan hati.

Nanti kita salam2 la kak.

Peace.
 


Korang balik raya?

Assalamualaikum..

Dah nak raya tak lama lagi beb, minggu depan je kan? Amacam dah siap sume tok nenek untuk raya?

Hehehe..Aku sehelai baju pon takde lagi. Kesian hakak kenn?? *Air mata hakak tumpah dipipi gebus*

Tahun ni 1st time aku beraya rumah orang lain. Tahun ni 1st time aku takde kat rumah mak. Tahun ni 1st time aku tak makan mihun mak masak pepagi, tak makan sate mak tempah, tak tolong mak menyebuk2 kat dapur..Aishhhh *Aku sebak*

Aku takde la rasa nak sesedih lagi skarang, cuba perasaan becampur aduk je kot..

Sian pulak kat mak aku kena buat kerja sensorang tahun nih. Walau aku takde la membantu sangat bila hari raya, tapi sekurang2nya ada la anak beranak masa raya..ye dok? Ini tak, raya tahun nih, mak aku beraya bertiga je lah..Abah, mak, adik aku si Ati..Mesti kelam kelibut sikit, hehehe..Yang mak marah abah, yang abah marah mak..Gitu la setiap hari pong!

Owhh, mungkin family abang aku yang duduk kat rumah lama kami dulu akan datang tolong mak..Mintak2 diorang datang meramaikan rumah, menaikkan mood raya keluarga aku..Hehe, keluarga abang aku tu ramai sikit, aak dia je dah 5 orang (jenis belari, main panas, gaduh, pecah tekak aku menjerit kat diorang), semua kekecik lagi..So nanti mesti happening sikit, ada la riuh kat rumah..

Biasa pepagi raya, akan kecoh kena gerak ngan mak, memasing tak reti bangun sendiri kalau kat rumah mak nih..Mandi2, siap2, mekap2 time, pehtu sarapan pagi.. *Ok, dah rasa sesuatu kat dalam* Pastu tangkap2 gambar, hepi2, gelak2..Salam2 ngan semua yang ada..Ada yang gembeng, gembeng laa..Ada yang tak saborrrr nak dapat duit raya pon hadooo!

Pehtu pas besalam2 tu kami terus pegi rumah tok kat Kampung Mengkarak dihatiku! Kat rumah tok lagi la kucar kacir, bepuluh2 orang, bergelak, suara semua jenis petir, jenis guruh, jenis kalau cakap, selang 5 buah rumah boleh dengar lagi suara kami! Hahaha..

Kalau aku sambung lagi nih, mau beli tiket bas aku jap lagi nih, hahahaha..Baik berenti!
 
Arghhhh, tahun nih aku beraya kat Kuantan jer weyy! Tak balik kampung, raya kat rumah sendiri, rumah mak mertua aku dekat, kalau aku kencing pon dia dengar *Tampar diri sendiri* 

Mesti pelik, mesti aku rasa macam nak naik bas balik Mentakab, wakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka.

Ok, la itu je pon, dah sambung kerja dalam air mata.