Jul 31, 2013

Ini je lauk berbuka aku..Makan luar

Assalamualaikum..

Owhh mood malas meresap setiap urat, setiap saraf.

Ini je lauk aku berbuka..Tapi sku pon tak tau ini berbuka hari apa..Dah 2-3 hari tak masak kennnn..Asik menelan air tangan abang2 Thai restoran sebelah kedai suami. Sampai aku tak tau nak order hape..Owhh semalam aku order ayam goreng pedas la pulak, pehtu sup pehtu telur dadar. Settled!

Suami dah jeling stock mata boleh masuk ke tepi dah weyy sebab kemalasan aku. Padahal aku beli barang basah. Lengkap je barang2 kat rumah tu. Sayur bejenis2 beli letak dlm fridge..Tapi kemalasan aku tahap ko jeling sampai buta mata pon hakak buat taktau je? Wakakakaka..

So semalam sebab rasa bersalah? Eh bukan rasa bersalah, sebab aku dah masak nasi, tak berusik dan nasi tu masih dalam posisi 'warm' dalam rice cooker tu, wakakaka! Ko mampu panaskan nasik sampai sehari suntuk? Masak nasi sahur semalam, sahur harinih baru nak makan? Aku mampu deknon! Sebab sahur sebelum tu aku tak terbangun tido, tido mampos.

So tadi pagi aku pon goreng ikan bilis peberet turun temurun, isi bawang besar ngan lada kecik banyak2 stok bedesing. Pehtu telur mata sorang satu, jangan rerebut. Indah je, aku bertambah makan, wakakakaka..Sedap sangat rasa bila kena ikan bilis, telur kicap tu pehtu nasi pepanas..Ya Allah, nikmat setiap suapan!!

Takde la aku amik gambonya. Laki aku dah pandai memarah dah skarang nih. Cakap aku dah mental sangat.


Jul 30, 2013

Qadha & Qadar Allah

Assalamualaikum..

Kadang2 kita kat dunia nih akan diuji..

Tak kira ujian kekurangan kasih sayang ke, penyakit ke, dilema tak boleh berbuka puasa dengan keluarga ke, atau tak balik raya sebab dah kawen? Hahahaha *sentap ahkak sebab tahun nih tak balik raya pertama*

Kadang2 kita tak sangka semua akan terjadi macam tu, sedangkan kita plan awal2 lain, tapi lain jadinyaa..Kennn? Pernah hadap? Hadam jer la kennn? Hahaha..

Itu la kehidupan.

Kadang2 nangis sebab hepi, kadang nangis sebab sedih..Kadang2 aku nangis sebab takde pasal, air mata belebih. Aku gitu la, sifat gembeng tu menebal sangat. Tengok budak kecik pon tetiba nak nangis? Hahahaha..

Kesimpulannya hidup nih ada qadha dan qadar..

Qadha bermaksud ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali tentang segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya sesuai dengan iradah (kehendak-Nya), meliputi baik dan buruk, hidup dan mati,dan seterusnya.

Qadar bermaksud takdir Allah SWT yang berlaku bagi semua makhluk hidup, baik yang telah, sedang,maupun akan terjadi. Qadar adalah perwujudan ketetapan (qadha) terhadap segala sesuatu yang berkenaandengan makhluk-Nya yang telah ada sejak zaman azali sesuai dengan iradah-Nya. 

Ok, contoh untuk perjelaskan :

Saat ini Abdurafi melanjutkan pelajarannya di SMK. Sebelum Abdurafi lahir, bahkan sejak zaman azali Allah telah menetapkan, bahawa seorang anak bernama Abdurafi akan melanjutkan pelajarannya di SMK. Ketetapan Allah di Zaman Azali disebut Qadha. 

Kenyataan bahawa saat terjadinya disebut qadar atau takdir. Dengan kata lain bahwa qadar adalah perwujudan dari qadha. Hubungan Qadha dan Qadar dengan Ikhtiar Allah telah menetapkan segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya sejak zaman azali. 

(Sumber dari : http://www.slideshare.net/DamiAozora/pengertian-qadha-dan-qadar)

Tapi, walaupon macam gitu, kita sebagai manusia tak boleh la besandar je dengan ketentuan Allah, kena la usaha kalau nak berjaya..Ye dokkk? Nasi tak masuk dalam mulut kalau tak disuap!!

Nak kaya, kena la kuat cari rezeki.

Nak cerdik kena la tekun belajar.

Nak kulit putih gebu kena la pakai Aurawhite? Hahaha..

So, jangan nak sesedih sangat kalau apa yang kita idamkan tak dapat dalam genggaman. Nota untuk diri sendiri. *pandang lantai*

Saja nak share, sebab ilmu nih kalau kita share, jadi bekalan di sana nanti =)


Sebagaimana firman Allah SWT, yang artinya:

Sesungguhya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (QS. Ar-Ra’du: 11). Dengan demikian manusia tidak hanya sekadar menunggu ketentuan takdir, tetapi kita juga diberikan kebebasan bahkan diwajibkan untuk berusaha dan berikhtiar. Meskipun dalam berikhtiar kita memilih jalan yang baik atau jahat, semua itu pada akhirnya tetap dalam takdirAllah SWT. 

Jul 29, 2013

Aku masak!

Assalamualaikum..

Haritu, aku masak nasi minyak uolls! Jangan tak percaya..

Aku was-was gak, boleh ke aku masak, sebab dah lewat sangat sampai rumah, Kuantan jammed parok nak mampos, sakit hati, gila punya jalan!!!! Sapa punya idea la yang haram jadah nyasahkan orang, HOHHHHHH..Kering pahala puasa aku!

Pukul 6.15pm baru aku sampai rumah, bersilat menanak nasik minyak tu, sambil tengok resepi salin kat atas kertas kecik!

Benda simple je, takde leceh mana, tapi dah kali pertama buat, memang gelabah la kan. Mana nak start dulu, mana nak garam kunyitkan ayam, siang sayur-sayuran lagi..


Ini la ayam masak merah bersama sayur campur untuk nasi minyak aku haritu..

Nak resepi? Aku share kan je, kan untuk rujukan ahkak jugak, sebab nak masak kali kedua nanti kepala otak aku mesti lupa..Wakakakaka.

Resepi Nasi Minyak

1- Rempah 4 beradik tu amik setiap rempah satu je (aku amik bunga lawang, cengkih, kayu manis je)
2- Daun pandan ko simpulkan.
3- Bawang kecik hiris2kan. Sebiji je.
4- Minyak sapi 2 sudu je.
5- Beras untuk 2 orang makan.
6- Kunyit serbuk untuk pewarna. Sikit jer, hujung sudu kecik.

Memula korang cuci beras letak tepi. Tumis rempah dengan bawang kasi wangi, dengan minyak sapi..Dah naik bau wangi2 gaul beras dalam kuali tu terus, kasi rata baru la isi dalam rice cooker, tambah air, masak seperti biasa..Aku punya nasi haritu, alhamdulillah takde masalah sikit pon. Cuma petua, jangan terlebih isi minyak sapi takut muak bila makan nanti..

Resepi Ayam Masak Merah

1- Ayam 5-6 ketul untuk 2 orang makan, gorengkan dulu siap2. 
2- Tumis lada blend yang di campur sekali bawang merah, bawang putih..Minyak kasi banyak sikit dari biasa dan tumis lama. Aku taruk pak aji ngan garam siap2.
3- Aku isi sos tomato, sos cili, sos tiram.
4- Masukkan bawang besar dipotong bulat. Siap..

Biasa buat ayam berlada je selalunya, ini pon kali pertama aku buat ayam masak merah..Kacang je rupanya, sesuai sangat jadi lauk untuk orang yang tak reti masak macak aku.

Aku tak buat acar, sebab suami aku tak makan acar2 timun, carrot nih. So aku buat sayur campur. Aku titik2 kan je bawang putih 2-3 biji, campak, tumis..Isi sos tiram, campak segala mak nenek sayur..

Cuba la, sebab lebih sedap dari nasi minyak pepagi aku beli tu, wakakakakaka!!

 Ni megi sup. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Aku masak megi nih sahur haritu, megi kari, daging burger, segala mak nenek sayur dlm peti ngan 3 biji lada kecik. Eh lupa telur sebiji. Mabelessss!

Hoi, berat badan aku tak turun langsung!

Assalamualaikum..

Dulu, masa bebujang, masa anak dara katanya, setiap kali ramadhan, kena puasa sebulan, berat badan aku sure turun! Paling sikit turun ada dalam 2-3 kg, pehtu paling kurus keding, berat badan aku boleh turun cecah 6 kg *masa putus cinta, hati mati, jiwa nak makan angin pon jadi laa* 

Gila babi kan? dah la putus cinta, pehtu kena puasa, lagi kena buka sensorang kat umah sewa, dah la takde orang nak teman pegi pasar ramadhan? Hambiikkkk 6 kg aku hilang berat!

Tapi tapi tapi, puasa kali nih, berat aku tak turun2 nih apekehal? 

Betul la, orang cakap, dah kawen lain sikit hormonnya! Mengada lebih, lemak lebih, daging lebih, semua nak lebih. Nasib aku belum tukar size seluar jeans lagi! Mungkin dalam masa terdekat kot? Mak hayammm sungguh!

Mana tak turun berat, dah aku kalau bukan bulan ramadhan, masak sekali sehari je, pehtu laki aku kasi cuti sabtu ahad. Ni time ramadhan, aku kena masak 2 kali sehari kot, lauk beza2, nasi wajib! 

Sapa yang suruh? Laki hakak, sapa yang salah? Aku takleh tengok orang makan, menggila selera terus senduk nasik tak pikir dah diet ke hape! Diri sendiri cari pasal.

Tapi alhamdulillah, menten dek, menten!

Berat tak turun, tak naik. Kira makan 2 kali sehari tu sama je rutin aku bila tak puasa. Nasib baik lagi kan? Hahaha..

Korang camne? Kempis ke perot korang? Aku still belapis, macam kek lapis.


Jul 25, 2013

Semalam

Assalamualaikum..

Semalam, sehari suntuk aku sakit kepala. Orang cakap aku migrain sebab sakit belah kanan je, Bahagian mata tu macam nak tersembul, sangat rasa mata bengkak. Aku tak tau nak explain cmne, tapi gitu la kondisi aku semalam. 

Angin membuak2. Terus ke kepala. Kepala reacted. Denyut2, macam ada bom atom, pantang kau begerak sikit, terus rasa macam ada orang tikam kepala aku. Jahat gila angin semalam. I hetchhewww!

Sepatutnya semalam hakak ada iftar dengan ex office-mate kat Sara Thai Balok, penat aku arrange, aku booking, aku set menu gempak2, last2 aku sendiri tak upaya nak attend. Itu la peribahasanya, kita merancang, Allah yang tentukan..Bila Allah kata kun fa ya kun maka jadi lah..

Balik rumah, suami aku pon tak buka kedai lagi, masih bersiap2. Badan Ismet pon panas, selesema, dia pon pening kepala. Ok, laki bini tak berapa nak sihat. 

Jadinya, aku memang tak larat nak masak ke, nak becakap ke, banyak diammm je..Berbuka pon kat sebelah kedai Ismet. Siap akak kedai tu gelak sebab aku muka memang tak larat, muka nak nangis. Seyes beb, aku rasa nak pecahkan kepala masa tu. Sakit dia, rasa kepala belah kanan nih kena hentak2! I is so kesian uolls! Hermmmmm.. *Sabar, sakit tu hapus dosa* tunduk pandang lantai..

Aku order sup tulang, ayam goreng kunyit & telur dadar..Air pulak aku mintak teh o halia panas, kasi buang ini angin jauh jauhhhhh! Takde gambar, aku mood ke laut.

Alhamdulillah, bila aku hirup sup panas2, pedas2 tu..Aku jadi lega. Sakit makin kurang.

Lepak kedai suami je semalam. Sampai pukul 12 tengah malam. 

Balik, buat apa yang patut terus aku membungkang.

Sekian.


Jul 24, 2013

Apa khabar?

Assalamualaikum..

Sakitnya kepala aku nih. Bedenyut2. 

Angin teruk badan aku. Aku tepaksa kerutkan dahi tahan sakit ni weyy.

Tadi sahur pon suami aku yang masak. Aku tak larat. Serius tak larat, tapi aku nak kena makan sesuatu yang panas2 supaya angin keluar dari badan. So suami la mangsanya, ye dok?

Aku requested megi goreng pedas, tapi dia buat megi sup..Ok gak, boleh hirup2 kuah kari tu..

Macam2 dia taruk dalam megi..Sume bendalah dalam peti, dia campak..Sedap je aku hirup kuah..Abis, licin. Thanks suami yang ringan tulang tadi pagi, sebab dia kesian kat aku kot, asek picit2 kepala, sedawa, kerut2 kening..Hahahaha, aku tak belakon, seyes sakit kepala.

So aku bersahur megi tadi pagi, buatan suami.

Bebuka semalam aku laa yang masak. Aku masak simple2 je laaa..

Lauk pertama Kangkung udang masak lemak cili padi.

Lauk kedua Ikan goreng.

Lauk ketiga Sambal belacan - Ni lauk ke? Wakakakaka..

Tima kaseh kat hotmama sebab, aku request kat dia nak masak lemak nogori arituh, dia kasi..Sedap kak! Hehehe..Aku tiru lauk dia lagi, hotmama cakap kangkung lemak nih, mak dia masa dia kekecik selalu buat..Memang best kak, patut mak akak buat untuk anak2 mentekedarah! Hahaha..

Resepi? Sila salin cecepat gitu, Hahahaha..Padahal? Simple gila weyy nak buat..

Ko isi terus dalam periuk lada kecik (aku isi banyak, sebab nak pedas bengkak2 bibir) ditumbuk sekali dengan kunyit pastu aku tambah sebiji bawang kecil. Sekali aku campak dengan serai sebatang. Pastu aku curah santan setengah kotak (kara) kacau, isi air sikit dengan asam keping kecik sekali..Campak terus udang..Last, jangan lupa kangkung, campak! Terus sedap..Tapi jangan la lupa isi pak aji dengan garam pulak, tawar laa nanti..

Pehtu aku copy lagi hotmama punya menu, aku goreng ikan kerisi pastu aku tumbuk pulak sambal belacan..Perghhhhh! Suami aku makan kuah banjir uolls! Aku lagi teruk, sampai hirup2 kuah. Hahaha..


Jul 23, 2013

Kedarah nasi lemak..

Assalamualaikum..

Huarggghhhhhh..Menguap untuk ke 30x dah nih..

Aku mengantuk yang tak pasal2. Aku dah tido punya la lama semalam, dari pukul 10pm sampai ke bangun sahur pukul 4.45am..Hari ni still meroyan menguap berirama.

Ke sebab semalam aku buat nasi lemak eh? Hahaha..

Ye jemah sekalian, hakak masak nasi lemak semalam. Seperti biasa la uolls, hakak terpaksa kecohkan hakak berjaya masak, dah ini blog aku, keennnn? *Sambil berus kaki seluar suami, hitam pekat kotornya!*

Alhamdulillah, berjaya aku masak makanan peberet aku sendiri. Selama nih mak aku je yang masak bendalah nih, tapi semalam aku masak uolls. Sedihh! Hahahaha..

Kelabu asap je gambar nih, sebab cecepat tangkap sebelum suami aku ceduk..Hahaha

Memula aku rasa nak masak baru je nasi semalam, sebab aku rasa macam nasi mentah ke? lembik? Ok tak nih? Aku was-was..Takut Ismet marah pulak kan, makan nasi mentah. Tapi aku ingat petua aku baca kat satu blog yang aku lupa blog sapa *Kalau nasi tu macam tak cukup air, jangan takut, bila rice cooker dah bunyi "ketakkkks" ko buka cecepat, kacau, curah sikit air panas kat nasi tu rata2* jangan cuak lelebih tau! Padahal semalam dah tak sedap hati, hewhewhew..

Sambal aku wangi, rasa best beb kat tekak aku. 

Aku share resepi ke laut aku semalam :

Nasi 2 pot + santan kotak (kara) setengah kotak + air secukupnya + bawang merah sebiji + halia setengah inci..Aku masak dalam rice cooker je..Eh lupa pulak, daun pandan diikat taruk sekali.

Sambal lak aku blend lada kering, bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis (untuk pekatkan sambal)..Pastu aku guna 2-3 biji bawang merah hiris besar2 sikit..Tumis lah dengan minyak lelebih tau, jangan kedekut. Isi la Pak Aji, Garam..Jadi!

Goreng ikan bilis, kacang, ayam..

Rebus telur 2 biji..

Potong timun..

Cukup laa, itu je untuk berbuka semalam kami laki bini..Tak sempat sahur dah abis. 

Cuba la, aku rasa sedap je..Hahaha *mampu puji diri sendiri?*


Jul 22, 2013

Juadah berbuka uolls!

Assalamualaikum..

Lupa aku nak cerita.

Jumaat lepas hakak masak..

Mee kari requested by husband hakak la kootttt, tak kan husband jiran sebelah rumah hakakkkk!

Hahahaha.. *Ini tak lawak*

Pertama kali lagi dalam hidup, suami aku kena hadap percubaan aku memasak! Hehehe..Sapa suruh nak kawen ngan kitteeww kenn..

Hasilnya setelah berpeluh segala celah! Hahahaha..

Aku memang berkobar2 nak masak bendalah ni aritu. Bekejar2 aku beli bahan mentah dengan kerangnya, udangnya, sayurnya, fish ball, fish cake, memacamlahh aku campak kan! 

Tapi aku rasa macam tak cukup santan. Semua macam nak salahkan Ismet tu la. Aku suruh dia pegi beli santan lebih, santan kat rumah tak cukup..Dia kompiden! kompiden santan kat rumah cukup2 nak buat kuah kari tu. Hambik, takde la cair, tapi takde la kuah tu pekat sikit, cairrrrrr je laah!

Takpe, next time aku cuba lagi!

Aku beli ketam sekor dua pulak!

Hehehe..

Abang ngan kakak - mengada!

Assalamualaikum uolls..

Aku balik kampung weekend lepas. 

Seronok!

Dapat jumpa mak abah, kakak, adik, dan paling cun dapat jumpa hero heroin kecik tuh! 

Ya Allah, best gila dapat bebuka kat rumah mak sendiri, paling best masa sahur, aku betambah wey! Dasar selera gajah!

Kita layan je dulu gambar dua beradik ni eh..Aku takde mood sangat nak menulis nih, tengah sebuk nak mencari resepi buat nasi lemak..Hahahaha

Today menu for break fasting, In Shaa Allah aku akan masak nasi lemak for the 1st time in my life..

*Sian laki aku, semua 1st time masak..redhaa*

Budak ni dah tak takut orang..Aku sebagai musuh dia pon dia dah tak takut. Syabas beti syabasss!
Ni la kakak. Kadang2 aku tengok dia macam alien, kadang2 aku rasa nak gigit. Hohhhh!

Mengada kan? Mandak rinduuuu! Tetengah malam ni weyy! 

Ni gangster kampung dusun. Sarip Dol Jr. Hahahahaha..
Bapak mengada ya rabbi! Sekali melalak, kalah suara aku! Tapi dia la ubat segala penyakit..Buat aku tersenyummmm je =)

Ni mengada kuasa 5000 juta!

"Eh, ko dah kenapa nak amik gambar aku?" 

Comot nak mamps! Masa ni belum bebuka lagi tapi dia fedulik hape kennn?

Hero tumpas!

Peace yooooww dari Mak Lang =)

Dah rindu kat mereka2 semua..Kat rumah aku, aku pandang Ismet, Ismet pandang aku balik..Hoiii, nak baby boleh tak? Hehehe..


Jul 19, 2013

When u are..

When u are hurt by the people who share blood relations with u , recall Yousuf عليه الصلاة والسلام who was also betrayed by his brothers.

When u find ur parents opposing u (in deen) recall Ibraheem عليه الصلاة والسلام who was opposed by his own father.

When u are mocked and abused by
ur own relatives just because u adopted deen over dunya recall Rasool Allah Sal Allaho Alaihe Wa Sallam who faced the same.

When u are stuck in some problem
and find no way out recall
Yunus عليه الصلاة والسلام who was stuck in the fish's stomach.

When u fall ill and ur whole body
cries with pain recall Ayoob عليه الصلاة والسلام who was more ill than u can ever be.

When u see some physical fault in
urself recall Moosa عليه الصلاة والسلام who couldn't speak properly.

When u feel lonely recall how
Adam عليه الصلاة والسلام would have felt when he was sent to this earth alone.

When u can't see any logic in whats going on and ur heart asks why is this happening recall Nooh عليه الصلاة والسلام who made the biggest ship without questioning.

سبحان ﷲ

Allah put all those great personalities in trials so that some day someone like You and Me, if faced by any calamity, wouldn't question "WHY ME?"

May ﷲ Bless all the Muslims with the correct understanding of His Deen and make us steadfast upon it. Aameen!

Mee Goreng

Assalamualaikum..

Yeayy semalam aku berjaya memasak untuk suami berbuka =) Macam la aku sorang je yang ada suami keennn? 

Ini jugak 1st time percubaan aku. Al maklumlah, aku dengan dapur dulu2 musuh ketat. Tak pernah bersama. Masuk dapur untuk makan makanan yang dah terhidang. Tapi bila dah berlaki, aku kena la berkawan baik dengan dapur aku sendiri. Nak harap sapa lagi ye dak?  Suami aku la juri tetap untuk semua 1sttttt time aku memasak nih!

Mee Goreng uolls. Hahaha..Mesti korang menyampahkan? Setakat masak mee goreng nak kepochi macam masak Nasi Arab Lauk Kambing! Wakakakaka..Dahhhh, memang aku tak pernah masak mee goreng ini la 1st time, aku kena la kasitau kuat2 sikit! *Mati macam la ada orang dengar*

Ini la ghopernyaaa..Alhamdulillah, suami hakak puji banyak2 sangat! Aku pon tak berapa nak pecaya mee goreng semalam rasa rupa itu. Sedapppppp!

Nak resepi? Takpe aku kasi, ngehngehngeh *sebab aku pelupa, senang aku nak review balik nanti*

Resepi Mee Goreng 

Sebungkus mee kuning
Blend lada kering+bawang besar sebijik+bawang putih 3 bijik
Sos tiram, sos cili, kicap kipas udang color merah dengan kicap mi goreng
Sayur sawi dengan taugeh aku masuk semalam
Udang dengan ayam 
Itu jer kot? Dah hilang ingatan.
Owhh aku pecahkan 5 biji lada kecik supaya ada asap kuar ikut mulut bila makan!

Tumis bahan blend sampai pecah minyak, masuk segala mak nenek sos, garam, aji, campak ayam pastu udang pastu baru masukkan mee, pastu gaul2 rata..Last masuk sayur-sayuran..Terus jadi sedap!

Suami aku suka. Tak tau la suami korang. Hahahaha
 


Jul 18, 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

Aku tau ramai kat sini yang ada anak, dan sayaaaanggg sangat kat anak memasing..Aku nak share sikit tips dari wanita kesayangan aku nih, Dr. Muhaya..Mari kita belajar, walau dah tua pon, tetap kena belajar jadi lebih mulia disisiNya =)..

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

 
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut
pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya
kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi
bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke
ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami
sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa
itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan
surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya
dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan
anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak)
jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita
bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar
lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat
dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga
selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan
kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak
soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu
panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan
kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang
dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang
kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati
Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana
dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan
perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita
TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf
padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat
keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta
hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak
pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang,
manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku
sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham
agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras
lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.
Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Yang mana satu, idaman kalbu..


Assalamualaikum uolls,

Semalam hakak tak keja, kereta hakak nak manja2 ngan hakak, so terpaksa amik EL, dah la cuti tinggal 5 hari semalam amik lagi sehari, dah tinggal 4 hari..So tahun nih, tak boleh nak holiday sangat, paling sadis tak boleh la nak raya sangaaatttt..*Kes cuti kawen sampai 2 minggu* hewhewhew..

Ok, kesian aku tau, aku tak beli sehelai pon lagi baju untuk raya tahun nih. Takde sehelai pon weyy! Suami cakap pakai je yang lepas2?? Omaigaddd Omaigaddd Omaiggaadddd, aku pitam terus dengar statement dia tu. Opkos la tak boleh! Opkos lah aku kena beli jugak baju raya1 Dah la aku punya baju kurung hanya beli masa raya, memang takde la yang baru2! Gilak ini suami!

Aku pon google la fesyen2 terbaru..Cantik2 belaka kennnnn!

Jom tengok, cuci2 mata untuk kasi lebih pedoman masa membeli baju nanti..Hahahaha, hasil google kejap tadi!


 Yang ni cantik, soft dan muslimah kenn? Aku sukaaaa!

Aku suka color yang nih..Tapi kalau aku pakai gini gaya, sure peha je yang nampak jelas dari jauh..Mesti huduh bila si peha besauuu ni yang pakai!

Aku suka color yang ni jugak! Kain dia dari material keras, agak tak selesa kalau pepanas bejalan hari raya nanti!

Aku suka, suka sukaaaa! Terutama yang paling kiri tu..Cantik sesangat..Tapi tak perlu ok nak pandang orang gitu gaya..Kalau ko nak jadi model gini takpe, dimaapkan! hari raya jangan buat perangai.
 
Yang belah kanan tu memang superb!! Tapi rerama kalau ko pakai jugak, maka kena pelempang dengan suami memasing!
 
Tengah2 tu pilihan pertama, yang kiri sekali tu pilihan kedua..Aku suka jugak yang no 2 dari kiri tu, tapi takut aku tenggelam je nanti, keennnn?

Apa kata uolls?

Jul 16, 2013

Takde gambar la puloks

Assalamualaikum..

Semalam hakak ngan suami berbuka rumah mak mertua la uolls, so tak dapek nak menangkap gambar. Kang tak pasal aku kena luku dengan anak lesung kalau sebuk nak menangkap gambar makanan time orang tengah sebuk nak berbuka, heheh..Kami datang lambat, dalam 10mins sebelum berbuka, wakakakaka..*pitam mertua dapat menantu hantu nih*

Lauk pauk banyak semalam, walau kami main haruk je datang. Aku sempat la beli air kelapa, murtabak, kuih muih sesikit kat pasar depan kedai suami. Pastu mak mertua aku masak memacam lauk, ada pulak abang ipar yang rajin masak bebuka together..Lauk ketam, ikan bakar, ikan goreng, ikan asam pedas, sayur goreng, pucuk ubi rebus, sambal belacan..Berjimba cacing sebelum berbuka, sound to the max!

Lepas berbuka, sembahyang semua, lepak2, borak2, aku mintak diri dulu sebab suami nak buka kedai dah..Thank you mak!

Cuma sahur tadi, suami aku masak..Tak sempat jugak amik gambar sebab aku lewat bangun! Nanti kalau aku hold dia dari makan semata2 aku nak amik gambar lauk dia masak, ada aku makan pinggan pagi tadi..Wakakakaka..Dia masak lauk express deknon, ikan bilis goreng, pecah telur sekali harung tambah bawang dengan sebiji tomato dan diwarnakan dengan kunyit..Sedapppp! Aku keluarkan serunding..Aku goreng telur..Alhamdulillah, sempat bersahur..Dia pon boleh hisap 2 batang rokok lagi!

Cuma harinih, semangat aku nak buat cookies raya membuak2. Maklumlah tahun nih, budget berganda sikit..Raya tahun nih kena sediakan biskut raya serba sedikit untuk 3 biji rumah..Hakak pitam bangun pitam bangun tengok harga biskut raya makin naik, budget haruslah lebih besarkan..Mana nak cekau lagi kan? Mana nak jimat cutting cost lagi kan? Dengan buat biskut sendiri la raya ni noks! 

Dalam otak aku memacam nak buat. Alatan semua dah orang kasi masa kawen haritu, beli bahan mentah je dengan balang2 isi biskut. Jom let's survey biskut paling simple tapi paling sedapp! Kita buat dalam 5 juta keping! Agihkan untuk 3 buah rumah. Kalau lebih, kita kasi kat bebudak datang raya ganti duit raya?? Hahahahahahah *Bebudak simbah cat merah kat rumah aku*


Jul 15, 2013

Boleh tak cepatkan azan maghrib?


Teburai gelak aku bila dapat lawak nih minggu lepas! Terus aku teringat abang sulung aku, si Long tu laa..Tup tup dia whatsap aku dulu gambar nih! Tak sempat aku buat 1st step, dia buat dulu! Hahaha..Jelas adik beradik satu kepala bila time bulan ramadhan, wakakakakaka!




Berbuka, bersahur.aku dah tak kira hari..


Assalamualaikum

Lemaunya aku rasa harinih..

Tak berapa nak indah suasana opis..

Tapi senyum tetap senyum..

Gelak tetap gelak..


"Senyum seindah suria yang membahagiakan, senyumlah dari hati, duniamu berseri"


Hari jumaat lepas aku berjaya masak untuk suami aku ayam kurma..Hihik, itu pon aku kena marah sebab aku tak sempat hidang sebelum azan..Aku sebuk singgah kedai dia laa, lepak jap..Pastu aku sebuk singgah kedai runcit beli santan dulu laa..Lepas tu aku singgah pasar ramadhan pulak beli kuih muih dengan air tebu dia..Hihik, banyak tempat transit! 

Sampai2 rumah, aku kena tunggu ayam defrosts dulu, dah kejung ayam duduk lama freezer. Pastu aku tak reti budget timing lagi, terhegeh2..Siap2 semua, aku baru la sembahyang asar..Baru nak hidang azan maghrib dah berkumandang..Suami hangin sikit..Sabar la, bukannya budak kecik kan?

Ayam kurma aku! Bangga sebab memang rasa dia rasa ayam kurma, Hahaha..Nak resepi? Korang taknak pon aku kasi..

Resepi ayam kurma:
 Ayam 5-6 ketul untuk 2 orang makan
Sebiji bawang merah sederhana besar+2 biji bawang putih+seinci halia (hiris je)
Sebiji bawang besar (potong 4 tu)
Satu kulit kayu manis, 2 bunga lawang
2 biji kentang belah 4
Santan setengah kotak
Serbuk kurma 2 sudu besar (Pes kan)

Tumis bahan hiris pastu masuk kayu manis dengan bunga lawang..
Dah wangi baru masuk rempah kurma, sampai harum..
Masuk ayam dengan air, kacau..Masuk kentang, kacauuu..
Dah agak2 ayam da masak, aku masuk santan..kacauuuu lagi..Masuk bawang yang dipotong 4 tu..
Pehtu siap..
Itu jer kot? Aku pon tak ingat dah..Garam, pak aji tu semua aku masuk memula lagi..
 
 Hari sabtu tu, aku tak tangkap gambar pon lauk berbuka..Aku goreng kacang boncis dengan ayam goreng cili padi..Aku tak amik gambar sebab aku rasa dah banyak kali aku masak benda yang sama..Pastu aku beli kuih muih je, lompat tikam, taufufa..Air pulak aku beli soya bean..

Ini aku bebuka semalam..Hahaha, jelas disitu, jelassss sangat kan?? Hahaha..
 

Aku nak buat kuih nih, senang gila! Nanti aku da buat, aku kongsi resepi!


Ni aku beli pas break fasting semalam. Aku tak boleh puasa, so tekak ke laut, perasaan ke laut, jiwa ke laut..Tetiba tumpah ke air mata macam air hujan..Dan la cerita kat tv banyak yang sesedih tangkap hati!



Jul 12, 2013

Berbuka hari ke 2 & Sahur yang ke 3!

Assalamualaikum..

Ok, lg 25 hari lagi kan nak raya? Hehe, aku tahun nih raya pertama tak boleh cium tangan mak ngan abah aku *sobs sobs*..Pertama kali sambut rumah mak mertua katanyaa, redhaaa je la kan? Cium la tangan suami banyak2 kali, wakakakaka..

Semalam macam hampeh je kami berbuka. Hangin aku beb..Korang tau aku makan sebab perut aku lapar je, kalau tak memang aku tak lalu. Restoran diorang cantik pehtu baru, dah buka cawangan satu lagi pulak tu, jadi mesti la aku fikir makanan dia sedapkan? Aku silap. Kami makan tak de suara. Memasing muka ketat. kacip2 sudu, hehehehe..

Paprik takde rasa, tomyam takde rasa, air salah hantar..Yang berasa tu haa kurma je! Dah la potong kekecik sume lauk, kedekut taik idung masin tokey, memang patut dia boleh buka cawangan bebanyak! Nasib baik karipap yang laki aku beli tu sedap, tu yang nampak plastik kuning tu.
Aku nekad, aku masak je la lepas nih, kalau boring baru la cari makanan lain. Kalau tak sedap pon, aku rasa masakan aku lebih sedap, lebih rasa dari masakan diorang nih..

Ni serunding dari Kelantan dan sedapp! Tak manis mana, tapi pedas! Masuk kali nih dah 2 kali aku order kat kawan aku. Rumah mak dia kat Kelantan, mintak dia je tolong belikan. Aku beli setengah kilo je, RM24 cukup laa untuk kami berdua nak makan sahur ke, makan ngan roti ke..
 
 
 Aku masak ikan selar goreng kicap untuk suami, pehtu untuk aku just ayam goreng makan pulak dengan sambal gesek. Perghh bagi aku untuk sahur memang kena makan panas2, pedas2, kering2. Hehehe, itu tekak aku la, tekak suami aku, aku tengok lebih kurang je, hahahaha ke dia terpaksa? Banyak bunyi takut siteri dia nih pencen masak pulak! Hahaha

Korang ape macam? Lauk hape? Bape ratus ringgit habis kat pasar ramadhan? Hahaha


Jul 11, 2013

Berbuka, terawih dan sahur #2

Assalamualaikum..

Salam ramadan semua..Dah hari ke 2 pon =) Sila jangan nak lesu macam semalam eh, nota untuk diri sendiri nih sebab semalam lepas terawih, aku planning nak siap2kan perkakas nak memasak esok, tapi haremmmm! Terus terbaring keras atas katil, tido mati! Apekahhh? Penat sangat ke? Aku pon tak pasti, sebab semalam suami aku balik pon aku tak dengar! Padahal motor suami aku bunyi dah macam bunyi bot, aku boleh tak sedar langsung. Siap dia ketuk2 tingkap kasi aku sedar, itu pon aku mamai2.. 

Boleh pulak dia balik2 mandi, isyak, pastu cakap kat aku dia lapar..Laaa, aku cakap sabar lah, makan masa sahur nanti, tapi dia cakap lama lagi sahur pehtu request nak cekodok..Alaaaa, aku dah la mengantuk nihhh..Nyesal pulak aku tak amik kuih muih yang banyak gila kat rumah mak tadi, padahal mak mertua aku dah pelawa suruh tapau bawak balik.

Kan semalam aku berbuka rumah mak Ismet, seronok makan reramai. Banyak gila lauk pauk, kuih muih..Lupa pulak aku nak tangkap gambar, mesti kes kebulur sangat!

Sambung cerita, so dengan kemalasan yang tahap dewa, aku bangun gak buat cekodok dia..Alang2 dah bangun tu aku pon siap2kan perkakas memasak untuk sahur ngan masak nasik terus..Nanti bangun sahur pukul 4.45am takyah bersilat sangat kat dapur, just campak2 jer dalam kuali..


Gambar macam haremm sgt kualitinya..Aku amik guna henpon baling ayam pong pengsan..gitu laaa!
Ini sahur tadi..
Berdua lebih baik..
Alhamdulillah ya Allah..
Kalau korang takleh teka apa aku masak sahur tadi aku masak sardin, telur dadar, sayur kacang boncis! Nak resepi? Jangan nak anja2 sangat eh.. *macam la ada orang mintak resepi, pitam*

 
  
Sempat snap walau ramai gila manusia! Dah la sorang2 pegi terawih kan..Hahaha, Nak jugak!

Itu je pasal semalam, hari nih aku masih bertenaga! Perut penuh sebab nasi tak hadam lagi, tunggu la perut dah kosong nanti..Hehehe

So, hari korang macam mana?

Semoga ramadhan kali ini memeberi seribu rahmat dan kegembiraan kepada kita dan keluarga..
 

 


Jul 10, 2013

Indahnya berpuasa..#1

Assalamualaikum..

Yupss, harinih 1st day puasa dan 1st time menyambut Ramadhan berdua bersama Ismet dengan pikul tanggungjawab sebagai suami isteri..Berat tu oiii berat..selain sedapppp? Hahahahaha.. *matikla*

Untuk sambut puasa tahun nih, kitorang akan berbuka kat rumah MIL aku yang sekangkang kera je dari rumah aku, saja je nak update gempak2 macam aku sorang je ade mak mertua! Pehtu macam laa rumah mak mertua nun jauh kat Pekan kan? Wakakakaka..Fedulik hakak, hakak tuan tanah!

Tadi kejap, aku baru je tepon MIL yang aku ngan anak dia bebuka kat sana arinih, boleh tak? Hahahahaha, terus dia gelak, tak kan dia nak cakap tak boleh kan? Sentap jantung menantu nanti! 
Kesian pulak bila aku tanya, tadi sahur apa? Dia cakap sahur tadi makan nasi, sikit je, tak selera..Makan berdua dengan anak lelaki bongsu dia, kesayangan bonda..Sapa lagi kalau bukan Fadil.

Takpe Mak, nanti petang pas balik kerja, Jet terus pegi rumah mak, kita borak2 lagi eh, kita masak sesama, tapi Jet tolong kupas bawang, siang sayur jer laa, kalau Mak nak Jet masak, Mak tunggu Jet amik kursus masakan dulu eh..Pehtu, petang nanti kita pegi pasar ramadhan! Yeayyy, tak sabar aku nih weyyyy!!

Aku nak beli murtabak okey, mengidam dah nih! Aku nak beli air soya! Arghhhhh..Sedapnya!!

Stop Jet, stoppp laa weyyy! Melampau sangat dah nih, mengalahkan budak kecik gayanya!

Dah mari kita selitkan ilmu2 untuk diamalkan atau untuk renungan kita bersama..Dapat gak saham akhirat..Ye dok?

Jom kongsi..Selagi mampu, kita kongsi eh =)

Fadhilat solat terawih malam #2


Fadhilat solat terawih malam ke dua

 "Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin".





Sahur day #1


Assalamualaikum..

Semalam aku tak boleh, tak larat pegi terawih =( Aku pening berpusing2 kepala, campur dengan moody? dengan tetiba rasa aku kena baring nih, kepala berat sangat..

Aku tak makan pon malam tu, takde selera, rasa nak rehat je, tapi bila aku baring, mata tak nak lelap..Aku text suami 'Jet nak mcD sebelum puasa, tapi kalau tak boleh awak makan lah dulu, Jet masak sahur nanti je' Gitu panjang aku buat ayat dan explanation..Hahahaha, sebab laki aku nih, bila aku tak masak tanpa sebab, ayat dia pedassss je kan, boleh merah cuping telinga.

Laki aku balik lewat, dia minum2 dulu lepas tutup kedai..Balik2 terus cakap 'Jet masak sahur terus lah, Iz lapar'..Gila sahur pukul 2 pagi?Hahaha..aku layan je, sebab aku pon tak boleh tido..

Dipendekkan cerita kami sahur awal gila!

Menu sahur hari pertama simple sesangat! Telur mata isi kicap banjir pastu aku goreng ikan bilis isi bawang dengan lada kecik bebanyak..Suami aku tapau sup campur. Bapak tak sedap!!! Aku makan telur kicap lagi sedappp la weyy! Membazir je beli.


Jul 9, 2013

Ramadhan..

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik, esok dah bulan ramadhan pon..Ya Allah, cepatnya waktu berlalu, aku rasa baru semalam aku berbuka puasa sensorang berteman air mata, tapi tup tup esok kena puasa balik dah, tapi dah boleh berbuka berdua, dan dah sah dah jadi suami isteri..Walau macam2 rintangan, walau macam2 yang boleh memutuskan, walau macam2 yang buat hati bekecai..Alhamdulillah *ayat emo gitu* sobs sobs sobs..

Actually aku banyak cerita sesedih di bulan puasa untuk pass 2-3 years nih..Memacam yang boleh buat aku sentap dan gembeng lalu melimpahlah cecair jernih itu semahunyaa..

So! Mari kita berdoa semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang sangat2 bererti buat kita, yang akan meninggalkan kegembiraan, keberkatan, dan kita mampu untuk melawan nafsu dan perbanyakkan ibadah..

Aku 1st time jadi isteri orang ramadhan kali nih, haruslah aku kena bangun sahur dan memasak..Sila doakan aku mampu..Berbuka aku rasa macam hari2 berbuka kat rumah mak mertua je? Wakakakaka..




Selamat Berpuasa Kawan2..Semoga Ibadah kita diterima Allah =)






Peluang terakhir


Assalamualaikum..

Peluang demi peluang aku kasi..tanpa jemu. Dan aku harapkan peluang kali nih ko gunakanlah sebaik mungkin..

Itu tanda aku dah jemu..

Itu tanda aku dah bosan..

Itu tanda aku dah jenuh..

Ingat, mungkin ini peluang terakhir, dan mungkin kali nih Allah masih ada untuk kasi jejak..

Ingat tu, jangan lupa. 

Biar cerdik sikit, walau bodoh.


Jul 8, 2013

Terawih Jom!

Assalamualaikum!

Aku kat opis dah bising2 nak terawih kat mana?

Hihik.

Excitedddddddddddddddddd sangat.

Aku kan baru pindah, so wajib la aku cari geng nak pegi bertelekung jinjit2 bag sembahyang ke surau/masjid =) 

Tak sabarrrrrrrrrrrrr!!

Ingat nak ajak jiran merangkap kawan aku yang selang 4 buah rumah tu. Si Bie, mak beranak 2 tapi badan ramping macam yuna uolls! Ntah apa petua, tapi nanti bila aku dah terberanak, wajib aku risik petua ko Bie!

Doa aku, moga aku boleh tunaikan solat tarawih dengan penuh..Kalau tak penuh pon hampir penuh, Kalau tak hampir penuh pon, aku nak jugak merasa tarawih tahun nih..

Dulu masa kecik2 pegi terawih, nun kat surau jauh sana, jalan kaki ngan kengkawan reramai..Hihik, tapi bukan nak terawih sangat masa tu, lebih menggeletis nak kuar memalam, pastu jumpa kengkawan! Hina ok zaman remaja aku dulu2, jenis pantang dapat peluang keluar memalam, terus lenyap dari rumah!

Korang dah ready ke nak puasa? Terawih? Jangan nak buat2 lupaa, aku paaangg nanti..

Moga ramadhan kali ni, membawa seribu rahmat pada kita semua..Permudahkanlah segalanya ya Allah..

Jul 5, 2013

Jumaat dah..Dan cerita resepi semalam =)

Assalamualaikum semua..

Hey hey hey hey *jogetjoget* 

Jumaat sudaaa..Sila be nice to me and to alllll my friends =) hewhewhew

Kejap je sekarang aku rasa hari beganjak, tup2 daaahh hari Jumaat, pehtu pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 series? Oucchhhhhh! Me is not ready yet lahh! But its ok, nombor je kan? muka cantik berseri bagai bulan purnama tika bersinar bintang2 uolls! *tepek bedak tetebal tutup garis halus*


Semalam, aku lepak kedai suami, tetiba ada sorang kawan dia tegur iolls skarang da kurus uolls?? pecaya? idok lerr, ape ke mate deme dah rabun ke yobbbbbbbbbbb? ke deme perli aku nihhh? Hohhhhh!!

Lepas rindu jap kat suami *muntah berdarah putih* pehtu pegi beli belah kat kedai Mizie..Niat asal nak beli sayur je, tapi as usual sampai je kat kedai tu, memacam aku hambik..Sangat tebiat. Pehtu jumpa suami aku cakap "Suami, isteri dah habis shopping" suami aku balas sambil jeling plastik bag penuh tu "Cukup ke tu?" Syam yang tengah gunting rambut terbahak gelak! Petu cakap "Olololo, suuuweeeeeet" Sweet pak hanq~ Hahahaha..Gitu la kami berdua, kalau tak gaduh sehari memang tak sah! 

Ok, semalam aku goreng ikan, buat masak kicap je, pehtu aku goreng sayur, pehtu pehtu pehtu aku goreng telur black pepper! Itu sajoooo!

Semalam suami balik dalam hujan, basah kot..Menggeletar dia, sian pulak aku tengok..Tapi aku mana nak tunjuk aku kesian, aku biasa buat muka bajet ngantuk je, Hahahaktuii!

Tadaaa, ini lah dia masakan aku semalam..Nampak sedap? Hahaha, sapa lagi nak puji kalau tak aku sendiri puji kan? kan? kan?

Suami amik bau dulu [dia yang angkat hidang, tugas dia!] "Sedapnyaaa, Jet masak nasi banyak tak?" Hahaha..Sejuk hati aku..Dia lapar sebab kena hujan la tu..

Memang dia makan banyak pon, aku makan sikit gila semalam, sebab petang tu kat kedai dia, aku da telan mi goreng basah..Siap mengorek2 periuk si suami aku nih! Ini laa baru suuuuweeettt! Gembira aku, tengok dia makan macam orang kebulur..Alhamdulillah.

Nak resepi? Hahaha, malu aku..masak kicap pon nak share resepi! Tapi ada aku kesah?

Semalam aku masak camnih..

Goreng ikan [letak tepi dulu], tumis bawang merah + bawang putih + halia + cili padi + sos cili + sos tiram + kicap..Pehtu ko perisakanlah dengan pak aji, garam ikut selera tekak korang! Campak ikan dengan bawang besar dipotong bulat, kacau2 sikit, angkat! Done =) Maka suami korang akan mengorek periuk jugak, hahahahahahahahahahaha..




Jul 4, 2013

Aku perlu aku

Aku ni, sejenis yang bernyawa yang suka beri indah untuk nyawa2 lain..
Aku suka orang lain berhilai tawa, walau aku masih berduka..
Aku cepat gembeng disaat orang lain masih boleh mengetat muka..
Aku susah beri benci sebab seboleh hidup tak nak dibenci..


Tapi..

Aku kalau dah terjebak luka kau beri, susah nak kembali asal lagi..
Aku perempuan, dan kau juga hawa, kenapa kau hadapkan aku derita pilu..
Aku tenggelam dalam amarah dan timbul seketika untuk sedut sisa hidup..
Aku bisik dalam hati, untuk kembali mengukir bintang, cukuplah cipta keruh..


Dan..

Aku perlu aku, untuk hidupkan aku..
Aku perlu aku, untuk beri jiwa pada jasadku..
Aku perlu aku, untuk mengutip derai hatiku..
Aku perlu aku, untuk tersenyum walau hati berantai dek laraku..


Dengarlah wahai sesiapa pon, termasuklah jasad hinaku ini..

Kita manusia, sampai mana umurnya?
Jangan meniti sedih nyawa lain, untuk gapai bulan sendiri..
Sejauh mana boleh kau dalih, lambat laun, kita-kita akan bertemu jua di sana yang abadi..
Aku menadah untuk semua dapat bahagia..
Lepaskanlah segala yang dulu, ayuh kita ukir bunga-bunga hidup dan jernihkan keruh hati..

Aku jua terseksa..
Aku jua sakit dek tipu daya..

Kita sama..



Resepi Ayam Berlada

Assalamualaikum kengkawan..

Hari tu aku pening kepala nak masak hape, aku dah takde idea uolls *matilaa kalau kena masak 2 kali sehari 365 hari setahun* hahahaha..Masak sekali sehari 5 kali seminggu pon aku dah tingtong nak campak apa dalam pinggan suami kasi dia kenyang sumbat mulut kasi diam =) Nasib baik suami aku kasi schedule memasak hanya di hari bekerja je, sabtu ngan ahad aku holiday memasak..Sayamm dia!

Kejap2 aku rasa nak masak kari daging, kejap2 aku teringin nak makan ayam goreng ngan sambal gesek je! Hahaha..pegi la online kejap cari resepi apa yang patut dulu, eh..aku kan sangat la pandai masak! sangat pandai! ulang sekali lagi, sangatttttt pandaii! Ok.

Tetiba aku teringat ayam berlada wan dari kak fillanie kita uolls! Jenguk jap blog dia the kasihs search je resepi kat atas belah kiri blog, tunggu jap! terus keluar gambar ayam berlada wan yang sedap lazat lagi meleleh ailio aku..

Weeeeeeeeee, aku nak masak #ayamberladawan untuk dinner kami!

Menu senang, tapi nak sedap, nak kasi sambal ayam tu betul2 rasa yang kita nak yang susah!

Actually ini la menu yang jadi peberet aku adik beradik bila mak masak. Ini la yang kami nanti2 sampai sekarang kalau balik kampung! Hehehe..Masa mak masak, ko tengok tv, skarang amik ubat! Apa pon tak boleh!

Ini la hasil air tangan aku!!

Suami aku puji uolls, 10/10 markah aku  malam tu.

Aku? sure la kembang macam keropok campak dalam minyak panas..Mekar je kuntum senyuman..

Thanks Kak Fillanie sebab sudi share resepi mudah tapi sedap nih!

Ramuan? Hahaha..Ni aku buat, tiru Kak Fillanie..

Sebiji bawang besar + 4 biji bawang putih + lada kering = Blend -  Aku letak sikit lada kecik, sebab aku nak pedas..Kuang kuang kuang..Pehtu sekeping asam keping!

Memula goreng la ayam..aku masak 6 ketul..Banyak untuk 2 orang makan tapi aku dah cop seketul dua untuk ratah! Wakakakakaka..

Tumis apa yang ko blend tu, dalam minyak yang banyak ok, jangan kedekut sangat. Sampai masak, campur la pak aji, garam, kalau korang suka gula taruk la gula secubit kot? aku tak berahi sangat memanis nih..Jangan lupa campak asam keping tu..Rasa.

Dah kena selera korang, betul rasa sambal tu campak terus ayam dan bawang besar yang dipotong bulat..Kacau2, hidang!

Pehtu dapat la pujian dari suami..Hahahahahahahahahahahahahahaha *pitam*



Jul 3, 2013

Johor #2 Grand Bluewave Hotel

Assalamualaikum sahabat2 semua..Pasti! Aku memang takde musuh =)

Ok mari sambung cerita berjimba di JB pulak..

Hari Sabtu tu, lepas breakfast kat Lotus Desaru tu, kami balik bilik pastu tertido semula..Aku sedar2 dah pukul 11 lebih! Terus meloncat mengemas..Harapkan suami memang sampai raya ke 5 pon tak dikemasnya!

So dalam pukul 12.45pm tu kami check-out. Rasa sayang pulak nak tinggal Kota Tinggi, teringat2 pulak kupang malam tadi kata suami, wakakakakakaka..Takpe, dinner nanti kita bantai pulak kat rumah Ibu..

Sampai JB, aku terus pegi check-in kat Grand Bluewave Hotel, tapi bilik full, padahal dah booked. Tapi aku cakap takpe, aku nak makan dulu, so kami pegi cari makan jap. Amik kawan die, si Naza yang baru sebulan kerja kat Hospital Sultanah Aminah..Konon, nak la dia suggest tempat mana yang best, ke lauttttttt! Dia pon tak tau! Dekat setengah jam memusing2 bandar JB, last2 makan kat mamak belakang hospital tu je? Wakakakakaka..

And the most happening jadi kat kedai mamak tu ialah..Pas hantar Naza balik rumah sewa dia, aku ngan Ismet nak la balik hotel check-in semula kan, baru aku tersedar handbag aku tertinggal kat mamak tu!! Omaigaddd Omaigadd! Ya Allah, terus aku called Naza, suruh dia tengok kedai mamak tu balik..Aku da pucat, Ismet dah tak terkata, nak marah pon tak boleh, nak bising pon tak boleh..

Arghhhhhhhhhhhhhhh! Aku menggeletar! Duit, resit, kamera, cincin yang tak pakai, semua lah! Ada dalam handbag tu!! Maknanya kalau bebetul takde dah rezeki aku, memang boleh panggil aku muflis dengan jayanya!!

Tapi, Allah ada, dia hanya nak test aku, jangan gembira sangat, jangan! Nasib aku masih baik. Handbag tu ada lagi, mamak tu simpankan..Diorang cakap dah panggil kami sebelum masuk keta, tapi kami yang tak dengar..Takpe, thanks uolls, u're the hero of the day lah! Syukur sesangat..

Pas tu check-in, tadahhh kena bebel sekarung oleh suami tersayang, cinta, kasih, muah muah muahhhhhh!

Tak lama tu Nadia datang dan kami mandi manda di kolam yang besar gabak dan best ittew!

Ok jom layan gambar pehtu aku cerita..

Ini la Grand Bluewave Hotel tu..Pon boleh tahan besar bilik, kemas dan bau wangi! Aku google gambar nih =) Gila nak amik gambar macam gini, excited benor namanya!

 Bilik yang just nice, besar dan yang penting bau cadar dia wangi tak bau hotel lama! Hihik



Pemandangan dari tingkat 16..Tak best sangat sebab kami mengadap bandar JB, kalau mengadap laut lagi wowwwww!

Tempat kami mandi manda petang tu with Nadia sekali..Atau nama baru Nadia yang suami kasi ialah Natayar..Hihik..Enjoy kot mandi kat sini..Air dalam! Aku kena buli seperti biasa oleh suami, die tenggelamkan aku, tumus aku dalam air..So so sayang aku kat dia masa tu!!! Sayang tau! Sangatttttttt!

Malam tu dinner kat umah Ibu (Nadia's ibu) Seperti yang Ismet idamkan, dia makan lagi kupang dengan ketam, repeat sebab semalam tak puas makan..Ibu masak nasi ayam, Ya Allah sedap, terbalik pusat! Pastu reramai dengan family pakcik aku pon datang dari Kota Tinggi, kami tengok bola JDT vs Kelatan kat living room..Happening! Happy momment! Pehtu pas bola, gerak ke Bazar Karat. Best gak, macam Downtown kat Wangsamaju tu..Aku shopping tudung sajo..

  
Lepas penat jenjalan kat Bazar Karat, kami minum kat Banafee..Ismet ngan Nadia makan, aku minum je, mata dah rabak penat swimming kot..Balik hotel, taidoooooo tak hingat dunia..

  
Sebab penat, kami dah tak terbangun breakfast,padahal dah terjaga, tertido semula..Bangun2, siap2 nak balik dahh..Harinih agenda ialah lunch kat rumah Ibu, pastu pergi Johor Premium Outlet! Ok let's move!

  
Gambar tuan tanah..kasi chance la kan..

Kami enjoy! Dan kami plan akan ke sana lagi..

Sampai Pekan around 8.30pm gitu, tapau McD, dah tak larat kot tapi rancak lagi becerita..

Ok, sampai rumah, makan2 depan tv, tetiba aku tengok kat suami dah tertutup mata..Alaaa, so penat lettew..Ye la, dia bawak keta sampai sudah, takdenya dia nak kasi aku bawak..

Gerak dia, jom masuk bilik..Macam budak kecik, ikut je cakap aku..Hahaha, tak larat sangat dah tu..

Itu saja cerita holiday kami kali nih =)

Doakan akan ada rezeki lebih, nak pegi tempat lain pulak..Bai

Jul 2, 2013

Johor #1 Lotus Desaru Beach Resort

Assalamualaikum uolls..

Hi! Aku kembali setelah beberapa hari menyepi =) iolls pegi menyelam sambil minum air uolls..Melawat sanak saudara sambil berhoney-mooonnn! Sedap! E'eh, salah..Seronok perkataannya!! Alhamdulillah..

Jumaat hari tu aku dah start cuti, sebab kena check-in before 3 katanya, kalau lambat kami rugi la weyy, bayar memahal tapi duduk kejap je!

Kami pilih Lotus Desaru Beach Resort as our 1st check point. Kami puas hati sangat dengan bilik dia, walaupon resort tu resort yang kertu sikit. Terutama yang paling suami aku suka ialah masuk2 bilik je terus menjerit "Wow katil kat atas, syok weyy" Hehehe..A'ah bilik tu 2 tingkat, katil kat atas, kat bawah living room yang besar, small kitchen, bathroom..Kat atas lak selain katil ada bathroom lagi..Overall, puas hati!

Laki aku apa lagi berlari half naked ke atas, ke bawah..Wakakaka, dia gila! Kejap je kami lepak bilik pastu pas puas2 perati dalam bilik, terus tukar baju bagai pegi main kat Water Park depan bilik. Yupss, bilik kami tingkat 5 yang mengadap betul2 tempat mandi manda tu..Takyah la nak menapak jejauh! 

Ini la dia tempat bermadu kasih la sangattt!!

Lepas puas2 mandi, kami terus siap2 nak melawat pakcik aku kat Air Tawar 5..Sori guys aku tak snap any pictures pon kat sini..Gambar hotel pon aku guna lebai google. Kami dihidangkan dengan ketam dan kupang gergasi! Suami makan macam tak pernah makan. Sampai dalam keta pon cakap 'Bestnya kupang, bestnyaaa..Iz tak tau pon rebus macam tu best!" "Tak puas makan ketam, tadi Iz nak makan ketam lagi, tapi kenyang pulak makan nasi" Hahaha..Takpe, esok pegi umah Ibu mesti ada lauk yang sama lagi, sebab Ibu tapau! Wakakakaka..

Actually kupang kat rumah pakcik aku ialah kupang gergasi. Dia menyelam untuk aku ok, untuk cari kupang tu..Average besar kupang ialah sebesar telepon Nokia 3310! Syokkkkk weyy, manis sangat rasa dia..Arghhhhhhh, aku mengidam!!


Ini bilik tu. Ini kat atas. Khas untuk tidur je =)

Aku turun2 terus duduk bawah cawan nih, burrrrrrrrrrrrrrrrrrrhhh! Air tu bapak best! Hahahaha..Bilik kami yang color purple tu, tingkat 5!

Tu kaki budak penat pas mandi..Tak pakai tudung, takleh laa amik gambar muka berseri2 aku, wakakaka *muntah hijau*

  
Gini la Water Park tu..Yang tak syok takde tempat air dalam! Sume paras2 pinggang! 

 
Masa breakfast aku sempat snap view nih..Pastu aku hilang dalam makanan..Hewhewhew

Aku kalau nak bercuti ke sana lagi, aku boleh je pilih hotel ni sekali lagi..Bilik dia ok walau dah agak lama..Bilik dia sangat lain dari bilik standard yang lain! Aku boleh recommend la!

Breakfast dia pon ok. Banyak pilihan..

Overall, kami happy! 

Nanti aku sambung next entry for next check point! Aku nak pegi training nih =)

Last untuk entry nih, gambar muka aku yang excited, dengan jendol suami yang besar tak agak2..Hehehe, doakan kami bersama hingga Jannah..Amin