Jun 27, 2013

Hidup perlu terus!

Assalamualaikum..

Yeayy esok aku da start cuti!

Mau bermanja, bercuti, bersanak saudara kat Kota Tinggi & JB..

Honeymoon tetap la kan..Biar la orang nak kata kami pengantin basi pon, ahkak tetap nak duduk hotel, manja2 dan happy together2! Mintak laa theme park hotel tu nanti tak ramai orang!

Owhh lupa, semalam suami aku dah start buka kedai setelah tutup seminggu lebih uolls! *mati seminggu cuti, ongkos tak masuk* setelah kedai dibesarkan lagi..Alhamdulillah..

Ya Allah, murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan berikanlah keberkatanMu ke atas rezeki itu..

Dia punya cuak gunting rambut 1st customer semalam sebab dah lama tak pegang gunting..Takpe, u rock dear sayang..


1st customer! Muka ada cuak. Hati ada gumbira punyaa..Ye la ko, memacam masalah nak buka kedai balik after extended kedai. Memula, orang indon tu buat keja lewat, kena tunggu la kan, nak cat kedai pulak. Pastu cat minyak lambat kering uollssss. Kena pulak tunggu beberapa hari. Masalah yang paling vavavangang ialah nak alihkan meter letrik. Janji esok datang, tak datang, Yang kedua pon sama, janji esok datang, tak datang2..Last2 regular cutomer yang tolong alihkan. Sentap ahkak, kalau tau dari awal dah suruh dia buatkan! Tak yah bazir 2-3 hari abang non oiiii..

Masalah lain, janji ngan member mintak tolong pinjam lori ke, van ke, semua macam pentingkan diri sendiri..Aku sedih gak, time suami aku happy, korang ada je, siang malam pagi petang..Sampai suami aku abaikan aku kengkadang..Sobs sobs sobs..Tapi bila suami aku nak mintak tolong jasa baik kengkawan yang ada van ke, lori ke..Semua macam2 alasan. Sedih kot gini..Takpe la, aku ada, aku will find a way to solve this matter!

So kami buka kedai without any new equipments..Takpe, dah booked for our new chairs, and also we add a new thing uolls! Ada tempat untuk cuci rambut jugaaaa!!! Alhamdulillah..Tunggu je minggu depan..Kami amek barang2 tu and tadaaa, our shop will be far better than before =) Aku will be shampoo girl as my part time job and gajikan sorang pembantu lagi..In Shaa Allah..



Ini makanan pagi aku tadi..Tercokeng keluar lutut si ayam! Masa drive tadi nak ke opis, tak sabar2 aku nak ngap sebab bau ayam goreng tu menikam2 lubang idong hakak!

Ini setelah di buka bungkusan itu..Berghhhhhh, kenyang sudah beta!

Jun 26, 2013

Ceritanya..


Assalamualaikum deknon & kaknon..



Mood nak beceramah untuk diri sendiri, ingatan tulus ikhlas untuk kita2 semua..



Kan dah 2 hari aku training, aku attended First Responder Training uolls..Lepas nih, kalau2 ada yang sesak napas, tercekik tulang ayam ke, aku boleh la tolong buat mouth to mouth! Kalau yang hensem lagi tinggi, pehtu aura macam Robert Pattinson pulak, lagi la aku merelakan mouth to mouth ittew..Hakhakhakhaktuiiii..

Seperti biasa aku la wanita tunggal memulanya, tapi rupa2 ada sorang lagi staff yang participate training nih, dari Shah Alam, so aku ada geng!

Tapi bukan pasal training yang aku nak cerita, tapi pasal benda lain. Gini, semalam ada senior senior seniorrr staff borak ngan aku pasal kebiadapan sorang junior nih. Pasal tak kenal lawan ke kawan? Yupss, aku teliti, ceduk segala yang boleh aku hadam..Luahan perasaan ke nih? Ntah la, aku pon tak pasti itu luahan ke atau mengumpat session, but yang aku pasti lelaki susah nak mengadu hal2 remeh gini..Kes berat!

Moral of the story after tapis punya tapis punya tapis..3 kali aku tapis baru aku dapat point di situ. Kita nih bebudak lagi, hingus baru nak kering..Jangan hilang respect kat orang yang sedang tolong kita! Jangan tak kenal kawan, jangan nak melenting tak tentu hala! Sedutttttttttttt, hadam..hehehe

Mungkin korang tak paham apa fenomena yang berlaku. Dalam diam sebenarnya kita terselamat dari mulut buaya sebab ada orang yang back up, jaga kita. Tapi as a mangsa yang bodoh, tuli, kita tak nampak, kita pulak yang hentam balik orang yang tolong kita tu..Tak ke bangang? 

So, bila si berhati baik sentap dengan perangai hanjing kita, si berhati baik pon terus angkat kaki. Lantak ko la nak kena baham dengan buaya ke, jerung ke, sukati ko lah, tak kuasa aku nak jadi budiman lagi. Gituuu..

Pehtu, bila da telajak tinggi kan suara, telajak mulut bau longkang, ko sesali atas segalanya bila dah disiatkan dengan realiti itu..Tapi harus diingat mungkin dah telambat untuk disucikan semula..Tanggunglah akibat deknon!





Jun 25, 2013

Hoiii!

Assalamualaikum,

Short entry.

Dah kena masuk kelas.

Arinih kena belakon. Kena berdrama. Dan nasib la baik ada sorang lagi perempuan dalam kelas arinih. Kalau tak, hakak sorang sajo seperti biasaa..

K laa..I need to go! 

Pray for a better day =)

I love u, whoever u are!


Jun 24, 2013

Ninja


Assalamualaikum semua..

Happy Monday =)

Jelebu? Jerebu? Apa2 je la perkataannya, tapi aku tau maksud ko nak cakap ialah keadaan berkabus ala2 Cameron tu kan? Sila jangan nak ada mood holiday sangat..Ini penyakit!

Aku tak leh nak update panjang2 sangat, sebab aku training 2 hari. So layankan gambar 2 keping nih dan korang tafsir la sendiri! 

Nanti kalau aku boleh curi masa, aku memceceh lagi.

Have a good day my dear readers..

Ini ninja perempuan. 

Ini suami ninja.

Activity pukul 2 pagi setelah penat mengecat kedai. Balik2 tu mata tak leh tido lagi, nak kuar dah penat, so kami mengambil keputusan untuk jadi ninja!!

Spend our time together.



Jun 21, 2013

Mood

Jelaskan? Jelas sangat mood tak berapa nak sampai tahap ceria..Tak tercapai lagi untuk hari nih..

Agaknya sebab aku period, so hormon lintang pukangkah? Alasan kan? Tapi aku rasa alasan tu paling boleh terima..Hormone unstable.

Gara2 ter ter dan ter..Semua ter! Takde yang sengaja..

Sampai tadi pagi tak beli pon makanan berat, just tapau kuih RM2..Hahaha, berat gak lah tu! Padahal gerai biasa beli nasi lemak tu, tak buka harinih..Pegi cafe kat opis, semua potong selera..Last2 kuih sajo!

Tak yah la risau, aku kejap je nih. Jap2 lagi ok lah. Tengah cari mood, tengah betulkan kedudukan hati..Tengah cari balik mana perginya semangat! Woww, ayat nak puitis semula nih! Baik cepat2 abiskan entry sebelum melalut.


Picture hasil google.

Jiwa lara..

Ya Allah..

Berat rasa tak tertanggung..Punah.

Semua gara2 kenangan yang seeloknya pupus dalam hari yang berganti pergi..Tapi tetap ia disudut itu, beku..Dan semalam ia cair bolos mengalir ke pelusuk otak dan hati bagai tersiat..

Aku bukan bodoh untuk hidup dalam gelora semalam, dalam pekat hitam sejarah lepas..Jangan fikir aku manusia semalam yang hidup untuk hari ini..Dah dia jengah! Dah jalan lurus besar untuk kembali ingat! Dah ada perkakas tolong dan mencubit aku supaya teringat..Innalillah..Aku manusia biasa, itu perkataannya.

Ada hikmah. Selitkan jugak dalam ruang kecil yang mungkin hanya Allah mengetahuinya..Aku akur. Aku bertatih..Ia aku bertatih untuk redha dengan ketentuanNya, dengan aturanNYa..ya Allah aku kerdil teramat kerdil bila rasa pedih tu hinggap. Aku perlu hebat diriMu ya Allah walau secubit, walau sejalur..Untuk hapus segala noda hati yang melingkar..Aku tak perlu ingat! Aku tak perlu rosakkan hari yang entah bila akan direntap..Ya Allah..

Pulangkanlah ya Allah, kebahagiaan perasaan itu, ketenangan yang diragut oleh kenangan yang hanya merosakkan zahir dan batinku..Tiada perlu aku ingat segala keburukan kalau hanya untuk aku menyesal. Sebab sesalan tak bawa aku ke jalan yang lurus tanpa menjejak sesatnya jiwa..Jiwa yang parah, ubatnya hanya kesabaran, keredhaan..Bawa segala jiwa, hati, kepala hotak pimpin sekali ke depan, usah ditinggal. Kalau badan je diseret, tapi yang dalam masih kat belakang, sakit takkan lepaskan aku..

Ini semua luahan. Setiap manusia akan hadap jalan ciptaan sendiri. Ada kebahagiaan di awal, ada yang kebahagiaan dikongsi..Ada yang akan dapat rasa bahagia bila ketemu Pencipta di syurga..Allahuakhbar..Jangan ingat senyuman itu tanda bahagia, mungkin senyuman itu hanya untuk bahagiakan entiti beku yag lain, supaya tak hanyut dek keremukkan dalaman.

Maafkan aku kekasih, aku lara ketika tu, sehebat tsunami..Allah duga aku, punahkan kealpaan aku dalam sesat yang aku ingatkan bahagia..Allah nak aku sedar. Aku manusia! Aku manusia! Segalanya boleh berubah sekelip mata berkedip, atas kehendakNya..

Aku ingat lagi masa tu, kebahagian aku dibawah bumi, dibawah gunung..yang tinggal sekeping hati yang robek, hancur..Hancur sehalusnya dan terbang berselerak..Ya Allah, sakitnya..

Dan sebab Allah hadiahkan aku keremukan hidup itu lah, aku kenal jernih dalam air pekat busuk..Dasyat, bila aku lupa indahnya yang wajib, kelu lidah bila perlu dibaca, aku tak mampu..Aku meraung..

Jalan hidup aku tu, untuk aku. Lain untuk yang lain. Terima kasih........
Walau ada ketika rasa perlu riwayat ditamatkan..
Untuk aku semua tu..
Untuk aku kenal semua perasaan..
Cuma sekarang, waktu ini, atau bila2 selepas waktu ini..Aku dah tak nak rasa dah, tak nak hadap, tak nak kembali ke masa silam, Aku nak buang jauh2 sangat perasaan tu, tanam 7 lapis dasar laut..Ya Allah, aku tak nak dah..Dengarlah rayuan nih ya Allah.. 

Aku tak nak ingat dah kenangan tu..Hati, akal..Tolong.







Words..

- Terima kasih atas pekenalan kita yg setahun jagung itu. Tinggi awak lambung sy dgn kasih sayang ada dlm juga awk benam sy dengan kesakitan..

- Show her you love her when you have her..Not when she finds someone..

- Never thought anything can surprise me after all ive been through. Glad you show me that there are still some. Thank you :')

- Sometimes you miss the memories, not the person.

- Every woman is beautiful..It just takes the right to see it..

- Baby panggilan pabila sayang..BABI lebih sesuai dikala amarah..

- Never let that special person go out of your life.  

- Jangan beri peluang masa lalu merosakkan hari indah kita, hidup perlu terus!

- Realitinya gua sayang lu..banyak. Lu buat gua senyum, lu buat gua ketawa, lu buat gua dikayangan..dan semestinya lu buat gua menangis jugak..

- I'm not perfect. Never have been. Never will be..

- Manusia, dalam diri mesti ada kebaikan dan kejahatan..Sebab tu dipanggil manusia..









*Kadang2 kita lupa keindahan gembira bilamana sentiasa diberi duka*
 

Jun 20, 2013

Nothing

Assalamualaikum semua =)

Aku takde apa nak cerita, takde yang menarik sangat..

Cuma, kadang2 aku rasa penat dah kerja lelama kat sini..

Nak angin baru, nak rasa suasana yang lain.

Sebab?

Jangan cakap aku tak besyukur, jangan cakap aku tak kenal, tak reti diuntung.

Aku terlalu lama kat sini, aku takde jiwa dah.

Aku takut makin lama, makin aku tak dapat apa2. Faham la pada yang faham..

Aku ada la berusaha sikit2 sekarang. Moga la ada petanda. Ada tersangkut.

Kalau dapat yang makin dekat, syukur berganda..Dan kalau dapat lebih yang banyak, Alhamdulillah.

Moga Allah dengar, moga Allah beri yang terbaik..

Jun 19, 2013

Berlian dalam perut..

Assalamualaikum semua..apa habaq?

Aku sihat, dan sangat sihat =) Harap korang sihat jugak lah ehh..

Ok, nak cerita. 

Ahad lepaskan Mak aku masuk hospital. Gara2 sakit perut yang teramat sangat sampai Mak aku tak boleh jalan kot sebab sakit sangat. So, Abah bawak terus ke hospital dan secara tetiba Mak kena warded. Jadilah penduduk atau warga Hospital Temerloh sekejap.

Alhamdulillah, semalam Mak aku dah boleh balik..yeayyy! Suka la dia, baru boleh selesa2 kat umah sendiri, kalau kat hospital tu, tidur pon Mak aku tak mampu!

Aku melawat dia hari Isnin, masa tu dok begaru satu badan sebab allergic antibiotic! BP tinggi hamat! 170/90 weyy..BP tinggi kemungkinan gara2 tak boleh tidur, takleh walau sepicing ayat dia, hehe..

Penyakit dia by diagnosis, Mak aku punya hempedu ada batu uolls! Tak cukup batu cincin, Mak aku simpan batu dalam hempedu pulak, hahahaha *padahal risau* Ukuran batu 0.6cm memang sesuai buat batu cincin! Ada sebijik je, kalau banyak boleh buat kilang batu!

Depan aku hari Isnin tu Doktor cakap nak buat minor operate atau kalau boleh buang batu masa scope tu, nak buang je terus..Konon bak kata Doktor tu laa kan..Tapi semalam Mak aku cakap tak boleh pulokkkksss! Sebabnya OT full? Ntah laa, maybe penyakit Mak tak dikategorikan penyakit serius, still boleh delaykan..

Tarikh baru nak buang itu batu ialah masa raya..Wait and see je..Harap2 Mak tak sakit sangat before check up, kalau tak kena buat awal lagi la..

Thanks kepada yang mendoakan..Moga Allah permudahkan kehidupan korang =)..

Ini la dia orang sakit itu! Hehehe, tu tangan belah kanan bengkak sebab banyak sangat masuk ubat..Tukar belah kiri pulak, becucu cicit ubat dia cucuk, mana tak bengkak!

Jun 17, 2013

Weekend punya kisah.


Assalamualaikum uolls semua..apa habaq? ada sihat kaa? kalau tak sihat, hangpa jangan lupa makan ubat noo..hehehe

*tak pon pegi klinik, cari la MC* hewhewhew..

Weekend haritu camne? Best? Suam2? Panas membara? Sejuk dingin beku? Let's jom kita bercerita =)

Sabtu lepas mak hakak datang uolls, mak bawakkan bantal busuk aku ngan bantal2 yang lain! Hahaha..Kesian aku kan? bantal pon mak kasi. Untung badan uolls! Mak kasi bantal peluk sekali, kekabu baru lagi =)

Actually bantal busuk aku tu, bantal yang aku guna 3 tahun masa belajar kat Jengka dulu. Memang takley tukar, memang itu la bantalnya..Jelas di situ aku nih orang yang setia kan? an? an? Kuangkuangkuangggg..Pastu lagi satu, aku ada cow pillow. Cow pillow tu bantal bentuk lembu, hahaha..Itu memang sampai laa nih aku tido bertemankan dia!

Mak singgah kejap je, mak anto bantal je pastu mak rushing ke HTAA, tengok adik kepada kakak ipar aku meninggal, accident. Ok, jangan tanya apa2, aku tak tau cmne accident tu, teruk bahagian mana, mati kat tempat kejadian ke, apa ke aku tak tau.

Ahad lak, kawan kami datang, si Shafiq JPJ tu (Senang kan orang melayu? Amik nama pekerjaan as a nickname) Dia bawak awek baru lak. Memacam la Shafiq nih, selagi tak kawen, gitu laa..Jangan tebawak2 perangai pas kawen udahhh..

Dia simpan kereta dia kat umah aku dan kami naik satu keta je. Memula nak tengok movie, tak jadi. Terus ke Teluk Cempedak, kami minum kat Old Town baru yang tinggi itu, yang boleh tengok laut yang indah itu..Hohhhhh, boring sikit. Untuk aku laaaa..Panas lak tu!

Aku sorang je yang makan. Seperti biasa, aku semestinya makan Hor Fan. Pehtu mintak cili potong, pehtu isi kicap, pehtu hirup kuah dia, pehtu peluh sure macam air pili bomba!
 

Lepas makan, oleh kerana cuaca yang maha panas membara, terus cepat2 habiskan air gerak pegi karok. Mau air-cond! Aku amik lagi Nadia - Salam Untuk Kekasih uolls! Hahahaha
 

  
Ini pulak menu dinner. Mihun Sup kat area umah je, Ini pon penyebab peluh memercik mengalahkan pakcik kerja buat rumah tengah panas terik! Shafiq dah macam mandi sauna! Hahaha..

Lepas makan, gelak2, guling2..Diorang gerak balik KL. Aku ngan suami pegi kedai. *Kedai tengah renovate* Tengok2, apa yang boleh bawak balik rumah, karang putih mata barang hilang. Suami aku besarkan kedai dia lagi, dia beli barang2 baru..Alhamdulillah rezeki dah kawen.

Owhh, petang tu aku dapat called dari akak aku, Angah. Ngah cakap mak warded. Sakit dalam perut. Terus called Mak. Mak cakap tak yah balik lagi, tengok esok macam mana. Kalau kena operate, memang aku akan balik la harinih. Ok mood risau tu dah turning on.

Doakan Mak aku eh, moga Mak sihat balik, Moga Allah tarik sakit Mak semula..
 


Jun 14, 2013

Candy Crush


Assalamualaikum uolls, today dah friday..tarik napas, senyummmm..hahahaha, at last!

Semalam aku tak masak beb, sebab aku sangat la kelupaan yang beras kat umah dah habis! Bila dah separuh bogel kat umah, aku amat lah malas nak menyarung pakaian menutup aurat untuk ke kedai balik. So, iolls text suami cakap tak masak. Makan la lu kat luar, gua nak puasa ini malam..Hehehe

Kebetulan balik tu, aku dah siap2 beli keropok untuk alas perut, so malam tadi aku just makan keropok tu pehtu aku masak megi campur telur campur daging burger campur lada 2-3 bijik, so jawapannya kenyang perut tebalik. Hahaha, tengok tv sambil melayan coklat asam jawa yang aku beli kat pasar payang aritu..Ada banyakkk lagi sebab beli 3 bungkus, aku sorang je yang makan! 

Pas tengok tv kejap tu, aku angkat kaki amik towel terus mandi. 

Siap2, jelitakan diri, baring sambil main Candy Crush. Dah 4-5 hari kot aku kat level 85 nih, tak begerak2, rasa macam nak je aku lempang pencipta menatang nih, hohhhhhhhhhhh! Nyawa macam air! Kejap je abis weyy!

Aku tak expose dalam fb, maksudnya aku memang main sorang2 la, takleh mintak nyawa kat kawan2 lain. 

Ini la menatang yang buat aku leka tahap tak layan suami, hahahahahahaha *gelakdosa*

Penghibur waktu takde kerja mahupon ketika kerja belambak!

Hohhhhhhhhhh! aku stuck kat level 85 weyy!


Perut yang hebat

Entry pendek jap sebab tak mampu nak hadam apa aku buat tadi..

Weyyy! Aku makan nasi lemak 2 bungkus wey, 2 bungkus!

Dah lama aku tak buat perangai macam gini, dah lama wey! Perut aku da telebih ruang kot bila dah tua2 nih.

Memula aku makan nasi lemak telur rebus, pehtu bila habis je makan *licin* mata aku tak benti2 jeling nasi lemak ikan pulak. Sebab kekerapan yang tak terkira menjeling sampai juling, maka aku terpaksa jugak buka bungkusan yang ke dua. Aishhhh.. *licin jua*

Lepas nih, kena buat senaman terkangkang, tersiat, terduduk dan kalau boleh senaman sambil terbang terus menerus untuk jadi model balik. Wakakakakakakakakaka.


Jun 13, 2013

Kenapa buat gua macam nih?

Kenapa buat gua macam ni?
 
Gua buat salah apa kat lu?

 Gua tak suka la situation bodoh macam nih..macam ada batu kat dada..

 Kenapa lu tak pernah paham perasaan gua ek?

Ke lu memang nak gua pergi jejauh?

Cakap la, gua nak dengar apa yang lu tak puas hati sebenarnya..

Kenapa diam? Jawan la soalan tu..Aishhhhhhhh..
 
Takpe la, lu buat la apa yang lu rasa betul..Biarlah gua lepak sorang2 tenangkan hati..

Bye

Resepi dan kisah itu..

Assalamualaikum sayang2 semua..

Tetap nak update walau readers bape ketul je..
Abiss, dah aku suka meluah. Sini je laa pon boleh transparent sikit..Nak luah kat kawan2, kawan2 busy bebenor..Nak luah kat bonda, kang panjat bonda aku tetiba anak dia cerita luahan perasaankan? Hahaha..So aku ada blog ini! Yippi yappa!

Ok, memula update menu dinner semalam. 

Aku masak menu udang masak lemak cili padi, sambal kentang ngan bilis, ayam goreng, and last kacang boncis goreng..Banyak ke beb? Takde banyak sangat, semua tu sikit2 je weyy, *tapi aku tetap kena marah sebab masak menu banyak dari biasa* Hoiii, ayam tu 2 ketul kecik je, lebih masak dulu2, kang kalau lama sangat dalam peti ais, aku dah tak selera nak makan. 

Terus emosi sambil makan. Kadang2 usaha kita orang letak bawah kaki je. 

Aku pakai resepi mak campur dengan resepi kawan aku untuk buat udang masak lemak cili padi =)

Mudah sangat - Tumbuk 2 biji bawang merah bersama cili padi pastu letak terus dalam kuali. Letak bersama udang (Mak cakap udang tak perlu mati air, kalau ikan perlu, wajib!) Pastu curah santan pekat, gaul2 sikit campur air dalam setengah mug. Isi la kentang. Lepas semua dah campak, baru la isi garam dengan pak aji dan sedikit perahan limau nipis. Rasa la secukupnya, angkat. Sekian. 

Ok luahan yang ke dua. next..

Kenapa orang suka bakar kelambu sedangkan marahkan nyamuk? Paham frasa ayat itu? Yupss..kenapa perlu merosakkan hari insan lain untuk menempiaskan ketidakpuasan hati kepada insan lain. Perlu? 

Jangan fikir semua orang ada hari yang indah dan ko sorang je yang jahanam. Jangan tambahkan jahanam hari insan lain, kerana hari dia pon dah hitam.

Owhh, luahan yang ke tiga pulak.

Mata ikan aku masih wujud sihat kat bawah bibir nih. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Hohhh. Lama pulak jangka hayat dia.

Jun 12, 2013

Menu gempak!

Owhh hi all..aku lupa nak cite pasal semalam malam.

Aku kan tukang masak untuk suami tercinta la sangaaattt. Aku akan memasak 5 hari seminggu, cuti untuk Sabtu & Ahad..Itu suami aku punya request dan aku approved. Hahaha, gitu?

Nak dijadikan cerita, aku pon seperti biasa memikir nak masak hape untuk setiap hari. Biasanya aku akan beli barang mentah, lauk pauk, sayur-sayuran semua hari yang sama masa nak masak. Kiranya setiap hari beli laa..Semalam menu aku ialah ikan kembung goreng kicap, sambal kentang bersama ikan bilis, dan sayur kacang bendi goreng rangup..Bunyi macam dappp sangat..Hahaha

Balik kerja, singgah pasar ikan kat area Tanjung Lumpur tu. Aku pon beli la ikan kembung segar yang besar 2 ekor, sayur, bendi, sos tiram (dah abis kat umah punya)..Hujan pejur masa tu, aku hadap je, malas nak pakai payung, sebab hujan angin, nanti dengan payung2 terbang ke mana.

Singgah kedai suami jap, sebab sebelum balik tu suruh dia belikan aku bebola 2 batang, untuk aku alas perut (kami makan lewat malam, aku isteri mithali, aku akan tunggu suami tutup kedai baru makan, hewhewhew) Mati la puji diri sendiri.

Ni la minum petang aku. Bebola tinggal sikit, separuh dah lesap selamat dalam perut.

 Boleh laki aku beli bebola tanpa sos?? Lelaki memang gitu ek?

Pas kenyang perut, aku pon balik. Mengemas kejap. FYI, si Ismet nih penyepah! Mana minum situ la mug, mana makan situ la sampah, situ la pinggan. Hakak dah berbuih hijau beletiaq, haram nak ubah! Balik2, aku gak yang kemas. Dah nasib badan.

Aku pon menyiang ikan, rendam kentang dalam air garam bagai, get ready la kan nak masak. Memula aku goreng ikan. ok, done.  Pastu aku menumis bagai, tadaaa siap ikan kembung kicap aku. Get ready pulak nak buat sambal kentang aku. 

Tup2 aku dengar mesin basuh dah bernyanyi riang, rupaya dah siap mesin membasuh, so tugas aku menjemur baju2 la pulak. Aku benti masak, aku pegi pula menjemur baju jap. Curi2 masa la kan, kata suri rumah waktu malam je, gini la jadinya. Berperang kejap nak buat kerja. Takde assistant. 

Siap sidai baju2, aku kembali jadi chef, lebih tepat junior chef..sebab terkial2 nauzubillah.

Kerja aku leceh sikit kali nih, kena buang taik ikan bilis dalam segenggam tangan aku. Buat kerja sambil menyanyi lagi ko! Hahaha..Bereh! Aku pon nyalakan api, kasi panas itu kuali, kasi minyak masuk, kasi panas itu minyak satu kali, kasi kentang masuk.

Hoiiiiiiiiiii, tak sampai 5x aku kacau2 kentang tu dalam kuali, tetiba api padam? Hamaigaddddd, gas habis deknon! Dah nak pukul 9 malam waktu tu pulak. Kedai cina jual gas tu buka sampai pukul 9 je..Alaaaa, dah nasib badan, 

Apekah boleh dilakukan, aku pon text Ismet, cerita perkara sebenar. Pesanan aku untuk dia, beli la tomyam campur pedas kaw punya sebungkus. Buat lauk tambah, dalam tomyam dah ade sayur, so takyah beli la sayur.

Aku masak nasi, jelitakan diri setelah memasak, layan tv sorang2. Last2 tv pulak tengok aku. Mengidap dah perangai abah aku, hehe..Suami balik, kami makan berdua. Krohhhkrohhhh.


Mata ikan

Assalamualaikum..

Aku mood pedih. Sebab ada mata ikan eh (luka kat dalam mulut tu) ada sebijik kat bahagian bawah bibir ni haa..

Aku selera besar, makan semua nak pedas. So aku rasa macam terganggu sangat ngan luka tu. Rasa potong!

Haa, ni aku google gambar mata ikan tu! Ini la yang aku hadap skarang..Dah 3-4 hari kot..Pedih bila makan hanya yang pernah hadap je tahu.

Tapi selera kalah orang kebulur. 

Tadi pagi aku beli nasi lemak ayam. Masa bukak pembalut, aku tengok nasi dia, dalam hati terus berkata, aku memang tak kan abis la, banyak nak gila nasi! Tapi yang ajaibnya, semua nasi tu dah selamat masuk dalam perut without failed walau sebijik pon, wakakakaka..Sekarang tengah sakit perut, maksud aku tak sedap perut. Sebab banyakkkkkkkkkkkkkk sangat nasi tadi, dan perut aku marah sangat, perut menegang gila! Perut aku macam tertarik! Arghhhhh..Sila la hadam cepat nasi oii.

Kepada mata ikan, 
Sila la berambus. Aku da tak sanggup menderita bila suap makanan, tapi aku suapkan jugak. Nasib aku bukan jenis yang menggelupur, libas2 tangan dan jari ke udara bila rasa pedih. Aku setakat keluar air mata je, hahahaha..





Jun 11, 2013

Resepi sup ayam bepeloh!

Assalamualaikum semua..

Kabare? Waras? Hehe.. (Apa khabar?, sihat ?) konon jawa lak arinih..

Aku semalam masak menu baru dalam hidup aku. Kan aku sejak kawen nih, semua percubaan pertama memasak. Semua tak pernah masak. Yang aku pandai masak sebelum kawen dulu ada laa 2-3 jenis, macam aku pandai la masak ayam berlada, ayam kicap, ayam goreng..Haa itu je la! Hahaha..

Semalam aku masak sup ayam makan bepeluh! Aku buat tanpa sup bunjut pon. Sebab nak cuba ikut cara mak mertua masak katanyaaaa..Hahahaha, Alhamdulillah, sekali lagi suami berkata *jom buka restoran* benciiiiiikk, perli secara halus. Aku buat pedas sikit, isi lada hitam lebih! Baru terangkat bila hirup sup!

Dia makan sambil marah2. Bukan sebab lauk aku masak, tapi sebab isteri tak sedar diri masa dia balik, hahahaha..Aku baru tertido agaknya, flat sangat lettew masak sup ayam, hewhewhew *libasshawlkebelakang*

Ok, my chicken soup pass dah! Next, nak belajar masak hape? 

Aku google je gambar sup ayam nih, aku lupa nak snap yang aku masak semalam. Lebih kurang je rupanyaaaaaaa! Cuma carrot aku semalam aku potong segi empat tepat. Pinggan aku pulak takde bunga2, putih bersih.

Nak resepi? Wakakakaka..

1) Ayam dalam 5-6 ketul
2) Bawang merah (3biji), bawang putih (2biji), halia (1 inci) ditumbuk halusssss
3) Rempah 4 beradik sikit2, direndam dalam air panas dulu before masak.
4) Lada hitam aku tumbuk, ikut la nak banyak mana, kalau nak bepeluh isi la banyak macam aku, hahaha
5) Aku campak sekali pati ayam.
6) Carrot & ubi kentang
6) Daun bawang ngan daun sup. 

Itu je kot? Aku pon taktau la betul ke tak resepi nih, aku main hentam.

Cara masak.

1) Tumis rempah 4 beradik hingga berbau harummmm (Jangan buang air rendaman).
2) Tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
3) Pehtu bila bau dah best, masuk ayam yang dah dibersihkan tu. Gaul la ayam tu kasi mati air eh?
4) Baru la aku masukkan lada hitam. Gaul la sikit.
5) Letak air rendaman rempah ratus tadi, pastu aku taruk lagi segelas air.
6) Jangan lupa taruk carot & kentang. Takut kalau taruk lewat, tak empuk.
7) Baru la aku taruk pak aji dengan garam. Campak la daun2. 
8) Rasa dan adjust laa sampai puas hati. Letak dalam mangkuk. Makan panas2!

Semalam aku goreng sekali ikan bilis+bawang+lada kecik..

Memang tebal bibir lepas makan.

Jun 10, 2013

Perempuan suka kalau lelaki..

Perempuan suka kalau lelaki..

1) Sekali sekala, tiba2 si lelaki memuji2 kita si gf/bini/nenek pon bolehhh kalau nak, tetiba rasa takleh napas, muka terus keluar cahaya! Kan? Betul tak? Tetiba rasa *Aku la yang empunya doniaaa ini!*

2) Bila bf/laki tiba2 tolong buat kerja rumah! Eh ini untuk sang suami je kot? Bf takde permit nak duduk serumah ngan kittew lagi, mihmihmih *birah* Hatta, hanya tolong ambilkan hanger baju kat dalam rumah, bila si isteri jerit "Awak, tolong amik hanger, tak cukup nih" Suami yang tengah terbaring tengok tv, bangun slow2 ambil hanger, terus kasi kita yang tengah sidai baju tu..So sweet bila dia join tengok kita sambil borak2..MashaAllah, kembang hati =) 

3) Kita tengah2 bersiap, kelam kelibut pastu terlupa amik handset atau lupa nak pakai jam. Kita terus masuk kereta cepat2 pastu halakan air-cond, kalau boleh semua lubang air-cond tu kat kita sebab bepeluh2, takut make-up cair. Tetiba, nahhhh, die hulurkan jam ngan handset dengan muka slumber, tarik handbrake brooooooooooooom teruskan perjalanan. Bagi lelaki itu semua perkara kecik. Tapi bagi perempuan macam aku, ya Allah..berutung sekejap rasa!

4) Jenjalan kat shopping mall, pehtu dapat pulak bf/laki jenis jalan sebatu jauh dari kita. Aku dah biasa, belum kawen dulu pon kami bukan jenis bekepit, meleset. Tapi, bila sekali sekala, tengah2 mall tu, die amik tangan kita, terus pimpin. Auuww, walau perkara biasa, tapi kalau kadang2 je bf/laki buat macam tu, sang gf/bini akan rasa selamat sangat! Ye laa, biasanya kalau jenjalan terasa macam kuar sorang2! Dah kalau sorang kat depan, sorang kat belakang!

5) Aku jenis malas nak kupas kulit udang ke, kulit ketam ke, memang pemalas, sanggup tak makan! Bila bf/laki tolong kupaskan pehtu letak dalam pinggan kita tanpa disuruh2, hati rasa denyut dan terus suap udang nganga besar2!

6) Best bila beli kasut baru, kita pilih sesama. Aku tengok ada sesetengah lelaki hanya tunggu kat luar kedai atau akan keluar duduk tepi mall sambil hisap rokok, dengan muka masam, pehtu membebel kalau si gf/bini lambat sangat memilih. Perempuan suka weyy kalau laki dia tolong pilihkan. Yess, wahai kaum adam, perempuan macam aku suka kalau sama2 pilih. Suka. Yupss. Tapi aku tak tau la jenis perempuan lain.

7) Masuk2 keta, balik dari kerja atau bila dia balik rumah, tengok muka kita kelat melat..Dia terus buat lawak tapi kita tak layan. Dia tak mental tapi dia tanya kita baik2. TANPA mempersoalankan salah siapa, samada kita punya masalah tu kita cipta atau sebenarnya takde masalah langsung. Paling best kalau2 dia kasi advise yang sangat mudah hadam. Terus rasa nak pinjam bahu pehtu cakap *terima kasih awak* Terus dari singa betukar jadi kucing birah!

8) Aku punya suami sangat la belainan masa becinta dengan masa dah jadi hak dia. Dulu masa memula becinta, gayut sejam dua tu, normal. Texting every hour non-stop. Tapi bila da lama, kita text dia 10x belum tentu dia reply. Tapi sekarang, kalau dia buat perangai, dia start dulu call, dia start dulu texting kita..Wow, awak nih tabiat apa?? Terus soalan sentap aku kasi. Tapi hati ada denyut, ada kembang =)

9) Paling best kalau kita kuar sama2, bf/laki mudahhhhhhhhhh je kasi kita nak beli barang dan dia belanja! Aku paling suka kalau mood dia baik macam nih! Kalau boleh aku nak dia hari2 macam nih. Sebab sesetengah suami, nak beli spender dia pon harap isteri yang belanja! Kalau tak, dia akan biar je spender dia tu macam getah langsir! Hahahahahaha..

K, laa..aku kasi 9 je. Korang pulak? Hado? Jom share.


Jun 7, 2013

Resepi Kari Tenggiri


Seperti yang dijanjikan semalam, ahkak akan siarkan gambar kari ikan tenggiri ahkak!!

Hehehe, dont mess with my curry! Nampak comotkan? tapi semalam dalam sejarah aku kena marah sebab nasi tak cukup! Wakakakaka..Ke aku saja masak sikit? *Tangan kat bahu mata juling air*

Dia siap cilok nasi dalam pinggan aku, nasib la aku memang tak berapa suka lauk2 kari, amik la, tak kesah pon. Sori la, aku termasak nasi sikit, tapi takde la sikit, as normal la, sebab kemarin aku masak lebih sikit, dia cakap boleh kurangkan sikit. So, semalam malam aku masak la seperti diarah, tetiba tak cukup. Sedap eh wak? Maceh.

Ini dia! Rupa takde, tapi rasa, kalah kari mamak! Wakakaka *pengsan puji diri sendiri*

Comot sikit pinggan tu, tak sempat dah aku nk lap2, sebab memasing dah lapar, karang tak pasal aku kena marah, time makan, time tu la nak begambar! Aku goreng telur dadar sekali.

Komen dari komentor tetap aku "Sedap, gua suka rasa dia" "Walau pekat sikit, tapi rasa dia A" Wahhhhhhhhhhhhh, sangat menjaga hatikan ayat si suami kepada si isteri. Tentu dia tau isteri dia bertungkus lumus buat kari nih. Hahahahahaha.

Dia kasi markah 8.5/10 untuk kari tenggiri aku! Thanks yer, walau nasik tak cukup.

Nak resepi? Wakakaka..resepi sangat.

Aku just tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih (semua tu dalam kuantiti satu) + lada blend (lada kering, bawang merah, bawang putih, halia) pastu bila dah naik bau, ala2 dah pecah minyak, aku masuk pulak rempah kari yang telah dipes, continue kacau. Eh lupa aku masuk halba gak, sikit je.

Pastu aku tak ingat dah next step, wakakakakaka. Aku masukkan air asam jawa, santan, air secukupnya..Kacau la anda hingga mendidih. Aku masa nih baru letak pak aji, garam, tomato, bendi dan last sekali aku masukkan ikan tenggiri 2 keping. Rasa la sikit sampai puas hati, baru tutup api. 

Gitu je kot? Maklumlah 1st time, aku tak berapa nak tau apa steps sepatutnya diikut. Aku main taram. 

Sedap. Dapat markah 8.5 dari 10. Bangga. 


Be calm.


Assalamualaikum uolls, selamat hari Jumaat =)

Tetiba mood harinih tak berapa nak cantik, walhal hari Jumaat ni kot!! Wake up Jet, apadahal nak moody2 bongok nih!! Kan ada cerita pasal dinner semalam =) hahahaha..

Apa khabar korang? Syok tak dah Jumaat? Sure syok kannn *kalau tak syok gerenti korang dari planet lain selain bumi* Well, mari sebarkan senyuman paling maaanisss yang kita boleh buat, senyuman tu kan ke sedekah, sedekah hari Jumaat pulak tu =)) =)) 

Aku nih kalau korang nak tau, ada pe'el pelik sikit. Pe'el aku ialah mood swing macam haram secara tetiba. Korang hado? Kalau bagi korang tak pelik, itu aku tak pasti. Tapi bagi aku, kalau takde hal, takde sebab, mood nak swing, aku memang rasa nak maki diri sendiri sambil nangis drive keta pegi opis.

Yups, tadi pagi masa buka gate rumah nak keluarkan kereta, aku dah rasa stress. Tetiba aku rasa nak marah. Whyyyy?? Ntah. Itu yang aku hairan. Muka aku kan memang dah sedia sombong kalau tak senyum. Sampai ada orang cakap aku nih belagak *padahal korang tak kenal aku lagi, bila dah kenal baru nyesal* Kalau korang nak tau muka aku pagi tadi macam muka aku belagak kuasa 100ribu kali.

Kadang2 aku rasa dunia tak adil. Tetiba aku rasa kenapa aku sorang je kena pegi keja awal2, kenapa aku yang kena drive jejauh. Padahal aku tak pernah pon nak kesah. Tapi bila mood swing, itu la yang aku stresskan!! Bangang sangat. Takde benda ponnnnnnnnn! Tengok2, kan dah meroyan.

Try to be nice, try to be calm..

Aku takde reason untuk meroyan, kalau masuk court pon aku sure kalah. Takde alasan kukuh. 

Marilah kawan2, kita istighfar. Kita audit diri kita yer, mana la tau ada yang terluka, tersumbat ke, dek perangai kita..Mari kita cermin diri kita dulu sebelum kita mengata orang. Kita suluh jiwa, kita buka hijab hati, intai dosa2 silam dan beristighfar..Mungkin kita banyak dosa yang kita sendiri tak tahu kita berdosa, mari kita berdoa kepada Ya Rab dan pinta penuh harapan supaya diberi kesenangan dalam setiap kepayahan kita, dan diakhiri dengan kebahagiaan..Itu dia - bila Ustajah Jojet berucap.

Lupa nak habaq, tadi pagi aku makan mihun sedap bersama ayam upin ipin weyy! Kekenyangan sampai tebalik pusat!

Mari bersyukur.



Jun 6, 2013

Ke arah kari terhebat!


Hahaha..Kecoh harinih! Semua pasal menu aku malam karang =) 
Hakak kan junior chef, harus lah kecoh supaya dinaikkan darjat agung menjadi senior chef~

Ceritanya, al-kisahhhhhhhhhh..

Family aku bukannya datang dari keturunan yang suka makan makanan berasaskan dari rempah ratus, halba, kari2 nih..Kami sempoi hari2 boleh telan masak lemak cili padi hari2..Kalau kat umah Tok aku pulak, untuk lunch sahaja 2-3 jenis masak lemak dihidangkan! Hahaha, bayangkan? dapat bayang? Hohhh, korang bagus, atas meja semua color kuningggggggg je..hehe

Tapi sejak 2 menjak nih, aku dah kena belajar memasak sendiri kan, menu aku pulak lain la sikit..Tekak suami aku tu "kekarian" dia sangat lah menebal2..Kalau kami lunch kat mamak ke, menu yang dia ceduk tak lain tak bukan ialah kari tenggiri si mamak tu. Aku pon tak tau apa yang sedap ntah!

So, nak jadikan cerita harinih, hajat aku nak masak la kari tenggiri untuk si suami yang teramat disayangi lagi dicintai..muah muah muahhhh *muntah lalu pitam 79x*

Kecoh satu opis wey, kecoh!! Jet nak masak kari..sila kasi resepi! 

Memula aku buat makcik cleaner opis nih sebagai rujukan aku ke arah kari terhebat aku malam nanti!..Memacam la yang dia cakap/ajar, tapi aku nak hadam punya la payah! Ganu pekat wehh! Kejap2 aku kerut kening, kejap2 aku suruh die repeat..Tapi istimewanya makcik nih, dia sabarrrr je ngan aku, ikut jee, senyum jeee..Tima kasih Kak Long =) moga bahagia hidupmu ^_^

Tapi menu yang dia kasi kena isi gula sikit..Aku dah takleh hadam. Aku memang takleh benda2 manis, Ok, kena cari rujukan ke dua untuk lebih mantap kari aku malam nih! Ayuhhhhhhh!!

Tanpa buang masa, aku tepon orang Mentakab! Sapa lagi kalau bukan bonda tercinta! Time kritikal dah nih, sebab semangat nak buat kari tu menular sampai ke seluruh badan dah lagaknya *Korang pulak pitam, dengan kemengadaan aku" Hahahaha, serius aku memang terejal sket nih!

Mak macam biasa la, bebel sikit2, terus keluar ayat dah kawen baru lah terkial2..Biasa laaa, mana ada orang pegang pengayuh sampan kalau kat jalan raya, mesti la cari pengayuh masa dalam sampan je! Aku pon tak paham apa perumpamaan aku nih, hahahaha..

Ok, Ilmu disemat dalam hati, dalam darah, dalam daging..Aku try test buat malam nih..

Esok aku hapdate. Sabar. Kalau sedap aku buat umah terbuka besar2an, aku masak kari ikan je. Hahaha..ini tipu.


Mampukah aku masak jadi rupa macam nih? Kita nantikan..

Image aku google.

Jun 5, 2013

Semoga Sudin ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


Lepas satu, satu yang pergi..

Aku suka Sudin, dia best jadi Sudin. Badan kurus, tapi ketul2..Lawak tu pasti la kan! hehe..

Semalam 4.06.2013 dia dah pergi untuk selamanya..Sedih je kan..

Moga Allah lapangkan kubur Allahyarham Sudin, dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..






Images aku google.

Rabu dah!


Assalamualaikum uolls and very good day untuk kita semua..moga segalanya dipermudahkan dan diakhiri dengan kebahagiaan..amin

Aku MC semalam, takde sakit apa pon cuma resdung. Resdung je nak MC? Ponteng lettew..Hoiii, aku memang tak sakit, aku hanya resdung, tapi pada sesiapa yang mengidap je tau camne resdung itu. Aku semalam, pepagi buta dah terbersin 100x, hidung blocked, takley bernafas ikut hidung, kena ikut mulut, pastu hingus macam air terjun tapi takley sedut, haaaaaa..nak hadap bendalah tu 8 jam kat opis? nak bawak 15 kotak tisu? So aku decide untuk makan ubat, terus tido..bangun2 tido dah baik. Ajaib tak? memang camtu la resdung nih, kena makan ubat dan tido, In Shaa Allah bangun tido tu akan ok.

Harinih, Alhamdulillah aku bangun tak terbersin, biasa la sok sek sok sek pepagi tu..Gerak awal dan tetiba aku ternampak sebuah gerai dah buka kat area rumah aku tu. Biasanya aku malas nak stop keta, tapi harinih, aku benti and beli nasi lemak ayam akak tu. Bila sampai opis, aku buat neslo panas satu mug, pastu layan nasi lemak. Owhhh layan gak nasi lemak akak nih..Nasi dia banyak, sambal dia tak manis, ayam dia best,..Tak rugi aku benti beli tadi..

Oh, aku nak cerita pasal permintaan suami malam tadi. Dia dengan muka slumber cakap "Lepas nih, Iz nak makan kat rumah je 5 hari, sabtu ngan ahad je makan kat luar" Owhhhhhh, so sweet muka suami aku masa berkata sedemikian, kalah muka Izzue Islam. Aku pulak tetiba terus tanya soalan bodoh "Bila start?" Suami terus jawab tanpa tengok muka aku "Hari esok la terus start" Oic sangat..Aku terus suap kuah sup akak thailand dengan perasaan berbelah bahagi. Suami aku nih, dah kenapa? Dia nak berjimat cermat ke atau nak aku belajar memasak tanpa henti? Kompius kak ton, kak ton takley la dengan permintaan mengarut lagi anjat2 nih! Susah kak ton nak hadam.

Ok la, aku nak google resepi jap. Semalam pon dia suruh aku beli buku resepi yang diiklankan dalam paper. Mengata terang2 suami aku nih kan. Siap suruh beli buku resepi. Tengok la nanti bila aku dah pandai masak!


Menu aku malam nih: Western? Wakakakakakaka *in my dreams sangat* telur gode.

Jun 3, 2013

Kelantan aku datang!


Assalamualaikum semua, happy mood pls, happy mood..walaupon harinih hari Senin, walaupon harinih ramai gila orang tak datang opis..Arghhhh, pfffffffffffffffffff.

Well, Jumaat arituh kami satu keluarga *wahh, macam dah beranak pinak lagaknya kan?, padahal 2 ketul je, ngehngehhhh* bertolak ke Kelantan untuk wedding si Op..Dah berjodoh ngan orang Kelantan, kami kena la berkonvoi ke sana =) bertahun2 tak jejak kat sana..So let's jom!

Pukul 11 am pas bekpes kat belakang Alliance Bank *terkenal ngan nasi minyak* gerak terus pelan2 ke Kelantan!

Sampai dalam pukul 5 pm gitu, nama kampungnya ialah Kampung Repek *aku dah otak skrin biru*. Op sediakan kami homestay. Akad nikah pukul 9 pm kat surau area situ gak la..Sekali 2 pasangan yang nikah. Simple gila weyyy. Katanya Kelantan, takut gak tanya soalan2 cepu mas, puas menghafal, tetiba takde pon soalan, satu pon takde, sebab nak cepat..Bereh sekali lafaz!

Abis tu, terus mengisi perut kat umah pengantin perempuan, Makan beridang lagi uolls! Takde gambar - sori sangat, kami semua macam pelik2 sikit sebab lain bebenor cara orang Kelantan nih..Hehe..

Pas kenyang perut suka hati, balik homestay, tukar baju semua, kita cuci mata! Takde pegi mana pon, jejak kaki kat Wakaf Che Yeh je =) Jakun la sket sebab tak pernah pegi kot..Best, murah la gak..boleh laa.

Balik2, dah penat, ketiduran. Kenduri tengahari tu pon sama, kepelikan =) but ok laa..Happy!

Pas wedding, pegi singgah kat Rantau Panjang..Mak aiiii, dah la panas bedering, harga melampau2! Katanya sebab cuti sekolah..Berantu harga, aku beli dodol je weyy! Hahahaha..

Kami gerak balik ke Kuantan pukul 12 am..Pas bola! Sampai pukul 4am..Tido membungkang terus..That it.

Maaf, entry orang yang bapak malas. Sekian.

 Suami aku sekarang boleh buat kerja mengandam, kalau nak servis dia, contact hakak eh =)

Hohoiiiiiii pengantin suam..Sila la jangan jeles, gambar pengantin takde, gambar kami hado!