Dec 28, 2012

Kepam Sangat!

Memusim hujan pejur nih satu je lah masalah dalaman yg aku perasan sangat *main problem* 
Bukan basah bila nk turun keta tak sempat nk buka payung, no no nooooo! bukan juga kasut kembang bila harung hujan, lenjun pastu tak best pakai dah! no no nooooooooo! tapi....ialahhhhh









Aku paling tak leh blah bau baju jadi kepam!






Hadoii..ceritanya..

Isi sabun bebanyak, baju belambak kotor..konon nk basuh sekali harung sebab musim2 hujan tak payah nak rajin basuh baju sangat la kan..So, aku pon basuh la kain sebakul gedabak, campak terus dalam mesin..isi sabun bebanyak sikit sebab nk wangi katanya..Set wash je dulu sebab aku nk merendam kejap, dalam sejam dua..pastu baru aku set terus ke wash - rinse - spin ..hokey aku tunggu sambil mengemas pinggan mangkuk periuk belanga *macam kena basuh kat cecelah sungai je cara cerita* #kesahsangat

Bila mesin dah bebunyi lagu merdu tu aku terus hangerkan semua bebaju seluar, jemur..Al-maklumlah kat Kuantan kan tengkujuh, matahari bercuti jap. So, cara pengeringan baju takde la seperti normal bawah terik matahari..Baju kering proses hangin lembap sepoi campur hangin ujan sekali..sekali sekala hangin tempias menerjah, bawak rintik2 hujan kena baju2 tesidai #redha Tapi masa tu aku tak bau kepam ke hape bila aku mencium, tp bila da keringgggggg hamik kau! bau ala2 sayur basi bawah tudung saji pon ade..Keluar air mata, tak suka bau kepam nih!

Tensi kan? Dah la aku nih rajin amat basuh baju..







Kbai..*nak cabut semua baju campak dlm mesin, basuh balik, bungkus2, anto kadai dobi meow-meow belakang umah untuk keringkan*.



Dec 26, 2012

Kuantan banjir la puloks!

Kuantan banjir la puloks!

Meh melayan gambar2 aku cilok kat fb dulu..

Kat Megamall
Amik ubat, kesian..

Tak sempat dah nk alih keta, redhoo..

Begini la keadaannya hari Senin yang lalu, dan aku ada cerita sendiri antara aku, si tunang and banjir..nanti aku ngomel..harinih tak sempat..

Dec 24, 2012

Hujan teramat lebat dan angin kencang




Ok. Just nak hapdate yang aku kat opis harinih memakai baju sendiri, tudung sendiri, tetapi ketika ini aku memakai SELUAR opis! seluar pesakit yang kena chemical datang clinic kena decontamination tu..Seluar ala-ala penghuni Tanjung Rembutan..

Seluar warna biru cair, sgt loose..Tetiba *eh best plak pakai seluar spital nih* hahaha..

Harinih memang hazab sikit nak sampai opis..Turun dari kereta hujan dah jadi ribut. Kalau pakai kain memang dah terangat nampak sepender pink..Opis jauh dari car park so aku kena menapak dalam 300 meter kot? Ko hado? Ntah2 lebih dari itu..Buka2 payung terus rasa macam nak terbang, dengan ujan lebat pehtu angin dah tak sepoi mana, angin macam nk terbangkan aku..


Hujan + Emo = AKu


Memang survival la tadi..Jeans aku boleh dikatakan 90% basah. Kasut apetah lagi macam kena rendam dalam baldi!

Nak tak nak memang aku kena pakai seluar pesakit color baby blue nih..Sekian.

p/s: Kat Kuantan nk banjir dah oiiii!!


Dec 21, 2012

I am the LONELY one..

Kadang2 kita penat untuk please orang. Hanya air mata yang menemani. Hanya ada kita, dinding, atap, tilam, air mata..Yupss, perfect to tears on..to release all the stress..I just need to be alone..



 Bila dah crying2 tu, tengah2 meroyan, masa tu la kenangan bangang2 yang dah lama kita ingat kita dah erased datang kembali..eh, ingat lagi rupanya..jadi penambah perisa untuk meroyan lagi dasyat..


Ingat pasal si polan yang memang betahun2 tak jumpa, eh? kenapa tengah2 sesedih, aku ingat dia nih? adakah dia mengingati aku? owhh tidak, dia dah dipunyai, dont remember someone yang dah unavailable, at the end nanti i am hurt, no no no, dont..

Dan sedang leka meroyan aku tertido..Dan yang paling spooky si polan menyinggah lagi dalam mimpi aku with the smiling face and lagi surprising dia wat aku senyum..Tesedar terus aku, eh aku nih memang cari sakit ke? dah kenapa nak ingat orang yang selama ni aku tak pernah ingat? Siap masuk dalam mimpi, ini sudah lebih! *gila* *doa tolak musibah*




Bila dah boleh berfikir, dah cool down, baru la aku teringat, dulu masa dia ada, dia memang the most caring person i ever had..the shoulder to cry on..aku mengakui fakta itu, u did well for me..

And honestly, no more person like you in my life until now..sobs sobs..

Aku doakan segalanya yang terindah untuk dia, if dia ditimpa kesusahan, aku harap Allah permudahkan..jika dia besedih, Allah gembirakan..Sebab aku tak dapat membalas segala kebaikan dia, hanya Yang Esa will..All da best dear, i dont want to meet u, tapi tak bermakna aku masih marah, aku dah memaafkan dan aku harap dia maafkan aku juga..


Thanks sebab masih menemani walaupon bukan di sisi..yeaahhh, ayat jiwang, same goes to you..





Adios!




 

Dec 20, 2012

Setiap yang hidup pasti MATI..




Perginya seorang muslim selamanya ke sisi Pencipta..Menyambut panggilan Ilahi malam tadi di IJN..

Pak Ngah Bejuk, dikebumikan di Bentong, Pahang..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Setiap yang hidup pasti akan mati..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Dunia hanya sementara, akhirat selamanya..



Al-fatihah..

Dec 19, 2012

AWAK

Makin hampir ngan awak, makin la saya risau..Hadoiii, mesti awak tak risau langsungkan? Sebab tu awak tak akan beganjak, tak akan berubah, dan awak sememangnya akan menanti saya, itu PASTI!, awak tak akan lari, itu janji awak!

Tapi awak tau tak sekarang sebab awak, saya tired sangat =( banyak benda kena buat, banyak fulus kena lanting, banyak perasaan kena control..Awak tak tau tu..Awak memang tak akan tau..

Saya pulak sekarang sebab awak makin stress makin beselera makan!, awk tak tau tu! Awak tau tak seksa untuk control selera makan saya sekarang nih, tepaksa motivate diri bahawasanya saya kenyang padahal cacing dalam perut bedondang sayang nk disuap makanan..

Perut saya dah belapis macam kek pelangi color2 tu. Kek tu cantik tapi kalau perut saya ikut konsep lapisan kek tu, memang nampak keji sgt..Ini gara2 awak, saya amat memikirkan awak, tak pernah lupa kan awak..Saya stress selagi tak jumpa awak, saya makan sesuka hati, nahhhh amik kau, konsep perut belapis jadi pilihan saya.

Sebab memikirkan awak, saya dah abaikan benda lain. Saya da tak jaga waktu tido, waktu kena cuci muka, malah dah lama saya tak lantingkan duit untuk shopping..Ini semua saya korbankan untuk awak..Awak kena appreciate tu..Saya lakukan hanya untuk awak! Awak je yg berhak dapat layanan tu, sebab dah lama saya tunggu kedatangan awak, 6 tahun.

Dear AWAK, 
Please be nice to me, please understand me, please love me more than i love u.. Walaupon reader tak tau apekah bendanya awak, sejenis apekah awak, biar lah, biar saya sorang je yang tau..Saya tak kesah, bila tiba masanya, In Shaa Allah, semua akan tahu siapa awak, siapa awak kepada saya =)

Tunggu ye wak, saya akan datang, dengan persiapan yang sesempurna daya saya..Saya akan buat yang terbaik untuk menyambutnya..Awak jangan risau eh, sebab saya bapak segala risau dah nih..

Ok wak, moga kita akan betemu dalam keadaan yang sangat tenang, cerah, begembira, dan yang paling penting, awak akan mengubah kehidupan saya nanti..In Sha Allah, itu yang saya harap dan tunggu selama ini..Doakan segalanya lancar..Amin

Happy Ending

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
Watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
Standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more



Dec 18, 2012

Untitled

May Allah bless us
If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go

Run away with my heart
Run away with my hope
Run away with my love

I know now, just quite how
My life and love might still go on
In your heart, in your mind
I'll stay with you for all of time.


Dec 17, 2012

Lazy Monday



Bangun dari tidur tadi dah ada tanda2 kemalasan luar biasa harini, dah dapat hint2 dah, cara jalan, cara capai towel, cara cabut baju, cara berus gigi, semua tu dah menunjukkan akan datang hari kemalasan sedunia untuk diary kehidupan sebentuk jojet!

Iya, hari kemalasan yang tak tau keberapa juta kali berulang dalam hidup aku jatuh sekian kalinya iaitu hari ini!

Arrrghhhh..SLOW movement, SLOW thinker, SLOW in everything..SLOW in the air..SLOW and steady pak hang! puiiiiii!!



Breakfast tetap breakfast. Itu memang tak malas langsung, walaupon tajuk harinih, hari kemalasan aku. Itu memang excluded dalam cerita nih..Makan mewah je, nasik lemak with neskepi pekat likat!

Sleepy..

Moody..

Need my cow pillow, my MOMO..

Pakai attire ke opis pon tadi, main rembat yang mana sempat..terpakailah baju merah berbelang2 putih with yellow hijab! and as usual me pakai jeans je..so simple with my lazy moody face!

What to do? really feel slow.

Kelip2 mata pon penat..macam takmo kelip. Macam nak pejam je. Tak?

Haiyoooo, Please la, lots to do la today jet oiii..Get your spirit back!



Jom *jogetjoget* dulu.. Yeayyyyyyyyyyyyy! C'mon!







Gambar ku google dalam laziness!



Dec 14, 2012

Ko dah kenapa eh?



Pepagi Jumaat yang indah untuk semua..Harap2 Jumaat akan bawa berkat untuk semua..Amin.

Hmmmmmmmmmmmmmm..
Hadoi, aku nk ceria, nk happy2 untuk last working day minggu nih, tetiba ada orang campak batu daa..Hadoiii, pepagi dah wat aku berasap dan terkurang ajar..

Moral of The Story kat sini bagi aku la kan, setelah aku jadi pekerja lebih 6 tahun pengalaman, kita tak boleh terlalu menunding jari kat staff lain bila sesuatu terjadi..Pastu ayat nak pedih! Betul ke? Masa masalah tak timbul, ko tak perasan pon ko tak buat kerja, tapi bila dah timbul, dah last minute, baru la ko  nak meroyan nak cakap yang orang lain tak buat kerja! Kerja dia tak sempurna..Apa ko sempurna sangat ke? Kalau ko sempurna, perlu ke ko belagak ngan sempurna ko tu? Ingat, ALLAH nk tarik balik keistimewaan kita, sekelip mata je, cuba jangan nak belagak sangat dengan insan lain..

Tak salah nak menegur kesilapan orang. Dah nama pon manusia, takde seorang pon yang terlepas dari melakukan kesalahan, tapi tegur dengan cara yang betullah. Jangan ikut mood ko. Jangan bawak moody dari umah tu datang opis dan lepaskan kat orang lain. Betul sangat ke cara mcmtu?
Aku tau aku banyak lakukan kesilapan, aku akui. Aku tak melenting pon bila orang nak tegur, nak jadikan aku manusia yang semakin baik, staff dedikasi ke hape ke..Aku tau, aku tak kan terlepas dari buat sesuatu yang salah. Tapi cara ko tu macam ko da perfect sangat, pengalaman kerja 15 tahun, tak pernah buat salah! Eh? Ko camtu eh? ada apa aku cakap tu? Ada? Tak dokkkk kan? So sedar diri. Ko confirm pon tak lagi tau, kalau ko dah tak sedar la, aku ingatkan.

Kerja besepah, tinggalkan stationery merata tempat, kat mana ko kerja kat situ la ko tinggalkan data yg kenkadang sangat confidential. Ada kitorang ni marah2 macam ko? Takde kan? Kitorang tegur bebaik. Takde pon buat muka *cipan* tu..Belajar la, banyak lagi perlu ko tempuh.

Aku malas nak sound tadi sebab aku anggap ko tengah PMS, moody sebab tak dapat malam tadi ke, atau ko tak sengaja, tak perasan..Tapi kalau lain kali ko buat perangai lagi, mungkin bukan aku, tapi senior yang lain akan sentapkan ko, untuk ko tunduk ke bumi sket..eh? Aiishhh..

Mood aku plak yang besepai.

Nak loncat bintang jap. Nak say *enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy*

Happy Great Weekend Uolls!

Doa untuk yang tengah hadapi kesulitan..In Shaa Allah

Baca as a zikir semasa stress


Dec 13, 2012

Sunglasses

Yesterday story =)

Kami membeli lagi untuk sekian kalinya dan duit mengalir seperti air terjun Panching, Sungai Pandan, laju je..selaju lajunya..

But, it's okay..Ini untuk kami, untuk hari besejarah kami, sekali untuk selamanya, InsyaAllah..

Ini aku punya



LE Ray Ban Ladies Sunglass


Ini dia punya

Lacoste Sunglass


Yeayyy! Doakan semuanya selamat dan lancar ye kawan2..

Dec 12, 2012

Hantu Mana Hantu!

Pepagi lagi aku dah menjemah ngan makcik cleaner harini. Makcik tu cakap semalam ada staff kena kacau!! 

Oh Mak Jemah!

Bukan kena kacau dengan manusia, kena kacau ngan makhluk tuhan sejenis lagi tu, yg tak mati yang bersumpah nak sesatkan umat Nabi Adam tu..Gila kecut perut aku!


Staff tu balik lewat semalam, buat keja kat plant bagai,adat la balik lambat. So badan bepeluh, melekit, busuk, tengik! Sebelum balik tu dalam pukul 7.00pm dia pegi la changing room nak tukar baju bersih, hambik kau! masa tu la die kena kacau..

Dalam changing room tu ada rak tau, rak tu tempat isi fail2 lama, kertas2 lelama yang sayang nak buang, PPE items, tempat tu ibaratnya macam stor barang gak laa..Besar gak keluasan bilik tu, ada double door..Pintu pertama, macam pintu bilik biasa la, pintu ke dua tu sliding door, cermin transparent..Kira kalau kita kat dalam bilik tu, susah gak la nak keluar, ada double layer door.

Nak dibuatkan cerita, masa menukar baju tu la, dia dengar kertas2 dalam bilik tu di selak pages by pages secara lelaju! 

Dapat bayangkan?

Duduk sensorang dalam stor dan secara tetiba ada bunyi kertas diselak dalam bilik yang sama diwaktu maghrib?

Staff ni apa lagi, membabi buta lari pecut selamatkan diri! Terus ke tingkat bawah [ada shift staff] pucat2 lesi, dada bagai nk pecah, nyawa macam nk leloncat! Air kencing bagai nak keluar bagai pembentung bocor!

Tangga dah takde anak tangga! main loncat je..

Sampai bawah pon still takleh cakap lagi, orang kat bawah tanya pon takleh buka mulut, kena gak tiup2 sikit agaknya..Aishhhhhhhhhhhhh..

Aku harap staff tu dah ok, dah boleh becakap..Dan harapan menggunung aku pulak, supaya makhluk itu malas nk kacau aku..Ye la apa ada kelas kacau aku, kacau la manager ke, senior manager ke..kan?

Layan images aku google, ye la aku mana bekawan ngn bendalah ni, so takde la dlm photo gallery aku!










Dec 11, 2012

Yang Mana Satu?

Baru2 ni aku sgt tekun meng 'google' images utk jadi raja sehari. Bersusah payah la aku memilih baju yg terhebat antara yang tercantik! Owhh, sgt banyak busana yg membuatkan aku 'nak yg ni' 'nk yg tu' 'eh, nk yg tu lah!' owhh amat sukar memilih sebab semuanya cantik2 belaka!

Sgt gedik nk mencantik masa wedding day! hahaha, opkos la, sapa yang tak nak nampak cantik masa hari bersejarah, ye tak? Kalau ada yg nak kelihatan buruk masa hari tersebut, otak dia mesti dah diracun!

Ok, cuba korang tengok gambar2 yg aku attached sekali dalam entry nih, dan tolong aku pilih which one yang sesuai and gorges untuk aku, eh??

Semua gambar2 ni hasil googlean aku.

Kalau yang ni, kena la jahitkan manik ke, labuci ke, batu2 permata bergemelapan ke, baru naik seri, ye dok??

Yang ni pulak, utk si gadis yang mahukan yg simple but elegant!

Ayu dan sopan

Aku suka color dia, nampak sangat exclusive

Suka bahagian atas baju ni..
Manis dan menawan, suka sgt!

Dec 10, 2012

Hijrah

Aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, sibuk dengan hal duniawi. Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat..
Sampai satu ketika, hidayah itu datang. Alhamdulillah kerana Allah memilihku..

Aku cuba bangkit dari alpa, aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Semestinya bila seseorang itu melakukan penghijrahan, dugaan akan datang.

Aku akur..
Ramai yang pelik tentang perubahan aku..

"Kenapa ko berubah ek?"

"Ko baru balik dari umrah ke beb?"

"Huiyooo, jet da jadi ustazah laaa"

Pada yang memahami, mereka tersenyum dan mendoakan dalam hati. Memeluk dan syukur dengan perubahan baik yang aku lakukan.
Tapi pada mereka yang kurang puas, mereka mempersoalkan. Iya, aku berasa malu. melemahkan semangat. Salah ke untuk aku berubah?

YA ALLAH, bulatkanlah hatiku dan kekalkan niat ini..
Aku bukan muslimah yang sempurna, aku nak belajar, tolong jangan lemahkan aku, berilah aku semangat, aku perlukan sokongan..
Korang pon suatu hari nanti akan berubah, pecaya la..Setiap manusia akan berubah..

''Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah". 



Dec 7, 2012

My Bestie

Cik Jaja - Single - Available - 28yrs

Susah untuk mencari kawan yang menerima kita seadanya..tetiba aku rindu kan kawan aku a.k.a mak sedara sebabnya mak dia ni adik kepada aki aku..

Dia tau kenapa aku mendiam, dia tau bila aku kecewa..

Dia tau bila untuk bersuara dan dia tempat utk becerita..

Lawas VS Sembelit

Aku rasa perut aku ni dah tak berapa nak sihat sejak kebelakangan nih..kekadang 1-2 hari aku tak masuk bilik temenung, kekadang plak, sampai 3 kali sehari..dah tak ada rutin..

Aku perasan, kalau aku tak amik nescafe memang perut meragam, akan susah la nk tabrak. Nak plak kalau aku minum milo banyak sangat, lagi la dia mengeras macam '3 second glue' sgt keji! maka mengakibatkan aku sembelit secara beterusan 2-3 hari..

Agent terbaik untuk lawas yg sesuai dgn badan aku yg ala2 figura model nih *jogetjoget* ialah seperti image di bawah yg aku google jap tadi..


dah la pedas, sedap, meletop! pehtu perut memulas mcm mesin basuh semi auto!

one mug utk pepagi yg indah =) dan tadaaaaa, toilet here I come!

makan sikit je, maka selamat membuang kengkawan..lawas!


Pendek kan cerita, sebenarnya hari ni aku da tabrak byk kali tapi tak sudah2 gak, asek berulang alik ke toilet je!

Ini cara paling mujarab nak kurus mengejut, tak yah susah berdiet bagai, tapi seksanya bila perut memulas lagak seperti aku pulas towel basah utk dijemur, azab sikit la kannn..


Dec 6, 2012

DIET SANGAT !!

Kenapa aku cuak sgt dgn berat badan? Hahaha..aku pon tak tau!!




Aku memang suka monitor berat aku, suka timbang pastu tak puas hati. Padahal aku tak pernah pon berdiet sakan utk kurus ke, bersenam 2 jam sehari ke, melakukan extreme diet tak makan nasi seminggu ke..hahahaha, its just me! I like to talk about diet, my body weight! Sori kalau ada yg tertekan dan annoying! Aku takleh control.. *sambil picit lemak kt perut*



So, everyday rutin aku, aku tak pernah lupa! Walau timing tak pernah fix ialah utk menimbang berat badan aku.



Berat aku utk tahun ini ialah dalam range 52-54kg dan selalunya 53kg and above la..Kalau dah 54kg tu aku dah mula ‘arghhh kena diet dah ni’ hahaha..trauma sensorg, pastu cakap kt semua org aku nk diet! Padahal pantang org ajak makan, terus je ‘jap eh, jap lg aku datang’ T_T



Biasanya istilah diet utk diri aku dan aku praktiskan selama ini bermakna mengambil makanan dalam kuantiti yg sedikit dr biasa. Contoh:

1) Sarapan biasa aku isi penuh nasi lemak makan sampai rasa sendat kat perut, time diet aku akan luak sikit kuantiti tu, kepada ¾ dr biasa je..

2) Waktu makan aku tak menentu setiap hari, kalau aku amik supper [lapar atau keluar ngn kawan2] aku akan makan nasi sikit je *sikit aku la* tapi lauk banyak . T_T

3) Cuba besenam sikit, elak malas melampau. Kiranya aku akan cuba buat senaman ringan utk kecilkan peha selama 5-10min sehari.

4) Dan biasanya diet ni akan kekal dalam tempuh seminggu bila da turun sekilo aku akan mkn macam normal blk, pastu bila naik semula diet balik, seterusnya begitu la, sampai la sekarang..



Sebab tu la aku tak pernah lekang dengan perkataan ‘gemuk’ ‘DIET’ ‘perut macam lobby hotel’ dan istilah lain lagi..byk lg!




Dec 4, 2012

Sembuhlah Hati



Kenapa perasaan tu jengah lagi. Mungkin aku nampak biasa-biasa tp batiniah [ada ke perkataan nih?] mmg terusik dan celaru..

Kalau di ingatkan balik, terlalu perit dan berliku-liku kehidupan aku untuk 2 tahun kebelakangan ni. Keadaan yg aku sendiri tak tau camne nak describe utk dijadikan cerita. Tapi yg pasti aku taknak keadaan perit tu dihadapi oleh insan sekeliling aku, cukup lah aku je yg rasa. Cukup lah..

Aku percaya kata2 “pengalaman mengajar kita dan menjadikan kita kuat sehingga hari ini” memang betul pon. Kalau aku tak hadapi semua ni, mungkin aku tak sekuat ini. Mungkin aku masih seperti dulu, masih percaya aku selamat, tak kan ada yg boleh rampas bahagia. Itu lah aku yg dulu. Yang hidup dalam zone aku tesendiri, tiada pengacau, tiada yg membaling batu, tiada yg menyedarkan..

Alhamdulillah, aku dah pon diselamatkan, cukup utk hari ini, ketika ini..Di sedarkan supaya tidak tepesong lg jauh. Di sedarkan oleh TAKDIR dari Yang Esa. Walau pon teramat perit proses sedar tu, aku masih besyukur.  Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan itu..

Tapi, walaupon ianya sudah berlalu, walau aku cuba utk lupakan, sampai mati pon tak mungkin aku berjaya. Setiap inci kehidupan aku dibayangi perasaan tu..Itu la perasaan yg menjengah ketika ini. Tak diminta cuba dilupa, tapi masih diselubungi.

Iya, perasaan tu menyakitkan.

Perasaan tu memedihkan hati.

Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapinya..Pinjamkan aku kekuatanMu..Aku lemah. 


Dec 3, 2012

Monday, please be nice to me..

Mood aku tengah ke laut - sila jangan meroyan dengan orang yg tengah meroyan!! peringatan untuk semua..orang yg tengah meroyan ini sedang cuba untuk tersenyum di pagi senin yg sejuk lagi sesuai untuk jogging. sekian.

mari mengembalikan mood yg masih di tengah laut samudera dgn gambar abg ngn kakak - anak buah tersayang nih..miss u!