Feb 28, 2013

Ku punya rahsia yang bukan rahsia lagi..



Ya Allah, jantung aku bagai nak pecah..
Tangan masih menggeletar..
Akhirnya terkeluar jugak dari mulut aku, dan aku takde rahsia lagi untuk itu..

Ya Allah, ku mohon keberkatan, restu dan kebahagian semua orang yang aku sayang..
Kau gembirakanlah hati Mak & Abah, Kau berilah mereka hati dan jiwa yang bersih..
Kau tenangkanlah hari2 mereka, Kau masukkanlah mereka dalam syurga tanpa dihisab..amin


Aku sayang sangat2 kat diorg..


Seorang Jet..











#Doa

 

Bismillahirrohmanirrohim...

Ya Allah,sekiranya rezeki ku berada di langit,maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia,dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki ku ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia;dan jika caranya sukar untuk sampai kepada ku,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada ku dengan kemuliaan,
kepemurahan dan kebaikanMu,dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...

Kenapa..





" Kalau susah sangat nak sampaikan benda tu, baik jadi benda tu.."




Seorang Jet


Feb 27, 2013

Main bola pakai kain pelikat??



Baru bernafas sikit untuk update blog =)

Sebuk sangat, sebuk kerja takde lah sangat, tapi sebuk jiwa dan perasaan..

Makin dekat ngan tarikh, makin rasa tak cukup udara nak benafas..haha, aku over ke atau memang ramai yang hadapi situasi macam gini kalau lagi sebulan nak diijab kabul? Ye laa, aku takde duit banyak nak gajikan wedding planner..Sume dalam otak sendiri, nasib ada kakak sorang, boleh la dia serabut sekali ngan aku =)

Ok la, dah lari tajuk..Meh la layan aktiviti weekend arituh. Aku join family day kampung dia..Dan salah satu acara ialah main bola pakai kain pelikat..AMAZING sangat, hahah..Campur players dari 18 tahun ke tua nyanyuk tau..Kena campur2 la dalam satu team tu, takleh la golongan belia lawan golongan tua kedarah..Kang ada yg kena cardia arrest!

Layan gambar je la eh =)

Dia dapat sampai suku akhir je, kecundang di tengah jalan..Kain pelikat boleh lipat sampai lutut je tau, atas pada lutut takleh, pastu memasing da takleh langkah besar2, hahahaha

















Itu je, korang layan je la gambar dari kerusi penonton. Tak dapek la nak suruh aku ke padang tangkap diorg tengah main. Bontot melekat kat kerusi..

Pastu makanan budak2 Kolej Komuniti yg hidangkan..free! TQ


Feb 25, 2013

Untuk dia hey, untuk dia hey!


Jejaka Perasan.
Jejaka poyo!
Jejaka Emo..
Jejaka Lawak =)
Jejaka Banyak songeh!
Jejaka gembeng..
Jejaka gile babs!
Jejaka yang buat aku takde selera kalau begaduh, buat aku nangis kalau sedih, buat aku sakit perut gelak kalau dia buat lawak, buat aku jadi diri aku, buat aku sedar sesuatu yang aku sendiri kadang2 tak berapa nak sedar diri..hahaha

Lu la yang buat hidup gua tunggang langgang!

Lu siap la kalau gua ada geng nanti!

Siap!

Madu dan Racun hidup. Ini semua POYO!!

Hari redup pon nak begaya poyo!




Feb 22, 2013

Bila jiwa berbicara

Dosa tetap ada.
Kecewa pon selalu.
Ketawa tak lupa.
Penat kita sembunyi.
Luka akan sembuh.
Angin bawa sejuk.
Tangis untuk jernih.
Perit beri hidup.
Hujan akan berhenti.
Terik beri silau.
Marah lupa diri.
Tidur hilang nyawa.
Tanah itu bumi.
Langit kat atas.
Tengah itu kosong.
Semua kita berbeza.
Sunyi bukan bosan.
Kita ada Allah.


Feb 21, 2013

Korang hado??



Memang lintang pukang aku gelak masa tengok gambar ni tadi..

Cara terbaik menidurkan anak anda dan membantu isteri yang penat membuat kerja rumah.... :)


From fb to blog



Sabar je la haku,

So sesapa yang agak busy, buat2 busy nak kasi bf kat baby, suruh la bapaknya try cara nih, maka selesai tak masalah???


Sengal but yes, I did ketawa terbahak2!



No matter what, life must go on..Lets play!  - Jet
 

Tudung ko letop sgt!



Aku mencari material nak sedapkan otak sikit..aku buat blog walking, buka fb jap, buka twitter la..sume harinih tak menjadi..segala bagai HAMPEH.

Aku pon ringan je tangan menaip 'fesyen tudung pelik' hihihihi..aku pon taktau apekejadah aku menaip begitu. Mungkin aku separa sedar. Mungkin aku punya naluri. Pedulik.

Ni la antara result yang terpampar di halaman muka depan pc aku. Images tudung tak boleh blah. Jangan nak salahkan aku. Aku google je, dah gambar itu yang keluar. Kesah sangat duduk kat dalam gua.


Mari terjah~

Mengucap haku..kalau aku pakai cam nih, kantoi ngan mak abah, memang aku makan kasut 7 hari 7 malam!

Ini memang fesyen babs sgt. Gila babs. Babs tonyok. Dan golongan babs memang haram!

Ko cute sangat rasanya kan? Ini je la yang paling cute miuttttt, olololo macam nak pinjam pakai masa dinner 'mickey theme'

Cantik sangat. Aku rasa dulu dak nih sopan tapi skarang aku da 'ermmmmm'..sopan sgt.

Baik pakai sabut kelapa. buah tembikai? hahaha, itu yg masuk dlm otak aku bila aku tengok gambar nih, hahahaha

SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!


Ini semua POYO!

Oiii tak cukup besar..mari besarkan lagi


INI SEMUA POYOOOOOOO!


Kembali ke Sisi Allah..




20.02.2013
Ayah tunang aku telah kembali ke sisi Allah pukul 11 lebih pagi semalam. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..Semoga dilapangkan kuburnya..

Kepada keluarga arwah,
Tabahlah, yang pergi tetap pergi, doakan sentiasa..Dan yang masih bernyawa perlu kuat menempuh hari2 yang mendatang, jangan menyerah..

Kepada Makmin,
Aku tau dia kuat dalam lemah, dia simpan dalam. Susah sangat nak tengok air mata dia semalam. Yang aku dengar dia tegelak, tengok dia sengih je..Becerita pon masih boleh tesenyum walau becerita pasal saat2 akhir arwah. Aku respect! 
Aku doakan dia tabah, kuat semangat, jangan disimpan, aku nak sangat dia bejaya luahkan, luahkan lah..walau menangis teresak2, luahkan..Supaya tak berbuku, supaya hilang lelah, supaya semua orang tau kesedihan itu..Moga suatu hari nanti Allah jadikan aku, insan yang boleh dia pecaya untuk becerita, untuk dia kongsi segala cerita, suka atau derita..Amin.


Kepada Anak2 arwah,
Sabar.
Ada hikmah semua nih. Jangan cuba cari salah atau mengeruhkan keadaan. Semua dah ditentukan. Moga kalian semakin erat. 

Kepada Iz,
Jet tau awak sedih, awak kecewa, awak rasa bersalah.
Cari masa, fikirlah.
Jet takleh tukar semua cerita nih, tapi kita boleh ubah cara dihadapan nanti.
Kita tanggung bersama.
Jet tak boleh jadi sempurna, tapi Jet belajar untuk semakin berguna.
Iz, 
Moga awak dipinjamkan kekuatan dariNya, diberi petunjuk dan mampu jaga keluarga nanti..


Al-fatihah untuk Ahmad bin Jaafar.





 

Feb 20, 2013

Sapa tu?



Harinih aku datang keja pakai cermin mata ye kawan2..

Mata aku sejak 2 menjak nih memang ada problem..Semalam, sepanjang hari kat opis dia mengeluarkan taik mata, non-stop. Mata dah merah2, dah berpasir, padahal aku beli lens tu tak sampai sebulan. Itu yang aku musykil. Benda apa la dalam mata aku yang problem sangat nih.


So for today, Jet is nerd.


Itu la cermin ajaib ats meja kt opis..adiah opismate kasi =)





Feb 19, 2013

Layan gambar jom!



Wedding Pak Ngah - menyambut menantu 16.02.2013

Aku malas nk cerita, korang layan je la eh gambar2 comel yang aku tangkap nih..



Saksikanlahhhhhhh [macam Iwan nyanyi tau dengung dia!]



Ni buah hati aku, si kakak, sgt benci aku, tp aku sgt suka sakat dia! menyampah mandakkk~

Aku pon taktau napa mcm babs gambar rotate mcm gini, takleh wat apa dah. Puas aku cuba elokkan, tetap senget. Ni, with my dear Nadia Adzianti..still available and very the nice person =)

My small family, dari kiri : Kakak aku n si Kakak gedik, Mak n si Abang ngada, Abah, Aku, Ati n Ara, Abang aku n Si pendiam Ariq and last KakJa n Akid..

PakNgah before akad nikah. Masa nih kita cakap 10 patah, Pakngah senyum jaa..Tak mampu dah nk berkata2, jantung mungkin dah nak pecah? haha

Girls in Dino's family

Nadia with her mom..Ibu dengan tudung cantik dia, hihik

Kakak behave sangat, tak macam Abang asek melari kesana sini dalam masjid.

Dalam kereta menuju ke rumah Tok - sambut menantu kat Mengkarak, Pahang.

Eh eh, gambar dah tak tersusun, malas aku nk susun. Ni PakNgah tengah akad nikah. Congrats my dear Pakngah..I wish you a very good luck in your new stage in life..May Allah bless you..

Berarak..SO happy! Miss this moment!

Tuan tanah with My very the sayangggg Nadia..Jubah hijau tudung gold, walau tudung aku tak berapa nk gold sangat! rembat tudung mak, ahaks!

Bepeluk ngan pantin!

Ni Aki aku sayang! Bos besar on that day..Wang Besar, Wang Besar dari salam kokot?

Last auntie, We ngan Tok..

Abang si Noty! Tak bebunyi pon dia ketuk.

Acara bersalaman takde renjis2 sebab everyone so busy tak sempat nk buat air mawar..

Hugs

Banyak pulak gambar si Dekya ni kan?

Lauk pengantin terbaik..Credit to Makteh sebab dia yang masak..with Makde sekali..PakNgah menambah, so tak pemalu langsung!

Suapan dari pantin utk tuan tanah. Sedap sangat!

Ini anak sepupu aku, dia panggil aku Mandak..study kat Perlis. Malam tu dia dah kena naik bas..so penat!

Dekya lagi. Masa ni kami nyanyi lagu Ramli Sarip with Katijah Ibrahim tu kalau tak silap.

Pengantin kena jirus air basuh pinggan! Hahaha..nasib la kan? haha

Dekya n me, again.

2nd time kena jirus!

Basah but happy..great!

kasi air masak basuh muka penuh ngn air sabun!

My dear cousin Intan and photographer test suara!

Tarik!

  



Itu saja from me, banyak lagi gambar nanti2 la..