May 31, 2011

Ok, kali ni aku selitkan gambar-gambar aku bejimba bersama Dura & The Geng..

P/S : Iz, aku pegi ni masa aku training kat Bukit Jelutong bulan 4 kalau tak silap. So, alang-alang aku pegi sana untuk 2 hari aku terus la cuti hari Jumaat tu [aku training rabu-khamis] sampai la hari isnin, kebetulan gak isnin tu public holiday, hehe, bijak-bijak. Aku lepak umah Dura, dari hari khamis tu, sampai la isnin. Hari jumaat tu Dura masih keja, aku plak duduk tengok tv temankan mak dia, wakakakaka..

Dura sampai pening-pening kepala nak bawak aku jalan. Tapi semua tak jadi, hehe..

Si Azam, nak bawak mandi manda kat air terjun pon tak jadi, nak naik Genting pon tak jadi. Last-last kitorang tengok movie. Cite Thor [Hero Tukul kita tu] dengan Red Riding Hood..

Gambar kat bawah ni, masa kitorg karaoke. Seronok! Azam tak abis-abis kacau Dura.

Walaupon plan yg dirancang tak menjadi, aku tetap hepi! Dengan perangai si Bond, Sengal si Dura, hepi sangat! Aku akan datang lagi tau, tungguu..







May 23, 2011

5 Hari 4 Malam Kat Umah Dora The Explorer

Gambar-gambar masa aku becuti kat umah Dura. 5 hari 4 malam yang lalu. Yang penting sume tu FOC. Hehehehe [bijak tak?] Thanks a lot to Dura =)

Yang ni version bejalan-jalan ke rumah Yus & Aizat.

Belakon doktor-doktor besama Hani [anak sulong Yus]. Masa Dura tengah main ngan Hani dalam bilik [siap kunci pintu ok] Si Abdul Rahman kat luar bilik siap nangis guling-guling! Tapi manusia 2 orang dalam bilik yg tengah main doktor-doktor tu buat tak tau je. HAMPEH ok perangai korang, hehehe.

Seb baik Auntie Jet datang untuk menyelamatkan keadaan. Itu pon Hani buka pintu 5 minit kemudian. Si Abdul Rahman dah teresak-esak, menonggeng-nonggeng kat luar ketuk pintu! Si Auntie Dura boleh pulak buat-buat muka tak besalah kn ko Dura? Siap cakap `Hani tak kasi Abdul Rahman masuk, nanti dia kacau!’ wakakakakaka..

Pastu diorang dah nk gerak umah Mak Limah makan laksa kata Yus. Siap-siap tukar baju bagai, sesi tangkap gambar la pulak. Baru aku teperasan satu pon gambar Aizat takde, hehehe.. Sori Aizat, sebab ko tukang amik gambar haritu.

Sila la saksikan gambar-gambar kami. Dah macam setiap orang bawak anak masing-masing. Padahal Yus punya anak semua tu, hehehe..




May 22, 2011

Muka ke Bulan Tu?? T_T

Awat muka aku nih, dah lama bejerawat, tak sembuh-sembuh lagi. Fenin ok.

Malam td aku baru picit jerawat belah kiri. Tup-tup kat belah kanan keluar 2 bijik sekaligos! Mengamuk betul aku!

Kecewa ok. Nyesal tukar-tukar product guna kat muka nih. Konon-konon makin banyak guna, makin cantik la muka aku nih, amik kau. Da macam kawah bulan.

Korang ada nasihat ke atau ubat-ubat yg mujarab nk tepek kat muka aku nih? Rindu la muka licin aku dolu-dolu. T_T

May 20, 2011

Body Menarik Tertarik Aku Memang Da Gorgeous, Hehehe

Body Menarik Tertarik Aku Memang Da Gorgeous, Hehehe

Mood utk tulis blog ada plak harini..

Hye geng..
Masihkah korang igt diriku ini? =) hehe..

Oleh kerana dah lama tak becerita, so aku nk share ngan korang aktiviti terbaru aku join. Best tau!

Aku skarang tengah semangat pegi aerobic. After opis hour, aku rushing balik umah, tukar baju sume, pastu 6.30pm dah tepacak utk bakar lemak-lemak dibadanku ini. Masuk hari semalam dah 5 kali aku attend. Korang rasa body aku dah HOT ke belum? Hehehe [ketawa belagak]

Camnih, aku join kat Sarsha Bodyworks Fitness Centre Jalan Beserah Kuantan. Aku amek short term punya aerobic. RM50 per month, utk 8 kali. Aku dah join 7 kali, so tinggal lagi 1 sessions utk dibereskn.

Best tau korang. Sangat semangat aku join bendalah nih. Sakit badan tak yah cite la kan. Memang sakit badan aku nih [skarang pon aku tengah menahan sakit] Paling sakit nak turun tangga. Tapi aku enjoy. Aku tak rasa pon nak quit. Aku tecabar dengan kawan-kawan baru aku kat situ. Dah beranak 2-3 orang tapi body? Korang fikir la sendiri. SOLID ok.

Petang nih aku pegi lagi. Nak sakitkan lagi badan aku. Sebab si Instructor tu cakap `Kalau Jet join seminggu direct, for sure badan dah tak sakit-sakit lagi’ so aku pegang ngan kata-kata beliau.

Tak beminat? Join la korang. Best ok. 15minit je then korang akan bepeluh sakan. Mak-mak orang yg join kat sana sume badan fit. Aku si bujang nih tak leh lawan diorg lagi tau.

P/S : Esok aku lari 2.4km pulak. Kena buat tak lebih 14 minit. Wish me luck eh korang. Pasnih korang tgk body aku korang tebayang body Linda bini si Pelakon KL Menjerit tu. Sape eik nama pelakon tu? Tiba-tiba aku lupa ingatan bila aku nk belagak nih, hehehe..

Babai..218