May 30, 2013

Kerana Allah, aku sayang semua.


As salam semua =)

Apa khabar?

Dah bekpes?

Owhh saya sudah, alhamdulillah..

Ermmmmmmmmm..fuhhh [tarik nafas dalam2]..berat emosi ditanggung..

Dalam diri nih, sejak 2 menjak..banyak memikir. Semua tentang perasaan orang terhadap aku. Kenapa aku treat orang macam tu? Kenapa aku boleh terleka? Sombongkah aku? Lupa daratan?..blablablablabla..Memacam la kan yang aku cuba selam, telan, rasa..

Ketahuilah..

Ketahuilah sesiapa jua yang memikirkan tentang aku di sana, bahawasanya aku pon begitu. Tak pernah lupa, tak pernah tertinggal. Ada dalam hati, ada dalam doa, ada dalam setiap nafas..Sentiasa aku bawa ke mana aku pergi, ini jujur dan pasti.

Aku mungkin jarang berbunyi, jarang menjenguk, aku jugak jarang menonjol. Sakit meronta hati nih, bila dituduh lupa asal usul. Pedih..

Nak tau perasaan nih? Nak cuba selam? Aku cuba untuk cerita, walau susah untuk difahami..

Dari kecil aku hilang punca. Aku dihantar ke kampung. Aku membesar dengan keluarga besar, dikelilingi ramai saudara, terima banyak kasih..Aku tak sunyi, aku ada ramai orang..Ramai yang kasih.

Masa tu aku rasa bahagia..Ye lah ramai yang sayang..

Masuk waktu "pakaian seragam" aku diambil, sentap hati tinggalkan kampung, Tinggalkan kasih yang mendalam, hati gelisah terpisah, tapi suara kecil, takde siapa ambil tahu..

Tiba waktu cuti, aku akan dihantar atau aku sendiri yang cari kasih tertinggal..Iya, kasih dikampung..aku rindu kasih2 yang aku tinggalkan tu, setiap kali cuti akan aku cuba untuk balik..Sebab aku rasakan kasih dikampung lagi jujur, lagi dalam, lagi berat untuk aku..

Realiti, hingga belasan tahun, dah pakai seragam baru, berkain biru kehijauan..aku tetap kejar kasih kat kampung..

Tahun terakhir pakai baju seragam, baru aku pandai menyambut aidilfitri pertama di rumah halaman sendiri..Sebelum tu, malam raya aku hanya di kampung..Seolah disitulah rumah aku sebenarnya..Kenapa macam tu? Pernah tak sesiapa terfikir? Pernah tak terfikir kenapa aku lebih selesa macam tu? Apa pergolakan emosi aku? Takde siapa tahu..

Bila dah besar, dah pandai berkasih diluar, makin jauh aku rasa..Jauh seolah tak dapat gapai. 

Emosi kat rumah dingin, tak kuat, lemah..walau ada, tak pernah kosong..

Bila dah di dunia luar, bila dah besar, kasih di kampung yang dulu banyak dan sendat, semakin jauh tinggalkan aku..Aku keliru sangat ketika tu..Bukan salah sesiapa, sebab aku bukan anak, aku hanya dijaga penuh kasih sayang, tiba masa ia akan berkurang..Kerana aku dah besar, aku dah ada life aku, padahal..jiwa dan hati nih? Longgar..Kat siapa lagi aku nak rapat? Kat siapa lagi aku nak tumpang berkasih?

Aku sesat. 

Aku tak maksudkan di rumah takde kasih. Ada, memang ada, itu pasti. Tapi tak seperti insan lain yang terima kasih sayang, yang ditatang dirumah tanpa ditolak ke sana sini. Susah aku nak terangkan. Susah.

Sebab tu bila dah berdua sekarang, aku jaga kasih yang aku tumpang sekarang. Aku sandarkan hati, perasaan, suka, duka, masin, masam, manis..Iya, dia tahu, walau tak kesemua..Walau akhirnya aku sendiri belum pasti..

Tapi..bila hati aku dah jauh, emosi aku dah pergi, baru semua rasa aku dah takde..Baru semua rasa aku dah kurang ajar..Aku tak pandai menghargai..Remuk.

Ketahuilah..aku sayang semua, aku teramat2 sayang..Walau berjauh, walau tak terpandang, aku sayang..Jangan tikam hati ini, korang kesayangan. Kasih di kampung, kasih di rumah, kasih2 yang sarat dari aku kecik sebesar tapak tangan hingga aku besar berkerut, aku tak pernah lupa. Tak akan lupa.

Cuma, faham lah..bila aku hilang punca, tiada siapa yang tahu..Dah tak rapat, tak pernah. Tak pernah ada situasi bercakap dari "hati ke hati" Tiada insan itu di rumah yang boleh bercakap dengan aku berbahasa hati..Aku perlu itu dari dulu..Jiwa aku parah, aku tiada siapa, tiada tempat yang aku boleh tuju..Sebab aku tak pernah diajar begitu..Tak kan lah aku nak becerita dengan kasih2 yang mengasihi aku masa aku kanak2 dulu? Mereka dah tua, mereka dah ada keluarga, mereka dah takde masa seperti dulu untuk melayan kerenah aku..Aku sesat.

Bila dah berdua, aku jaga kasih tu, walau goyah..Selagi nyawa ada, selagi jodoh itu milik aku, aku akan jaga..

Dan percayalah kasih2 aku diluar sana, yang kenal aku dari nafas yang pertama hingga kini, aku tak pernah lupa..Aku sentiasa bawak korang dalam hati, dalam jaga, dalam doa2..Aku teramat2 sayang korang..Korang ialah sebahagian nyawa..Jangan tuduh, tapi cuba paham..Itu aku pinta..Jangan bunuh perasaan ini..

Bayangkan orang yang kita sayang tikam hati kita..Aku gelak, aku berdiam, kerana aku tiada tempat untuk mengadu, tempat itu sentiasa kosong..Sebab walau dah berdua, kekusutan ini tak mungkin boleh dikongsi..Biar aku tanggung. 

Kerana Allah, aku sayang semua.


May 29, 2013

Cuba

Cuba - Faizal Tahir

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku..

Korang tak sabar, aku lagi tak sabar..



Korang tak sabar, aku lagi tak sabar..kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Tajuk takde kena mengena dengan ini cerita, hahahaha..i is bohsan, i need u la suami T_T mehmehmeh *geli ketiak laki aku kalau dia baca* bosan tahap hempedu jadi manis dah nih!

Arinih drama dalam FB & Twitter ialah antara Elephant Army dengan JDT..hamekk! Cerita apakah ini? Aku memang takde dalam senarai peminat bola fanatic, so aku just baca and next please..Hehehe, lantak korang la nak menyalahkan sesapa sahaja, itu hak individu, tapi jangan sampai buang keluarga, itu dosa! Hahahaha..

Semalam actually aku sangat2 nak pergi tengok bola tu, puas memujuk Ismet, kebetulan sepupu2 aku semua semangat pergi, aku tak nak ketinggalan la, tapi Ismet reject usul aku. Boleh je aku gerak sekali ngan sepupu, makcik, pakcik aku..But, ramai sangat kot nanti, takut menyusahkan pulak..Aku tak salahkan suami, aku pon tak salahkan sesapa, aku redha..

Aku mengemas, memasak, main game..

Tetiba suami balik, cakap bola dibatalkan..Lorrrrrrrrr, sebab terlalu ramai katanya..tak muat. Gitu eh? aku pon tak tau laa..Macam2 sangat. Tak amik port sangat.

Kami pon makan. 

Itu je cerita.

Pasal soalan, sinis ok soalan tadi, aku pon nak laa..nak ok. nak. nak. nak *ini untuk budak tadi, yang kat opis - jelas aku tengah tension, dan soalan budak tu tengah contol perasaan aku, bedebah!*



Nak masak apa?


Kemalasan.

Ketidak tahuan kenapa.

Ketandusan, mengantuk.

Semalam, Ismet tak leh tido, ngan aku2 sekali dia kacau suruh teman dia.

Memula nak main game candy crush kat tepon aku, macam la kat tepon dia takde?? owhhh, alasan dia ialah kan tepon dia kena reformat so he need to start from stage 1 balik, dia nak main yang aku sebab aku dah stage 67..Ok, layankan je, hamik..

Pastu gerak2, cakap kenapa dia tak leh tido? Laaaa, takleh tido pon nak cakap kat aku, aku dah la penat tadi malam mengemop lantai satu rumah, memasak, goreng keropok dia lagi..Kehkehkehkeh, macam la banyak sangat kerja, 3 tasks jer kot? Kecoh bini mung nih!

Mula la dia nak ajak aku beborak. Cakap pasal tu la, ini laa, bila aku layan tak layan, dia cucuk kat sana la, cucuk kat sini laa..Eh saudara, ko dah apa hal? Itu la, memalam pegi minum kopi, kopi radix plak tu, kan dah terencat sorang2.

Aku kalau esok cuti aku layankan aje, tapi arinih aku kerja la sayaaaaanggg..

Eh, semalam aku masak ikan kembung goreng kicap, sayur sawi putih goreng dan semestinya telur dadar. Oleh kerana sekarang aku rajin memasak, beras dah abis. Harinih kena ingat untuk beli beras. Tak banyak pon aku beli, 2kg je. Beli banyak2 berulat beras aku, ulat yang color hitam2 tu.

Harinih nak masak hape? Aku da tak pandai nak masak menu lain dah. Aku nih skill memasak masih kat takok lama. Menu itu lerrr, resepi itu lerrr..Sebelum mulut manis suami jadi mulut puaka hutan, baik aku cari resepi, google hape yang patut nak dimasak malam nih. Wondering, camne la suri rumah yang memasak every single day, non stop tu..Mesti dalam otak dah bejuta resepi, petik jari jer kalau nak masak! Respect la para isteri!!

May 28, 2013

Kalau kena puji terus ke bintang.


Semalam, chef memasak lagi, yabedabedoooooooooooooooooooooooooooooo!

Hahahaha, excited kann? Sebab semalam dapat puji uolls, hewhewhewhew *ketawa macam hanis zalikha pulak*

Kat tempat kerja lagi aku dah was2 actually, nak masak ke tak nak masak. Aku kan semalam tahap resdung hingus takleh control. Meleleh sendiri. Tisu 4 kotak kot agaknya. Ye la, kat opis kan kerja menaip kejap2 tengok bawah kan? Hingus sekali harus ke bawah gak laa..

Bila resdung deria rasa aku semua out. Memang semua rasa sama je..Tapi aku punya hajat nak masak tu, membuak2. Teringin nak buat asam pedas. Kejap2 google asam pedas images, hahahaha..Terus perut bebunyi, terus aku rajin buat air milo pehtu cicahkan biskut kering. Terus abis biskut separuh botol, terus terus terus berghhhhhhhhhhhhhhhh, kenyang makan biskut je.

Balik kerja 'terus' berazam, aku nak masak!! *capai handbag lenggang lenggok balik*

So menu malam tadi ialah ikan kerisi asam pedas, ikan kerisi goreng, dan sambal gesek meletop!

Asam pedas dah tak nampak ikan, penuh ngan daun2, hahaha..

Dia puji! Aku apa lagi, ke bintang la ^___^ 

Walau pon dia puji setakat berbunyi "Ok la nih, kalau selalu masak mesti lagi sedap" hahaha, aku dah hepi dah! Al-maklum la, aku kan baru menceburi bidang masakan nih, dulu aku juri je, mengondem masakan aku pandai la. Skarang masakan aku pulak kena kondem!

Semangat bekorbar2 uolls nak belajar masak memacam! Lepas nih nak masak puding, kek, chicken grill, donut, kuih keria, ayam terung asam, eskrem goreng! Semua aku nak try!

Hahahahaktuii, semangat nih biasanya bekobar dalam masa 2-3jam je. Sekian.


May 27, 2013

Sakit


Khamis lepas aku memang flat. Kepala macam nak pecah Sakit bedenyut yang hamat hazab. Ya Allah..

Bila kasitau orang, macam biasa la "dah berisi ke?" tanda2 nak jadi ibunda lettew!" 

Belum lagi, belum rezeki. Apa yang korang agak tu salah.

Nanti kami cuba lagi. Cuba elok2 lagi, wakakakakakakakaka. *Ini tak lawak*

Aku ada masalah ngan angin la. Aku berangin. So angin tu la yang naik sampai ke kepala. Memang bahagian kanan kepala kat depan atas sikit dari mata tu, sakit macam nak tersembul bijik mata. Sakit gila. Aku tekan2 kan jugak, ingat lega la kalau urut2 macam tu, nan hado, makin bedenyut.

Tengah sakit. Ondaway balik keja, singgah kedai suami, mengadu.

Aku gagahkan jugak memasak. Sebab bahan mentah dah beli pon. Aku masak simple je, ayam goreng kicap, campak tomato. Pastu goreng telur dadar, itu je menu kami malam tu.

Ingat pas makan nak keluar, nak pegi beli seluar dia, tak jadi semua plan. Sori la aku bebetul rasa nak rest je, tak larat langsung. Esok jer laa, esok kan cuti, kuar awal2 before buka kedai.

Aku ketuk2 halia, buat air halia. 

Alhamdulillah, lepas minum air halia tu, aku tido..dah takde sakit lagi.


Entry murahan


Assalamualaikum semua =)

Badan aku penat gila, tak cukup tido. 

Semalam, aku keluar dari umah kol 8 am, padahal tido pukul 3.30 am. 

Kami tengok midnight cerita Fast & Furious 6 tu malam kemarin, pas habis movie baru terhegeh2 nak makan. Ko, masa tu kebulur. Baru ingat nak melantak! sebelum movie tu excited telebih lupa perut dah bejoget inul. 

Pumpang pumpang, sampai rumah, aku tehegeh2 nak gosok baju pulak. Baju suami la, baju diri sendiri lagi, baru nak buat semua benda. Suami best je landing tarik selimut dulu kan. Terpuji. Hohhhhhhhhhhhhhh!

Pukul 7 am, aku dah bangun, dah siap mandi, nak bersiap2 semua. Pas aku siap, dia pulak. Walau memasing sangap sangat, 5 minit sekali menguap, gagah jugak sebab kenduri jauh, nun kat Sg. Tong Terengganu.

Ok la, semua lancar. Sampai sana pukul 11.30 am. Kenduri panas bedering. Malas nak amik gambar. Memang bepeluh dari dalam rambut sampai ke buku lali. Ko hado? hahahahahaha..

Pegi Pasar Payang, beli keropok ngan jajan sikit. Balik ikut jalan pantai. Ondaway balik, abah naik ngan kitorang, aku apa lagi amik kesempatan berdengkur kat belakang, wakakakakaka.

Takde apa nak cerita sangat, entry murahan.


Korang perati la size lighter tu, normal kan?

Cuba perati sekali lagi, normal tak size lighter tu? Hahaha..ini semua poyo! Gara2, lighter selalu kena rembat!


p/s: Lupa nak hapdate, aku memasak lagi selepas sambal udang project. Aku masak ayam goreng kicap. Tapi masa tu no mood, sebab kepala sakit. Sakit yang hamat. Yang penting suami makan bertambah =) walau ke laut rasanya, wakakakaka. Ayat dia "Nak sama ngan orang yang dah masak bertahun buat apa, Jet tu baru 1st time masak" Lega sangat, Thanks suami saya =)

May 23, 2013

Masak dengan kasih sayang sangatttttttttttttttttttt.


Morning sayam2 semua..Ceria!

Ok direct to the point. Project aku semalam menjadi. Aku jadi masak! Hahahahaha..Bangga sangat ngan diri sendiri, Hohhhhhh 1st time memasak untuk suamiku yang tercentaaaaaa katanya!

Menu aku simple je =)

1) Sambal Udang
2) Kangkung Goreng
3) Telur Dadar
4) Teh o suam
5) Nasi Putih

Saja je aku masuk air ngan nasi putih tu, kasi menu nampak banyak..Wakakakakakaka

Tadaaaaaaaaaaaa..ini la hasilnya! Kehkehkehkehkeh

Gambar tak cantik, camera tepon murah je, malas nak pakai camera.

Nak menu tak? Hahaha..

May 22, 2013

Perangai lelaki yang tak mampu dihadam!

Ok jom start mencari point untuk kita rungkai, apakah? kenapakah? bagaimanakah? Lelaki itu begitu..Kannnnnnnn..Kadang2 tak masuk akal. Kadang2 rasa nk ketuk ngan payung.

1) Kadang2 dengan slumber hanjing kurap kentut kuat2 tanpa kemaluan ditunjukkan. Pastu gelak kuat2 jugak. Tapi ini suami aku buat masa dengan aku. Suami aku, bukan suami orang lain. Kalau suami orang lain buat macam tu kat aku, maka suami orang lain tu memang tak kenal bini, tersilap bini or bini dia pekak.

2) Aku perati je perangai lelaki yang suka becakap pandang dada perempuan macam terus tertembus, lutsinar kulit pempuan tu jadinya, x-ray sampai ketulang! Wey aku tak pernah nampak pulak pempuan pandang burung lelaki sampai tak bekedip. Kalau ada, perempuan tu memang bini sangap kuasa 100ribu.

3) Kondem masakan isteri, tapi puji masakan isteri orang lain. Sekali dua, its ok. 4-5kali pon masih hadam. Tapi kalau dah setiap meals yang si isteri masak, ko rasa macam sampah, memang tekak si suami perlu di check kat hospital pakar terkenal. Mungkin tekak dia perlu rawatan selanjutnya.

4) Kalau perempuan bawak kereta je nak maki, konon kalau perempuan bawak kereta mesti secara membabi buta, amik lesen terbang. Asal ada accident je ayat yang keluar "alaa, mesti perempuan yang bawak" "mesti pempuan tu yang salah" seperti kalau lelaki bawak kereta ada kuasa bomoh siam, tak akan careless, kalau nak tersalah, bomoh siam akan hantar berdezusss kesalahan tu kat driver perempuan!

5) Dia kembang semangkuk, lemak kat perut tak nampak bird sendiri, tapi still nak cakap "Calon bini I badan kena sedap2, badan model" kalau terserempak yang gemuk, terus juih mulut "yeeeuuwww, perempuan gemuk not my taste" haram tak perangai? Cermin muka tu pak hincik!

6) Ternampak perempuan cantik, seksi, puji pujian macam bertih jagung dari mulut, sampai mimpi2 keluar ngan perempuan tu. Tapi kalau jumpa perempuan kurang cantik, akan jadi bahan sampai bila2. Contoh "Korang ingat tak perempuan muka penyet yang kita jumpa depan megamall tahun lepas? Lawak dooo muka dia, dah la pakai kain senget sebelah" Perasan tak lelaki macam tu? Macam keluarga perempuan diorang semua muka ala2 miss universe!

7) Suka mengumpat perempuan mengalahkan perangai joyah. Mengalahkan Kak Ton. Mengalahkan Kak Nam 12. Tak caya, korang cuba try la duduk sekali ngan geng2 lelaki sekerap mungkin. Bila dorang dah selesa ngan kehadiran korang, true colors will appear..Haaaa, cerita pasal bini orang, jirang sebelah, kain si bedah, baju si lela..Semua keluar tau!

Kannnnnnnnnn..cukup la sampai no 7 nanti aku listkan lagi..Aku nak recall semula.

Hehe, just for fun babeh!


Retis bungok!


Hey Eina, Hey Afiq..kenapalah korang nih bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat!

Meluatnya aku baca kisah sengal ko nih! Kenapa lah tak guna otak tu.

Aku memula tak hangin mana pon, aku just perati je dari jauh..Tapi bila dah dinasihat, dah ditegur, korang masih keras dok hentam mak kandung sendiri, aku jadi panasssss tetiba! Bukan calang2 yang tegur, Ustaz Akashah kot, laki Ustazah Bayah tu, tapi ko Afiq still dengan ego, pakai otak keldai!

Ko nak jadi anak derhaka, jadi laa..Tapi ko kena la jadi anak derhaka diam2, tak perlu la ko nak serabut satu Malaysia nih! Siap buat PC kat Pizza..WTF??

Si Eina tu pulak, kalau nak jadi bitch bangsat pon, jadi bangsat sorang2, bawak sekali mak ko yang setia teman ko buat PC tu..Hidup korang berdua sesama, tak perlu nak selak kain korang luas2 biar satu Malaysia hidu pekong busuk bau bangkai buat apa?? Kami tak sudi la nak tau!!

Siap nak tegakkan si lelaki yang lupa redha Allah terletak dalam redha mak..Lupa semua sebab dah pegang duit banyak, dah ada perempuan yang konon2 boleh jaga ko lebih better! Hohhhhhh, emo aku wey!!

Aku tak kesah pon, tak kesah sebab korang takde kena mengena dalam hidup aku. Tapi aku loya, loya sangat!

Bertaubatlah, kalau tetiba mak ko mati mengejut, tak sempat ko mintak ampun, cmne? Aku tak cakap aku baik, aku anak yang perfect, tapi tu laa..pikir la, ko dah bebulu, nak beruban pon, pepandai la hargai nasihat orang..

*Hohhhhhhhhhhhhh, lega dapat lepaskan apa yang terbuku..hahahaha, poyos sebuk hal retis*


May 21, 2013

Cermik pecah!


Ok, dalam kesusahan tu terselit kesenangan..Dan yang penting perlu bersyukur.

Pagi2 dah dapat nasib sedikit kurang baik =( cermin kereta aku retak sudahhh, ondaway pegi opis tadi.

Aku follow satu lori minyak nih, laju pepaleh uolls! duduk kat lane kanan, terpaksa la mak ngikut bontot dia kan..Pehtu sebab dia terlalu laju, batu2 terpelanting! Nak dijadikan cerita, kena la cermin depan kereta aku..

Dah dapat cerita kan? dah kena habiskan ceritakan? Hohhhhhhhhhhhh!

Yang macam bestkan, cermin tu crack depan mata aku wey. Batu tu tepelanting kan, kena kat cermin belah driver. Mula2 kesan dari batu tu, cam bulat je takde la menjalar bagai. Tapi, lepas seminit dua eh! tetiba pelahan je crack tu memanjang, aku tetiba terpesona, tetiba wowwwwwww! Hahahaha..Gitu rupanya kejadian. Baru ku tahu.

So, nak dijadikan cerita aku lebih berliku sedikit, insuran aku mampos sabtu nih! Dah la jumaat public holiday, arghhhhhhhh kena bereskan secepat mungkin, kalau tak memang poket sendiri akan berlubang secara berjemaah la! Dah la banyak kenduri jauh2 kena attend, insuran kena bayar, tetiba duit cermin plak! Oh Nooooooooooooooo!! Hurry up jet *sambil capai henbeg libas tudung dan berlari macam husen bolt*

Tadi baru kol insuran, baru kol workshop, so petang karang before 4 pm aku kena tepacak kat workshop dah, sbb last kereta dia amik pukul 4 tu.

Nasib baik aku sebab benda nih jadi before aku renew insuran, nasib baik aku lagi benda nih jadi takde la sampai pecah bederai cermin tu, kalau tak, lagi haru biru hidup aku! Kan? Alhamdulillah..

Hohhhhhhhhhhhhhhh *megeluh gak lah kan*

May 20, 2013

Morning

Selamat pagi teman Jojet di sini!

Ceria ceriakan hidup anda walau hari ini hari Senin, walau tanggal gaji anda belum sampai lagi, walau bekpes yang anda beli tadi pagi rasa macam orang hilang deria rasa masak, TAKPE! Yang pasti kita masih bernafas, masih..masih ada peluang untuk bertaubat!

Pagi tadi aku bangun senang dan mudah je, perasaan malas pegi kerja tu memang peratus terendah. Terus2 aku bangun buat apa yang patut..Tengah2 nak bersiap tetiba baru teringat aku dah berlaki, hohhh..horrible! Hahahaha..Lupa ke tak ingat?

Aku jeling kat suami, dia pon dah terjaga. Ok, dia merengek. Ohhh gedik lu nih. Lu dah ape hal, gua nak cepat nih. Aku pon pegi la rasa badan dia. Panas! Lu demam ke? "Jebek" Ololololo, dari dulu sampai la dah berkahwin, suami aku memang kalau demam dia akan lembik. Jadi Sutun. Perlu bobok.

Sabar la, sakit tu penghapus dosa. Ingat benda tu tau! Bukan kat suami aku je, kat kita2 semua gak..Jangan masa sakit terus nak marah2, nak emo2..Jangan! Allah nak hapuskan dosa tu..Maka mesti kita tersenyum..

Semalam, MIL aku masak ketam lemak cili padi! Ikan kerisi goreng air garam katanya..Wow! aku lebih tertarik dengan rasa ikan kerisi tu. Sedappppp! Makin gemuk dan buncit. Hohhhhhhh..ramai sangat yang sayang, jadi gini la, hahahahah alasan sangat weyy!

Pukul 12 tengah malam, suami beli burger pulak. Mana tak buncit? Kan? 

Aku perasan sekarang muka aku makin teruk. Jerawat membiak, terlalu subur. Baka luar negara pulak tu, gemuk2, gebus2..Hadoiiii, tensi. Tempat biasa jerawat membiak kat tengah2 kening, atas kening, pehtu kat atas hidung. Pendek kata, aku rasa kat tempat yang oily la..Kan? Tangan aku kalau2 jerawat tumbuh memang akan mengutil. Selagi tak bedarah, selagi tu tangan macam mesin kat kilang, tak berenti.

Harinih ondaway ke opis memacam aku pikir, memacam sangat. Pasal rumahtangga, pasal kerjaya, pasal future..Yupss, semua bersimpul kemas, takde pon yang mampu kau rungkai dan dapat jawapan. Hanya Pencipta sahaja yang tahu. Hanya Dia yang mengetahui. 

So, moral of the story, Kita kena berbalik pada Dia yang satu. Sebab hanya Pada dia tempat meminta. Hanya Dia yang mampu..

Ok ending ntah apa2. Entry pon kucar kacir.

Bye.
 




May 17, 2013

#Petua


Masalah!

Masalah!

Masalah!

Ok, aku takleh membuang. Aku takleh "erk-erk". Aku takleh berak weyy! Traumaaaaaa!!!

Dah 3 hari kot? Maut daa rasa perut nih. Dah buncit ala2 bola jaring ganda dua.

Dulu, kalau tak sedap perut, aku minum milo pepagi ke, aku makan betik ke, aku makan benda2 pedas ke, terus perut meragam, terus wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, lega.

Tapi, kini tidak!!

Aku rasa da sebijik lebih buah betik tu aku makan, hari2 makan, tak pon nak berak [kentut dah ala2 bau telur temerlang] kenapa nihhhhhhhh?

Aku tak sedap hati la, why? why? why? kenapakah aku begini?

Asal aku try teran2 or duduk la 4 jam pon dalam bilik temernung tu, memang takde rasa, takde feel pon nak berak? Ok, nikmat nak teberak dah tak dapat =( Sedih, penyakit apakah??

Macam mana nih? Aku cuak wey, aku biasanya akan berak sehari sekali or dua kali. Aku tak selesa, perut da kembung, kentut da bau baeng! How? 

Kisah Tauladan

Sentap, puas aku gigit bibir, asalkan tak tumpah air mata nih cukuplah..dah nak melimpah..

Aku masa kecik tak pernah rasa susah sangat, susah2 keluarga aku, kami tetap ada benda nak makan, tak putus makanan, tak putus duit belanja sekolah, walau kami bukan dari golongan orang berada..

Tapi, itu dulu, berpuluh tahun dulu..Tak sangka zaman sekarang wujud anak2 yang lagi susah dari kesusahan kami..

Aku amik kisah nih dari FB, moga dapat sentuh hati semua, dapat jernih yang keruh, dapat keluar dari tersumbat..

BEKAS NASI GORENG AMIRA 
 
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..
Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..
Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..
Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..
Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..
Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..
Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..
Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..
Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..
ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..
Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..
Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?
Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..
Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..
Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..
Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..
Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..
Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Happy Friday



As salam semua..
Jumaat dah nih, Jumaat..Jangan nak monyok2 buat muka ayam demam la, mari kita joget lambak *joget-joget* hohhhhh..syiooo0kknyaaa feeling nih, feeling indah untuk worker 5 hari dalam seminggu, 8am ke 5pm..Syabas minaci, syabasssssssss! Jumaat penghulu hari..

Tadi aku dapat khabar berita kurang enak, dugaan untuk driver van cleaners kat sini, rumah terbakar habis licin tengah malam tadi..Moga Allah permudahkan kesusahan yang beliau hadapi..

Rupanya semalam hujan lebat ribut petir, aku tido mati kot. Bila aku terjaga 2-3 jam sekali, aku tengok suami tak tido lagi, sebuk main candy crush, dia yang mengupdate aku yang hujan lebat gila, aku dengar tak dengar, gone semula. Rupanya memang lebat, tadi ondaway datang kerja air melimpah sana sini, nasib tak banjir je.

Pehtu tengah2 aku bersiap, dia cakap ada mega-gathering this coming June, laa tetiba, kat Cameron katanya. Malas nak layan lagi, mood nak bersiap takut lambat campur paksa diri sebab rindu selimut, sejuk gila cuaca tadi.

Well, 
Semua orang ada jalan kehidupan masing2, ada yang Allah uji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kesenangan..Makin hebat ujian, makin sayang Allah dekat kita, sebab Dia nak kita merayu, berdoa, ingat Dia, Dia nak kita sedar..Dugaan Allah tu sesuai dengan kekuatan kita, bersabarlah..Rancangan Allah lebih baik dari kita, Dia planner terbaik, bawak bersabar =)




May 16, 2013

Outstation.

Pagi yang indah semua..

Happy Teachers Day!
Aku doakan semua cikgu yang pernah ajar aku diberi kesihatan yang baik dan diberi taufik dan hidayah! Menjadi guru yang paling best! paling manis! paling cool! dan paling bahagia di dunia =)

Dan..

Happy Birthday untuk my buah hati Nadia Adzianti Che Abu Bakar..Moga segalanya indah untuk awak, moga kita semakin bahagia! Dia single lagi tau, sila la sapa yang berminat! Hantar form eh? Iolls boleh jadi mak tengah, mak cantum, mak kenen2! Iolls suka job cenggitu!

Semalam aku outstation. Outstation uolls, ko hado? Hahaha..kerja kerani je uolls! tapi tetap boleh outstation. Kerlassssssss!

Aku heret sekali suami. Sila bersabar, jangan nak geli sangat, haha. Aku heret beliau sebab aku nih buta jalan kat KL tu, sekali aku drive sendiri nanti takut2 becuti terus kat sempadan siam! Aku kan hina bab2 direction, jalan, lorong kat KL nun! So suami perlu jadi drebar aka peneman aku.

Kejap je pon, kemarin gerak sebelum asar. Tapi horror sangat nak masuk Shah Alam. Sesak, jammed. Nasib aku duduk belah passenger, suami la yang bermakian. Aku relax je main tangkap2 gambar..Hehehe..

Ni gambar kat NKVE masa nih dah ok sikit kot..Aku tangkap gambar nih sebab Subhanallah cantik sangat sunset. Nampak tak matahari?

Kami bekejaran sangat sebab nak check in. takut dia cancel booking. Kang merempat pulak. Tu yang kena rushing2 sket. Tapi hakak ok je, hakak goyang2 kaki hirup sirap. Orang sebelah la muka ketat.

Sampai2 kat Holiday Inn Glenmarie aku terus check in, Ismet tak turun pon, dia tunggu dalam keta. Dia cakap malas nak masuk bilik, malas nak mandi. nanti lama. Cacing dalam perut da bersilat. 

Siap2 terus gerak pegi Hakim. Maklum la tekak mamak sangat. Sama je laki bini. Datang sini memang tak sah kalau tak makan nasi kandar hakim. Ayam dia, memang hebat, jilat2 5 jari uolls! Aku tak tipu.


Ni la dia Nasi Kandar Hakim pujaan. Aku sure mintak lagi seketul ayam pas ayam di atas. Sebab tak cukup nak ratah! Gagagagaga. Suami "Jet kuat makankan sekarang" podahh!

Pas makan2, kawan suami datang. Lepak2 sampai pukul 12am. Balik bilik mandi2 aku gone! Baik tak? Isteri mithali tak? Hahaha..penat sebab tak cukup rest. Alasan.

Pagi tu aku bangun awal. Siap2 ajak Ismet bekpes. Memang tak sedap bekpes dia. Just makan alas perut before pegi kerja.. 


Aku just suka kopi dia je. Terus fresh rasa =)

Pas minum, Ismet naik bilik, aku gerak pergi Bukit Jelutong.

Before lunch, kerja pon siap.

Kami kemas2 barang, aku bawak balik semua..Hajar, officemate aku tak kerja sebab dia malam tadi dah gerak ke Mekah, umrah. 

Moga dapat umrah yang diterima Allah..

Aku balik hotel, check out dan cari tempat nak kenyang kat perut yang lapar sikit2. Suami bawak pegi makan kat Ayam Penyet.


 Ni lauk pauk aku..Bawal Hitam berlado nama eh! Hehe..



Ni suami hakak punya..Mi Kari..tak sodap kato eh!

Pas makan masing2 melayu jer mata. Before masuk highway LPT kami amik nap kat Petronas. Tetiba hujan pejur! Takde la nap sangat, lebih kurang nak dekat sejam gak tertido depan Petronas tu, wakakakakaka..Gila mengantuk.

Sampai Kuantan, aku mengemas, suami buka kedai cari nafkah untuk kami sekeluarga.

Pehtu, suami beli ketam! Sekilo dapat 4 ekor, RM20 fresh tak kena air batu lagi uolls. Untung duduk tepi pantaikan?

 


May 14, 2013

MANA MAK


Sebagai satu titik tolak untuk kita menghargai insan bergelar emak..Aku copy dari Facebook, aku paste kat sini..Aku nak share, moga kita terbuka pintu hati untuk menilai, mencongak, meneliti..

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak. Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu dimana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah.


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

May 13, 2013

Mak

Puan Hajah Nyaros Ramlee

Ni la Mak.
Perempuan yang lahirkan aku ke dunia.
Takde benda boleh jadi galang ganti.
Berani sentuh, tengok.
Nyawa aku serah..Mak kan, sapa tak sayang..

Kami tak rapat hingga boleh share segalanya.
Kami tak pernah bincang dari hati ke hati.
Tapi kami ada link yang kukuh.
Walau tersentuh, walau menangis.
Dia yang aku cari, dia yang aku ingat.
Bila hati pecah, bila hati resah..

Ingat zaman jadi anak bongsu.
Umur 7-8 tahun.
Selalu aku tak kasi Mak pegi kerja, sebab aku sorang kat umah.
Pagi2, dia bagi 50sen, beli nasi lemak ngan kuih temosa kat depan kedai.
Kedai makcik gemuk, Cenderawasih.
Murahkan? 20 tahun lepas.
Mak cakap, mak tunggu.
Tapi bila aku kayuh basikal cepat2, tengok kereta dah takde.
Mak tipu.
Mak dah pergi kerja.
Aku nangis.
Setiap pagi Mak tipu, tapi aku percaya jugak.

Aku tak pandai cakap aku sayang.
Aku takde benda beharga nak kasi.
Tapi dalam hidup, hari2 aku doa.
Moga Mak aku bahagia dunia dan akhirat.
Tak lupa Mak..Oni tak lupa..
Moga, Mak sihat, bahagia, dan Allah masukkan Mak dalam syurga tanpa dihisab..

Oni sayang sangat kat Mak..


www.jetsemut.blogspot.com



Betul lah, kata orang.

Nuffnang punya staff memang sangat friendly!

Aku ada masalah tadi, bila aku tukar URL, error occurred. Aku tak ingat kat mana nak tukar blog URL kat nuffnang, so aku called.

Walau aku sedikit slow bab2 nih, tapi tadi staff nuffnang layan jugak, layan jugak! Walau masih pagi Senin, opkos Monday Blues kan? haha..

Tq dear for your good customer service!

Dulu dari 2009 until last week aku pakai "fantasticbizzare" as my URL, untuk luahan, untuk beremosi. Tapi sekarang, paling tepat minggu lepas, aku re-branding blog name aku "www.jetsemut.blogspot.com"

Moga makin rajin bercerita.

Moga makin suka kongsi suka duka..

 

 

Hohhh, fenin.


Aku nih seorang isteri yang brutal. Kami punya ganti nama hanya "gua & lu" kesah?

Tapi bila dah nikah, banyak mulut yang sinis "Oii, awak tu dah jadi isteri, ada ke kasar macam tu panggil laki!" Eh, aku sentap.

Kami laki bini sebaya, hidup bercinta zaman bumi nak ranap, kami tak berapa nk reti berjiwang walhal hati kaca2..

Hadoii, masalah besar untuk aku. Nak panggil apa? Baby? Darling? Bucuk anja? Paling gah dan general, panggil "Abang"..Yupps, abang paling aku boleh telan setakat nih, boleh terima. tapi macam mana nak start? Dunia tetiba kelam bila mikir.

Aku bukan nak sangat kesah sinis orang, tapi aku kesah permintaan dia. "Tak kan nak tunggu dia tu, gigi pon dah takde, baru terbuka hati" Hahaha..takleh blah bila dah tua ganyut baru aku beromantis panggil dia anja2..Mau kena tempeleng jepun!

Aku tengok couple2 lain siap panggil "baby" itu opismate aku. Pastu ada yang panggil "darling" owhh sangat la sayang kot kalau tahap macam tu. Tapi cuba time gaduh, ko panggil baby jugak ke? ke babi? Wakakakakaka..

Tapi itu hak masing2, dan aku akui itu salah satu cara tunjuk rasa hormat, rasa menghargai, tak de macam aku nih, "gua nak pegi kedai dah, lu nak ape2 tak?" sweet tak kami? Aishhh..tapi itu realiti, kami ialah kami, sengal.

Tugas berat beb untuk aku lembutkan lidah tebal nih. Nak panggil memang nak panggil, perlu kental!

Abang, nak minum? HAHAHAHAHAHA

Anja2, nak pakai baju mana?

Bucuk Baby, meh nak cayang2 ucuk2 nih.. #meninggal

Wish me luck sayang2 ku semua..Aku cuba, tapi tak tau la kan, tak tau laa..


#Ustaz Don Daniyal


May 10, 2013

No Guarantee


Sekarang aku tertawa, gembira, terhibur dengan aturan dunia..Aku bawa iringan senyum, tak padam seri, tak hilang suka..

Aku besyukur, terima kasih Allah, nikmat sangat, nikmat yang aku sendiri tak mampu ungkap.

Mampu ke aku pegang pinjaman Allah nih?

Allah tak janji gembira nih berterusan, macam mana? Aku takut sakit lagi. Aku takut berkawan sepi.

Memang helaian muka ini tak mampu buat sesiapa paham aku. Tapi cukuplah aku mampu luah.

Aku terasa makin puitis. Pengalaman ajar erti hidup.

Pegalaman yang juta ringgit tak mampu miliki. Semua kena telan baru rasa.

Aku cemburu mereka ada gembira. Macam tak putus gembira Allah kasi. Aku? Aku lupa sedikit gelak tawa yang memang jadi hak. Aku lemas dalam cemburu tu. Teruk. Tak besyukur.

Aku belajar, hargai walau sedikit. Jangan sifat tak pernah cukup. Jangan lupa yang lagi rapuh. 

Aku besyukur ya Allah, ampunkan aku..

Jangan sesekali tinggalkan aku. Saat sesat, saat tejerat. Jangan tinggalkan aku ya Allah.


Peti ais buat perangai!


As salam semua kesayangan..
Aku doakan semua dipermudahkan dan diselamatkan..

Aku tengah pening nih, naik kerut2 kening memikir peti ais kat rumah tu rosak pulak.
Dia buat on off on off sendiri. Ko dah kenapa peti oi? Tebiat nak mampos? Owhh jangan mampos lagi plsssssssss!

Ni gara2 tutup tak rapat. Tengok2 dah balckout! Tengok2 gas dah tak dok! Tengok2 ko da jahanam kann! Jahanamm peti aku!

Peti tu mak abah aku kasi masa memula duduk kat rumah sewa masa bujang dulu [ok touching] bongok nak touching bagai. Sayang hokeyyy!.

Mak abah datang bawak peti ais, lesung batu [hahahaha, ko hado?] ngan tong gas. Ye la, anak bongsu tak jadi katanya memula duduk rumah sewa. Mana ada duit nak beli peti ais, harap belas ihsan mak abah la weyy!

Sekarang bila dah ada suami, peti ais tu buat perangaiii! Jeles ke sayang aku ade suami mung takde suami? Jangan la nak wat perangai sayang, ibu takde duit nak pinang suami untuk ko! Please la sihat kembali..

Perangai dia sekarang nih, off sendiri. Sejuk sawo2 matang je. Pastu tido tetiba. Very the vavavavanganggg!

Sebab dah takde cara, aku dah kol orang repair peti, petang karang dia tengok2 kan..

Masalah saya ye abang repair peti. : peti off sendiri dan kesejukan tahap suam.

Masalah ke dua saya ye abang repair peti. : duit tak berapa nak ada nih, jangan nak kencing eh. benda boleh bincangkan?? [sambil buat muka paling comel macam nora danish #pitam]

K bai.


Dajjal

MENGENALI DAJJAL

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Share info aku dapat dari facebook.

May 9, 2013

Pindah


Dah 2 malam aku tido kat rumah baru, Alhamdulillah semua ancar dan bahagia..

Yang tak bahagia sangat ialah duit lori, melompat katak sambil tekencing bila dengar "member" Ismet cakap 400hinggit! Baik amik dengan orang luar, boleh mintak tawar menawar. Kita mintak tolong member sebab nak harga member2, tapi kalau setakat lori besar tungau, barang2 yang nyata hanya katil, peti ais, mesin basuh, ko charged kami dengan harga member2 400hinggit! Member2 sangat bro, member sebenar sangat..

Tapi Ismet nak positivekan balik aura negative, dia pon keluarkan ayat rumah kita tinggi, kena turunkan barang, penat, sebab tu kena mahal sikit. 

Aku puas rengek2, apsal mahal sangat, pot pet pot pet MAHAL, MEMBER KE??, LORI BESAR TUNGAU..terus disumbat megi goreng dengan megi sup ayam bersama teh o limau panas..Ok dah tak marah dah, dah redha, hikhikhik. Dasar pelahap nak mampos!

Ismet baik hari tu. Dia tau aku mengemas on da spot. Ye la, dapat lori last minute, dalam masa 24 jam aku kena mengemas satu rumah. Barang2 besar memang sikit, tapi kain baju dan barang2 halus, sampah sarap maha la banyak. 

Kebetulan Ismet buka kedai, so aku sorang2 kemas. Masa die sampai dalam pukul 1 pagi tu lepas tutup kedai, aku dah lembik, nampak die terus drama menitis air mata. Jadinya dia tau aku stress. 

Ok lah tutup kes tu. Ismet nasihat " Dalam rezeki kita terselit rezeki orang" Encik sangat buat saya tersentuh, terima kasih, saya halalkan..

Sesudah transfer barang2 semua, makan2 kat mamak, balik rumah. Malam pertama kami tido bertiga, kawan Ismet tumpang tido. Penakut si Sapik tu, tak nak tido bilik belakang, nak tido kat living room gak. Dasar pengecut, hahahaha!

Everything goes well, bila aku meroyan, Ismet lembutkan, bila Ismet meroyan aku redhakan..

Aku dah tau erti sabar, aku harap Ismet pon sama..

Aku harap rumah sewa baru kami akan jadi syurga sementara..

Aku harap tabah aku kat rumah lama, aku gandakan kat rumah baru..

Aku harap kami akan saling melengkapi, memerlukan, merindu, mencintai, menolong, dan lain lain "me" bersama selamanya..

Dia nak kami ada perasaan untuk sentiasa suka duduk kat rumah..In sha Allah, aku usahakan..Ok tetiba sebak, benda yang tak patut aku sebakkan kecoh nak sebak!

Semalam tido subuh, aku memang flat. So aku amik EL. Sedarkan diri Zohor. Walau da mengemop lantai 4x, tetap berabuk, aku mopkan lagi. Walau kemas macam mana rumah tetap selerak, aku kemas kan jugak. 

Pas mengemas semua tu, aku siap2 pastu baru kejutkan si Ismet bangun. Kami gerak pegi Giant. beli la, kitchen rack, towel holder, small cabinet, semua simple2, asal ada. 

Alhamdulillah, semua perlu besyukur. Perlu mula dari bawah, kita bukan orang senang, kena start slow2. 

Tapi langsir tetap macam hotel, hahahahaha.


Aku malu nak cakap kat dia face to face, kat sini je la, weyy jet sayang awak tu!

K Bai.
 




May 3, 2013

Pagi Semua!


Selamat pagi Jumaat. Senyum itu sedekah, jom senyum dulu..

Ya Allah bestnya perasaan bila hati mekar indah..

Betul dan tepat ayat "Tak perlu sempurna untuk gembira, besyukur apa yang ada, terima ketidaksempurnaan" In sha Allah, dunia itu akan indah walau berliku jalannya..

Update pasal budak yang accident dengan abah tu, kecederaan dia agak teruk jugak, patah 3 jari kaki kanan, pastu belubang kulit terkoyak kat lutut kiri..Moga dia cepat2 sembuh dan kuat semangat..

Semalam pas keja, terus balik, jumpa Ismet. Terus dia bawak tukar pulley. Yeayyy, neoron dapat pulley baru =) suka suka suka!

Siap2 tukar pulley terus makan kat PokDin tepi pasar. Aku makan sate dia makan mi sup perut. Ismet cakap dah 3 hari kot dia tak rasa nasi. Alalalala, cian laki aku. Aku tak perasan pon.Tetiba syahdu sejuk je hati..Isteri lu nih sengal.




May 2, 2013

May


Welcome May 2013..May you brings a spot light to my life..And u already did it yesterday, Thanks Allah..

Semalam Abah accident. Kereta teruk. Abah, Alhamdulillah takde cedera memana kecuali jari2 belah kanan macam terseliuh. Mintak2 harinih pas check takde yang serius sangat. Tapi yang kesian kat budak yg kena langgar. Tak tau status. Nombor tepon taktau, keadaan taktau, nak jenguk pon taktau katne. Harap2 dia ok dan boleh contact mak ke abah ke, bukan kami nak lepas tangan, tapi memang taktau nak cari awak kat mana..

Selain kejadian tu, ada satu kejadian yang mungkin akan tersemat selamanya..Moga Allah beri rahmat. Takde berita gembira sangat, tapi syukur dia kasi ayat tu, dan aku beharap dia akan berubah lebih baik..

Again, welcome May..