Sep 17, 2009

Entry utk korang approve je..

Assalamualaikum kawan-kawan ngan sedara-mara..

Aku nak mintak beberapa pekara dari korang :

Mintak maap byk-byk tau. Mana tekasar, tengumpat, terindu [salah ke?], tecuit, tekemut, atau pebuatan telampau aku yg lain. Maap ye, beta manusia biasa, beta tak lari dari salah silap. Sop sop sop [hingus ijau keluar]

Mintak korang rajin-rajin datang la umah aku. Tak jauh pon, kat Mentakab je. Dari KL sejam setengah pastu dari Kuantan pon sejam setengah. Jemput dtg ye, aku kasik air sirap ngan mihun goreng. huhu. Cedap tau mak aku goreng!

Mintak dihalalkn makan minum [terutama dari geng gagak & sedara mara].

Mintak korang rerajin doakn aku dapat hidayahNya dibulan mulia ngan bulan raya nnt.

Mintak duit korang sikit [ni main subject gak nih]. Nak la sikit, aku terlalu kopak dah ni. Kalo korang nk kasik, nnt aku sms no akaun aku! Yeayyyyy!

Mintak korang sayanggggggg aku. Muah pipi dia [comolot dilarang!]

Mintak korang Wenduuuuuu aku. Aku cuti lama tau, seminggu lebih. Aku nk korang wendu aku sambil nyanyi lagu Anuar Zain masa kecik tu.. 'wajik dan dodol..asek besembang,duit raya lupa nk diberiii'..haha

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin


Lurve, Jet

Sep 14, 2009

Menguap tanda protes

Tadi pagi sgt malas nk bangun! Huaaaaaaaaa menguap malas. Napa kena pi keja? Napa takleh lepak atas katil sambil senyum-senyum sampai tido? Ermm.

Mana kekuatan aku nk pegi keja nih? Dah di cilok oleh makhluk bekepala 3 ke? Aku takde mood la! Aku nk cuti, takde cuti kasi MC! upppss telepas sudaa.

Tapi, aku takleh ponteng keja arini, aku ada keja yg tebengkalai. Esok dah ada meeting. Apekah yg lagi penting? Keja or tido? Aku pilih untuk bangun mandi terus pi keja dgn muka separuh sedar.

Nasib arini aku ada jemputan bebuka puasa kat umah bakal mak mentua Kama. Nak bebaik-baik ngan keluarga mentua kot. Aku follow je. Bestnya orang nk kawen. Bila giliran aku? Cepatla sikittttttttttttt!! Haihh.

Mlm tadi masa jmp abg tu, dia tunjuk kat kitorg gambar ngeri-ngeri. Gambar mayat la yg pasti. Sume mayat okee. MAYAT. Mati jatuh longkang, tehempas dan segala cara mati yg ngeri.

Seperti biasa, Encik Jojet tak dapat tido. Itu la punca aku kacau pagi ni. Mata lebam! Gara-gara kunun berani tgk gambar sedemikian terima padah! Menguap utk ke 900 ribu kali, huwaaaaaaaaaaaaaaaa.


Lurve, Jet

Sep 11, 2009

Musim luruh di Awis Qarni..

Masih cerita Geng Gagak! Ngehngehhh..Maap la ye, aku baru jmpa CD gambar dulu-dulu.. So nasib la korang muntah ngan gambar-gambar kami masa muda remaja!! Chill weyy!!

Gambar 2 keping kat bawah ni masa kitorg study kat over the laut [wakakaka]. Berangan nombor 1 semua ladies kat bawah ni, dan yg paling kuat berangan ialah aku ngan Dura. Siap dah tau nk keja apa kat sana?, aku jd housemate dia kat oversea tu, siap Iz marah nape dia tak jd housemate Dura? Hehe, anak dara 4 org ni, tak abis-abis.

Tapi angan-angan Yus yg paling menjadi, kan kawan-kawan? Dia wish nk kawen ngan Aizat, tup-tup dah 2 org ko Aizat kasikk! Hani & Ab. Rahman [Roy,haha].

Actually, gambar kat bawah ni masa kitorg balik dari kelas petang. Org lain sibuk pi cari cafe nk minum petang, kitorg sebuk amik gambar! Dah la tempat laluan siswa-siswi [bolayan].

Tempat gambar diambil ialahhhhh.....Korea? Aku penah study kat sana ke? Hehe. Jepun ke? Itu tempat honeymoon nnt. Huhhh, kat blakang Awis Qarni je, kat Uitm Jengka la, mana lagi, haishhh.

Bukan oversea, over the jungle!! Siap ade oink-oink lagi kat penginapan siswi.Hihik.

Cute tak? cute tak? Hehe, mesti pas posing-posing ni nak pegi Cafe Mak Min kan? kan? Pi melantak laksa, keropok & nasi lemak dan yg pasti air share 4 org.Huhuk, gila jimat!!

Yoddy yg pakai kuning cair [sweet] Yus yg pakai hijau pucuk pisang [kemetot] and yg pakai oren sami tu aku laaaa..

Tiba-tiba Iz yg memakai color cream menerjah!


Ayat kitorg masa amik gambar ni 'Wey, jom amik gambar, jomm! Nnt bila dah abis blajar, org tgk gambar ni, sure igt kita study kat oversea [ada bunga-bunga ats rumput]'. Soooooooooo the belakon ladies! Hehe, miss that momment muchhhh!..

Lurve, Jet

Doakan Tok aku sihat kembali..

Kepada kawan-kawan aku, tolong doakan tok aku cepat sembuh.

Tok aku baru pas accident, 2 kali accident dlm masa sebulan. Seminggu sebelum puasa sekali [naik motor ngan aki aku] ngan hari selasa lepas [naik motor ngan aki aku jugak]. Aki aku Alhamdulillah tak teruk macam Tok aku.

Accident 1

Tok aku pengsan atas motor masa cari lembu ngan Aki aku [petang-petang mmg Aki & Tok akn cari lembu utk masuk dlm kandang]. Akibat dia pengsan [kebetulan lalu kat jln baru turap] Aki aku tak leh control motor lalu terjatuh. Tok aku pingsan and dikejarkan ke Hospital Temerloh.

Kat bawah ni gambar Tok masa aku melawat dia seminggu sebelum puasa aritu. Kepala dia luka. Bahagian kiri belakang. So dlm gambar ni nampak macam sihat la kan sbb luka tu kat dlm anak tudung dia tu. Tok aku dah bebel-bebel 'Tok dah nk mati dah Oni' [Oni tu aku]. Maut aku nk tahan nangis. Perghhh, masa aku taip ni pon air mata mcm nk gugur ke pipi je.

Accident 2

Selasa lepas. 8/09/2009. Pada pukul yang sama dan motif yg sama [cari lembu] diorg kena langgar lagi! Boleh ke camtu? Apekah? Yupps, diorg kena langgar lagi, dan kali ni bukan Tok aku pingsan tapi kena langgar ngan mat rempit kampung!

Mat rempit tu belumba dan terus riak dan terus tak nampak kelibat warga emas yg tengah naik motor ni!

Aki aku jatuh gak tapi tak serius. Tok aku tecampak dan terus pingsan! Kepala dia di sebelah kiri [bahagian depan plak kali ni] teruk sebab kena sagat ngan batu-batu. Dia dibawa ke Hospital Temerloh and found out kepala dia retak sikit, telinga kiri rabak sikit [siankn Tok aku?]. Dia dah tua okee..

Rantai ngan gelang Tok aku hilang masa accident kali ni.



Oni sayang Tok

Malam tu lepas selesaikan urusan Tok aku kat spital, Pak Ngah aku balik umah. Pak Ngah ialah anak bongsu Tok aku. Anak ke 12. Dia pegi belasah mat rempit tesebut! Padan muka, aku mmg setuju Pak Ngah wat macam tu. Mat rempit tu pon pulang balik rantai ngan gelang tok aku.

Aku ngan Pak Ngah

Sedih sangat dengan apa yg terjadi. Aku ni mmg Tok aku jaga dari kecik. Tadika baru mak aku amik semula.

Semoga Tok ngan Aki sihat kembali. Kan nak raya? Jangan la jadi lagi dugaan macam ni. Mintak-mintak semua akan bahagia, Amin.


Lurve, Jet




Sep 10, 2009

Kenangan bebuka yg tak leh lupooo

Halo Malaysia! Seboleh-bolehnya aku nk ceria harini, mmg mood aku baik! kesihatan memuaskan! dan aku ada bykkkkkk kerja yg tebengkalai kat ats meja! huh.

=)

Smlm aku bebuka bedua yee, member aku dtg umah. Dtg cara ad-hoc, tiba-tiba 'aku nk bebuka kat umah ko' 'baiklah,dtg la'.

Menu smlm : Mihun goreng color putih.

Aku masak sesorang diri.

Ramuan pon tak byk sbb mls nk berenti beli barang, so aku gunakan saja segala macam dlm peti ais [padahal dah takde bahan].

Dalam peti ais just ada ayam ngan sayur. So mihun aku rencah dia ayam ngan sayur.

Pas siap-siap masak, aku wat air bagai, telor dadar siap! baru la minah ni sampai. [hampeh]

Mkn bedua ngan dak ni teringat plak zaman kat jengka ngan geng gagak di bulan puasa.

Mkn kat ats lantai bilik yg tidak beralas ngan apa-apa hanya ditemani 'lantai sejuk'.

Tapi kami hepi!

Kdg-kdg kami beli kat bandar Jengka [bandar ke?] so memborong sakan la apa lg [padahal yus & is slalu yang yok].

Kalo sorang tak pose [besebab atau tiada sebab] mesti ada yg nk teman sekali. Samada teman secara rela atau paksa dgn menggoda bau megi pama + cili sabah! Awwwww, sedappp!

Hihik. Geng gagak yg sengal. Yang paling sengal ialah YUS [mama yus] selalu ade je alasan utk tuang pose! Haha.

Miss u all muchhhh!

Nnt aku masak utk korang, InsyaAllah.

Bebuka kat Restoran ??? kat Jengka, igt tak gagak2 chumell sekalian? Bersama bf Iz yg kini dah ditinggalkan!


Kami seperti biasa, begambar sebelum ke kelas! tak tau la yg ni betul-betul nk ke kelas atau belakon di malam ari!


Kelabu asap sikit gambar ni! Yus dajalkn kitorg sbb dia kena amik gambar!!


Lurve, Jet



Sep 9, 2009

Melati Putih & Abg Komeng



Zaman-zaman Uitm dulu.

Melati malu berdiri besebelahan Abg Komeng.

Masa ni Abg Komeng masih slim dan kerempeng [cuba tgk skarang?].

Sweet couple. Masih utuh mereka. Syabas anakku. SYABAS.


Lurve, Jet

Hepi Besday Yus [09.09.09] & Gadis Kurung Oren [L.U.R.V.E]

YUS - AKU - IZ - SYAFIQ


KAMI BAHAGIA


YUS - AKU - DURA - PN. MAZLINA - SIRAP - IZ - SYAI

Dura menyelit walaupon bukan ahli kumpulan. Huhu. Gadis Kurung Oren dah kasi siap-siap rasuah kat Dura supaya tanya soklan yg senang-senang. Wakakaka.


Lurve, Jet

Sakit jantung aku tahan marah

Mmg aku tgh marah!

Ishhh, aku nk mencarut-carut kalo boleh kat opis ni!

Dasar tua tekutuk! Pepagi dah buat hal ngan aku! Ko igt pangkat ko tinggi ko bleh kecoh mcm tu?? Arghhhh, mmg dasar jantan sundal!

Weyy kalo ko tak hingin aku tolong pasnih, pandai-pandai buat sendiri! Ni nk rosakkn nama aku apehal?

Aku mmg marah!

Aku nk cool down sbb tu aku menulis ni!

Baru tuhan duga macam ni aku nk melatah da. Sabar Jet.

Marah aku masih panas. Marah aku belum redha. Aku nk mandi, tp ni kat opis okee.

Terima Kasih Pak Cik tua sbb ko dah naikkn suhu badan aku pepagi ni.



Lurve, Jet

Sep 8, 2009

Perutku lapar

Dari minggu lepas lagi PC aku dah berkumandang lagu raya! haha.

Aku dah buat akak meja sebelah nangis! ngehngeh! Umah mak & pak dia jauh! Nun di Kedah, meraung member dgr lagu raya!

Oleh kerana itu, aku campurkn playlist raya aku ngan lagu omputih sekali. Saja je, utk rasa 'yeaayyy' bila lagu raya berkumandang! Gila dah anak mak aku nih!



Weekend lepas aku balik umah tok!

Tak plan pon! Tiba-tiba makcik aku ajak, aku ni mcm org di sorongkn bantal la, Yahooo!!

Seperti biasa, umah tok tak penah takde org, tiba-tiba mak & pak aku pon ade bebuka sama. Diorg baru sampai dari KL [lagi keji, sbb pi KL bebuka umah kakak aku] hehe. Tebalik sudahhh, biasa anak blk umah mak, ni mak aku yg turun KL bebuka ngan akak aku! Hihik.

Cu masak sotong pedas!! auuuwww!

Kerang rebussssssss!!

Kerapu goreng kicap! [Ni aku mkn byk nk mati]

Sambal belacan wajibbbb!

Ikan sungai masak lemak cili api [aku tak tau nama ikan tu]

Ada kebab, kuih muih, murtabak, mee goreng, aneka air, dan pelbagai lagi..huhu.


Menu semalam plak.

Ikan belida + Ikan baung masak ?? [Aku pon tak tau masak ape, ikan sungai lagi]..

Tomyam campur [lauk feberet dennnnnn]

Sayur kacang boncis

Dan apa jenis lauk lagi, aku tak tau nama, tau mkn je. Tp smlm aku tolong Acik wat kuih 'buah melaka kukus' sedappp wey, nk plak dia punya tepung tu, lemak je!!



Itu la cerita utk weekend aritu. Berbuka bersama sanak saudara.

Utk arini? Bujang kembaliii..Huwaaaaaaaaaaaa.

Sep 4, 2009

Hehe, Lailatuqadar ke?

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Hihik, moral of the story? Lu pikir la sendiri!

Lurve, Jet

Sep 3, 2009

Ya Ampunnnn, malu gue..

Aku baru saja menasihati cacing dlm perutku supaya belajar besabar. Sekarangkan bulan puasa, mmg la lapar, dah puasa yg ke 12 dah pon, tak kan tak larat lagi??

Ishhh.

Malu.

Merah muka aku sekejap. Baru sekejap td aku dimalukn oleh cacing dlm perot aku. Mana taknya, tengah-tengah aku melepakkn diri ngan bos aku tiba-tiba cacing dalam perut ni wat terjun tirup! bunyi dia 'brjjjjjfggrr weuuuuuuuuuu addd bishhhhh' panjang gile dan kuat!

Bos aku dah tersenyum ungka 'Tak sahur ke?' 'Ermm, tak'.

Aku pon tamatkan perbualan itu dan meminta diri berlalu pegi. Dalam pejalanan, aku terus tinju-tinju perut supaya cacing itu mati teputus dua atau terus koma!

Aku nk beli ubat cacing, biar mati cacing yg tak tau bulan ramadhan! Biasa dia tu!!

Lurve, Jet.

Cuba Den Toraii

Try test ini dituju khas utk isma ngan dura
Semoga berbahagia ke anak cucu
Aku harap ramadhan ini menjadikn kita kwn sejati terbaik!
Amin

Bebuka ngan Cu's Family

Semalam aku balik tanpa arah tuju. Fikir punya fikir aku terus menuju kedai mak cik aku kat IM. So, semalam aku tak buat pon masak lemak sardin, aku mkn lauk makcik aku masak! Sodappp!.

Sampai kedai, makcik aku tgh masak, 'cu masak apa?' 'ketam, ayam masak kurma ngan ikan goreng' perghhhh! lamanya lagi nk bebuka, terasa kecur sungguh air liur nih!.

Aku pon lepak ngan anak-anak makcik aku, diorg tgh bedal sepinggan sorang 'megi original cintan' perghh bau megi, memikat! 'Kak Andak pose mana boleh makan' 'Baiklah'.

Tolong makcik aku kat kaunter sampai maghrib! Bebuka la kami ngan girang! Ini petama kali aku bebuka ngan makcik aku tahun ni. Si anak dia ketiga-tiga mengacau kitorg, abg siap makan sepinggan nasik lagi! Perot stokin betul la lu!! Baby nk ketam! Edin nk wing! Amik la, janji ko bahagia.

Tiada pekataan seindah 'keluarga bahagia' haha. Pas mkn mandikn Eby, pakaikn Edin baju. Pastu lepak kat luar sambil ngumpat ngan Eby,hihik. Tak lama pastu, layan eskrim plak. Eskrim Edin yg paling best!

Sayang korang semua. Eby tak kasi aku balik. Siap babai 3000x kat luar kedai. Edin nangis tak dpt mkn coklat. Abg tgk drama. Haha.

P/S : Si Iz sebok call aku tanya cmne nk masak murtabak megi! Mari kita tanya beliau! Cmne murtabak ko Iz, dgr cite dari Anis, sedap gaban? Haha.


Lurve, Jet.

Sep 2, 2009

Menu Shemmi yg diubahsuai

Ramuan :

Telor 2 biji
Bawang 1 biji
Cili padi 3 biji
Kentang 1/2 biji
Megi 1/2 bungkus
Black Pepper secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk kari megi secukup rasa

Cadangan :

Ayam/Daging dipotong kecil
Sardin pon sodap!!
Sayur campur
Tempe
Isi ikan goreng lebih smlm

Cara-cara :

Pukul telor+cili padi+bawang+garam smp kembang.
Rebus kentang kasi lembut.
Rebus megi. Tapis.
Gaulkn semua ramuan diatas dlm telur yg dipukul.
Buat mcm telur dadar,tp boleh masuk apa saja [aneka]..
Goreng!Aku suka!

Hasilnya :



Murtabak Jetos Aneka Rasa


Tebal nk mati, sampai sahur aku mkn tau Shemmi!


Kepingan kecil kentang yg mengenyangkan gila!


Serius sedapp! Aku tak puji diri aku sebab pandai masak [huhu] tapi mmg mengenyangkan gila! Mcm mkn murtabak! Sbb tu pasni [dlm angan-angan aku, aku nk masuk daging burger sebagai perencah!

Mcm pizza bak kata Shemmi.

Thanks dear, juadah aku smlm.

Hehe.

Lurve, Jet