Nov 23, 2009

Masalah betul la..

Hanginnya la aku!! Bila aku da simpan rambut ni panjang-panjang tapi at last komen dari dia ialah 'tak cantik pon, amoi tu salah potong rambut lu nih, dah mcm ape jerk' sila ikat rambut lah!! Adoiiyaiiii! Lemah tenaga batin mak okee!

Baru bape minggu aku wat rambut. Siap treatment la [2x ok aku wat treatment] apa-apa je nk wat rambut lembut and shining-shining! Owhh sungguh membazir ya si JOJET ini. Kesudahannya plak? Tak puas ati. Bencikkkk tol!

Aku rasa dah byk kali aku ada masalah ngan rambut ni! Adakah perlu ditutup terus? Owhhh, ditutup pon masih perlu dijaga, ye tak?? Takkan nak kepam jerk? Kang belaki, laki mulut laser "Ni rambut ke, bulu singa?" Haaa, amik kau!! Hihik.

Erm, semak pulak aku nk fikir nk wat style ape.

Iz, ko rase aku punya muka ni elok cmne eik??

FYI, rambut belakang aku ni [bahagian belakang sekali, amoi tu potong pendek gile! dalam 3 inci je! cinabeng jerk kn??]..

Adoii, sila advise ye.. Maap la kawan-kawan, aku ni mmg ada masalah ngan rambut. Di kerintingkan, luruskan balik. Husshhhhhhhhhh..




Lurve, Jet






Nov 20, 2009

Tension aku nih, ishhhh!!

FACEBOOK DAH TAK LEH SEWENANG-WENANGNYA BUKA KAT OPIS, GARA-GARA ORG TAK BEGUNA ASIK NK BUKA YOUTUBE JERKKKKKKK! CINABENG TOL!!

CERITANYA,

ORANG2 YG BUKA YOUTUBE KAT OPIS MELEMBABKAN SYSTEM KITORG [BOS KAMI COMPLAIN INTERNET ASAL LEMBAP?] SAMPAI KAT TELINGA MD [SI OMPUTIH PENGUIN TU] DIA SURUH ORG SIASAT ASAL LA INTERNET LEMBAB PADAHAL DAH UPGRATE BARU-BARU NIH!

FACEBOOK BOLEH DIKATAKAN SETIAP STAFF MAIN, TP TAK LEMBAPKAN PON SYSTEM KAMI, TETAPI!! YG AMIK MP3, VIDEO, BLABLABLA TU LA [SIAP D/LOAD CERITA SELAMA 2 JAM OKEEE] YG WAT ONAR! SO SI BOS YG RAJIN BEKERJA TU PLAK [PADAHAL MAIN MAFIA WAR DLM BILIK] NAIK HANGIN! ABIS 'SBB NILA SETITIK ROSAK SORORITY LIFE AKUUUUU'!!

ITU JE LA AKU NK CITA..

TAPI SKARANG AKU TGH ONLINE [UPDATE BLOG & FB], AKU LA STAFF DEDIKASI, HIHIK..

p/s : maap, baru perasan urup besar semua, mungkin disebabkan menaip dalam keadaan kurang normal..

LURVE, JET

Tazkirah ye kawan-kawan..


"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris, cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari..

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, etc) InsyaAllah..

Berusaha dan bertawakal, Insyallah..



Lurve, Jet

Nov 19, 2009

For Laugh [keh..keh..keh]


Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami..
Jadinya kena selalu berfikiran positif.. Barulah tercipta rumahku syurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah- dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang..

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang..




BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!!


Nov 18, 2009

Dear Jet, awk nampak cantik arinih,wakakakaka..


Kadang-kadang dgn terima SMS dari seseorg akan mengubah hari aku. Nak plak sms tu tak ditunggu/tak diexpect/tak dijangka pon. Walaupun text yang ditulis untuk aku simple bebenor. Tapi hakikatnya text itu bejaya menyerikan muka aku. Membahagiakan, menenangkan jiwa, walau hanya untuk seketika. Ajaib.

Tapi lumrah hidup, aku rasa banyak sms yg aku terima menyakitkan [currently] dari menyenangkan. Yang paling tak leh tahan, sms dari org yg 'nothing to do' maksudnya ialah org tu puji segunung pun, bodek sebakul pun, tak leh menyebabkan aku senyum. Makin semak ada laa. Ishh, apsal teruk sgt eik? Kenapa hati kita pandai pilih kasih??

Kadang-kadang aku siap wat tonasi suara, mimik muka, utk masuk dalam text tu. Hihik. Macam.. 'Dah makan?' [betanya sambil angkat kening-imaginasi aku je la nih].

Sudah gila aku nih. Yang pasti aku suka sms yang bleh wat aku tesenyum. Thanks untuk dia-dia diluar sana yang berbuat begitu. Pada sms yang tak bejaya, aku mintak maaf, bleh cuba lagikk.

Kebenaran, aku suka sms dari dia. Dia tak tau. Even sebaris ayat atau hanya beberapa huruf, aku bisa ketawa [dalam ati la]. Tapi dia tak penah tau itu semua. Yang dia tau, tak lain tak bukan, menghampakan. Menghampakan hati aku. Wahhhh, sapa la budak nih kan? =)

I miss you..I need you..More and more..each day..I love you..more than words..can ever say..






Lurve, Jet

Nov 16, 2009

Misi - Pujuk Ikiey, Mama tak kasi pegi kedai..

Abg da teperosok masuk ke dalam sofa [ ye la, tgk badan la kn? tambah 10 kg nk sama berat ngan aku] setelah mama kasi kata putus 'Abg kn nk tgk cita dinasor? karang sapa nk anta abg blk?? Duduk umah je! Abg merajuk ngan air mata keluar sikit demi sedikit.

Aku pon telek abg yg da tebaring 'Ala, nangis pulak [sambil senyum semanis-manisnya utk Abg Ikiey kesayangan aku nih]. 'Jom, Kak Andak bawak pegi taman bandar eh? kita main kat sana, nak tak??'. Abg pon anggukkan kepala.

Kejap je aku dah bejaya pujuk! Dia siap amik roti utk kasik ikan makan kat tasik tu. Terus jadi baik. Kalau boleh kurus dengan menjadi baik, aku rasa dia dah kurus dalam 1 ari je!

Gerak baby yg tengah tido, kasi arahan bibik kena ikut, kami gerakkkkkkkk..

Korang rase Abg bejaya tak naik bendalah tu?Hahaha


Sayang Awak


Askar kecil


Joyah JR




Yang sulong kat depan diikuti Edin dan si bongsu Eby..


Abg kena ikut Edin yg maha lasakk!


Kak Andak, jom kita main buaian plak!


Edin yg botak!


Bontot tesepit!Hahaha



Nk dekat pukul tujuh baru gerak balik umah sbb cita dinasor abg start pukul 7. Itu pon puas nk pujuk balik!

Aku hantar diorg balik. Aku tak masuk umah dah, terus gerak.

Eby : Kak Andak, esok dtg lagi eh? Kita pegi taman lagi eh?

Aku : Oke, Eby pegi masuk, mandi..

Eby : Kak Andak dtg tau, bawak 'abang kak andak yg aritu tu'! sambil senyum manis nak mampos!!

Aku : blur..

Bibik : Gelak tekekeh-kekeh..

Seronok jadi budak kecik..



Lurve, Jet

Aku Wanita Biasa

Aku Wanita Biasa
Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Nov 13, 2009

Step 1

Aku tak pasti apa yg aku buat sebentar td betul atau salah. Tolong kwn-kwn doakan aku menikmati kegembiraan kembali.

Aku bukan nak menyusahkan sesiapa tapi cukup la aku katakan aku mahukan keadilan.

Kepada sesiap yg prihatin terima kasih aku ucapkan.

Ketahuilah, aku sgt-sgt perlukan sokongan moral dari korang.

Dan tak lupa juga, doakan Dia sentiasa bersama aku..Amin

SEMOGA JADI IKTIBAR

Ceritanya..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" "Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Nov 12, 2009

Aku tempuhi saat sukar..

Ya Allah, beratnya hati aku macam ada batu sepemeluk menghimpit utk aku benyawa.

Aku risau.

Aku tak sanggup da befikir.

Aku semak sgt ni. Gila punya semak.

Aku nk jerit kuat-kuat. Aku nak nangis. Aku nk mengadu kat seseorg. Tapi aku rasa maybe takde sapa yg memahami. Paling dasyat mesti ada yg menyalahkan aku.

Aku ni bodoh ke?

Dengan keadaan aku yg demam. Yang tak berapa nk bemaya ni, boleh ke benda ni selesai? Boleh ke aku befikiran waras tanpa gangguan emosi?

Ini bukan hal kecik-kecik. Aku boleh katakan ini antara hidup dan mati.

Kadang-kadang aku nk koma. Untuk hilangkan ingatan aku. GILA.

Kawan-kawan, aku serius celaru. Aku mmg tak tau apa aku nk buat. Aku semak gila..

Nov 10, 2009

Trajedi itu mengajar sesuatu yg baru..

Bulan lepas punya cerita daaa....

Sepupu aku si Farish Daniel Mohd Sham ni.

Di langgar [atau melanggar] NO saksi.

Kat kawasan perumahan. Sedang mengayuh basikal [sambil menumpang kwnnya dibelakang].

Pakai baju melayu lagi[baru balik dari KAFA]. Ishhh.

Ceritanya......

Pukul 5.45 p.m sedang aku berFB mak sedara[We] called! Nape We? [Aku ialah gabra sgt sbb suara dia nangis-nangis]. Awk ktne? Oni[Aku la tu] kat opis la, napanya? Awk amik We skarang kat kedai, We tak leh bawa keta dah ni, We menggiggil nih..[Aku da cuak-cuak] Napanya nih, cuba cite? Farish kena langgarrrrrr! Dia kat hospital skarang ni..Blablablabla..

Tanpa belengah masa, aku pon meninggalkn opis dan memecut ke kedai secepat mungkin utk mendapatkn We aku yg tengah gigil..Ishhh [Aku pon sebenarnya tgh gigil gak masa tu].

Sampai kedai aku amik We, terus mengharungi jalan jem utk ke HTAA.

Sampai HTAA, jalan dgn pantas ke UNIT KECEMASAN. Masuk bilik doktor, kami pon melihat keadaan mangsa. We aku apa lagi [drama bermula] aku buat-buat kuatla kan, mana boleh nangis, kan aku org penting dalam cita nih!

Abangggggggggg, abang kenapa ni? Sapa langgar abang? Sayu je kan tgk keadaan macam ni, teringat masa peristiwa arwah abg aku kena langgar dulu..Ermmm.

Yang pastinya, dari pukul 6 hingga la pukul 11 malam baru la siap semua procedure HTAA yg boleh membuatkan kemarahan kepada sesiapa saja!

Saksikan gambar yg sempat diambil..



Mata belah kanan kena bedah sbb ada koyakan kecil yg boleh menyebabkan rabun kekal



Yang betampal kat bawah telinga tu, luka yg tak henti-henti mengalirkan darah! Luka tu juga yg kena gam/jahit [tak pasti]



Muka dah tak larat sbb byk hilang darah. Beli milo kotak pon dah tak leh sedut. Tenaga is zero!



Saya Farish Danial. Umur 8 tahun. Saya bawak beskal laju balik sekolah. Sekian.




Kena masuk air sbb dia tak leh makan or minum, kena puasa..


Apa-apa pon, kereta kena berhati-hati kat kawasan perumahan. Budak-budak kecil sgt la ramai keluar time-time petang, bermain. Sila berjaga-jaga. Dan kepada Farish dan sesiapa saja diluar sana, sila berhati-hati semasa bermain. Dont drink and drive. Caloo0s.




Lurve, Jet

Kedemaman..Owhhh sengsaraaa..

Aku demam la kawan-kawan. Start hari sabtu ritu. Skarang da hari selasa tapi masih begitu jua. Owhh, so penat okeee..

Aku tebesin-besin sejak malam minggu tu lagi. Hidung memang mencurahkan hingus yg cair macam air terjun tak tertahan-tahan.

Pastu tekak aku plak wat hal! Sakit macam ada beruang kutub tengah garu-garu ngan kuku tajam menikam!

Aku try tido malam tu tapi tak leh tido. Semacam je rasa. Owhhh, susahnya sakit bila duduk sorang-sorang ni.

Aku mmg jarang sakit dan bila sakit mmg tenat.

Aku gagahkn kudrat ni bangun dan dengan bau masam pegi cari klinik dipagi Ahad yg redup.

Makanya, aku didapati mengalami sinus yg kuat [resdung], sakit tekak yg teruk, demam tidak keterlaluan dan juga sakit kepala sbb tak tidoo.

Ubatnya? Antibiotik [3 biji je doktor tu kasik], panadol, tahan sakit, selesema ubat titis [titis kat idung].Mcm sikit je ubatnyakan? Tapi sebiji ubat sebesar kuaci yg color itam putih tu tau! Punya la besar. Seksa nk telan!!

Owhh, ubat selesema tu tak jalan, ubat titis idung pon tak jalan.

Tekak aku gatal semacam dah ni. Kat opis tebatuk-batuk mcm kucing gatal! Adoiiii..

Da 3 hari aku tak sihat. Hidung masih tesumbat, batuk plak datang, dugaan sungguh.

Aku nk sihat. Nk selera makan aku balik. Tak best la makan sesudu dua ni. Biasa aku amik 10-20 sudu sekali mkn. Tak puas.

Doakn eh..




Lurve, Jet.

Nov 3, 2009

Aku keperutan la..



AKU SAKIT PERUT LA KAWAN-KAWAN - PERIOD PAIN -

AKU NK MENGAMUK NI, TAPI KU TAHAN JUAAAAA

ADOIIIIIIII, NK AMIK MC PON MEMBAZIR JE. DAH NK PETANG PON

SAPA NK KENA GIGIT TELINGA NI, TAK PAHAM KE AKU SAKIT PERUT NI.

DAH LA AKU JARANG SAKIT. KANG ADA YG DAPAT CACAT KEKAL JADI OKU PLAK!!



Kembalinya seorang wirawati..haha..


Assalamualaikum kawan-kawanku..

Errmm, tekemut-kemut jap muka! Ishh, ni blog aku ke? tekasima jap! Adakah aku bleh dipanggil blogger lagik? Boleh? Mungkin boleh, oleh sebab itu la aku tengah menaip skarang ni! Iya JEt JEt SEMut masih blog aku yang sah! YeayyyyyyyYY!! =) Hallo Hallo, Jojet in da houseeeeeeeeeee!..

Lamanya tak masuk blog sendiri, rasa macam jakun sekejap! Nasib baik aku masih waras dan ingat camne nak beblog ni! Kalau tak, tak dapat la nk menaip untuk kepuasan batin daku!

Korang sihat-sihat sajakn? Harap-harap semua okee dan sukses dalam bidang yang diceburi =). Amacam life? tunggang langgang? tebalik-tetonggeng? Biasala tu, life must go on, kejap kat atas, kejap kat bawah ialah adat. Macam life aku gak. Tak menentu. Mukadimah yang sarat. Hmmmmm..

Macam-macam jadi dalam hidup aku sejak 2 menjak ni. Kawan-kawan aku bekawen. Sedara mara ada yg mati. Atok kesayangan aku masih sakit. Opis tengah shutdown parak[gila]. Kereta[neoron] aircond rosak. Banyak sekali mahu dikongsi. Banyak yg beputar dalam usus untuk dikeluarkan. Tapi apakan daya, aku sangat takde keupayaan utk update blog, sehinggalah hari ni, hye all! =) Aku tiba! Tiba ngan permintaan. Tiba ngan gerak jari yg sedikit laju, hihik.

Itu je kot untuk pre-entry ni. Jap lagi aku update semula. Aku ada readers lagi ke? Sila la jangan merajuk ye kawan-kawan. Aku tak sengaja meninggalkan korang. Sekarang aku kembalikan. Kembali dengan membawa 5 bakul kasih sayang. Aku limpahkan utk korang. Wahhh, i miss my blog..


Lurve, Jet