Aug 31, 2009

3 hari yg indah

Keboringan tahap hampas dalam idup aku! Ada segalanya tapi takde jiwa! Wow sangap jiwa rupanya aku nih! Sapa ada jiwa nk share @ jual @ pinjam kat aku??

3 ari cuti hanya lakonan dalam pasrah! Sangat dalam okee ayat tersebut! Pasrah ke? Takde la pasrah sepenuhnya tapi agak pasrah ngan apa yang ada.

Mana pegi dia? Dia dah mamposkah? atau sedang mengembirakan diri tanpa kehadiran aku?.

Mana pegi kengkawan yg lain? Adakah tengah pulun nasik lebih bebuka sambil mengusap perot agar lebih besar? Ntah.

Aku plak, makan byk, tapi tak de enaknya [betol ke nih?].

Esok keja dah, yeaayyy! Kenapa aku sangap nk pegi keja plak nih? Ini bukan aku dah ni! Iya, ia gara-gara tahap bosan sampai ke kemuncak! Aku sangap keja la weyy!!

Kepada yang bekenaan, terima kasih utk 3 ari ni, takde yg mampu mengungkap apa tesirat.

Aku makin kurus ke eik? Kurus sebab puasa atau kurus sebab boring? Cuba jawab? Huhu.

Lurve, Jet

Aug 28, 2009

Kak Ngah, Kak Lang & Kak Andak


Menu Semalam

Gambar tak berkualiti sbb guna tepon anti-canggih


Gambar di atas adalah hasil usaha aku memasak semalam..huhu. Tapi dah tinggal seketul je sbb aku amik gambar tadi pagi masa sahur. Ya ampun, aku telupa amik masa bebuka, lapar sgt kot.

Semalam punya hal.

Dah la kua opis kol 5 lebih, jalan dari opis ke Semambu ok, masuk je Semambu terus rasa mcm nk pecut guna basikal je tinggalkan neoron di tepi jalan,hihik.

Sampai kat Supermarket Jaya Gading [tak sampai 1km dr umah aku] cari tempat nk parking lak. Pastu dgn girang aku masuk pasaraya itu.

Amik raga [bakul] terus cari bahan nk masak ayam. Opps telupa nk kasitau, smlm aku cakap nk masak ayam goreng kicap kn? Last minute aku tukar menu kepada KARI AYAM, wahh, hasilnya seperti gambarajah di atas.

Punya la ramai org nk beli, semua dgn niat yg sama kot, nk masak utk bebuka. Ada muka pakcik gatal, ada muka pakcik insaf, haha. Mmg pelik perangai org bulan puasa ni.

FYI jugak aku tak bedaya nk besesak-sesak ngan org lama-lama utk beli barang. So agar-agar laici aku tak buat lagi sbb tak beli laici ngan agar-agar smlm atas alasan tertentu!

Aku cari gak agar-agar tu smlm, sbb tak penah beli bendalah tu aku tak tau diorg letak kat tempat mana? Kat bahagian air kah? bahagian perisa kah? so lupakan agar-agar terus ke kaunter dan cabuttt!! sesak napas sbb takut penyakit bejangkit.

Dah la masa beli ayam tak leh beli separuh. Punya la lembut suara 'Awak, tolong potong ayam tu, sy nk separuh''Tak leh, sekor-sekor!!' aku jawab 'baiklah'.

Masa tgh memasak, kawan aku tepon [lelaki] tapi dia yg ajar masak, haha. Dia tgh layan jem nk balik umah bebuka!! Siap aku lupa beli santan dia cakap takyah guna santan! Aku tak kompiden, belari amik duit, terus beli kat kedai apek bawah umah! Nasib baik ada..

Sempat gak aku bebuka ngan lauk kari ayam! pekat plak, lantak la..hihik.

Menu arini? Tak pikir lagi, aku nk wat berasaskn ayam gak kot, sbb byk ayam lagi kat peti ais! Masak kicap? Lemak Negori? Ape eik?

Lurve, Jet

Aug 27, 2009

Pose jangan tak pose..

Assalamualaikum semua, ada sihat? ada maju? adakah berpuasa? huhu. Selamat Ramadhan ke 6 utk semua umat Islam.

Arini aku pose! Yeayyyyy! Adakah sebelum ni aku tak pose? Opppss, Kalau nk tau, kena tanya aku bisik-bisik baru aku kasitau. Haha.

Tadi pagi aku terbangun pukul 5.15 a.m, dah lewat, tak sempat la aku nk menumis apa yg patut [masak ke?] So aku pon capai buah kurma 2 biji ngan air teh o utk sahur kali ini. Arap dapat bertahan sampai azan maghrib jap lagi [owh, lama lagiiii].

Sampai opis plak, sibuk dah org jual kuih raya,huhu. Aku takleh rasa aku pose. Byk gak la jenis kuih yg dijual, tgk la petang-petang karang aku pilih yg mana bekenan.

Skarang masih pagi, belum pukul 10 a.m pon tapi aku dah tefikir juadah utk berbuka. Ngengehh. Apa aku nk makan eik? [Thinking] [Thinking].

Igtkn nk pegi bazar ramadhan je, tp mcm takde geng nk teman, kalo pegi sorang-sorang susah nk parking [mcm f*cking] kalo pegi berdua, sorang dlm keta sorang membeli baru la senang, tak yah abg polis tunggu kat keta sbb parking tengah jalan. Hihik.

Korang-korang, aku kan bebuka nnt kan, nk masakk!! =) Aku terasa gatal nk masak plak. Siap dah ada menu dlm otak geliga aku nih! Cuba teka? Apekah menu yg akan si Jojet masak? Tadaaaaaa..

Aku nak masak cincai-cincai je, [Ayam Goreng Kicap] [Telur Dadar] [Sayur Campur] itu la menu aku ari ini. Mudah je kan? Nk tumpang makan? Sila anto tempahan sekarang!!

Otak aku masih ligat beputar lagi ni, nk masak apa lagi?? Sbb mcm nk wat pencuci mulut, yg ringkas-ringkas je,macam nak wat buah epal dipotong bersama buah oren, Wakakaka. LIKE IT!


Lurve, Jet

Aug 26, 2009

Kerang dapat nama..

Assalamualaikum kengkawan..

Gua lalok nih, mcm kain buruk je bdn ni. Ini kerna tadi pagi gua amik ubat gatal dari klinik ovin. Adoooyaii.

Kisahnya, tadi mlm aku ngan dia pi sahur awal kat Kuey Tiaw Cowboy. Aku mcm biasa mkn kuey tiaw feberet and dia amik mi udang. Masa mkn tu mmg rasa semcm je kerang dia tapi ku layankn aje sbb tak rasa busuk or basi.

Seperti biasa mesti aku tak abis sbb mmg byk pon kuey tiaw Abg Wan ni. Dia la mangsa keadaan sambil mengomel. Aku wat bodo je menahan gatal yg menyerang, tempat pertama gatal tu serang idung aku.

Aku dah rasa gatal lain mcm dah kat idung, tp layan gak mengumpat. Tp tak de la ngumpat sesapa, just umpatan lucu bersama ilai tawa ponti aku.

Masa balik tu aku dah tak tahan, mesti kerang dia kerang dah nk expired. Aku da tebesin sakan sambil tangan garu idung. Dah resdung datang. Tak leh jadi aku pon amik plastik ubat telan ubat gatal sebijik. Ubat tu mmg kekuatannya diakui.

Bgn tadi pagi masih tingtong. Mula-mula igt tak cukup tido. Aku dah telupa aku dibawah pengaruh dadah tekawal. Sekarang kat opis masih rasa terumbang-ambing.

Ubat tu mmg terbukti kuat! Kena kasitau mak aku, sbb dia pon resdung! Idong dah tak gatal, tak berhingus dan selesa sgt!! Thanks doktor, sbb ubat kamu yg bagos!

Sebelum terlupa, selamat ari ke 5 ramadhan, selamat beramal dan senyum sokmo dehh!

Lurve, Jet

Aug 25, 2009

Saya awal

Noni ialah Jojet

Sy smpai awl hari ni, pukul 7.20 a.m dah tecongok kat opis, so kerana awal sy boleh blk awl! FYI, waktu keja kat sini flexi, so awl masuk awl la kuar. Ada paham??

Dah ari ke empat ramadhan, korang okee tak nih? makin kurus tak? Jgn ari ke empat dah nmpk semakin tembam udahh lerr. hihik.

Aku masih tak beli baju raya. Nk kurung putih. Mintak-mintak dapat la kurung putih dihajati, bkn apa biasanya benda yg kita nk tu la nnt takde size la, lengan baju terpendek la, maklum beli baju dah siap! tak sempat dah nk tempah-tempah nih.

Kakak aku beraya ngan kebaya nyonya merah dia, takpe la body mcm kerengga, body aku? macam ibu kepada kerengga, haha.

Ape aku merepek ni? Wahh, saja je, actually nk inform dtg awl je, ngehhngehhhh..

Lurve, Jojet

Aug 24, 2009

Pujian atau kejian?

Hari ni dah masuk ari ke-3 berpuasa, amacam ade yg dah pancet??

Aku ada cerita.

Smlm aku pegi mkn tgh mlm kat 1 tempat yg aku selalu pegi, kebetulan aku blk kg so mlm td 1st time abg wan [si owner gerai best] tgk aku setelah 2 ari pose..

"Wah, baru 2 ari pose dah kurus" katanya seikhlas mungkin.

"Dia disebelah menjeling saja tanpa bersuara, hanya hujan renyai-renyai menemani aku berbangga dgn pujian itu"..

Hihik..

Kurus?

"Jgn perasan, Abg Wan tu pelik nape regular customer dia 2 ari tak dtg" alasan beliau..

Aku tak peduli, yg penting aku 'teruja' ngan pujian tak seberapa itu, peduli la!!

Aug 21, 2009

Di Tipu Cara 'Tuuuuut'

Seperti selalu aku selalu di perkotak-katikkan.

Dipermainkan sewenang-wenangnya oleh insan bernama dia.

Ok.

Korang nk back-up aku?

Korang nk tau apa dia buat?

Begini.

Semalam.

Aku ditipu secara membabi-buta.

Aku balik keja mcm biasa pastu kemas umah serba-sedikit dan mcm biasa la bila dah bekemas aku jd penat gaban pastu mengantuk. Oleh yg demikian, aku mandi serba sedikit pastu tebaring terus. Aku igt nk baring-baring je, tp sangkaan aku meleset, aku tetido mati. Hihik.

Kol 10 lebih dia tepon, blablabla.

"esok posa tau, td dah ada penyimpan mohor-mohor besar kasitau" dia berkata.

"ye ke? bukan lusa eik? dah kena baca niat, mlsnya nk sahur" aku sengal nk mampos.

"tak yah nk ngada-ngada, bgn sahur okee, kang mula la lapar la apa la" dia pintas.

"Baiklah" aku menurut perintah.

5.00 a.m aku bgn sahur.

8.00 a.m aku teperanjat tgk org mkn kat pantry.

8.05 a.m terus call dia.

8.06 a.m "LU KENA BEB "

8.07 a.m air mata aku menitis terus dalam baldi tepi tingkap.

Sampai ati.

Opismate begelak sakan smp skarang.

Ada ubi ada batas, ni jet la, lu mmg cari nahas!!




E-Mail Terpilih Hari Ini


SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERAMAL

lurve jojet

Aug 20, 2009

Cinta Munyet

Aku tengah tesenyum ni, tesenyum mengingatkan tentang itu.

Hihik!.

Ok.

Kebanyakkan reader aku tergolong dari golongan hawa. Dan semestinya golongan hawa cantik-cantik dan cute-mute semuanya,haha. Sapa lagi nk puji korang, kalo tak aku yg puji korang, akukan baik hati lagi berbudi. Hihi..

Aku nk tanya korang ni. Ermmmm, korang penah kena ngorat tak? Ala, ngorat, tak kan tak penah kena ngorat?? Tipu la kalo korang cakap korang tak penah kena ngorat..

Contoh : Kat jengka dulu Dura selalu kena ngorat ngan Khalil Kancil. Wakakakaka, sampaikan kami-kami semua naik remang tgk seluar BUM dia!! Wahhh, tak sangka aku masih igt! Tapi itu semua bebaloi, asal Dura mintak pinjam keta je, mesti dapat! Hehehe..

Aku terigat zaman sekolah menengah dulu sebenarnya. Aku beskandal ngan abg form 5, dan ketika itu aku baru form 1. Wah sungguh tak sangka! Gatai gak aku ni dulu.

Abg tu duduk kat meja aku utk sesi pagi, so aku budak form 1 sesi petang. Oleh yg demikian, everyday aku akan dpt surat! Kitorg tak penah jmpa tau! Tak penah jmpa sampai sudah! Tapi kami hepi! kami enjoy dgn cara it! Elak maksiat! Hahaha..

Surat tu kitorg akn tgglkn kat bawah meja. Kan zaman belajar dulu meja kayu?

Tapi ada 1 aritu aku dpt adiah dari dia!! Yeaaayy, dia kasi aku swan 2 ekor tgh cium dan swan itu dia buat dari lipatan kertas [aku rasa dia kretif] sgt cantik dan sgt meaningful swan tu utk aku!!

Relation kitorg ok je, tak penah terdetik pon nk jumpa utk becinta, tp one day surat dia utk aku di rampas oleh pengawas perempuan 1 kelas ngan aku! Celakes! Pengawas tu kasi kat teacher kami dan aku dipanggil ke bilik guru.

Pucat gak la muka, mana taknya aku baru 13 masa tu, mana penah ada experience kena panggil ke bilik guru!

Dia abg angkat saya!

Blablabla 'abg angkat, nnt kamu terangkat' ayat teacher tak leh blah!!

Dah, rentikan bersurat-surat, kamu dlm kelas pertama sepatutnya tunjuk contoh terbaik! Saya taknak awk macam ni lagi kalau tak saya kasitau parents awk!

Baiklah..

Sampai situ je la hubungan kami, sebab everyday pengawas gila kuasa itu akan buat spot check!

Last skali kami main tulis note ats meja, sampai penuh meja, itu pon kantoi!

Tak lama pastu dia abis balaja, aku plak dah ligat kenal org itu org ini.. =)

Itu la antara kenangan indah aku utk bacaan korang. Bagi aku, benda ni macam 1 dalam 1000. Jarang org ada pengalaman sama ngan aku.

Korang ada kenangan? Nak share? Aku suka dgr cinta munyet ni, lawak je. Boleh wat aku tesenyum. Dan sekarang aku tgh tesenyum.

Aug 19, 2009

Sepetang yang hangat


Aku nk berendam dalam kolam air panasss!!Bestnya!

Dah lama dah tak mandi manda berlibur [behibur]..


Aku jua tengah lapar..

Aku jua perlukan roti di selet [disapu] peanut butter ngan cokelat!Wow yummy.Mari join aku ke pantry.Di pantry ada mangga jua,yeayyy!!

Lapar la, mula la terjah pantry!

Aug 18, 2009

Baju Kurung Kami

Wey korang semua.

Beri perhatian beri perhatian.

Hihihi.Saja je, aku nk buka cerita ni.Sila baca kalau sudi.Tak nk baca sila click butang pangkah di atas tepi sekali bahagian kanan pc anda.Terima Kasih.

Korang punya baju kurung/melayu taun ni color apa? =) Aku igt taun ni theme aku ialah putih bersih la.Hanya putih dan disulam atau ade manik-manik betaburan.Owh indah gitu.

Dia cakap putih itu suci, so aku nk jd si suci lebaran, hihi.Kena tak? Aku rasa aku takde lagi color putih bersih ni [putih yg putih tau,mcm kapur kasut tu] bukan putih susu or putih kelabu.Manik dia nk color meriah gitu,kasi naik seri.Wahh,tak sabar!!

Dulu geng gagak ada baju sama color.Before raya, masing-masing [aku,iz,yus&dura] akan kecoh sekali membincangkan pesoalan 'BAJU RAYA COLOR APA? wakakaka..Padahal masa tu masing-masing ponteng puasa!!Upps,telepas sudaaa.

Yg pasti geng gagak mmg low profile, takdenya baju raya nk kerawang-kerawang ke,sulam-sulaman ke,kebaya nyonya?kebaya potong tengah?takde makna.Geng gagak setia ngan fesyen ala-ala sopan 'BAJU KURUNG' yg dibeli siap!Jarang tempah pon!Kan Dura?

Masa zaman baju Orkid [kurung cotton] lagi la pulak.Aku,Dura&Yus masing-masing buat baju kurung cotton,Yus buat 2 pasang!Aku ngan Dura sepasang sorang!Hihi.Baju aku bunga-bunga comel,baju Dura bunga medium color biru.So manis Dura masa tu.Ngan tudung selempang dia!Haha.

Bila la pulak geng gagak nk pakai baju kurung serentak dgn theme yg sama lagi??Huh?Adakah masa Iz kawen?Sbb Iz ckp masa dia kawen dia akan beli sepapan kain utk mark 'Kwn Baik Pengantin' So kawan baik pengantin mesti pakai baju yg pengantin sponsor.Tapi masa tu Iz mesti pakai baju pengantin??
Bila lagi la eik.

Bila?

Masa kawen Hani anak Yus?Ke masa Abdul Rahman sunat?

hikhikhik

Aug 17, 2009

Jodohku? Where Are YOUUUUUUUUUUUUUU??

Blk kg punya hal..

Tok ngan Aki eksiden!

Eton potong leher [bak kata Tok]..

Jmp Cik Jah ngan Suha..

Yg paling tak leh lupa, persoalan ini..Fikir sampai rasa nk sembelit!

Bila aku nk kawen?? Dah ada boipren?? Blablabla..Semua gara-gara Mak Tam & Mak Teh, topik hangat lagi kental!!

TOK Cakap 'Jgn amik hak org, Tok tak suka,tak bekenan, tak blablabla'

TOK Cakap lagi 'Jgn jadi mcm ***, tok taknak awk kena mcm tu..'

TOK Cakap 'Dah seswai da umur mcm aku cari boipren, bekeja, pandai jaga awak'..

"LEMAH LONGLAI TEGELIAT USUS KECIK BESEPAH AIR LIUR DAN TERMAMPU SENYUM"

Mak Tam plak kasi panas, Mak Teh siap kasi contoh! Aku plak mangsa! PakNgah penambah perisa! Aku tesiksa! Mak plak tak ckp apa-apa!

Mak Tam 'Bila lagi?' Mak Teh 'Cari elok-elok, jgn pikir short term, long termmmm'..

Napa Pakngah umur 37 org tak risau????Dia masih bujang okee..

Sapa taknak kawen? Nak laaa..Ish ish, tapi sshnya nk kasi ati sume gembira..



Aug 13, 2009

H1N1 Babi Memberontak!

Opis aku makin ribut.Semua dah wat muka cuak!

Sorang kanak-kanak positive H1N1.Budak tu ialah anak contractor kitorg!Grrrr..

So'ot [Aku dgr bos aku panggil] kena paksa balik umah tak yah keja sbb tadi pagi doktor sahkn anak dia dah kompem! So, si So'ot kena quarantine..

Yg way ribut si So'ot ni da tak sihat 2 ari lepas.Tapi dia dtg keja mcm biasa.Dia plak assist staff kat opis aku!Staff tu plak mmg slalu dtg burak-burak.Mana tak gawat?Tekanan jap sume org!

Lagi 1, si So'ot ni bapak sedara kwn aku.Anak si So'ot ni dijaga oleh makcik yg sama dgn anak kwn aku.Paham?Kiranya anak kwn aku pon dlm bahaya sbb salah seorg anak So'ot dijaga bersama dgn anak kwn aku?Apekah?Harap korang phm la ye..

Doakn kami disini selamat dan sihat sejahtera..Amin


Babi resaksa, aku google

Aug 12, 2009

Adiah Arijadi Ke??

Cantik tak?

Aku suka la.Mcm manusia je kn?.Korang tak terbuka hati ke nk belikan utk aku?..

Arijadi aku nk dekat dah.hihi..

9 October ni je.So sempat korang survey ktne nk beli anak patung chumell nih.Bukan nak belagak masih remaja,tp anak patung ni mcm cute sgt!Tak salah la pulak perempuan mcm aku ada sekor anak patung ni kn?

Kalo dpt dua lagi bagus!sekor rambut itam sekor rambut perang!hihihi..

Mata bapak la besar nk mati!Tgk mulut size lurve, sgt cute!









-Lurve-

Aug 11, 2009

Puasa Yang Sejati

Hari ni aku puasa lagi..Puasa ganti [wah tak pecaya?]..

Abis 1 opis menganiaya aku..

Paling teruk, siap bawak roti gardenia yg putih tu kat depan aku [cinabeng] sbb aku slalu mkn roti tu bila lapar! Diorg mcm tak pecaya je iman aku kuat! Go Go JET!!

Tiba-tiba tgh main CHUZZLE aku teringat zaman kecik-kecik dulu..

PUASA YANG YOK TENGAHARI BELI KROPOK !!

Hihihihi..

Masa tu umur aku dlm area 7-8 tahun la, darjah 1 ngan darjah 2..

Hikhik..blom apa-apa aku dah gelak!

Masa tu mak aku baru ajar aku cmne nak pose..So rutin biasa la bangun sahur bersama family tersyg [bangun tak basuh muka trus mkn] Wakakaka..

Mak & Abah p keja so aku duduk sorang kat umah sementara nk pegi skolah pukul 12.00 p.m..

Mak tinggalkn duit belanja 70 sen ats meja mkn..Mak buat air milo panas ada ats meja gak..Hehehe [Pose ke tu?]..

Setiap pukul 11.00 a.m mak akn call dari opis menandakan aku kena mandi siap-siap pegi skolah [pegi skolah jln kaki, geng aku ada 3 lelaki 4 pempuan]..

Pastu mak akan cakap 'minum milo dah?..Duit jgn lupa amik, tak larat buka pose'..Ok!!

Kami pon jln kaki beramai-ramai..Zaman tu takde perogol kanak-kanak so mmg kami bahagia!!Jalan jauh-jauh dari pagi balik petang pon mak tak risau lagikk!

Yg bestnya sampai kat skolah terus beli keropok!!Hehehehe..Mmg dasar pose yang-yok betul la!Aku mmg akan ke kantin pastu beli keropok sebelum main getah!!

So, aku tak pose..Mmg tak penah pose! Nk plak geng-geng aku mmg tak pose so kami mmg tak malu utk mkn keropok smbil main getah [mana yg keji kuah keropok kena baju]..

Balik umah buat muka penat, mak tgh masak kat dapur sambil bertanya 'anak mak pose tak hari ni??..Tak pose mak, anak mak letih'..Sambil baring kat kerusi rotan!!Wakakakaka..Adakah aku jahat sejak kecik?Hihihi..

Itu la kisah aku belajar puasa..

Mak siap buat air milo and kasik duit belanja skolah!Hihi..

Bangun sahur sakan! Mata buka suku dari normal..Air milo wajib!!

Duit belanja dapat!

Tapi tak puasa gak..Apekah perangai aku ni??Jgn la anak aku nnt nakal mcm aku!!Berangan nk anak dah!!Cett!!

Yg best, abang aku yg kantoikn aku selalu beli keropok bila baruuuuu je smp sekolah..

Mak marah!

Mak kasi upah kat abg aku je iaitu coklat M&M, dulu coklat tu dah sedap nk mati!!!

Benci abg aku [aku selalu kena buli ngan 3 org abg aku, sbb aku anak bongsu masa tu, kakak aku dah besar kwn ngan geng-geng lain]..

Itu la ceritanya..Pose yang-yok tengahari beli keropok!! Syg mak aku!!Tak sabar nk pose kat umah mak!!


Ini la aku suatu ketika dulu!!Wakakaka,yg terencat akal,itam legam dan rambut ala2 noh hujan!!hehehe..Kat tgh-tgh tu abg aku yg kuat mengadu [pembetulan : bkn abg aku, tp sepupu aku si syafiq tu!patut la pendek je,hihihi] dan yg kecik sekali pulak sepupu aku si joyah mira!!

"Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat.."

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan senyum selalu..kerna senyum itu adalah satu sedekah..Insya'Allah

Aug 10, 2009

Fesyen Terlaris

Ntah la, kalo korang tanya aku samada aku takut ke tak kat wabak pembawakan babi ni, jawapan aku YES! Aku sgt takut [Ismet pon sama]..

Paranoid! Itu yg pasti..

Skarang ni, bila aku pegi tempat yg ada org asing aku jadi gelabah utk benafas, aku pon tak tau la napa, tp aku sgt-sgt takut kat gejala tehebat ni!! Sesak napas aku kadang-kadang sbb aku takut nk tarik nafas..Hihi, pelik la..Korang rasa tak cmtuh??

Ari sabtu lepas, keluar jmp kwn dtg dari KL kat Coffee Street, aku punya la cuak bila kwn aku punya kwn tu baru pas kebah dr demam! Terus aku amik tisu tutup idung ngan mulut! Adakah kurang sopan? Aku takut la..Maap la beb..

Malam minggu pi tgk wayang, skali lagi aku gelabah [even da pakai mask] aku gelabah kat org yg batuk-batuk sesuka hati, dia tak tau ke skarang kalo batuk/selesema/bersin kena tutup mulut ngan tisu? ishh..

Yang Maha Esa, jauhkan la penyakit ini dari aku, keluarga dan kwn-kwn..Amin..

Kalo aku wat mata mcm ni, besar gak eik mata sepet aku nih!


Ayu si Jet sengal,sbb tgh lapar!


Aku tengah tersenyum masa ni,manis tak?Hihi..


Aku si JELITAWATI

Aug 7, 2009

Tere Liye

Camne aku nk start eik?..Ermm,apasal la plak idea aku kering sgt ni?? Aku rasa la kan,sume ni gara-gara aku emosi[katanya theme emo for this week]..Adoyaiii, jap eiikk, tarik nafas [lepassssss]tarik nafas[tahan][tahan lagi]tarik sikit lagi[huh, lepasssssssssssss]..hehehe,ok jom buat karangan!

Semalam kat opis, opismate aku tiba-tiba suruh aku baca novel dia [tipu je, aku yg tak malu mintak pinjam]..Novel dari seberang tau, tak penah-penah aku baca novel sedemikian rupa..Kan semalam emosi aku kacau? So, aku pon decided utk baca cerita tu as my friend kata novel tu ada 'PENGAJARAN'..Aku pon jawab 'BAIK KAK'..

Cover novel tu pon dah wat aku '????' bila baca tajuknya lagi la '????' Nak pulak bila baca penulis cerita, lagi la aku '?????????'..Argghhh sesuai ke bahan bacaan ni ngan aku?? [Aku berkata dlm hati]..

Then, kat umah after buka puasa, bersihkan diri, baca magazine baru la aku amik novel tu utk menemani aku melayari mlm [wah,ayat!!]..

Alisa Delisa : 6 tahun


Dalam mimpi Delisa bertemu arwah Umi : "Umi,Delisa rindu Umi..Delisa rindu sangat.Umi, Delisa cinta Umi kerana Allah!" Delisa berkata lemah..

Mula-mula baca biasa-biasa je, tapi makin byk helaian makin suspen..

Aku beremosi!

Aku nk tau penghujung cerita!

Kesian Delisa..

Aku suka Aishah, nakal tapi bijak..

Kesian sgt kat Delisa..Delisa mangsa Tsunami..Umi, Kak Fatimah, Kak Aishah & Kak Zahra mati kena telan ngan Tsunami..

Delisa tak sempat habiskn hafalan solat,sbb tu dia takleh mati, sbb tu dia takleh masuk syurga mcm umi ngan adik-beradik dia yg lain..

5 hari 5 mlm dia tesangkut dlm belukar..Bila dah jumpa, kena potong betis, dah jadi Delisa yg cacat..

Delisa kuat, nasib baik ada Abi..Abi penguat Delisa dan sebaliknya..




"Abi igt Umi ya?"

Abi tersenyum. Diam.

"Abi igt Kak Fatimah ya?"

"Abi igt Kak Aisyah,Kak Zahra ya?"

Abi masih memainkan pundaknya.

"Abi" Delisa berkata lemah.Tersendat.Dia menangis lagi.Abi menoleh,menghentikan lamunannya.Menatap wajah anak bongsunya yg begitu dekat dgn mukanya.

"Abi...abi, Delisa cinta Abi kerana Allah" Kalimah itu meluncur sahaja dari mulut Delisa.Meluncur dari hati Delisa tanpa tertahan.

Abi tergagap.Ya Allah, gadis kecilnya itu mengatakan itu.Gementar Abi meraih tubuh Delisa.Menatap mata hijau teduh itu.

"Abi juga cinta Delisa. Abi juga cinta Delisa kerana Allah!"





Aug 6, 2009

Emo Si Jojet

Aku amat rapuh harini..sgt-sgt rapuh..umpama dahan langsat kat umah tok, bila dipijak sikit je pon dah tepatah terus..So aku ni kalau kena sikit je untuk arini,aku jamin aku tesungkur..

Kenapa Yg Mencipta duga aku sehebat ni? Adakah aku mampu? Jawapannya : AKU MESTI tak boleh cakap AKU TAK TAU atau AKU MENGALAH.. Sbb semua yg terjadi bersebab dan yg terjadi itu adalah yg terbaik untuk aku..Pasrah adalah yg terbaik dan besabar..

Dada aku ni mcm ada sebijik batu sebesar Gunung Everest! Sgt berat utk dipikul inikan pula utk aku heret ke sana ke mari..Sempit utk benafas rasa susah utk menghirup udara Yang Esa..Tolong berikan aku kekuatan..

Waktu macam ni mula la otak yg satu ni fikir aku dah tewas, aku dah kalah dan aku perlu menangis teresak-esak..Adakah perlu? Adakah menangis air mata darah dpt menghilangkan beban yg tecipta atas kepala aku nih? Mampukah air mata menyejukkan hati yg panas ni? Hanya Dia yg tau..

Utk sekian kalinya hidup aku membuktikan aku tidak kuat menanggung kehebatan dugaan ini..Aku tidak mampu menangis sbb aku tidak bekeinginan utk menangis..Aku kehabisan ayat utk menerangkan perasaan aku sekarang..Aku nk sgt luahkn tapi ini je yg termampu utk kali ini..

Seribu kemaafan utk emosi aku yg lara..


Aug 5, 2009

Alamak

Hehehe, aku mulakan dgn ketawa..

Aku half day arinih!

Adi0s..

Tak tahan, kepala aku fenin la feninnn..

Nk blk umah and taid0o sambil dgr lagu 'Selepas Kau Pergi' by 'Laluna'..

Cerita Aku

Hye All..Mari membaca Emo dan Ceritaku..

Aku baru tau [padahal dah lama tau] hidup ini tak semuanya indah.. Kadang-kadang hepi sampai takut utk rasa sakit.. Tp bila da sakit puas nk bangun balik..

Sedemikian rupalah hidup aku, skarang ada yg mengusutkan minda [damn it] dan yg semaknya aku takleh la pura-pura mati sbb takut nk face bendalah kejam nih [kalau la boleh, dah lama aku mati kejap-kejap mcm Tom & Jerry]..

Memang perit tapi aku buat-buat indah je la, aku bayangkan tayar aku tekempis masa tengah drive [simpang!] kena turun dr keta, repair sendiri and there u are, dah boleh jalan balik.. Boleh gitu?? Hehehe [Ketawakah?].. Kiranya benda tu cabaran utk menuju ke destinasi..

Ok la, stop emo utk entry kali ni [aku lapar la]..

Arini aku dtg keja sgt awalllllllllllllll !! [Wah, inikah perubahan membanggakn?]

Pukul 7.30 a.m aku dah tepacak kat opis, siap lumba-lumba keta ngan bro mana ntah ondaway ke opis td [arap-arap kacak]..

Aku nk jd pekerja cemerlang hari ni [Satu pencapaian].. Korang rasa aku boleh buat tak? Hehehhe..

Tolong la, mintak-mintak mood keja aku memberangsangkan dan meliputi etmosfera sambil melawan kuasa H1N1..


Teka teki hari ini : Apakah yg sedang aku lakukan bersama rambut terpacak itu? Menangis? Malu-malu? Ketawa terbahak-bahak? Teka jgn tak teka..

Aug 4, 2009

MC Dan Cerita Aku

Semalam aku MC, sakit gigi geraham bongsu tu..

Doktor ckp geraham aku ni tumbuh senget [mcm tuan dia] so everytime dia tumbuh sikit-sikit akan mendatangkn sakit yg maha seksa..

Gigi tu akan bejuang utk membesar dgn menolak gigi kat sebelah dia..Benda tu la yg buat aku sakit nk mati..

Doktor kasi ubat tahan sakit ngan surut bengkak..

Dia suruh aku jumpa dentist bila bengkak dah surut..Kena X-ray bagai..Then aku boleh pilih either nk sakit or nk cabut geraham tu..Padahal baru tumbuh,apekah dosa??

Aku malas nk pikir lagi..Biarla waktu yg menentukan..



FYI, theme minggu ni utk aku ialah ' MUHASABAH DIRI DAN MERELAKAN OTAK BERFIKIR SELAIN KESEDIHAN ITU MENYAKITKAN WALAUPUN KENTAL HATI '

So kalau pasni entry aku mualkan korang maap la ye.. Sila besabar utk belari ke toilet sebelum muntah di workdesk sendiri..


Terima Kasih..