Apr 19, 2010

Weekend Yang Hebat! Sekali Seumur Hidup..

Ayu tak Si Jojet nih?

Macam pegi keja je aku weekend lepas. Masuk pukul 8.00 habis pukul 4.30 (Tapi tak penah on time, pukul lima gak kami keluar dari masjid)..

Sabtu ngan Ahad lepas aku pegi kursus kahwin la kawan2, hehe. Aku pegi berlima. Semua da gatal nak kahwin weyy, lagi satu tak sabar nk besanding..hahaha..

Kursus start pukul 8.00 pagi, kami pegi 1 kereta je(jimat), kalau nak pegi bawak keta masing2 alamatnya parking lot Masjid Negeri tu penuh ngan kereta kami je..

Sehari ada 3 kali break, minum pagi + makan tengahari + minum petang. So takde la masalah lapar, terutama kepada orang macam aku, yang tak penah sempat nak breakfast kat umah, Alhamdulillah..

Nasib aku baik dapat ustaz2 dan ustazah2 yang happening! Takde la aku mengigau dalam dewan, idea mereka dalam memberi ceramah memang best, terutama Ustaz Tarmizi dan Ustaz Badli Shah – korang THE BEST, sakit2 perut aku gelak! Ni ceramah agama ke ceramah 18 sx? Kalau kasi 3 jam dengar ceramah korang aku sanggup weyy!

Aku jadi orang tengah la plak..

Yang pasti aku da dapat lesen P, iaitu Sijil Kursus Kahwin! Bebaloi-baloiiii!! Walau pun penat punggung ni duduk atas kerusi yang tak berapa nak empuk tu, bila dapat sijil hilang semua penat! Syukur..Aku dapat the highest score – 98% jangan tak pecaya okee, aku tak tipu punyaaa..

Kepada yang belum pegi kursus tu, sila2 la daftar, dengar cerita tak lama lagi makin susah ujiannya, siap kena buat kiamulai bagai..

Owhh,kamera di atass!

Mesti korang tertanya2 bila aku nk kahwinkan? =) Tarikh takde lagi, doakan la aku kahwin tahun depan ye? Amin..

Apa yang ko pikir tu syaiiiiiiitooon??

Apr 16, 2010

What’s your name in Japanese?



Selamat Datang Penghulu Hari! Selamat Datang Penghulu Hari!. Semoga kedatangan hari Jumaat memberi manfaat dan keinsafan kepada kita..

Tengah bosang2 (bosan) bekerja di hari Jumaat, tiba2 Lotus Notes aku berbunyi “tuittt” email baru masuk..

Tajuk Email : What’s your name in Japanese?

Hehehe.. Aku try la apa lagi! Nama aku dalam bahasa Nipon ialah :-

ZUMOZUKUCHI


=)


Chomell tak nama aku? Korang boleh panggil aku pasnih dengan nickname UCHI, wakakakakaka.. contoh ayat korang kepada aku kelak :-

“Hye Uchi, nk pegi mana?”

“Uchi you look beautiful today,cute jeee”


Hahaha.. So perasankan??

Nak try tak?

Sila2, Aku forwardkan email tu kat bawah ni haa.. =)

> A - ka
> B - tu
> C - mi
> D - te
> E - ku
> F - lu
> G - ji
> H - ri
> I - ki
> J - zu
> K - me
> L - ta
> M - rin
> N - to
> O -mo
> P - no
> Q - ke
> R - shi
> S - ari
> T -chi
> U - do
> V - ru
> W -mei
> X - na
> Y - fu
> Z – zi

Dah try da? Apa nama korang dalam bahasa Nipon? Sila kasitau lepas buat eik? Have fun..

Apr 15, 2010

Kambing + Ayam = MELETOPPPPP!

Kambing betul ayam nih! Kalau nak moody, duduk la dalam bilik ko tu diam2, jangan nak sebuk kat depan mata aku nih!!

Aku ni tak ada bilik sendiri je kat opis, kalau ada laa bilik untuk aku, jangan harap aku kasik ko masuk!

AYAM MACAM KO DILARANG MASUK

Maap laa, aku kepanasan sikit ini pagi, telinga aku tak henti2 kuar api nih..dah macam kereta turbo V-tec besar daa..