Apr 30, 2013

Malas



Malasnya nak menulis hari nih..

Macam2 benda dalam otak, macam2 benda tengah berlegar2..

Eh, kenapa kita kena berfikir, kalaulah boleh aku buat derkkk je..Tak kan jadi pekerjaan.


Apr 29, 2013

Perut Sakit


Hadoiii, sakitnya perut aku. 

Mcm ada benda kembang kencut kembang kencut..Macam bom nak meletop. Macam nak muntah pon ada..

Aku period harinih. 1st day. Orang cakap, before period yang sakit2 eik? Aku kena harinih, pelik sikit..Selera makan pon terbang. Tadi pagi beli nasi lemak ayam, pon tak abis. Lunch tadi tapau nasi pon tak abis. Apa kena?


Mood marah mmg turning on la kan. Pantang orang tak pantang kata2, aku terus langgar pantang.

Aku jarang kena sakit2 PMS apa benda nih. Kadang2 saja. So bila kena aku rasa sakit sikit tu, macam sakit teramat. Tapi tak perlu la, makan ubat bagai. cukup minum air panas, suam2 kuku. Da lebih 10x kuar masuk toilet, kencing.

Rasa nak baring atas katil, sambil bengkok kan badan.



Aku sebagai queen Raja Rimba takleh cengeng. Kena kuat! 


Harus Terpisah - Cakra Khan

Sendiri, sendiri ku diam, 
diam dan merenung 
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi 
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu 
Darimu yang mulai berhenti 
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam 
Ku menangis kau tersenyum 
Ku berduka kau bahagiaKu pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi 
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, 
hilang tak kembali 
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti 
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam 
Ku menangis kau tersenyum 
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi 
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi 
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam 
Ku menangis kau tersenyum 
Ku berduka kau bahagia 
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi 
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi 
Memang kita takkan menyatu


Kosong



Hati ini pilu.

Muka masih sembunyi.

Deru ombak bawa pergi derita.

Kesian nyawa.

Riak riang.

Sakit seorang.

Pilu,
Pergi jauh2, jauh sejauh mungkin..

Riang, 
Singgah lah selama mana kau nak..

Ombak, 
Hempaslah batu ego ini, agar pecah tak mungkin bersambung..

Nyawa, 
Selagi ada kita lawan, manatau taman indah kat depan..

Sakit, 
Aku tak ada ubat, aku ada doa..Kau tolong aku eh? Aku nak sembuh.

Muka, 
Biar apa pon yang kita hadap, teduhkan dengan indahnya senyum, cerianya gelak, bagi nyawa untuk insan lain, bagi riang pada yang sepi..


Napa macam tu


Hi uolss..


Selamat pagi Senin =) tengah muncung tengok PC opis eh? Tengah cari mood macam aku eh? Tengah kenangkan kekurangan diri eh? Tengah fikir alangkah senang lenang kalau harinih masih cuti kann? Hohhh, memang tak lah!

Hari nih pakai baju baru. Semalam pon pakai baju baru. Hahaha, Baju 20 hinggit selai, so boleh la aku beli behelai2..Boleh lah aku eksyen sikit pakai baju baru hari2 tanpa henti! Wakakakakaka..

Sabtu hari tu, dengan tak mandi aku keluar rumah sorang2. Kata kat mil aku pegi jenguk2 rumah sewa. 

Yupss, memang aku jenguk, tapi kejap je..singgah namanya. Pastu aku terus drive hala ke bandar. Tetiba aku dah kat tempat service keta, wakakakaka..Bila da selesai, aku main drive je, dan tetiba sekali lagi aku dah ada dalam kedai kain langsir? Tanya bape hinggit. Tak mandi? Muka penyet? Kesah!

Lepas tu baru aku pegi umah nana, sama gak condition tak mandi seperti tadi. Lepak tunggu dia buat nasi ayam, pastu makan..Tetiba dah asar pon..Hahaha, baru la kemas2 barang mana nak pakai cuci rumah jap lagi. Ok siap2 bertolak lah kami. Berdua sahaja.

Ingatkan keja cuci umah nih macam senang. Sebab nampak senang, tapi ya Allah, penatnyaaaa..Sila la bawak reramai kalau takmo letih gaban.

Maghrib dah hujung dah baru siap cuci lantai je. 

Rushing nak balik.

Ukur tingkap, sliding door bagai semua.. Chow.



Apr 26, 2013

Langsir pon payah



Selamat Hari Jumaat semua hamba Allah di muka bumi ini..Wahhh intro sangat la global!

Aku hari nih, berbelang belang, pakai cardigan baisa aku pakai tu =)

Items aku order dah shipping, lega sket..Minggu depan sampai la kot, walau lambat sikit, tapi aku tak marah sgt sbb service diorang kasi terbaik..Mengaku salah is better menafikannya yer kengkawan.

Semalam pegi amik barang kawan aku pastu pi Kamdar. Ok, banyak gila langsir dan semua yang dah siap aku tak leh beli sebab pendek.. Umah yang bakal aku sewa tu 12kaki, yang standard kat Kamdar nih 8kaki panjang je..Tepaksa la aku tempah. Hadoiii..melayang2 otak memikir duit yang bakal terbang.

Adik2 yang kerja kat Kamdar tu nasihat aku suruh ukur guna tali pastu bawak tali tu datang supaya tak terpendek or terpanjang langsir tu nanti..Ishhh susah gak eik main bab2 langsir nih, dulu rumah sewa lama aku amik yang mak je, sama size katanya. Jimat duit.

Bila la aku nak masuk umah tu. Bulan nih dah start bayar. Tapi semua pon tak jalan lagi.

Laki aku?

Memang liat sebab dia suka aku teman mak dia. 

Aku?

Memang suka privacy.


Kami?

Buat2 takde apa berlaku.


Reality?

Memasing pendam.


Akhirnya?

Bisu bila bersua.


Sekian cerita sepasang suami isteri.



Apr 25, 2013

Rojak


Sejak berkahwin nih, berat badan aku tak menentu!

Aku pon tak tau nape, padahal makan macam orang kebulur setiap kali nampak nasik. Lauk simple je. Tapi berat turun. Kadang2 turun sekilo, esoknya 2 kilo..gitu laa..

Apahal ek?

Tapi aku punya muka membulat macam juara. Tetarik dah hidung2, ngan mata2 nih.

Tapi aku sekarang tak berapa jaga waktu makan. Kadang2 makan banyak2, tetiba sehari sekali je. Ha gitu.

Nak risau ke? ke buat2 takde apa2 berlaku? Hehe..

Ada aku kesah!

[Actually pelik gak la, sebab badan aku nih jenih makan lebih naik cepatnya melampau!]

Abaikan topik ini.

Yang pasti aku tak sabar nk baking.

Nak wat kek!

Nak jual kek =)

Tak tahan lagi!

Dalam hati tak sabar nak beli langsir.

Apa color la yang dapat mencuri hati aku..Mintak2 cantik and lebih afdal murah!

Nak duduk rumah sendiri! Dah tak keruan bergaduh secara perlahan2, itu yg seksa! hahahahahaha..Puii



Apr 24, 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga



Sudah jatuh ditimpa tangga.

Kiranya dah la ke bawah, kena pulak himpit ngan mak gajah..Camne nak bangun? Hadoii..

Paling kesah, bukan salah sendiri mak gajah tu datang landing situ. Tak panggil langsung. Tapi sebab orang lain buat taik, kita yang terjunam. Sekarang "sudah jatuh ditimpa tangga" boleh digunakan. Peribahasa yang tepat, sendat.

Hidup nih, bagi aku kalau dia nak kasi bunga, bunga jer la yang ko hadap, indah belaka. Bangun pagi dapat bunga, tengah makan pandang bunga, tidur tabur bunga, senang cakap semua indah, harum mewangi..Tapi kalau hidup nak kasi taik, ko buat la camne pon, taik gak yag tetepek. Taik merata tempat, semua taik. taik taik taik. Walau hebat camne ko cuba nak harumkan, tetap busuk. Walau camne ko nak tutup tetap bebau. Takde arah.

Mudah orang nak bau kalau kita bawak taik, masam muka terus lari tinggalkan kita berbau sendiri. 

Senang orang nak cium kita kalau bunga harum merata berbau kat mana pon kita singgah tetap senyum bahu diusap.

Hidup. Taik atau bunga. itu laa..



Aku tak jiwa kacau pon. Ini selidik dalam hati.





p/s : Gambar dari lebai google.




Apr 23, 2013

Angan-angan



Angan angan nak jadi bisnes woman semakin kuat menerjah.

Semakin merasa aura tu.

Bukan la bisnes terus besar besaran.

Kecil kecilan.

Small small at first.

As waktu berlalu, nanti jadi big big bisnes laa..In shaa Allah..

Nak jual gapo gapo?

Cekodok?

Derian Crepe?

Putu Mayam?

Ke lempeng cicah susu?


Hahaha..

"Ya Allah, izinkanlah hambaMu ini menambah rezekinya dalam bidang perniagaan..amin"

Asal ada dah le.



Morning uolls..

Semalam aku mengada amik EL..huhuhuk..Tetiba perasaan malas nak pegi keja tu bergantung2 kat bahu.

So, dari aku pegi makan gaji buta, non-halal. Baik aku sms boss cakap aku amik cuti dan terus melingkar atas katil. Hahahak, dasar sangat perangai tu, dasar ok.

Semalam besday mak aku =) dan jugak hari pesaraan beliau ^_^

"Selamat harijadi Mak dan selamat beristirehat kat umah sambil goreng kerepek pisang" hehe..



Aku kena pegi training dulu nih, entry macam harem la kan. Mesti.


Apr 19, 2013

Suratan Atau Kebetulan - Kenny Remy Martin



Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



Amarah!



Hoiiii, aku pon manusia!!

Ingat tu!



Bangun lambat





Hoiiii! harinih aku terbangun lewattt sangattttt!

Padahal pukul 10 aku dah tido, ntah cmne aku tak terjaga dan entah kenapa alarm clock aku tak berbunyi seperti yang di set kan! T.T

Aku hairan sangat! sangat2 hairan. Tak pernah terjadi kot. Jadi plak masa aku dah duduk nun kat pantai sebelah sana, tanjung nun..Jauh tau tak.

Opis aku kat pantai belah sini, belah muara? Wakakaka..Ibaratnya la! Jauh laaa..Bangun lewat. Hadoiiii..

Biasa la kalau dah bangun lewat, mandi seperti air tak sempat sampai ke badan aku dah siap lap dengan towel? Boleh? Bayangkanlah betapa aku mandi masa tu..

Pakai baju secepat kilat, dan no time la kan nk painting kat muka, secalit bedak pon aku tak sempat.

Dan seperti yang dijangka, jammed parok sangat. Keta banyak nak mati sebab memang time orang pergi keja. Sebab tu la aku selalu gerak awal, sebab nak elak menatang ni lah!

Perghhhh, aku memang betabah sangat. Bawak keta sambil dengar Johara, bila benti tweet. Bila benti aku tweet.

Sampai opis, mood ke laut.


Orang tegur muncung aku dah 2 inci.


Kesah, napa tak 3 inci terus?


"Nape muncung je Jet, tak dapat ke malam td [sambil senyum kambing busuk]" "Eh, ko dapat puas eh malam td yg risau sangat aku tak dapat?" hamik mulut aku dah berbunyi. Jangan memain dengan orang yang tengah berapi, sila amik air jirus bukan tambah kayu api!!!



Apr 18, 2013

Never good enough..





"No matter how hard I try to make you happy in the end its never good enough because I always end up hurting"







Hello gadis.



hello, gadis. 


hello,
kenapa menangis?
kamu sedihkah?
kamu dikejami?

hello,
kenapa, gadis?
kamu dimarah?
kamu dikeji?

hello,
ini tangan saya,
letakkan hatimu,
saya simpankan.

kamu gadis yang tidak diadilkan,
mari ke sini, jeritkan dan luahkan,
andai dunia ketawa dan memanggilmu gila,
saya akan menjerit sekali bersama-sama.


Kak fynn, saya anggap saya salah seorang gadis yang kak fynn 'hello' tu..

Kak fynn, amik hati, simpan lah..

Kak fynn, nk teriak sangat, tapi takut di sumbat katanya gila.

Aku ingin seseorang..



Aku ingin seseorang..

Untuk mengubat, beri jernih.

Untuk melupakan, beri semangat.

Untuk tenang, beri pelukan.

Untuk tangisan, beri masa.



Aku ingin seseorang..

Sedia di situ, hilang malu.

Sedia di situ, tiada melintang.

Sedia di situ, kala jelebu.

Sedia di situ, bejalan seiring.



Aku ingin seseorang..

Tahu bahawa aku bertopeng.

Tahu bahawa aku kelemasan.

Tahu bahawa aku perih.

Tahu bahawa aku bekabung.



Aku ingin seorang teman..

Di tolak masih datang.

Di tendang masih merayu.

Di jeling masih bermanis.

Di cubit masih faham.


Kau, walau di mana..Tahu lah, aku hilang punca. Aku hilang jejak. Aku tidak kenal lagi..

Aku di bawah gunung, dan perlu merangkak sendiri ke atas..Alangkah sepi dan jauh lagi..



"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau susahkan..Kau akhirilah dengan kebahgiaan"
















Apr 17, 2013

Hati



Kalau aku boleh tengok hati sendiri, aku sendiri agaknya tak sanggup! 

Aku rasa fizikal hati aku da belubang sana sini, benanah busuk, sumbing sana sini..Itu belum campur yang busuk bewarna hitam..Aishhhhhhhhhhhhhh.

Mana taknya, aku hidup dah hampir 29 tahun, dalam hidup aku, aku banyak lukakan hati aku sendiri T.T Aku selalu buat hati aku sakit.. 

Itu belum campur saat2 hati aku diperlekehkan, disiat2 halus, dipijak, dicampak dalam gaung..Haii hati, besar betul pengorbanan ko kat aku..

Aku tau hati aku dah tak tahan sangat dah tanggung semua nih, hati aku sakit, cedera parah..

Mana ubat hati nih?

Macam mana aku nak cantumkan hati nih, bila dah bekecai..

Hati aku perit.

Hati aku terseksa.

Hati aku tak sihat sangat2 dah nih.

Susah sangat ke nak jaga seketul hati? Aku perosak hati.

Aku nak hati nih kembali merah. Kembali bedenyut. Kembali segar..

Hati, rawatlah sendiri.

Hati, kuatlah.

Hati, sila tabah.

Hati, Allah ada.





 


Apr 16, 2013

Rumah Manis Rumah Kami..






Tak sabar pulak rasa nak duduk rumah sendiri, walau bukan aku beli, walau hanya disewa!

Ye la, selama nih pon aku menyewa, dah masuk 4 tahun kot, tapi aku menyewa rumah bujang, kali nih lain, aku dah meyewa berduet, bersama suami [alhamdulillah, doakan jodoh kami hingga Jannah]. Dan rumah kali nih lebih kepada family type [dulu kan aku duduk apartment bawah kedai cina thailand bising sampai 3 pagi!] rumah baru yang kami nak sewa ni rumah teres 3 bilik, biasa2 je untuk pasangan yang baru nak hidup berkeluarga =) 

Tapi yang penting di sini, rumah tu rumah baru! Tak pernah orang duduk waima tuan rumah pon tak rasmi lagi.. Rumah tu baru diduduki sebulan lepas, kejiranan baru..

Aku da tangkap gambar, tapi malas pulak nak meminjam cable orang sebab cable aku tak bawak. Korang paham2 sendiri okeh? ^_^

Sekarang tengah tunggu tuan rumah memasang railing untuk langsir2 rumah! Tak sabar seh, aku suruh dia buat dalam minggu ini, agar aku boleh mencuci rumah tu weekend and senang aku nak survey langsir nak pasang nanti. Hari Ahad lepas pegi Nagoya, ya Allah mahalnya, satu set sliding door [sliding door sahaja] campur upah dia amik RM380 kot..Aku boleh meninggal bangun semula meninggal semula dan bangun terus gali kubur sendiri..

Aku kena cari langsir yang kami mampu, orang kata kat Kamdar, akan ku usha!

Pastu suami aku katanya nak mengecat color lain untuk dinding bilik kami. Whatever..Jangan nak menyusahkan aku dahh..

Lupa pulak, yang paling takut nak bersihkan rumah, rumah yang belum diduduki memang macam haram kotornya! Sana sini kotor, jamban pon kotor! Hinaaaaaaaaaa!

Nak cari meja 4 segi buat duduk main mahjong nanti! Wakakakaka..Untuk jadi meja candle light dinner kami laa..Tak kuasa nak beli yang besar gedabak, jimat!


Ok la sambung nanti. Tetiba rasa nak minum milo. Tebiat!





Apr 15, 2013

Sengal berangan!



As salam =)
Hye u all..Monday blues anyone? heheh..T.T

Tetiba teringat dulu2 masa belajar kat Bandaraya Jengka [Owhh bandaraya uolls] aku ada geng! Bukan geng mamak, tapi geng GAGAK HITAM!! Wahh nama pon dah seram.

Masa tu umur aku memuda lagi, baru cecah 18..duduk situ 3 tahun gak la nak mengabiskan diploma. 

Oleh kerana emosi hari isnin, aku nak cerita angan2 aku ngan salah seorang geng gagak =) .. Aku panggil dia dura je, nama best kot Ainul Aidura, semanis orangnya dengan mata redup..hihik..Ko kena belanja aku dura!

Aku ngan dura nih, sekepala. Selalu ada je benda nak di kongsi. Salah satu ialah kongsi angan2. Hahahaha..Ada ke kongsi angan2? Lantak.

Aku dengan dura berangan2 nak keja kat over the sea uolls! Nak keja kat Kota Metropolitan! Kota yang sesak, serabut, dan boleh pegi keja jalan kaki je tak yah drive! New York City =) #senyumlebar

Hewhewhew [Ini cara tulis gelak mengadakan?]

Kami bincang nak duduk satu apartment sama2, just two of us. Tak suka sewa reramai, takut tak sekepala nanti [Wahhhhhhhhhhhh, angan2 pon nak demand] Pastu apartment tu mesti just 3-4 blocks je dari office kami nanti, ye la kan, kami nak pegi keja jalan kaki jem malas nak drive2 nih. Ntah2 kami tak beli keta pon masa tu..

Yang pasti pepagi hari, permulaan hidup di pagi isnin kat sana [Monday kot bak kata orang New York] kami akan kemas2 bilik, take a precious shower, wangi2, siap2 pakai baju branded2 nak pegi keja! Pegi keja jalan kaki! Kehkehkeh..Tak tahan, nak mention baju branded tu!~

Kami akan berdua. Kemungkinan masa tu kami keja satu office, so ofcoz la pegi keja sama2..Turun berdondang sayang, sambil borak2 menyusuri block2 kedai/apartment menuju office..Pastu ondaway ke office tu kami akan stop kat coffee house berdekatan pastu take away coffee sorang satu. Kalau lapar, beli la donut ke, cookies ke, kan? Wahhhhhhhhhhh ke telinga aku senyum masa menaip nih.

Bejalan2 hirup kopi panas, eh tetiba da sampai. Keja la sampai lewat petang or sampai malam sikit..Penat @_@ kami pon balik. Balik pon sama, mesti together2 tak leh pisah, maklum la negeri orang, takde orang melayu lain kat sana, semua orang asing, tak kenal each other. Ewah!

Sebelum balik ke apartment kami take la dinner sambil layan lagu. Kat cafe or lounge berdekatan rumah je..Kat situ la kami bersosial, kenal la mamat2 salleh. Nasib kalau baik kenal orang Asia. Boleh jadi calon suami! Wakakaka..Kawan2 kami masa tu terdiri dari mamat2 plumber yang badan ketul2 [so kalau kebocoran kat umah diorang la datang tolong] Pastu abang salleh yang keja buat gardener ke? Wakakaka, bodoh betul angan2, campur gak la ngan mamat2 office yang lepak sekali =)

Dah lepas penat, perut dah kenyang, kami pon balik sambil borak2 pasal lelaki2 yang kami jumpa tadi..Pastu ketawa riang..Sampai rumah, campak handbag, mandi, pillow talk and bekeruhhhhhhhhhhhh!! 

Hahaha, best tak angan2 bongok nih? Kami berangan sampai situ je, tak penah berangan jumpa lelaki pastu kawen, takde..hanya ketika bujang sahaja. =)

Rindu nak berangan ngan dura lagi weyy! 

*Angan2 yang memang tak akan tercapai aku rasa*







Apr 11, 2013

Hoiiii, banyaknya barang nak beli!



As salam semua..walau aku tak tau ada readers ke takde, nak jugak..hehe

Semalam malam masuk malam ke lima aku berteduh kat umah MIL [owhh sangat la tak biasa nak menggedik macam nih] hahaha..ada mak mertua dah aku nih rupanya!~ sila behave!

Mungkin duduk sana seminggu, or sampai rumah sewa yang kami akan sewa tu boleh masuk selewatnya hujung bulan nih! doakan semua lancar. Semalam pegi usha line rumah tu, Alhamdulillah bakal jiran kami seorang polis, sangat terasa selamat, hahahahaktuiii!


Tengah memikir nak buat langsir, nak beli sofa, nak beli banquet table..Hohhh besar belanja keluar nak pindah rumah nih..Nasib la lori nak angkut barang tu kengkawan je, kemungkinan bayar duit minyak ngan rokok dia je =) tapi still, banyakkkkk duit akan keluar, pecayalah.


Aku tak sabar nak masuk rumah baru. Tak sabar sebab selamanih duduk rumah bujang, takde tanah! rumah flat, celah mana nak ada tanahkan? Rumah kali nih, aku dapat rumah baru, tak pernah orang duduk, cantik dan fresh! hahahaha..

In Sha Allah, semua barang ada, yang basic2 tu. Cuma aku tak bawak la sofa buruk aku tuh, kena beli baru, pastu takde kitchen cabinet sebab rumah lama dulu built in cabinet tak payah beli2, rumah baru wajib la belikan? tak kan aku nak memasak besila atas lantai sambil tumis bawang? 


Pastu katil dah ada, yang takde almari sebab almari kat rumah lama pon built in, dah siap. Kena la aku sambar almari sebijik, tak pon paling cikai rak baju? tak pon alas surat khabar susun baju atas lantai? Hahahaha..

Cermin dah ada, kalau nak yang baru pon boleh je beli, sebab cermin banyak2 takde masalah, kami berdua memang kaki melawa, asal nampak cermin jer behenti bela rambut la, picit jerawat la! Keji tak? Kesah.

Huhhh, dalam masa terdekat nih kena cuci rumah! Rumah tak pernah orang duduk, rumah baru nih, kotor dia semacam! Memang tarik napas dendalam dulu la kan. #kemaskeming

Ok, sila kuat semangat, sila la settle secepat mungkin.

Hohhhhhhhhhhhhhh!




Apr 10, 2013

Menyambut menantu uolls~



Aku dah cerita semalamkan, so harinih aku attached gambar2 pulak eh..

Sila la melihat.

Kutuk ke puji ke, cakap dalam hati je eh..

Yang penting, aku harapkan doa kalian untuk kebahagiaan kami hingga Jannah..




 Owhhh, tapi gambar tak banyak! ni pon aku rembat dalam fb.

Nanti aku upload bila da siap semua..

Doakan kebahagiaan aku.. =)







Apr 9, 2013

Selesai dah pon. Pengantin tua la pasnih.



Mengantuk.

Tema sangat mengantuk tu untuk hari nih.

Iya, mata aku rabak sangat, tak cukup tido..beralih tempat tido katanya.

Selamat sudah majlis menyambut tetamu =) sabtu lepas kat rumah mak mertua aku [yeayy dah ada mak mertua] kat area Pantai Sepat, Kuantan.

Penat, sure la kan. Dengan majlis tahlil malam tu kat sana [Jumaat]. tolong la apa yang patut, tak kan duduk saja. Pastu dalam pukul 12 tengah malam balik ke Mentakab sampai dalam pukul 2 pagi..

Dari Mentakab dalam pukul 8 pagi gerak ke Kuantan semula, kami gerak berdua je sebab kami nak make-up, rombongan aku gerak lewat dalam pukul 10 gitu. So kami berlagu riang pepagi hari menerjah arus, wahhhhhh ayat di kala mata mengantuk sangat puitis rupanya.

Siap2 make-up kat Kompleks Teruntum, gerak pegi Bukit Istana untuk bekumpul sebelum konvoi ke Pantai Sepat. Masa nih aku dah terasa sedikit lemau. Ngan laki aku tetiba nak teberak tapi tak sempat tepaksa tahan. Ko apa hal? Dah pucat.

Untuk dipendekkan cerita, skip la jalan jammed tetiba kat area batu 10 tu [mak abah aku sangkut sejam] kami selamat sampai untuk berarak dalam pukul 1.30pm. Huh, masa nih panas jugak, sama kes macam kat Mentakab.

Kami makan.

Kami happy.

Tangkap gambar.

Senyum.

Old friends..mini gathering..

Sayang..Peluk cium.


Iya family aku agak hyper tengok laut terbentang luas. Terutama budak2 kecik, hahaha..Macam mana 1st time aku datang, gitu la mereka..Orang darat, pegi rumah orang laut, memang excited lebih..

Ok la. nak tido.






Apr 3, 2013

Perempuan dan hormon meroyan = kembar siam


Eh, kalau perempuan kan dia akan meroyan paling kurang sekali sebulan. Sila alert sikit ye kawan2 sekalian.

Itu yang mesti terjadi kalau tak hamil [wah ayat hamil tak boleh blah]..

Yang pasti ialah sebab naiknya bendera jepun sebulan sekali [wajib] dan yang tak berapa nak pasti pulak ialah kerana pempuan dengan meroyan dah takleh dipisahkan. Ada je benda yang nak diroyan. Pasal bangun pagi mood terus ke laut ke, pasal tetiba tepijak sampah yang basah tengah2 rushing nak pegi keja [celakes] abis kotor kaki aku nasib baik pakai selipar je tak pakai kasut lg! 

Kadang2 tu aku sebagai perempuan pon tak paham perempuan, inikan pulak nak harap sang lelaki hatta sang suami sendiri memahami jiwa dan hati si hawa. Kaedahnya senang cakap, ko janganlah tehegeh nak lelaki paham ko 100% memang taklahh!! eh kena bold and caps.. MEMANG TAK LAHHH!!

Penah satu hari tu jiwa tetiba sentap. Muka layu. Hati sayu. Pastu hujan renyai2 turun kat pipi..Ko dah kenapa? Buang tabiat? Hahaha..Tapi realitinya itu lah perempuan. Terejal tak abis2. Cari pasal dengan diri sendiri. Dengar lagu kat radio tetiba terasa lagu tu ejek2 kita pulak. Nak2 masa tengah kusut. Rasa nak campak je radio. Rasa je la. Layan lagu tetap! Mata bekaca, jiwa lara. Nak cakap diri sendiri bodoh tak sampai hati. Punah.

Korang penah? Jangan nak cakap aku gila plak. Kalau nak cakap jugak, korang cakap dalam hati je.

Aku bukan apa, aku meroyan sebenarnya tadi pagi. 

Sejak ada suami [selak kera ada suami macam orang lain takde] dah 2 hari aku bekerja. Tadi pagi dia nak hantar aku. Cita2 besar. Tapi susah nak bangun pagi. Suruh aku gerak 5 minit kemudian. Pastu 5 minit lagi. Tambah lagi 5 minit. Dan jumlahnya tadi lebih kurang 30 minit. 

T________________________________T


Dah bangun dah besiap dah drive.


Jalan jammed sebab waktu kemuncak. Biasa aku pegi keja awal pagi nak elak sesak. 


Aku meroyan dalam hati.


Hatiku belagu sedih..


Dia tak buat muka besalah walau sikit pon. Ketuk2 jari kat stering layan lagu lagi.


Syabas.


Tetiba ada lagu dalam kepala aku "Hadapi dengan senyuman, apa terjadi tetap terjadi"..


Sekarang aku betul2 senyum..Sebab marah kejap, sayang selamanya [ok, sila muntah hijau]


Abis.
 




 



Apr 2, 2013

Jet + Iz


Assalamualaikum uolls =)

Morning morning morning.. mood : excited ko jahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Lama aku diam. Aku diam bukan sebab takde cerita ke hape, aku sebuk ya amat minggu lepas deknon oiiii..aku kan dinikahi! hahahaha.. #dasartakmalunexcitedmamps!

Penat, iya memang penat..

Happy? owhhh, sangat happy..Alhamdulillah.

Sedih ada la sikit2 mana yang tekehel hati tu, adat la la kan..

Nak tulis banyak tak guna, mari layan gambar!~


Doakan kami bahagia hingga Jannah..

Macam makcik makcik dah aku  masa nih!

Panas garing masa nih, kepala bedenyut sakan!

Dia suami saya!

Dalam hati : Ya Allah panasnyaaaaaa..


Jodoh itu hak Allah..kita pinjam tau..kita kena pulangkan elok2 nanti..


Doakan kami kuat, tabah, mampu hadapi segalanya bersama..



Thanks.